Antara Isu yang sering diperkatakan ialah berkaitan peranti dan kumpulan murid daripada B40
Antara strategi yang disusun oleh KPM
1. Melalui Saluran TV iaitu : Okey dan TV Pendidikan
2. Mengadakan Kerjasama bersama ASTRO melalui saluran 601 dan 603 ASTRO selama 2 jam selama 5 hari (Isnin – Jumaat ) pada jam 11 pagi – 1 petang dan siaran ulangan (3-5petang )
3. Bahan Sokongan dikeluarkan seperti Digital Textbook
4. Pembangunan Kurikulum juga membantu seperti bahan STEM
5. Penekanan Home Based Learning. Fokus adalah Digital Learning.
Apakah saranan kepada warga pendidik dalam mendepani Cabaran Covid19
Antaran cabaran utama ialah
1. Bagaimana melaksana PAK21
2. Revolusi Industri 4.0
3. Covid-19
Guru yang ada dalam sistem perlu mempunyai kemampuan berfikir di luar kotak. Guru perlu meningkatkan ilmu masing-masing. Perlu sentiasa beriltizam dan sentiasa mahu mencari ilmu baharu.
Guru tidak boleh berhenti belajar. Suasana baru covid menyebabkan ilmu digital perlu dikuasai dan mahir. Contoh pelantar pembelajaran.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah banyak fokus kepada KBAT dan problem solving.
PBD perlu diberikan penekanan kerana Nilai, sahsiah adalah tuntutan dalam masyarakat
PBD adalah satu ruang untuk keluar daripada kelompok peperiksaan dan melihat secara kemanjadian murid secara holistik.
Bagaimana PBD dilaksanakan selepas ini?
Peranan guru penting, guru memberi tugasan dalam talian seperti kuiz, tugasan dan projek mudah.
Contoh: memberi projek mudah tanpa murid keluar rumah. Hanya kajian dalam internet sahaja. Guru monitor pembelajaran murid.
Murid perlu menguasai Minimum tahap 3 dengan sedikit tahap aplikasi. Bimbing murid agar mampu bergerak kepada tahap seterusnya. Dengan menggunakan template dan kreativiti PBD boleh diteruskan.
Hala Tuju PDP dalam Pasca Covid19
3 perkara perlu utama :
1. Mantapkan Pendidikan digital
– keperluan masa hadapan
– Keperluan akses kepada semua murid termasuk peranti
– Bahan-bahan dalam bentuk digital. Bhgn sumber dan teknolgi telah digital kebanyakan bahan
2. Latihan guru penting . Perlu disediakan. Guru muda ada kemahiran internet. Tetapi guru berusia lebih 40 tahun memerlukan lebih latihan.
Berbanding dengan sektor lain sebagai contoh :
Bank, bermula dengan penggunaan awal buku bank. Seterusnya Mesin ATM , penggunaan online dan sekarang e wallet.
Tetapi Pendidikan masih mengamalkan latihan / perjumpaan bersemuka sehingga kini. Maka Pendidikan juga perlu perubahan.
3. Pentaksiran.
Tujuan utama pergi sekolah adalah untuk belajar, seronok belajar, menjadi yakin dan disediakan mereka dengan masa depan. Maka cara pemikiran sangat penting.
Webinar dan skype juga banyak diadakan untuk guru.
Sambutan Hari Guru telah berubah, sambutan secara digital dan maya. Hari Guru tetap berjalan pada 16 Mei walau dengan cara berbeza.
Terima kasih dan syabas kepada hampir 500 ribu guru yang sedia hadapi cabaran baru.
PDP perlu dilaksanakan dalam keadaan berbeza. Gunakan Digital Platform.
Selamat Hari Guru. Terima kasih Cikgu
Sekian.
Tema Hari Guru 2020: Berguru demi ilmu, Bina Generasi Baharu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan