Sabtu, 5 September 2020

niat

 Ikon 2 - Abu Al-Husayn Al-Nuri


Suatu hari Al-Nuri melihat sebuah sampan yang dipenuhi botol arak lalu bertanya kepada orang yang mendayung sampan tersebut. 


"Apa yang terdapat dalam sampai itu?" 

"Botol botol ini milik Khalifah al- Mu'tadid." 


Dengar jawapan itu, Al-Nuri terus naik atas sampan dan pecahkan satu per satu botol tersebut dengan tongkatnya. Sampailah botol terakhir, beliau berhenti. Tidak pecahkan botol terakhir.


Kemudian datang la pegawai keselamatan dan menangkap Al-Nuri lalu dibawa menghadap Khalifah. 


Dalam keadaan marah Khalifah sebagai pemilik botol arak tu pun berkata, 


"Siapa engkau?!" 

"Saya pengawas kerajaan" 


"Siapa yang melantikmu jadi pengawas kerajaan?! " 

"Pihak yang sama yang melantik Khalifah." 


Maksudnya Allah yang lantik. Pada zaman tu pemimpin dilantik bukan dilantik macam sekarang, bukan melalui pilihan raya. Tapi dilantik sebab keturunan. Bila ayah meninggal, anak yang gantikan.  


Bila Khalifah dengar jawapan Al-Nuri, Khalifah tundukkan kepala. 


Kemudian Khalifah angkat kepala dan tanya lagi. 


"Mengapa engkau pecahkan botol botol tersebut?"

"Kerana sayangkan Khalifah. Saya hendak menyelamatkan Khalifah dari murka Allah." 


Khalifah tundukkan kepala lagi. 


Kemudian Khalifah angkat kepala dan tanya lagi. 


"Apabila engkau pecah botol tersebut, mengapa engkau meninggalkan botol terakhir?"


Jawapan Al-Nuri agak panjang. 


"Apabila aku naik ke sampan dan mula pecahkan botol botol itu, aku melakukannya kerana Allah. Pada saat itu aku tidak peduli dengan sesiapapun. Apabila tiba botol terakhir, hati berasa ujub. Aku merasa hebat kerana memiliki keberanian ini. Apabila ujub telah menusuk dalam hati, aku tidak pecahkan botol terakhir itu." 


Bila Khalifah mendengar jawapan Al-Nuri tersebut, beliau pun berkata : 


"Pergilah. Aku lepaskan dirimu. Ubahlah kemungkaran sekehendakmu"


[al-Bidayah wa al-Nihayah 11: 101]

.

.


Siapakah Abu al-Husayn al-Nuri dalam kisah tersebut ? Beliau merupakan seorang tokoh sufi dan zuhud di Baghdad. Nama sebenarnya beliau ialah Ahmad bin Muhammad al-Khurasani al-Baghawi. Beliau menimba ilmu dengan tokoh tokoh besar seperti al-Sari al-Saqati dan Ahmad bin Abi al-Hawari. Beliau juga bersahabat dengan Imam al-Junayd al- Baghdadi.


Pengajaran daripada kisah Al-Nuri. 


1- Pentingnya niat. Contoh dalam menuntut ilmu, bila niat untuk perbaiki diri dengan ilmu tersebut, Allah akan mudahkan.  


2- Tuntut ilmu bukan kerana jawatan dan populariti. 


3- Niat hati boleh berubah. Boleh jadi pada awalnya kerana Allah tapi penghujungnya kerana kepentingan dunia. 


4- Bila terdetik ingin berbuat baik, terus buat.  Jangan tunda tunda.


5- Bersikap sederhana. Jangan terlalu cinta dan benci. Sahabat hari ini boleh menjadi musuh esok hari dan sebaliknya. Jadi usah terlalu terbuka dengan sahabat dan terlalu tertutup kepada musuh.


Rita Mappiare

~Catatan nota Niat Boleh Berubah-Ubah daripada buku IKON RIJAL


🖋https://t.me//pEnA_BeRbIcArA

Jumaat, 4 September 2020

scam

 JADI SCAMMER ADALAH SATU KERJAYA HEBAT  


1. Saya baru terperasan yang menjadi scammer adalah satu kerjaya hebat. Mari kita buat analisisnya. 

 

2. Pertamanya anda tak perlu modal sesen pun untuk pun untuk memulakan scam baru. Semuanya adalah self-sustaining dengan menggunakan duit mangsa. 


3. Anda tak perlu belajar tinggi2 (malah setakat darjah 6 pun sudah cukup). 


4. Anda tak perlu apa2 ilmu kewangan dan pelaburan (kerjanya hanyalah me-rcycle-kan duit).  


5. Anda tak perlu apa2 pengalaman kerja (sebab tu student pun boleh jadi scammer). 


6. Anda boleh cipta identiti baru siap dengan Datoship sekali.  


7. Anda boleh maki hamun semua pakar kewangan yang mengexposekan scam anda. 


8. Anda akan dipuja oleh semua pengikut anda sebagai pemberi rezeki mereka. 


9. Anda boleh dapat gelaran Pakar Ekonomi Asia! 


10. Anda mendapat kepuasan diri kerana dapat memperbodohkan orang yang lebih pandai. 


11. Anda boleh bawa kereta super mewah yang disponsor oleh mangsa. 


12. PULANGANNYA TINGGI MENGGILA (masuk ratusan juta ringgit)!!! 


13. Bila skim itu berkubur, anda boleh selamat dengan kata anda jatuh sakit. 


14. Bila skim itu berkubur, anda selamat kerana Polis tak tangkap. 


15. Bila skim itu berkubur, anda selamat kerana mangsa anda yang kebanyakkannya Melayu amat cepat memaafkan anda. 


16. Selepas setahun dua, anda ulang langkah 2 hingga 15. 


17. Of course, in return, nama anda akan busuk satu Malaysia. 


18. It is also likely that banyak yang anda perlu jawab in the next life. 


19. Amacam? Ada sesiapa yang teringin nak jadi scammer terkini Malaysiakah?


- Azizi Ali

Isnin, 31 Ogos 2020

jihad

 Wahai ketua kerajaan, keluarga, masyarakat, pertubuhan dll.


Tahukah anda bahawa Umar Ibn Al-Khattab takut jika الله akan menanyakannya tentang serigala yang lapar di padang pasir?


Jika anda memahami ini, apatah lagi jika ada seorang insan dibawah jagaan (atau bukan dibawah jagaan) anda yang kelaparan?


Ramai yang sibuk bergaduh untuk memperolehi kesenangan sendiri dan melupakan yang lebih lemah.


𝗧𝗔𝗛𝗨𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗥𝗘𝗭𝗘𝗞𝗜 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗜𝗡𝗦𝗔𝗡-𝗜𝗡𝗦𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗠𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗘𝗟𝗜𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗠𝗨?


Rasulullah ﷺ bersabda; "Anda tidak mendapat rezeki dan makanan jika tidak kerana rahmah الله terhadap yang lebih lemah diantara kamu."


Ingatlah! الله tidak memberi kamu tenaga yang lebih, harta yang lebih, ilmu yang lebih dan segala kebaikan yang lebih, melainkan supaya kamu membantu orang yang lebih lemah.


Dan anda pasti akan dipersoalkan tentang perkara ini di akhirah dan tiada jalan keluar bagi anda.

ekonomi

 Sempena 63 Tahun Kemerdekaan (3)


KEMERDEKAAN EKONOMI


Sesungguhnya, bahawa dunia ini adalah tipu daya. Allah mengulangi di ayat yang lain bahawa tidaklah kehidupan dunia ini melainkan tipu daya!


Pengalaman hidup kita sendiri dan orang lain juga banyak membuktikan bahawa kecintaan pada dunia ini hanyalah tipu daya. 


Wang dan kekayaan menjanjikan kebahagiaan yang tiada!


Inilah pandangan Islam dalam ekonomi ini. 


Siapa juga yang mahu berurusan dengan khazanah kekayaan Allah di bumi, mestilah pandai mengelak dari tipuan. 


Seorang yang perasaan cintakan Allah kuat mencengkam di jiwa hinggakan cinta dunia dapat ditangkis. 


Itulah orang yang dunia tidak dapat memperbodohkannya!


Selain mereka, kepandaian akademik dan diniah saja pasti tidak selamat dari godaan dan bujukan harta.


Adapun kemerdekaan dalam konteks ekonomi ialah bebas dari penyakit tamak haloba oleh si kaya atau penguasa. 


Allah melonggokkan kekayaan pada mereka supaya ada sebab untuk bersatunya mereka dengan golongan tidak berada dan miskin.


Orang miskin kaya tenaga dan kebolehan bekerja yang semuanya amat diperlukan oleh golongan kaya.


Masyarakat akan stabil bilamana kekayaan masing-masing dikongsi dan tidak bermaksud untuk tindas-menindas.


Kini, seluruh dunia dilanda kejatuhan ekonomi! Ambil perhatianlah dengan bencana besar ini. Tuhan tidak lakukan sesuatu dengan sia-sia. 


Sejarah menceritakn bahawa bilamana Allah murka dengan satu kaum, maka Allah tarik kekayaan mereka. 


Maka jatuhlah kuasa politik dan hancurlah kaum tersebut.


Sempena kemerdekaan marilah kita memohon kepada Allah supaya dimerdekakan negara dari segala cengkaman penjajahan masalah. 


Allah adalah sumber kekayaan dan kekuasaan. Untuk dapatkan itu semua, orang Islam tidak boleh menempuh cara orang bukan Islam.


Allah menolong orang bukan Islam dan golongan orang anti-Islam kerana faktor usaha, ikhtiar dan kekuatan .


Tapi orang Islam ditolong kerana faktor takwa. Orang bertakwa yang berusaha Allah berjanji membalasi dengan 90%. 


Sedangkan usaha ikhtiar oleh orang-orang yang tidak takut dengan Allah, mereka hanya akan diberi sekadar 10%. Itu pun hanya atas dasar istidraj. 


Untuk 10% itulah golongan ini menghabiskan umur. Dunia telah menipu mereka!


Cara dapatkan 90% kekuatan, ialah usahakan taqwa.


 

Yakni bersedekah, bermaaf-maafan, sembahyang malam (tahajud), sembahyang hajat, berkasih sayang dan bertaubat banyak pada Allah.


Yakni membaiki diri. Bersatu padu, ikhlas, merendah diri dan kerjasama.


Sejarah memaparkan bahawa dengan mempraktikkan ekonomi Islam itu, perniagaan Rasulullah SAW di Suqul Ansar oleh Sayidina Abd. Rahman bin Auf, dalam masa yang begitu cepat, Islam menguasai ekonomi Madinah dari tangan kapitalis Yahudi. 


Mengapa tidak kita belajar dari sejarah ini demi memerdekakan bangsa dari masalah ekonomi yang sedang melanda.   


-Arkib Minda Abu Adib-

Khamis, 27 Ogos 2020

4 ayat

 INILAH 4 WIRID YANG MENGGERUNKAN DAN MENAKUTKAN MUSUH-MUSUH ISLAM. 

===========================

Amalan Empat Zikir yang lebih dikenali Ayat 4 menjadi amalan zikir yang amat mustajab di amalkan bagi menghadapi musuh durjana yang menyerang, memperkosa dan membunuh orang Islam.


Setiap wirid ini dibaca sebanyak 11 kali. 


1. Tasbih Yunus (Al-Anbia:8)


لَِا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ اِنِّيْ كُنْْتُ مِنَ الظََّاِلِمْين


“Tiada tuhan melainkanMu, Maha SuciMu (Ya Allah), sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan orang-orang yang zalim.” 

(Al Anbiya:8)


2. Doa Hindari Kepahitan (Yusuf:21)


 وَاللهُ غَالِبٌ عَلَى أمْرِِِْهِ


“Sesungguhnya Allah berkuasa penuh atas setiap urusannya”(Yusuf:21) 


3. Doa Asif Barkhiya


يَاحَيُ يَا قَيُّوْمً يَا إِلَهَنَا وَإِلَهَ كُلِّ شَيْءٍ إِلَهاً وْاَحِداً لَاِ إِلَهَ إِلَا أَنْتَ 


“Wahai Tuhan yang Maha Hidup, Wahai Tuhan yang Maha berdiri sendiri, Wahai Tuhan kami, Tuhan segala setiap sesuatu, Tuhan yang satu, Tiada tuhan melainkanMu (Ya Allah)” 


4. Asma Allah


يَا ذَالْجَلا لِ وَالِْا كْرَم


“Wahai Tuhan yang memiliki segala Kebesaran dan Kemuliaan (Asmaul Al Husna)


Insyallah semuga musuh-musuh Islam akan gerun dan takut dengan orang yang mengamalkan zikir dan wirid ini.

===========================

SANAD DAN IJAZAH

===========================

Ijazah adalah hubungan sanad, iaitu hubungan hati dengan Rasul saw atau para ulama yang membuat suatu doa.


Misalnya Imam Nawawi membuat doa, maka boleh saja siapapun membacanya, namun tentu akan lebih afdhal jika yang membaca itu ada hubungan dengan Imam Nawawi, ia dikenal oleh Imam Nawawi, maka itu yang disebut sanad, jika Imam Nawawi sudah wafat, maka bagaimana caranya mendapat keberkahan doa imam nawawi ini..?. maka kita minta izin pada muridnya, karena muridnya inilah yang punya hubungan dengan imam nawawi, 


Jika tak ada muridnya maka murid dari muridnya, maka izin dan restu ini disebut ijazah, dan demikian sampai kini kita boleh saja mengamalkan semua doa, namun alangkah baiknya jika minta restu dulu pada orang yang mempunyai hubungan dengan pembuat doa tersebut, maka minta restu ini disebut ijazah.


Alqur'an dan sunnah tidak perlu minta restu lagi karena sudah perintah Allah dan Rasul saw pada kita, namun tentunya jika ada restu dari orang yang punya ijazah pula sampai bersambung pada Rasul saw, maka lebih afdhal.


Ijazah terbahagi kepada 2 bahagian:


Pertama: Ijazah Umum


Ijazah umum ini, ijazah yang diberikan walaupun tanpa seseorang penuntut itu ‘talaqqi’ dengan guru yang memberikan ijazah tersebut. Hal ini, menurut Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki, dibolehkan oleh para ulama’ – malah dipraktikkan oleh beberapa orang ulama’ besar – bagi memastikan sanad sesuatu ilmu itu terus hidup dan tidak terkubur begitu sahaja. Seseorang itu boleh mengambil ijazah sesuatu ilmu daripada seorang guru, tetapi mempelajari dan mendalami ilmu tersebut daripada guru yang lain. Selain daripada itu, pemerolehan ijazah sesuatu ilmu itu juga adalah penting bagi mendapatkan berkat dalam mempelajari dan mengamalkan ilmu tersebut.


Kedua: Ijazah khusus


Ijazah khusus pula hanya layak diberikan kepada murid yang telah selesai ‘talaqqi’ sesuatu ilmu itu dengan gurunya. Talaqqi ini berguru dengan guru yang mengajar dan bertemu lutut ke lutut dengan guru tersebut yang mana sistem pengajian ini amat berbeza dengan sistem pengajian yang wujud pada hari ini…


Sistem talaqqi biasanya bermatlamatkan ‘khatam seluruh isi kitab dari kulit ke kulit’ daripada mensyarahkan tajuk pada kitab, riwayat hidup pengarang kitab sehinggalah pada apa yang disampaikan oleh pengarang kitab pada penutup dibahagin akhir kitab, walau macam mana pun, kitab itu semestinya dihabiskan.


Selain itu ada beberapa zikir dan fadzilat doa yang baik untuk di praktikkan bagi memperkukuhkan kekuatan yang dipohon kehadrat Allah SWT.


Wassalam. 

===================