Isnin, 22 Mac 2021

Niaga

 *Ada beberapa kata-kata khas buat kalian yang berniaga sebelum kita tidur*


1. Setiap dari siapa yang kalian nampak dia sudah berjaya, ada berpuluh tahun dia pernah gagal dan bangkit kembali tanpa pernah putus asa.


2. Apabila hati kalian hancur, waktu itulah otak kalian cergas, cerdas dan hebat bekerja.


3. Hargai pasangan yang sentiasa penat menanti di rumah, sabar memberi secawan kopi apabila kita pulang dengan penuh gagal, orang ini adalah orang yang sama akan melihat kita senyum apabila kita berjaya nanti. Peluk dan hargailah sampai bila-bila.


4. Jika Allah buat kamu ternanti-nanti jawapan mengapa masih gagal, siap sedialah untuk terima hadiah besar apabila berjaya nanti. Tawakkal, reda dan berusaha habis daya tanpa pernah putus asa.


5. Setiap hari, rancang untuk pergi makan bersama dengan orang yang pernah berlapar semasa kita susah dahulu.


6. Akui sahaja yang kita pernah tumbang, gagal, hancur dengan ramainya hilang kawan, putus persahabatan kerana kita masih orang sama yang lambatnya berjaya. Dan apabila sudah berjaya, layan baik-baik orang ini, itu adalah kebaikan yang dituntut. Dendam hanya bawa aura negatif dan banyaknya keburukan.


7. Kematangan itu bukannya datang dari kita bersembang benda-benda besar dan kita mahu menang mempersoal itu dan ini, ia adalah kefahaman terhadap apa yang dibincang dan menghormati setiap apa yang orang sedang utarakan.


8. Sampai satu tahap, diam adalah aktiviti terbaik dalam hidup. Melihat, memandang dan mendengar adalah proses paling bijak dalam berjaya dan terus fokus nak dapat apa yang kita tuju.


9. Satu benih itu diam-diam sahaja dia tumbuh membesar, namun pokok yang mega akan buat bunyi yang kuat semasa tumbang. Ingat, nak berjaya, tak perlu pumpang-pumpang beritahu orang itu orang ini, diam-diam sahaja, ia adalah kuasa paling hebat untuk bina apa sahaja empayar.


10. Kejayaan yang perlahan akan bina sikap baik, merendah diri dan banyaknya pelajaran, manakala jika ia terlalu laju, menang itu menang ini, boleh jadi ia akan banyak ego dan sombong. Hati-hati.


Begitulah.

Semoga bermanfaat kawan-kawan.


*Hari ini dan esok kita menjual lagi!*


Khairul Hakimin Muhammad,


Motivasi peniaga sampai tidur pun masih berfikir.

https://t.me/ContentKHM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan