Rabu, 20 Mei 2020

temuduga

KENAPA ANDA BERJAYA DALAM SESUATU PEMILIHAN?

Untuk yg suka berpolitik, harap jgn kecewa dgn penulisan ayahku kali ini...tiada kaitan dgn pemilihan dalam politik..he he..sorry nih.

Di sini ayahku nak berkongsikan pengalaman ayahku menjadi penemuduga atau ahli j/kuasa pemilih utk jawatan baharu, kenaikan pangkat, biasiswa dalam dan luar negara serta pemilihan masuk varsity utk kes-kes rayuan dan sebagainya. Harap boleh dimanfaatkan lah. InsyaAllah.

KES:

1) BERJAYA TEMUDUGA
Proses temuduga adalah utk melihat anda secara dekat - ingin melihat keikhlasan anda serta apa yg ada dlm fikiran anda. Adakah anda seorang yg terlalu serius, kurang siuman atau ada masalah2x peribadi yg terpendam. Penemuduga hanya perlukan 3-4 minit sahaja utk menilai semua itu. Mereka ni semuanya mempunyai ilmu psikologi yg tinggi. Lagi lama mereka bertanya maka lagi besar peluang anda utk dipilih.

Proses temuduga juga utk melihat ego anda. Anda ada degree/diploma dan dah menganggur selama 1-2 tahun tanpa membuat apa2x pekerjaan. Seorang lagi rakan anda selepas tamat pengajian terus bekerja macam2x..jadi sale lah..kerja kat pasaraya lah...kerja amik upah potong rumput lah...amik upah basuh pinggan lah etc. Pada pandangan anda siapa yg mempunyai ego tinggi? Siapa yg akan terpilih? Tepat jawapan semua!!! Bijjop...

2) TERPILIH SEBAB DARI KELUARGA MISKIN
Kadang2x kita penemuduga memberi keistimewaan kepada calon dari keluarga miskin utk mendapatkan pekerjaan atau sesuatu biasiswa...kadang2x anak yatim/yatim piatu. Apabila org miskin ini mendapat pekerjaan, mereka akan dpt mengubah status sosioekonomi dirinya serta keluarganya..ibu ayahnya akan tumpang senang..begitu juga adik2xnya jika dia merupakan anak sulung.

3) TERPILIH SEBAB DARI KELUARGA BERADA
Pelikkan bunyi nyer..yez..mmg selalu berlaku..dah banyak kali ayahku terlibat dalam temuduga ini. Contohnya utk pemilihan biasiswa keluar negara utk bidang Perubatan. Ayahku akan dimaklumkan perkara ini oleh profesor/wakil pentadbir yg dtg dari luar negara tersebut sebelum temuduga bermula. Ayahku tanya dia kenapa begitu...jawabnya: Biasiswa dari negara kita agak rendah dan pelajar dari jurusan perubatan dan arkitektur akan mengalami masalah kekurangan wang..ibu/ayah perlu antar wang 2-3 bulan sekali utk membeli buku yg amat mahal serta peralatan belajar. Jadi dia minta kami cari calon dari keluarga berada semasa interview..ayah/ibu bekerja atau ada abang/kakak yg selalu beri duit dan kerja apa adik beradiknya. semua kami amik kira.

4) TERPILIH SEBAB TINGKAHLAKU SEBELUM TEMUDUGA
Kadang2x ada org tidak menyedari bahawa penentunya adalah sebelum anda memasuki bilik temuduga. Ini pengalaman ayahku sendiri. Ayahku tunggu lif di tingkat 1 nak naik ke tingkat 3..lif terbuka dan ayahku tanya...nak naik ke atas ke? Mereka dari tingkat G..Ayahku tengok dlm lif tu ada 4 org...hanya seorang shj yg memberi perhatian kpd soalan ayahku dan menjawab "Ya Encik..masuk lah..kami nak naik ke atas..ke tingkat 4" ..dia bertanya lagi "Encik nak ke mana?"..ayahku cakap nak ke tingkat 3....yg 3 org lagi tu terus bersembang bergelak2x tanpa pedulikan sesiapa...sampai ke tkt 3 ayahku pun keluar sbb nak pergi amik tali leher dan coat...mereka mungkin tak tahu yg ayahku salah seorang yg akan menemuduga mereka nanti..he he...so yg seorang tu terpilih sbb sikapnya yg mulia dan pandai menghormati org yg lebih senior.

Kes kedua pulok..ayahku pergi awal ke tempat temuduga..sbb bukan di UMT. Masa tu bilik temuduga belum dibuka lagi..dlm 30 min sebelum interview. Ayahku tak pakai tali leher dan coat..tinggal dlm keter jer sbb parking dekat. Jadi ayahku pun duduk tempat bersama ayah/ibu calon di luar bilik...jadi ayah/ibu dan calon ingat ayahku adalah ayah kpd calon yg akan ditemuduga...so dpt lah ayahku menilai tingkah laku mereka sebenarnya..ada seorang dua shj yg datang dan bersalam dgn ayahku..ada setengah tu bukan shj tidak bersalam..memandang ayahku pun tidak..bercakap bahasa yg pelik2x dan ada bercakap agak kasar dgn ayah/ibu atau rakan mereka. Di situ ayahku dpt membuat penilaian yg sebaiknya. Biasiswa tu amat berprestij..hanya 2-3 org shj yg akan berjaya dari sesuatu negeri..calon yg dtg interview 60 org.

Ada setengah syarikat tu mereka menggunakan CC TV shj utk menilai calon sebelum di interview. Selepas 30 minit, mereka terus pergi memilih beberapa org shj dari yg menunggu utk di interview..yg lain boleh balik..dia kata "Pra interview dah selesai".

5) TIDAK TERPILIH SBB APA YG TERTULIS DI FACEBOOK
Kes ini pun menarik...anda bekerja sementara disebuah syarikat/jabatan kerajaan..selepas 6-12 bulan bekerja anda boleh memohon utk jawatan tetap. Selain dari rekomendasi yg baik dari boss dan rakan sekerja anda, kami juga menilai FB anda. Kami buka dan lihat apa yg anda tulis..apa cara bahasa yg digunakan..ada pakai "kau..aku..."..guna bahasa kesat dgn rakan2x..atau menyumpah rakan yg tidak disenangi..atau kurang stabil emosi..atau suka membawang..atau komen cara jiran parking keter ke atau jika guru pulok..komen perangai pelajarnya..komen perangai ibu-bapa yg tak disenangi ke atau apa-apa yg melanggar etika sesuatu jawatan...Mereka ni mmg akan kena reject dari jawatan tersebut. Itu kaedah baru utk menilai perangai sebenar seseorang.

6) ANDA TERPILIH SBB RUPA
Kadang2x ada jawatan yg memerlukan imej serta boleh berinteraksi dgn org awam dgn baik..maka rupa paras dan gaya pula menjadi pilihan..TV, bank, syarikat  swasta etc.

Ayahku ada cerita menarik dlm hal ini. Masa tu sekitar tahun 1996 atau 1997..dah tak ingat. Terdapat 3 pljr perempuan telah tidak hadir ke hari pendaftaran utk program Matrikulasi Perakaunan. Selepas 1 minggu kami pun mula utk memproses kes-kes rayuan..ada hampir 300 kes rayuan. Ayahku pun minta staf pilih dan susun mengikut merit..beberapa jam kemudian staf tersebut dtg dan maklumkan ada lebih kurang 50 org calon mempunyai result yg sama akademik dan ko-kurikulum..semua hebat2x belaka. Kami semua mati akal mcm mana nak pilih 3 org shj nih...jadi ayahku pun pergi berjumpa big boss...mula-mula big boss berkerut dahinya ..kemudian dia tersenyum menandakan dia dah ada idea..lampu dah menyala!!!

Big boss kata "Pilih 3 org yg paling comey!!!". Tergelak juga ayahku..tapi ayahku fikir betoi jugak kan...selepas keluar dari bilik bos, ayahku ke bilik penasihat ayahku pulok ie pegawai tadbir kami yg sangat bijaksana (dah arwah-al-fatihah)..ayahku pun cerita apa yg bos cakap..lps tu ayahku tanya dia..apa kita nak buat skrg? Dia kata "Kita ikut cakap bos jer lah Dr Ku..jika apa2x jadi kemudian kita tak perlu susah"..betul juga cakap penasihat ayahku tuh. Jadi ayahku pun kerah beberapa org staf lelaki dan perempuan utk mencari ratu cantik bagi setiap negeri..supaya adil. Selepas satu jam mereka memilih, maka ayahku dptlah 14 ratu cantik..jadi ayahku dan penasihat ayahku kena buat pemilihan terakhir utk mencari 3 ratu cantik dari 3 negeri berlainan.

Pada pandangan kami memang bertepatan pun big boss kami cakap begitu sbb pljr perakaunan ini akan bekerja dgn bank yg mmg akan memilih yg mempunyai imej serta rupa paras terbaik selain dari kelayakan serta kebolehpercayaan yg tinggi.

Berbalik kpd cerita tadi maka ayahku pun dapatlah seorang dari Kedah, seorang dari Negeri Sembilan dan seorang lagi dari Pahang. Semoga mereka semua berjaya. Ameen.

7) ANDA TERPILIH ATAS SBB YG TIDAK DIKETAHUI
Ini pun satu kisah pelik. Ada sekali tuh, suatu petang, terdapat satu kekosongan utk pelajar Matrikulasi Sains sbb ada pljr berhenti..masa tu masih masa dua minggu baru kuliah bermula..masa rayuan lagi. Staf ayahku tanya, "nak buat macam mana ni Dr Ku..ada satu tempat jer nih". Setelah berfikir sejenak, ayahku pun menjawab "Kita amik shj siapa yg dtg paling awal pagi esok..syarat dia layak". Fuuhhh..memang betoi ada rezeki seorang budak tu..pagi esoknya ayahku tiba pejabat jam 7.15am..dah ada satu keluarga dari Johor depan ofis ayahku..atas sofa menunggu. Staf bagitau mereka ni yg paling awal katanya..mereka tiba jam 7.00am lagi dah tunggu di pintu besar ofis sebelah ofis Dato VC..mmg rezeki mereka lah. Bila ayahku tanya mereka, sedih pulok ayahku jadinya..mereka org susah..bertolak dari Johor tengah malam tadi supaya tak perlu sewa hotel..lps urusan tu mereka pun nak terus balik Johor sbb ada anak2x yg tinggal di rumah dan tak kesekolah haritu.

Begitulah rezeki seseorang..tiada siapa yg tahu. Allah tak pernah salah alamat..dan Allah tak pernah salah masa.

Ayahku doakan semua yg tengah mencari pekerjaan akan mendapat pekerjaan yg terbaik utk diri masing-masing. Ameen. Sabarlah menunggu rezeki kita tiba selepas berusaha dan berdoa...insyaAllah.

Terima kasih.

Selasa, 19 Mei 2020

surah hujurat

9 Perintah Allah dalam Surah al-Hujurat tentang Interaksi Sesama Manusia.

Perintah 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”
= Selidik suatu khabar yang sampai padamu.

Perintah 2: “فَأَصۡلِحُواْ”
= Damaikan saudara yang bersengketa.

Perintah 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”
= Berlaku adil.

Perintah 4: “لَا يَسۡخَرۡ” =
Jangan mencemuh/merendahkan orang lain.

Perintah 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”
= Jangan mengaibkan.

Perintah 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”
= Jangan melabel.

Perintah 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ”
= Jauhi dari banyak berprasangka buruk.

Perintah 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”
= Jangan mencari-cari kesalahan orang lain.

Perintah 9: “وَلَا يَغۡتَب”
= Jangan mengumpat.

Renungi surah ini, tadabbur ayat ini dan amalkan wasiat ini, nescaya hubungan kita sesama manusia akan terpelihara!

Ahad, 17 Mei 2020

solat sunat

Mungkin ramai macam saya. Hajat hati nak solat banyak.

Lalu diatur tentatif solat malam. lepas solat Isyak, turutannya seperti berikut:

1. Rawatib (ba'diah)
2. Tarawih
3. Tahajjud
4. Witir

Tapi kadang-kadang datang juga rasa lemah. Penat sangat. Atau masa tak sempat sebab tidur banyak.

Nak solat semua senarai kat atas tu tak mampu. Jadi kena pilih mana yang paling banyak fadilatnya.

Dalam Hasyiah I'anah Tolibin dan Hasyiah al-Jamal, ke'afdal'an solat adalah seperti berikut:

Witir
Rawatib
Tarawih
Tahajjud

Kalau hanya mampu solat satu jenis sahaja, pilihlah witir. Sebab Nabi tak pernah tinggal sampai mazhab Hanafi mewajibkannya.

Kalau boleh solat lebih dari satu, pastikan Witir paling akhir. Ia adalah solat penutup.

Rawatib seeloknya dikerjakan selepas solat Isyak. Menurut ulama', ia adalah penghias kepada solat Fardu.

Tahajjud sewajarnya kita tidur dahulu. Bangun sahur, eloklah solat tahajjud dulu. Akhiri dengan witir. Ambil fadilat sepertiga akhir malam.

Paling lowclass? Solatlah Maghrib dan Isyak berjemaah. InsyaAllah dah dapat pahala qiamullail. Kebetulan malam tu Lailatulqadr, dapat gandaan pahala lebih dari 1000 bulan.

Allahummasyhad..
*Terima kasih kawan-kawan fuqaha' yang membantu.

(Alang Ibn Shukrimun)
24 Ramadhan 1441
17 Mei 2020

Sabtu, 16 Mei 2020

rider foodpanda

Cerita tentang,
Seorang Rider FoodPanda
Namanya Hasif Abdullah
Anak muda yang sangat gigih berusaha.

Beliau sebelum ini melakukan tugasan di kawasan Salak Tinggi Sepang,
Namun,
Berlaku pengurangan permintaan servis FoodPanda di kawasan itu sejak PKP,
Hasif mula mengatur gerak langkah,
Membuat percaturan untuk keluar dari kawasannya sendiri,
Masuk kawasan Cyberjaya,
Kira-kira 30-40 minit dari tempatnya,
Meredah basahnya hujan,
Meredah teriknya panas,
Banjir peluh di tubuh tiada dipeduli,
Asal kudrat dimanfaatkan semaksimanya.

Hari-hari beliau begitu,
Demi mencari rezeki,
Untuk keperluan keluarga.

Dan semalam,
Dalam tugas hendak menyempurnakan amanah orang,
Beliau telah kemalangan sendirian untuk balik berbuka puasa di Jalan Jenderam Hilir Dengkil,
Maka,
Beliau telah dihantar ke hospital putrajaya,
Telah mngalami patah kedua2 tangan dan kaki kiri dan juga mngalami kecederaan dalaman dan kepala

Dan saya meyakini,
Anak muda ini orang yang baik,
Disenangi rakan taulan,
Kerana,
Boleh dilihat,
Ramai sahabatnya menunggu di hospital.

Disaat orang lain berkurung di dalam rumah,
Mereka berada di luar rumah,
Menjadi 'posmen' kepada hajat kalian,
Hajat untuk membeli atau menjual makanan dan minuman.

Usahlah berkira upah buat mereka,
Hargailah mereka,
Mungkin,
Upah kita harini,
Rupanya,
Bekalan yang mereka tinggalkan buat keluarganya esok hari,
Disaat mereka tiada lagi di dunia ini.

Erti hidup pada memberi.

Sedekah tidak pernah memiskinkan kita,
Malah menggandakan harta.

Life is not about us,
Life is about others