Sabtu, 16 Mei 2020

rider foodpanda

Cerita tentang,
Seorang Rider FoodPanda
Namanya Hasif Abdullah
Anak muda yang sangat gigih berusaha.

Beliau sebelum ini melakukan tugasan di kawasan Salak Tinggi Sepang,
Namun,
Berlaku pengurangan permintaan servis FoodPanda di kawasan itu sejak PKP,
Hasif mula mengatur gerak langkah,
Membuat percaturan untuk keluar dari kawasannya sendiri,
Masuk kawasan Cyberjaya,
Kira-kira 30-40 minit dari tempatnya,
Meredah basahnya hujan,
Meredah teriknya panas,
Banjir peluh di tubuh tiada dipeduli,
Asal kudrat dimanfaatkan semaksimanya.

Hari-hari beliau begitu,
Demi mencari rezeki,
Untuk keperluan keluarga.

Dan semalam,
Dalam tugas hendak menyempurnakan amanah orang,
Beliau telah kemalangan sendirian untuk balik berbuka puasa di Jalan Jenderam Hilir Dengkil,
Maka,
Beliau telah dihantar ke hospital putrajaya,
Telah mngalami patah kedua2 tangan dan kaki kiri dan juga mngalami kecederaan dalaman dan kepala

Dan saya meyakini,
Anak muda ini orang yang baik,
Disenangi rakan taulan,
Kerana,
Boleh dilihat,
Ramai sahabatnya menunggu di hospital.

Disaat orang lain berkurung di dalam rumah,
Mereka berada di luar rumah,
Menjadi 'posmen' kepada hajat kalian,
Hajat untuk membeli atau menjual makanan dan minuman.

Usahlah berkira upah buat mereka,
Hargailah mereka,
Mungkin,
Upah kita harini,
Rupanya,
Bekalan yang mereka tinggalkan buat keluarganya esok hari,
Disaat mereka tiada lagi di dunia ini.

Erti hidup pada memberi.

Sedekah tidak pernah memiskinkan kita,
Malah menggandakan harta.

Life is not about us,
Life is about others

Tiada ulasan:

Catat Ulasan