Selasa, 8 Disember 2020

PBD

 Pelajaran untuk hari ini. Jujur itu adalah suatu perbuatan yang SALAH.


Jujur itu hanya menyusahkan diri sendiri, makan diri sendiri. Tak untung apa2 pun. Berkata jujur adalah salah, apatah lagi berbuat jujur. Memberi markah secara jujur kepada pelajar itu juga salah.


Sebagai guru harus menipu, menipu markah pencapaian pelajar-pelajar yang sememangnya pemalas tidak mahu membuat apa-apa kerja atau latihan pun. Harus beri markah tinggi walaupun kelas tak pernah hadir (bukan sakit pun, tapi ponteng entah ke mana, surat tunjuk sebab tidak hadir pun tak ada). Latihan tak pernah buat apatah lagi hantar untuk disemak.


Jika markah diberi adalah rendah, cikgu akan disoal, cikgu dikatakan tak buat kerja, tak mengajar di dalam kelas (itu yang pihak disana akan labelkan kepada guru), cikgu duduk goyang kaki, makan gaji buta (ini pulak yang dikatakan oleh netizen).


Cikgu harus membuat program, cikgu harus membuat modul, cikgu perlu tunjukkan surat amaran pelajar tidak hadir, cikgu perlu call parent, cikgu perlu hantar pelajar ke kaunselor. Semua bukti harus ditunjuk bahawa cikgu sudah berusaha untuk mengejar pelajar ini untuk menyiapkannya. Banyaknya masa cikgu untuk menumpukan perhatian untuk pelajar2 ini.


Dan yang paling menariknya, guru2 yg memberi markah tinggi ini diberikan ucapan tahniah di dalam mesyuarat kerana prestasi pelajarnya bagus2. Manakala yg sebaliknya ditekan, untuk memberikan 1001 sebab, usaha  dan langkah2 yg perlu dibuat. Wahhh...nak menipu lah baru dpt puji, kalau jujur dicaci.


Suatu masa dulu pelajar yang mengejar guru, takut kepada guru, buat semua latihan yang diberi untuk mendapatkan markah. Tapi hari ini tidak lagi. Pelajar tak perlu buat apa2. Tapi markah minima tahap penguasaan 3 akan diberi secara percuma (markah penuh TP6).


Kerana apa, sekolah tak mahu prestasi pelajarnya tidak bagus, sekolah juga tak mahu memberi laporan berjela2 kepada pihak di sana kenapa pelajar2 ini mendapat markah rendah (tak tahulah siapalah nak baca laporan banyak2 tu). Jadi, biarlah diberi markah tipu pun, biarlah di dalam laporan semuanya 100% terbaik. Sedangkan hakikatnya pelajar sudah semakin tenat. Pelajar sudah semakin malas dan bertambah bodoh.


Kerana pelajar ini tahu, tak buat pun tak apa, markah sudah ada. Tak belajar pandai2 pun tak apa, naik kelas jugak nanti, dapat sijil jugak nanti.


Yang pasti, mak bapak tak nak tengok pun laporan ni. Mereka tak faham pun apa maksud TP 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 tu. Yang mahu dilihat ialah berapa A nya sahaja.


Tak tahulah kenapa pihak di sana tu, nak juga wajibkan cikgu2 buat benda alah ni. Key in markah sebutir2 utk setiap subjek yang diajar. Bayangkan 1 subjek ada 10 subtopik. Setiap subtopik tu kena bagi markah. Bayangkan 1 kelas cikgu ada 46 pelajar (kalau sekolah cikgu budak tak ramai, untunglah). Itu baru 1 subjek. Kalau 8 subjek? Belum lagi markah kerja kursus atau kerja lapangan. Markah lain pulak nak kena bagi. Tak payah buat kerja lain, hadaplah depan skrin komputer masukkan markah sepanjang hari selagi tak siap.


Jadi cikgu2, tak payahlah nak semak semuanya secara detail. Sebab apa, semuanya mesti dapat markah minima TP3 tu. Kalau semak betul2 buat penat je. Karang bagi markah rendah kenalah menjawab.


Itulah PENTAKSIRAN BILIK DARJAH. (Depa kata tak nak buat periksa dah, nak tengok markah TIPU ni je kot).


https://www.facebook.com/groups/gurugemilang/permalink/5001474133260133/


Resam

 ADAT RESAM


Dalam bahasa Melayu Klasik, kata 'Resam' berarti 'kebiasaan' atau 'adat', seperti dalam perumpamaan 'Resam air ke air, Resam minyak ke minyak', yang berarti biasanya orang lebih suka bergaul kepada bangsanya sendiri daripada dengan bangsa lain atau bila terjadi perselisihan, maka biasanya seseorang akan berpihak pada bangsanya, sukunya atau kawannya.


Resam juga diartikan sebagai adat lama atau adat zaman dulu yang diyakini dan dilaksanakan oleh orang Melayu. Sebab orang Melayu sering didifinisikan sebagai seorang yang (haruslah) beragama Islam, berbahasa Melayu dan beradat Resam atau menjunjung tinggi adat istiadat Melayu Lama. Identifikasi Resam dijadikan sebagai istilah bagi penyebutan adat Melayu lama (Adat Resam)


Berdasarkan ciri fisik tanaman Resam yang ada atau tumbuh dihampir seluruh wilayah geografis rentang tanah Melayu. Orang Melayu selalu berkata ADAT RESAM. maksudnya adalah suatu pengibaratan adat macam tumbuhan resam.


Sifat tumbuhan resam :

1. Keras sukar ditebas dan dibunuh

2. Tak mudah mati oleh panas dan hujan

3. Mematikan tumbuhan yang lain yang ada didekatnya kerana sifatnya yang menjalar.

4. Jika ada resam maka menjadi padang resam.


Gambar Tumbuhan Resam.

Mari fahami bahasa kita.


Kredit: Hardiansyah Rahman

Ahad, 6 Disember 2020

Jiran

 Orang kampung itu rumahnya jarak-jarak. Tetapi mereka kenal dan selalu bertegur sapa. Walau di hujung kampung masih kenal anak-anak dan isterinya.


Orang bandar kadangkala berkongsi dinding yang sama dengan jiran sebelah. Tetapi ada yang langsung tidak bertegur sapa & kenal nama. 


Itulah gambaran masa depan kita semua yang makin suka hidup sendiri-sendiri.


Kalau boleh nak tinggikan lagi pagar supaya jiran tak nampak kita. Nak rumah yg sunyi dan jauh dari ramai orang.


Banyak kawan hanya di sosial media. Tapi hakikatnya hidupnya sunyi dan matinya terasing.


Kredit: Faisal Rahim

Sabtu, 5 Disember 2020

Wanita

 Perempuan dan pujian bagaikan monyet dengan pisang


1. Ada ramai lelaki yang tidak kacak, tidak handsome namun tetap berjaya memiliki perempuan cantik. Salah satu sebabnya ialah lelaki itu pandai memuji dan 'mengayat' wanita.


Perempuan sering lemah dengan kata-kata.


Telinga mereka dijadikan mudah terpengaruh oleh pujian dan pujukan.


2. Masalahnya hari ini, media massa telah menjadi platform yang paling mudah untuk wanita mendapat perhatian, pujian dan sanjungan. Kalau dahulu mereka perlu berpakaian cantik, meletakkan minyak wangi berliter-liter dan make-up setebal 5 inci lalu pergi ke hadapan lelaki. 


Sekarang dengan hanya berposing di hadapan kamera, memakai filter gambar dan berpakaian menarik atau seksi sudah cukup dan mampu untuk menjadikan diri mereka mendapat perhatian lelaki di media sosial.


3. Perempuan adalah makhluk yang memerlukan perhatian, suka perhatian dan mahu diperhatikan. Justeru dalam bahasa Arab, perempuan juga dikenali dengan sebutan المرأة yang juga bermaksud sesuatu yang dilihat oleh orang.


Zaman bujang dan anak dara, perempuan memang selalu akan dipandang.


Namun selepas kahwin dan beranak pinak, timbul masalah apabila lelakinya (aka suaminya) tidak lagi asyik memandang dirinya, kurang memberi perhatian kepadanya.


Lebih teruk, dia merasa tidak cukup dengan hanya seorang sahaja lelaki memandang dirinya atau memberi perhatian kepadanya.


(Sebab dulu sudah terbiasa mendapat perhatian daripada ramai orang) 


Dos 'pujian' dan 'perhatian' yang diterimanya sudah berkurangan menjadikan dia merasa kurang berkeyakinan, kurang semangat dan merasa nilai dirinya sudah tidak lagi berharga. 


4. Maka apa lagi, twitter, fb, Instagram, YouTube dan platform media massa dijadikan saluran untuk nafsu mereka mendapatkan perhatian dan pandangan orang.


Pakai cantik-cantik, make-up lebih-lebih dan buat aksi lentok, senget kepala, gaya manja, menonjolkan dada ke hadapan sambil bontot ke belakang seperti ayam katek@serama.


Habislah menderu-deru lelaki tidak cerdik datang memberi 'likes' dan komen memuji dan memuja kehebatan si wanita.


(Lelaki kalau dia cerdik, patutnya dia buat tidak tahu sahaja sebab nanti kerana 'desperate' perempuan itu akan terpaksa 'show off' atau menjamu dan menayangkan lebih lagi sebab demi hendak perhatian)


5. Justeru sebab itu Islam mendidik dan memerintahkan lelaki untuk menundukkan pandangan kerana dengan sikap dan tindakan yang sedemikian, akan memberikan satu tamparan yang hebat kepada wanita.


Temberanglah wanita jika mengatakan dia tidak sengaja dan tidak perasan dirinya diperhatikan.


Selang 2 saat asyik membetulkan tudung yang tidak senget, setiap 5 minit hendak melihat cermin dan setiap warna baju yang dipakai sudah diseterika sejak semalam dipilih agar serasi dengan kasut, tudung dan sebagainya.


Semua itu dirancang bukan kebetulan dan cubaan.


6. Kerana itu di dalam Islam, wanita yang solehah ialah wanita yang menjaga dirinya daripada fitnah, iaitu menjaga dirinya daripada dilihat lelaki yang bukan mahram tanpa tujuan yang syar'ie.


(Jika hendak kahwin, kenalah bagi orang lelaki tengok diri kita, jika tidak macam mana lelaki tersebut hendak berkenan untuk nikah? Sebab itu disyariatkan untuk melihat wanita sebelum meminang).


Perempuan yang solehah, dia tidak kebulur perhatian lelaki tetapi dia mencari redha Allah.


Dia tidak merasa rugi kalau dirinya cantik tetapi tidak dipuji atau tidak diberi perhatian kerana dia ingin hidup bukan untuk dirinya, tetapi untuk Tuhan-Nya.


فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ


"maka wanita yang solehah, ialah wanita yang taat kepada Allah lagi memelihara diri, ketika suaminya tidak ada, kerana telah dipelihara oleh Allah." (Al-Nisa:34)


Suami tiada pun dia menjaga diri, apatah lagi jika ketika suaminya sedang ada.


7. Ibubapa dan kita perlu semua perlu mendidik anak-anak gadis dan anak perempuan kita untuk memiliki Iman kepada Allah dan hari kiamat serta sifat malu sejak daripada kecil. Malu adalah pertahanan diri yang paling penting di samping keimanan kepada Allah dan janji-janjiNya.


Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;


الحَيَاءُ لا يَأْتِي إِلا بِخَيْرٍ


`Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.' (HR Al-Bukhari dan Muslim)


Dan anak-anak gadis perlu dididik supaya dapat berkhidmat kepada keluarga sejak daripada kecil, dididik supaya hidup bukan untuk dirinya tetapi untuk orang lain.


Agar dia boleh hidup untuk agamanya, untuk suaminya, untuk keluarganya dan untuk anak-anaknya.


Kerana dakyah liberal supaya wanita mementingkan perasaan dan emosinya secara sonsanglah maka lahir rumahtangga yang bercerai-berai, anak-anak terabai dan tidak dipedulikan nasibnya kerana semata-mata mahu memenuhi tuntutan perasaan dan emosi si isteri yang bergelar ibu.


Tanggungjawab hendaklah didahulukan daripada perasan dan emosi peribadi yang sering dimanipulasi syaitan.

Jumaat, 4 Disember 2020

Solat

 TIPS AGAR RAJIN MENGERJAKAN SOLAT


1. Ketika datang azan, Bicaralah pada diri sendiri, dengan mengingatkan diri kita, bahawa kita sudah berumur...maka solatlah dan perbanyakkanlah amal.


2. Ketika datang azan, Bawalah fikiran kita ke tanah perkuburuan, dan nasihati diri sendiri sedia atau tidak sedia, kita pasti akan jadi penghuni kubur, maka solatlah.


3. Malulah kepada Allah, Jangan sampai kita meninggalkan solat. Kerana setiap hari kita selalu menikmati rezeki darinya dan selalu di beri nikmat, maka solatlah.


4. Malulah pada diri sendiri, Jika melihat orang yang sudah uzur, dan yang memiliki kekurangan fizik, namun mereka tetap istiqomah mengerjakan solat.


5. Berusaha menjadikan solat sebagai keperluan, Kerana kita perlu syurga-Nya, ampunan-Nya dan rahmat-Nya.


6. Harus tetap menunaikan solat, Agar terhimpun ke dalam golongan hamba yang beruntung.


Selepas membaca ini, anda mempunyai pilihan untuk kongsikan agar dibaca dan diamalkan oleh orang lain.


Ya Allah saya doakan sesiapa saja yang sedang membaca ini jadikanlah mereka, ahli keluarga mereka dan keturunan mereka orang-orang yang taat dalam mendirikan solat kepada Mu.

Aamiin...🤲🏼