ayat 5 kalimah
#1 – لااله الا الله محمد رسول الله
“Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah utusan Allah.”
Selain dijadikan sebagai zikir dalam hidup seharian, kalimah ini juga termaktub dalam syahadah yang utama bagi pengakuan diri setiap umat Islam yang beriman kepada الله dan Rasul-Nya.
#2 – انا لله وانا اليه راجعون
لاحول ولا قوة الا بالله العلی العظيم
“Sesungguhnya kita semua milik الله dan kepada-Nya kita akan kembali.
Tiada daya upaya dan tiada kekuatan, melainkan dengan pertolongan الله yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”
Biasanya, kalimah ini diucapkan kepada mereka yang menghadapi kematian. Sungguh pun begitu, ia juga boleh diucapkan bagi mereka yang menghadapi apa jua musibah seperti kemalangan, kesakitan, kebakaran, kehilangan harta benda dan sebagainya.
#3 – الحمدلله رب العلمين
“Segala puji bagi الله, Tuhan seru semesta alam.”
sabda Baginda Nabi SAW yang bermaksud;
“Ucapan yang paling disukai oleh الله ada empat iaitu سبحن الله, الحمدلله, لا اله الا الله, الله اكبر dan boleh sahaja kamu mulai membacanya dari mana pun.”
(Hadis Riwayat Muslim dan An-Nasaie)
#4 – بسم الله الرحمن الرحيم
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”
Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“Setiap perkara yang mempunyai tingkah laku yang baik, jika tidak dimulakan dengan menyebut asma الله, maka perkara itu terputus (tidak membawa keberkatan).”
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban)
#5 – استغفر الله العظيم واتوب اليه
“Aku memohon ampun kepada الله dan aku bertaubat kepada-Nya.”
Tahukah kita, kalimah istighfar ini mengandungi pelbagai kaifiatnya. Hal ini sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Barangsiapa yang membiasakan membaca istighfar, maka الله menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan, terbuka dari setiap kesusahan dan Dia memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka.”
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan