Isnin, 29 Mac 2021

Melayu

 Betul ke Melayu tu malas dan tidak berdaya maju ?

.

1. Pada tahun 1247, seorang raja Melayu bernama Chandrabhanu Sri Dharmaraja dari kerajaan Tambralinga (sekarang - utara semenanjung Malaysia / selatan Thailand) menyerang Sri Lanka. Beliau berjaya menakluki bahagian utara pulau (kawasan Jaffna sekarang). Chandrabhanu kemudian diganti oleh anak beliau, Savakanmaindan, yang mempertahankan takhta Jaffna itu hingga ke tahun 1270. [Sekiranya anda mencari peta bahagian utara Sri Lanka, anda akan menemui kawasan bernama Chavakacheri. Chavakacheri bermaksud penempatan (kacheri) Jawa (Chava). (Orang Sri Lanka dahulu merujuk kepada orang dari Nusantara sebagai Jawa.] 

.

2. Insiden ini cukup signifikan dalam sejarah Nusantara kerana sebuah kerajaan Melayu menyerang dan menakluki kawasan yang begitu jauh (lebih dari 3000 km) dari tanah asal. Bukan mudah untuk belayar 3000km dengan segala bala tentera hampir 800 tahun yang lalu.

.

3. Insiden ini secara langsung mencerminkan kepakaran maritim dan keupayaan tentera laut orang Melayu zaman dahulu. Kejadian ini direkodkan dengan jelas di sejarah India dan Sri Lanka. Malangnya, kejayaan ini langsung tidak diceritakan dalam buku sejarah kita, tidak diajar di sekolah kita dan saya pasti, 99.9% penduduk Malaysia, termasuk orang Melayu sendiri, tidak tahu akan fakta ini.

.

4.Sekiranya anda membaca buku sejarah kita, terdapat banyak rujukan mengenai saudagar Arab, saudagar India, saudagar China, saudagar abcd, dll yang datang untuk berdagang di Kedah, Melaka, Pattani, Langkasuka, dsbnya di zaman kerajaan Melayu dahulu. Rakyat Malaysia juga diajar bagaimana Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dll datang ke tanah kita dan mempengaruhi budaya tempatan.

.

5.Tetapi buku teks sejarah kita membisu mengenai pengembaraan orang Melayu ke rantau lain. Sejarah maritim rumpun Melayu tidak diceritakan. Masyarakat rumpun Melayu dah pandai belayar lebih 2000 tahun yang dulu. Sekiranya anda membaca sejarah India, Sri Lanka, Arab dan China – saudagar/ pedagang Melayu dah lama menjalankan perniagaan di negara-negara tersebut. Seawal 1000 tahun yang lalu, pedagang Melayu berlayar hingga ke semenanjung Arab. Terdapat banyak rujukan di banyak pelabuhan India lama mengenai "pedagang Melayu dengan prahu mereka" . Bahasa Melayu menjadi lingua franca rantau ini - dari Teluk Bengal ke kepulauan Nicobar hingga ke Vietnam and Papua, bahasa Melayu boleh digunkan pada masa dulu.

.

6. Pelaut Melayu telah belayar dan menetap di pelbagai pulau / wilayah di lautan India (Madagascar, Chagos, Seychelles, Sri Lanka, India, Andaman & Nicobar, Maldives, Mauritius, kepulauan Comoros, Zanzibar) lebih dari 1500 tahun yang lalu – lama sebelum Orang Eropah mula belayar di perairan ini.

.

7.Buku sejarah kita banyak menceritakan tentang orang luar yang datang untuk berniaga di sini ... namun tidak menceritakan mengenai pedagang dan pelaut  Melayu yang berlayar jauh di zaman dulu. Contoh yang paling baik yang langsung tidak disebut dalam sejarah kita ialah bagaimana masyarakat rumpun Melayu sampai ke Madagascar hampir 1500 tahun yang lalu (semasa zaman kerajaan Sri Vijaya). Bahasa Malagasy yang digunakan di Madagascar hari ini adalah bahasa Austronesian, iaitu rumpun bahasa yang sama dengan bahasa Melayu.

.

8. Mungkin ramai di sini yang pernah dengar mengenai kerajaan Kedah Tua. Kerajaan kuno ini telah wujud hampir 2500 tahun yang lepas. Masyarakat Melayu di zaman kerajaan Kedah Tua merupakan masyarakat yang sofistikated. Mereka mahir dalam industri melebur besi. Bukan mudah untuk melebur bijih besi – kerana kita memerlukan suhu sekitar 1538 darjah C. Bijih besi yang dilebur di Kedah Tua diekspot ke India dan Arab di mana ianya digunakan untuk membuat senjata dan peralatan lain. Dan semua ini berlaku di antara 1000 – 1500 tahun yang lepas – pada masa itu Melaka belum wujud lagi. [Sultan Kedah pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Mudzaffar Shah I pada tahun 1136, hampir 300 tahun sebelum Parameswara tiba di Melaka]

.

9.Jadi… kenapa saya bangkitkan hal ini?

.

10. Saya rasa kebanyakkan orang Malaysia, termasuk orang Melayu, terutama generasi muda, tidak tahu mengenai sejarah mereka sendiri. Cara sejarah diajar di sekolah seolah-olah sejarah orang Melayu ini hanya bermula dari kesultanaan Melaka. Anak anak kita diajar seolah olah masyarakat di tanah air ini adalah masyarakat pasif yang sentiasa diserang and ditakluk oleh negeri barat bermula dari Portugis hingga ke Inggeris. Memang buku sejarah kita ada menceritakan mengenai kesultanan Melayu dan zaman kegemilangan Melaka. Tetapi ini merupakan hanya sebahagian kecil dari sejarah tanah and rumpun Melayu. 

.

10.Orang Melayu perlu tahu akan kegemilangan kerajaan Melayu zaman zaman dulu dan bukan hanya terhad kepada Melaka. Mereka perlu tahu akan kebolehan perdagangan, pengembaraan serta kekuatan tentera laut kerajaan Melayu lama yang menyerlah dari zaman dahulu lagi.

.

11.Masyarakat yang tahu akan sejarah mereka sendiri serta faham sejarah kegemilangan rumpun mereka akan menjadi masyarakat yang lebih konfiden dan berdaya maju. Dan  masyarakat yang faham sejarah kegemilangan mereka akan menjadi masyarakat yang beraspirasi tinggi (because you have done it before, you can do it again).

.

12.Tuduhan Melayu itu malas dan tidak dinamik adalah langsung tidak88 berasas apabila kita melihat sejarah rantau ini sepanjang 2000 tahun yang lepas.


  "TANAH MELAYU TANAH BERDAULAT"  🇲🇾

Isnin, 22 Mac 2021

Stress

 Keseronokan bekerja sebagai seorang guru sudah dinodai oleh kerja yg remeh temeh dari pejabat pendidikan yg menuntut terlalu banyak paperwork. Tahun ini saya rasa the worse dlm Perkhidmatan saya selama 34 tahun menjadi guru. Setiap sektor memberi tekanan kpd guru di sekolah kerana mengejar KPI masing masing. 

Cikgu di sekolah macam lembu di cucuk hidung. Terpaksa akur dgn setiap permintaan paperwork dengan date due masing masing. Semua mau didokumentasikan. Cikgu sekolah menjadi kilang utk memproses permintaan setiap sektor. Jadi bagaimana nak menghasilkan kemenjadian murid kalau guru asyik bertaklimat, bermesyuarat, berbincang, berdialog Prestasi untuk mencari idea dan bahan untuk melunaskan permintaan dari pejabat yg semua permintaan ada due date masing masing. 

Semakin canggih alat telekomunikasi semakin sering kita terima Whatsapp yg tidak mengira masa kualiti cikgu bersama keluarga. Anytime ada saja job di kirim dlm Whatsapp. Mau tidak mau kerana sudah di cucuk hidung macam lembu kita mesti respon dan ambil tindakan selanjutnya terhadap job yg di kirim dlm Whatsap. Makin banyak sektor makin banyak permintaan itu ini yg perlu diambil tindakan. Masing masing beri job pada cikgu. Kita sekolah kecik, guru guru cukup terbeban dgn situasi kerja segini. 

Di sekolah sudah cukup banyak peranan yg perlu dimainkan. Come on lah cikgu bukan robot. Cikgu manusia yg perlu masa utk berehat. Jangan suruh jadi kerani yg perlu menaip dan mendokumentasi tugasan yg berbagai. Biar lah cikgu jadi guru yg mengajar. Bukan jadi kerani utk bereskan paperwork yg punya due date berbagai. Kembalikan suasana mengajar kami seperti tahun 80an dan 90an dulu. Ramai murid telah menjadi penjawat awan yg berpangkat tinggi. 

Kemenjadian murid menjadi manusia berguna pada keluarga dan Negara. Kami fokus pada pengajaran dalam kelas utk kemenjadian murid. Zaman sekarang otak cikgu sudah bercabang macam ranting pokok. Tak dapat fokus pada PdP macam dulu lagi. Kemenjadian murid entah ke mana arah tujuannya

Niaga

 *Ada beberapa kata-kata khas buat kalian yang berniaga sebelum kita tidur*


1. Setiap dari siapa yang kalian nampak dia sudah berjaya, ada berpuluh tahun dia pernah gagal dan bangkit kembali tanpa pernah putus asa.


2. Apabila hati kalian hancur, waktu itulah otak kalian cergas, cerdas dan hebat bekerja.


3. Hargai pasangan yang sentiasa penat menanti di rumah, sabar memberi secawan kopi apabila kita pulang dengan penuh gagal, orang ini adalah orang yang sama akan melihat kita senyum apabila kita berjaya nanti. Peluk dan hargailah sampai bila-bila.


4. Jika Allah buat kamu ternanti-nanti jawapan mengapa masih gagal, siap sedialah untuk terima hadiah besar apabila berjaya nanti. Tawakkal, reda dan berusaha habis daya tanpa pernah putus asa.


5. Setiap hari, rancang untuk pergi makan bersama dengan orang yang pernah berlapar semasa kita susah dahulu.


6. Akui sahaja yang kita pernah tumbang, gagal, hancur dengan ramainya hilang kawan, putus persahabatan kerana kita masih orang sama yang lambatnya berjaya. Dan apabila sudah berjaya, layan baik-baik orang ini, itu adalah kebaikan yang dituntut. Dendam hanya bawa aura negatif dan banyaknya keburukan.


7. Kematangan itu bukannya datang dari kita bersembang benda-benda besar dan kita mahu menang mempersoal itu dan ini, ia adalah kefahaman terhadap apa yang dibincang dan menghormati setiap apa yang orang sedang utarakan.


8. Sampai satu tahap, diam adalah aktiviti terbaik dalam hidup. Melihat, memandang dan mendengar adalah proses paling bijak dalam berjaya dan terus fokus nak dapat apa yang kita tuju.


9. Satu benih itu diam-diam sahaja dia tumbuh membesar, namun pokok yang mega akan buat bunyi yang kuat semasa tumbang. Ingat, nak berjaya, tak perlu pumpang-pumpang beritahu orang itu orang ini, diam-diam sahaja, ia adalah kuasa paling hebat untuk bina apa sahaja empayar.


10. Kejayaan yang perlahan akan bina sikap baik, merendah diri dan banyaknya pelajaran, manakala jika ia terlalu laju, menang itu menang ini, boleh jadi ia akan banyak ego dan sombong. Hati-hati.


Begitulah.

Semoga bermanfaat kawan-kawan.


*Hari ini dan esok kita menjual lagi!*


Khairul Hakimin Muhammad,


Motivasi peniaga sampai tidur pun masih berfikir.

https://t.me/ContentKHM

Luahan

 Malaysia Lagi 5 Tahun Akan Datang


Aku tau ramai yang berminat dengan topik ni .

Jadi aku menulis dari sisi rakyat marhaen yang cuba faham .


Aku bukan pakar ekonomi .. Aku sama seperti orang lain yang sedang memikirkan apa nasib anak anak aku nanti 


Terpikir jugak , Sebenarnya apa yang kita ada ..


Tak sangka , Masa jumpa Founder Adabi ..

Dato Syed Manshor Pun merisaukan perkara yang sama ..


Katanya .. We almost have nothing !


Cuba kita tengok .. Untuk masa sekarang dan masa depan apa yang kita ada ?


Pertanian ?

Ya dulu malaysia memang banyak dengan tanaman kelapa sawit, beras  dan getah , Yang dihasilkan dan ada yang dijual secara eksport .


Tapi sekarang ni Indonesia dan mempunyai ladang kelapa sawit terbesar 


Thailand pun sama sama ekspert dalam pertanian 


Malaysia .. Buat setakat ni ada Musang king je lah ... 


Perdagangan ? dan Trading ?

Singapore dari awal dah jadi port perdagangan ..


Ternakan ?

Lagi lah jauh kita ketinggalan


Automotif ?

Geely pun dah ada pegangan saham . Jadi automotif kita telah dikongsi dengan negara lain ?


Belum lagi nak lawan german dan jepun .

Mereka lah yang sedang kuasai dunia dalam automotif . Jangan harap lah nak lawan .


Minyak benzen / Gas ?

Dan nak habis dah pun kan ?


Pelancongan ?

Part ni memang indonesia dan thailand lah pegang . Orang kita sendiri memilih banyak destinasi di indonesia dan thailand


Pembinaan ?

Pun sama .. Boleh bezakan binaan bangunan dan struktur unik di thailand dan indonesia 


Pekerja indonesia lebih mahir dalam pembinaan . Yang dulu nya buruh pun sekarang ramai dah jadi tokey besar di malaysia .


Apa lagi ..? 


Nampak macam kita tak ada expert dalam apa apa pun...


Melainkan update harian artis tempatan


Seperti artis mengandung , Artis kahwin baru ,

Artis pakai baju seksi , Dan juga artis curang


Jantan jadi perempuan , Pergi mekah pakai telekung . 


Tak kurang juga dengan politician


Adakah kita punyai kerajaan yang kuat sekarang ni ?


Tapi walau macam mana pun


Duit Tax tetap kena bayar ... Tak sejajar dengan peredaran arus zaman dan masa


Gaji makin statik ... Harga barang makin tinggi


Kemudahan awam .. Lagi sedih


Dekat malaysia ni ,

Kalau boleh banggakan pun aku rasa Highway Plus


Itu je lah yang nampak elok dan cantik


Tu pun kena bayar mahal sampai sekarang ..


Peluang pekerjaan pun makin susah


Doktor junior pun ramai dah bawak grab atau jual makanan . Kerja dah tamat kontrak .


Padahal itu adalah jawatan kritikal .. Tapi ramai yang menganggur sebagai doktor ..


Kalau doktor pun ada masalah kerja , Apatah pekerjaan lain ? 


Bukannya kita terlebih doktor , Yang menyebabkan pengangguran , Tapi tak cukup hospital untuk penempatan ..


Kalau ada pun , Banyak produk timbang kilo , Scam macau , scam trading


Banyak duit kita dah disalurkan kepada Lazada , Shopee dan sebagainya ..


Aku pun tak paham ...


Generasi kita pulak , Semuanya focus pada tiktok , Instagram , Online games ..


So apa nasib generasi akan datang ? 

Adakah mereka ni pelapis negara yang kita rasa yang boleh bawa malaysia maju macam negara lain ? 


Generasi kita belajar dengan apa yang mereka nampak ...


Lakonan badut dari ramai politician pun dah tunjukkan betapa lawaknya malaysia ni ..


Ada kah perkara ini sangat lucu ?


Memandang kan aku tak boleh fikir apa yang kita ada ..


So tak terkejut lah kalau indonesia , Thailand ,vietnam akan terus meninggalkan kita suatu masa nanti


Tak percaya tengok lah 5 tahun akan datang ..😭


Bukan aku nak provoke ke apa ..


Tapi rasanya kita dah boleh mula ada institusi kepakaran kerja ,


Mula cipta peluang2 baru ...Contohnya


Kita dah dalam bidang pertanian , Tapi masih lagi import mesin2 pertanian dari jepun dan china


apa kokak sangat ke kita ni tak boleh r&d mesin pertanian sendirj dan jual pada market luar ? 


Itu baru pertanian , Bagai mana dengan nelayan dan hasil laut ?  dan macam macam lagi ... 


Dan tak terkejut bila satu hari nanti rakyat malaysia yang akan keluar untuk jadi buruh di negara lain


masa tu jangan harap lah nak pilih pekerjaan duduk opis , Pakai tie dan coat dengan bergaya ..


Masa tu hanya ada pilihan , Kau nak kerja atau tak ?


Lepas tu ada juga beberapa kalangan instafamous yang dah kaya jual produk , Kata , SPM  fail pun boleh berjaya . Dan tanam kan mindset macam ni pada orang lain


Education bukan untuk kaya , Education function dia untuk develope something yang lebih besar dari kaya . 


Dengan ilmu lah kita boleh cipta macam2 .. Duit tu hanya Tools sahaja .


Education is important ! tapi ramai yang nampak duit masalahnya ..


ini lah sistem yang kita ada dan sangat merisaukan 


So jangan lah bergantung sangat pada kerajaan 


Kita mulakan sendiri , Kalau minat pertanian ..

Boleh dah cipta mesin2 yang boleg digunakan untuk pertanian .


Apa pun bidang korang minat .. go all out


Mungkin satu hari nanti kreativiti korang akana diterima orang lain , Dan mungkin kau boleh cipta lagi benda2 yang boleh beri peluang kepada orang lain


Apa yang kita boleh berikan lebih baik dari apa yang kita boleh terima


Have faith .. And start doing it now ! Anything !

Anythinh you like ! 


So korang rasa Apa yang kita ada ? 


Takkan asik dok bangga dekat dua batang Klcc tu je kan ?


Kredit gambar - Al jazeera .


walaupun klcc masih gah . Malaysia masih lagi mundur ditelan zaman . Macam bendera tu lah kot ... Maksud dorang


Anyway - Saya sayang malaysia !


Kredit

Yazid Hair Johari

Beras

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


 BERILAH AKU SEGELAS BERAS


Suatu ketika lori pengangkut BERAS tiba di sebuah kedai. Orang2 datang berebut untuk membelinya.


Maka pembeli beratur panjang giliran di kedai pedagang beras itu.


Tibalah giliran seorang WANITA TUA miskin, dengan tangan gementar ia menghulurkan gelas yang dibawanya kepada penjual beras.


WANITA TUA berkata : "Aku tidak mampu membeli beras mu, sudikah engkau bersedekah untukku dengan segelas beras saja.?"


PENJUAL BERAS :"Tidak, aku tidak boleh memberimu segelas BERAS!"

Wanita itu pulang dengan wajah hampa. 


Tetapi kemudian penjual beras itu menyuruh pembantunya untuk membawa sekarung beras dan mengantarkannya ke rumah wanita tua itu.


WANITA TUA tersebut menerimanya dengan mata berkaca-kaca kerana tidak percaya apa yang telah terjadi.


Air mata bahagia mengalir deras di pipi keriputnya.


Seorang lelaki pembeli yang tadinya berdiri di belakang WANITA TUA bertanya pada si PENJUAL BERAS, "Tuan...bukankah yang diminta wanita tua itu hanya SEGELAS beras, mengapa tuan memberinya SEKARUNG beras..?"


PENJUAL BERAS : *"Itu kerana dia meminta sesuai dengan KEPERLUANNYA, sedangkan aku memberi sesuai KEMAMPUANKU."*


*"Aku melakukan itu kerana begitu pula yang ALLAH lakukan kepadaku selama ini."*


*"Setiap kali aku MEMINTA kepada-NYA apa yang kuinginkan, Ia selalu MEMBERIKU berdasarkan KUASA-NYA."*


*"Dan pemberian-NYA bukan hanya sekadar cukup, melainkan SELALU LEBIH dari cukup."*


*"ALLAH memberi apa yang aku PERLUKAN, LEBIH dari sekadar apa yang aku INGINKAN."*


*"Maka ALLAH akan mencurahkan Karunia-Nya dan keberkahan-Nya sesuai dengan Kuasa-Nya"*


Semoga kita semua diberi rezeki yg barakah ...


سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ


لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلا بِا للهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْمِ


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ