Sempena 63 Tahun Kemerdekaan (3)
KEMERDEKAAN EKONOMI
Sesungguhnya, bahawa dunia ini adalah tipu daya. Allah mengulangi di ayat yang lain bahawa tidaklah kehidupan dunia ini melainkan tipu daya!
Pengalaman hidup kita sendiri dan orang lain juga banyak membuktikan bahawa kecintaan pada dunia ini hanyalah tipu daya.
Wang dan kekayaan menjanjikan kebahagiaan yang tiada!
Inilah pandangan Islam dalam ekonomi ini.
Siapa juga yang mahu berurusan dengan khazanah kekayaan Allah di bumi, mestilah pandai mengelak dari tipuan.
Seorang yang perasaan cintakan Allah kuat mencengkam di jiwa hinggakan cinta dunia dapat ditangkis.
Itulah orang yang dunia tidak dapat memperbodohkannya!
Selain mereka, kepandaian akademik dan diniah saja pasti tidak selamat dari godaan dan bujukan harta.
Adapun kemerdekaan dalam konteks ekonomi ialah bebas dari penyakit tamak haloba oleh si kaya atau penguasa.
Allah melonggokkan kekayaan pada mereka supaya ada sebab untuk bersatunya mereka dengan golongan tidak berada dan miskin.
Orang miskin kaya tenaga dan kebolehan bekerja yang semuanya amat diperlukan oleh golongan kaya.
Masyarakat akan stabil bilamana kekayaan masing-masing dikongsi dan tidak bermaksud untuk tindas-menindas.
Kini, seluruh dunia dilanda kejatuhan ekonomi! Ambil perhatianlah dengan bencana besar ini. Tuhan tidak lakukan sesuatu dengan sia-sia.
Sejarah menceritakn bahawa bilamana Allah murka dengan satu kaum, maka Allah tarik kekayaan mereka.
Maka jatuhlah kuasa politik dan hancurlah kaum tersebut.
Sempena kemerdekaan marilah kita memohon kepada Allah supaya dimerdekakan negara dari segala cengkaman penjajahan masalah.
Allah adalah sumber kekayaan dan kekuasaan. Untuk dapatkan itu semua, orang Islam tidak boleh menempuh cara orang bukan Islam.
Allah menolong orang bukan Islam dan golongan orang anti-Islam kerana faktor usaha, ikhtiar dan kekuatan .
Tapi orang Islam ditolong kerana faktor takwa. Orang bertakwa yang berusaha Allah berjanji membalasi dengan 90%.
Sedangkan usaha ikhtiar oleh orang-orang yang tidak takut dengan Allah, mereka hanya akan diberi sekadar 10%. Itu pun hanya atas dasar istidraj.
Untuk 10% itulah golongan ini menghabiskan umur. Dunia telah menipu mereka!
Cara dapatkan 90% kekuatan, ialah usahakan taqwa.
Yakni bersedekah, bermaaf-maafan, sembahyang malam (tahajud), sembahyang hajat, berkasih sayang dan bertaubat banyak pada Allah.
Yakni membaiki diri. Bersatu padu, ikhlas, merendah diri dan kerjasama.
Sejarah memaparkan bahawa dengan mempraktikkan ekonomi Islam itu, perniagaan Rasulullah SAW di Suqul Ansar oleh Sayidina Abd. Rahman bin Auf, dalam masa yang begitu cepat, Islam menguasai ekonomi Madinah dari tangan kapitalis Yahudi.
Mengapa tidak kita belajar dari sejarah ini demi memerdekakan bangsa dari masalah ekonomi yang sedang melanda.
-Arkib Minda Abu Adib-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan