Kenapa Al-Quran tidak menceritakan secara detail tentang kisah-kisah yang dinukilkan?
Kerana Al-Quran bukan kitab sejarah, tapi kitab panduan untuk kehidupan. Ada tempat diceritakan secara detail dan ada tempat yang diceritakan secara ringkas. Pasti ada hikmah di sebalik tersebut.
Cuma untuk memahami setiap surah, perlu faham apa tema di sebalik surah, bila surah itu diturunkan. Maka kita akan faham mengapa Allah menukilkan kisah2 tertentu di dalam surah tertentu.
Banyak kisah Al-Quran ni sebenarnya refleks kepada watak pada zaman Rasulullah.
Antara watak-watak utama ialah Nabi, sahabat, quraisy, yahudi dan nasrani.
Ada kisah yg nak menguatkan nabi, ada kisah yg nak tempelak kaum quraisy, ada kisah yg nak tempelak yahudi dan nasrani.
Cth pasal kisah nabi musa, bani israel dan firaun yang diceritakan dalam banyak surah ni pun ada target wataknya siapa.
Dalam banyak surah makkiyyah, Allah cerita tentang bagaimana kesombongan firaun dan pengakhiran beliau. Ia refleks pada kesombongan kaum quraisy yang merasakan diri mereka kuat. Padahal banyak kaum terdahulu yang lebih kuat telah dihancurkan Allah. Ini tempelakan Allah pada Quraisy yang sedang cuba menindas kaum muslimin di Makkah.
Tapi dalam surah madaniyyah pun ad kisah nabi musa & bani israel, contoh dalam surah al-maaidah yang menceritakan tentang bagaimana bani israel refuse utk masuk ke bumi Palestin padahal Allah sudah berjanji yang mereka akan menang. Ini refleks pada siapa? Ini refleks pada orang islam agar tidak takut utk berjihad. Kerana Allah sudah janjikan kemenangan. Kita saja kena usaha.
Kemudian, akhirnya ia refleks pada diri kita sendiri. Al-Quran diturunkan untuk kita baca dan faham.
Kita kena hayati ibrah dari watak-watak yang Allah ceritakan tersebut agar kita terlindung dari sifat keji dan boleh amalkan sifat-sifat yang terpuji.
Allah Al-Hakim menceritakannya supaya Nabi, sahabat dan kaum muslimin memahami konteks nasihat dan panduan yang Allah nak sampaikan.
Macam kita mengajar, ada masa kita kena bercerita tentang suatu perkara yang berkaitan dengan topik yang diajar, supaya pelajar boleh faham konteks.
Tapi perlu ke cerita semua? Tidak. Nanti meleret-leret. Dan konteks pun tak dapat difahami pelajar.
Allah itu sudah pasti tidak akan dapat ditandingi kehebatanNYA. Allah itu maha bijaksana. Sudah pasti Allah lebih tahu apa yang perlu disampaikan pada hambaNYA.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan