Sabtu, 30 Mei 2020

sedekah

*KISAH BENAR BERLAKU DI AMERIKA*

Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berharga 150,000 dolar.

Orang ramai mula memberi respons dengan membuat panggilan dan menderma, dan di antara mereka adalah seorang Arab bernama (Muhammad). Dia mengumumkan sumbangannya sebanyak 2 US dolar.

Penyiar bertanya kepadanya, mengapa 2 US dolar..?
Dia menjawab,  "Ini adalah separuh dari simpanan yang saya ada, kerana saya masih lagi menganggur.."

"Saya melakukan apa yang dituntut oleh agama saya, memberi sedikit lebih baik daripada langsung tidak memberi. Saya yakin dengan bersedekah dapat memadam kemurkaan ALLAH Tuhan yang saya sembah.."

Selepas Muhammad habiskan panggilan, berlaku 1 kejutan, pemanggil selepasnya ingin memberi sumbangan sebanyak 8 ribu US dolar. Pesan pemanggil tersebut kepada pengacara,  saya sumbangkan  4 ribu untuk pesakit dan 4 ribu untuk penderma 2 US dolar yang bernama Muhammad.

Kemudian pemanggil seterusnya menderma 10,000 US dolar. Katanya 5 ribu untuk pesakit dan 5 ribu untuk seorang pemuda yang menderma 2 US dolar.

Seterusnya, setiap orang yang menghubungi talian akan menyumbang  kepada pesakit dan kepada pederma 2 US dolar.

Pada akhir siaran, jumlah derma untuk pesakit telah mencukupi dan sejumlah besar wang berjaya dikumpulkan untuk pemuda yang bernama Muhammad itu.

Dalam episod seterusnya, pengacara tersebut   menjemput penderma 2 US dolar untuk menjadi tetamu dan untuk memberinya wang.

Muhammad sangat  bersyukur dan terharu dengan Rezeki ALLAH yang dikurniakan kepadanya hanya asbab dermanya 2 US dolar..!

Beliau berkata: "Walaupun saya mempunyai kelayakan pendidikan yang bagus, saya masih tidak dapat pekerjaan, saya tidak sangka ujian yang saya terima selama ini, hikmahnya ialah ALLAH ingin kurniakan sesuatu yang hebat pada saya.."

Dalam episod yang sama, puluhan panggilan dari syarikat² besar  menawarkannya untuk bekerja dan dia memilih  pekerjaan yang terbaik untuk dirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan