C&P
Nak Pesan Dua Tiga Ribu Patah. Ada kelonggaran tak semestinya kita ambil peluang.
Ya...boleh beraya tak lebih 20 orang
Boleh beraya dalam daerah
Tapi saya harap sebelum keterujaan kita terpa raya rumah orang ,
Apa kata kita buat ulangkaji sikit.
1. Rumah yg nak dituju ada warga emas tak ?
Ada anak syurga ? .
Ada pesakit jantung , darah tinggi atau kencing manis ?
Ada pesakit kanser atau buah pinggang ?
Ya....check dulu.
Sebab mereka berisiko tinggi
Jangan sebab kita datang, entah mungkin ada virus, mereka yg baik baik duduk rumah jadi mangsa.
2. Call dan tanya tuan rumah
Sudi terima tetamu tak.
Jangan terjah raya.
Sebab ada org dia memang jaga tak pernah keluar rumah
Tapi tetamu ada depan pintu dia pun serba salah.
Jangan ingat semua org seronok sangat nak raya macam kita.
3. Fikir tentang duit raya dan sampul.
Mana kita dpt duit dan sampul , susah nak cakap.
Sampul raya kita serah pd anak kecil dan warga emas
Sampul bertukar tangan
Mana ada masa nak cuci dengan clorox atau dettol kan.
Jadi....fikir fikirkanlah.
Logik tak beri duit raya tahun ini.
4.Tuan rumah kena jujur.
Pahit nak tolak tetamu tapi letakkan Keselamatan anak kecil dan warga emas dlm rumah anda sebagai keutamaan.
Jangan sebab nak jaga hati org yg datang,
Kita abaikan apa yg seharusnya kita jaga.
Biar orang kata kita overacting
Asal kita bertanggungjawab menjaga rumah dan org org yg kita sayang .
Nak mudah...letak saja sign depan rumah.
Tulis " maaf ....rumah ini tak dapat terima tetamu." Orang pasti akan faham.
5. Kita tak mati kalau tak ziarah raya tahun ini.
Tapi ramai yg boleh mati jika kita sudah tersilap langkah.
Kita dalam perjalanan menuju garisan penamat.
Jangan kerana nafsu meraja...
Kita gagalkan semua usaha.
Duduk sejenak..
Fikirkan..
Akal ini bukan untuk kita simpan.
Semoga Allah menjaga kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan