Saya kongsikan sedikit pengalaman sebagai pengguna baru Roofbox. Semoga memberi manfaat kepada rakan rakan yang sedang mempertimbangkannya.
Saya punya dari jenama TAKA MD-500 TB.
1. Saiz atas kertas adalah 500 liter. Tetapi pada saya jangan dibandingkan dengan 500 liter boot kenderaan sedan - yang itu lebih berbentuk empat segi dan tinggi, maka lebih fleksibiliti dari sudut barangan yang boleh diisi. Roofbox oleh kerana bentuk yang lebih slim dan dengan kehadiran hinges, lock mechanism dan kepit ketam menjadikan usable space di dalam roofbox lebih terhad.
2. Saya gunakan soft baggage untuk memudahkan barangan diselit selit pada ruangan yang ada dan mengikut bentuk roofbox.
3. Bentuk yang panjang memudahkan untuk simpan barangan camping seperti folding bed/chair dan khemah.
4. Berat muatan roofbox adalah sekitar 60kg iaitu berat setelah berat maksima muatan roofrack 75 kg ditolak berat roofbox sekitar 15kg. Jadi kena agak agak atau timbang jugalah berat muatan sebelum dimasukkan dalam roofbox. Ala ala nak naik kapal terbang 😅
5. Wind noise dari roofbox/roofrack akan kedengaran sekitar kelajuan 110 kmj ke atas. Tapi tidaklah kuat mana bunyinya - cuma memang boleh dengar. Bolehlah berlawan dengan tyre noise dan bunyi enjin/cvt 😉
6. Saya difahamkan kelajuan maksima dengan roofbox adalah 140 kmj. Saya belum cuba sampai kelajuan tersebut dengan roofbox. Setakat had laju lebuhraya, pengendalian sama saja tiada perubahan ketara melainkan wind noise yang saya sebutkan di atas.
7. Tapi pada Jalan berselekoh memang ada sedikit pertambahan rasa olengan (pendulum effect). Pada saya tak jadi masalah, perlahankan saja sikit kenderaan - penumpang pun lebih selesa.
8. Ikut ukuran yang saya buat ketinggian Exora dengan roofbox hampir 2.1 meter, jadi perlu berhati hati jika berhasrat untuk memasuki parkir bawah tanah. Saya sendiri belum cuba lagi.
Semoga memberi manfaat kepada rakan rakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan