Selasa, 30 Mac 2021

Ilmu vs duit

 Saya boleh sahaja mengulang hujah “biarlah kami tidak kaya, asalkan kami berilmu” untuk berdiskusi dengan golongan – golongan mata duitan yang entah mengapa dewasa ini, suka benar menghina serta mempermain – mainkan lepasan universiti. Namun hujah tersebut pada saya terlalu apologetik, terlalu mengalah. Jadi kepada golongan “aku tak lepas SPM pun aku boleh naik Honda. Hang mengaji sampai jadi anak dara tua, gaji lagi rendah dari waktu aku jadi drebar lori bawak baja”;


Tahukah anda?


Seandainya Profesor Diraja Ungku Aziz menghabiskan masa mudanya dengan membina jenama dan mengasaskan perniagaan berjuta, hari ini majoriti golongan marhaen tidak akan pernah mampu menjejakkan kaki ke tanah suci. Namun kita bertuah kerana Prof Ungku Aziz memilih untuk mendalami bidang ekonomi, dan hasil kajian ilmiah serta kecerdasan buah fikirannya, tertubuhlah Tabung Haji. 


Tahukah anda?


Sehebat manapun anda berniaga. Sepetah manapun anda memajukan jenama. Dan selicik manapun anda menambun harta di negara – negara seperti Malawi dan Liberia, kemungkinan untuk anda hidup bahagia selama – lamanya adalah lebih rendah daripada kebarangkalian untuk anda sakit dan mati pada usia muda.  


Di Liberia, 14 orang doktor berkhidmat untuk 1 juta rakyatnya sedangkan di Malaysia, 700 orang doktor berkhidmat untuk jumlah rakyat yang sama. Kita bertuah kerana di Malaysia, golongan pelajar perubatan dan sains kesihatan tidak tertarik untuk berhenti belajar kerana “jual nasi lemak tepi jalan pun boleh beli Vellfire lagi awal dari doktor”.


Hari ini anda kaya kerana sistem percukaian yang direncana oleh para sarjana ekonomi.


Hari ini perniagaan anda maju kerana mesin yang dicipta oleh lulusan kejuruteraan


Hari ini anda sihat dan bertenaga atas bantuan lulusan perubatan.


Hari ini anda kenal Tuhan kerana golongan agamawan yang jauh merantau mencari ilmu untuk diajarkan.


So, to all those who like to condemn the university students, we do not need your sympathy nor do we owe you an apology for the life that we have chosen upon ourselves. And after all those ridicules and cynics coming out from that filthy mouth of yours, if you are to die of STD related oral thrush, the doctors would still treat you patiently. Because that is what knowledge is for, to serve for the betterment of humanity

Tiada ulasan:

Catat Ulasan