Sabtu, 15 Mei 2021

Hari Guru

 Kerjaya Guru, Ibadah Aku


Usai sahaja sesi pengajaran terakhir di penghujung semester, ini menjadi ungkapan wajib aku kepada para pelajar aku,


"Izinkan Sir meminta balasan bagi setiap ilmu yang Sir telah kongsikan kepada kamu. Andai kita bersua kembali di Hari Hisab kelak, jika kamu melihat Sir bakal dicampak ke Neraka, maka segeralah menarik Sir dan menyatakan saksi akan segala ilmu dan keikhlasan yang Sir telah curahkan kepada kamu. Moga-moga Allah mengampuni dan meredhai kita semua".


Setiap kali ungkapan ini aku sampaikan kepada mereka, tampak wajah aku seolah-olah bergurau, namun jauh di sudut hati ini, remuk membayangkan kalau-kalau usaha murni mendidik anak bangsa yang aku curahkan tidak diterima oleh Allah, sebak. Walau bersahaja dalam kata-kata aku, memang benar-benar aku harapkan apa yang aku pinta kepada pelajar. Ianya tidak selayaknya dikatakan 'permintaan' tetapi lebih kepada 'amanah' aku kepada mereka.


Sering bermain di fikiran seolah-olah dialog aku kepada Allah, 


"Ya Allah, hamba-Mu ini bukanlah daripada kalangan yang baik amalannya, yang kuat imannya, yang banyak sedekahnya, malahan sering dan terlalu banyak dosa-dosa yang aku lakukan. Namun aku amat suka mengajar, aku bersungguh-sungguh dalam menjadikan pelajar-pelajar aku memahami apa yang dipelajari, kehidupan aku kini pun banyak terluang dengan kerjaya aku sebagai guru. Maka, ikhlaskanlah hati aku dalam usaha mendidik anak bangsa ini, moga-moga Engkau terimanya sebagai ibadah, menjadi asbab keampunan dan keredhaan-Mu terhadap hamba ini".


Ya, kerjaya guru buat aku bukan sekadar punca mencari rezeki! Ianya lebih besar daripada itu. Ianya ibadah buat diri aku yang serba kurang ini. 


Hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW:

 

مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ


“Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang  mengamalkannya sedikitpun”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]


Menyedari akan hakikat bahawa mengajar ialah suatu ibadah, sudah pasti seboleh-bolehnya aku tidak mahu mengotorinya dengan niat dan perbuatan yang salah. Setiap kali memulakan sesi pengajaran, aku meminta agar para pelajar aku membaca doa belajar, dan aku juga tidak berkecuali. Aku titipkan doa antaranya seperti ini,


"Ya Allah permudahkanlah urusan kami khususnya dalam aku menyampaikan ilmu-Mu dan para pelajar aku memahaminya. Ya Allah, bukan aku yang memberi kefahaman, dan bukan pula ilmu yang disampaikan ini milik aku".


Apabila pelajar-pelajar, rakan-rakan sekerja memuji-muji kaedah pengajaran aku yang menjadikan mereka mudah faham, sudah pasti sebagai pendidik, aku amat gembira. Aku gembira kerana aku berpeluang memudahkan urusan orang lain dan dapat sedikit sebanyak membantu mereka.


Dari Abu Hurairah R.A., Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).


Namun, kadang-kadang aku sedih dan takut, kalau-kalau terdetik di hati ini rasa bangga, riyak, ujub dan takbur kerana kononnya, pelajar aku mampu memahami dek kerana kehebatan diri sendiri yang hebat dalam mengajar, merasa diri ini lebih baik daripada rakan-rakan pengajar yang lainnya. Allahu...Allah jualah yang memberi izin bagi segala sesuatu untuk berlaku, sedangkan aku sama sekali tiada upaya.


Genap 5 tahun dalam ibadah khusus aku ini dan sudah pasti perjalanan aku masih jauh. Moga-moga Allah pelihara hati ini agar terus semangat dan ikhlas dalam mendidik. Keberkatan daripada-Nya aku dambakan moga-moga semakin meningkat kualiti pengajaran aku sesuai dengan keperluan zaman. 


Tulisan ini aku tujukan buat diri aku dan rakan-rakan seperjuangan dalam bidang pendidikan. Mudah-mudahan saat aku lupa dan leka, tulisan ini menjadi peringatan...BUKAN! Menjadi amaran kepada diri ini, kerjaya guru ini, ialah ibadah. Saat aku tidak yakin dengan amalan aku lainnya, aku amat berharap mengajar menjadi ibadah yang mampu menyelamatkan aku daripada kemurkaan Allah. Justeru, saat dalam ibadah, harus aku jaga kesuciannya, pelaksanaannya, bukan sambil lewa, bukan suka-suka!


SELAMAT HARI GURU!


Sir Raja,

Pendidik

Channel YouTube: https://cutt.ly/ibXYlzL

NGO

 TEKNIK-TEKNIK BUAT DUIT DENGAN NGO UNTUK KAU JADI KAYA!


Korang perasan tak, dah makin ramai orang buat NGO. Korang juga perasan tak, orang yang run NGO ni biasanya takda kerja tetap, tapi survive je. Mana diorang dapat duit?


Sebenarnya, bukan tunggang agama je boleh buat duit. Tunggang NGO pun boleh buat duit. Sebab tu kau perasan ramai yang all out kutip derma, sampai sanggup tekan ads, billboard, dan bayar iklan masuk media. Sampai ada yang sanggup berhenti kerjalah, full time dengan NGO dia!


Korang tau tak yang bank negara (BNM) allow mana-mana NGO collect derma dan ambil up to 30% dari duit derma sebagai charge pengurusan. Kalau kau berjaya collect RM100k, kau boleh guna RM30k sebagai pengurusan. Begitulah seterusnya.


Bila NGO tu kau yang control. Kau CEO, kau founder, kau pengerusi. Mestilah kau ada kuasa penuh. Hujah biasa puak ni, orang derma atau infaq disebabkan dia. Orang pecaya dia. 


Berikut cara mereka bikin wang dengan NGO!


1. GAJI. 


Kutip derma atau infaq. Set gaji or elaun sendiri, masuk dalam charge pengurusan.


Dengan charge pengurusan nilah, kau boleh bayar sewa pejabat, bayar gaji crew dan juga gaji kau! Kau dibayar untuk buat baik. Benda yang kau suka. Bukan susah kan? Ada NGO yang kaya collect derma letak gaji RM20k tau dekat pengerusi dia!


2. SUPPLIER.


Kutip derma atau infaq. Kau sendiri jadi supplier.


Kau buat announcement yang kau nak sedekah facemask dekat B40 dari PPR. So kau cari orang nak infaq or derma. Kau sendiri supplier. Lepas dah collect duit derma dan infaq tu, NGO kau beli dekat kau facemask tu full price. So, kau dapat sales.


3. KRONI.


Kutip derma atau infaq. Kroni kau yang supply. Kau cashout tepi.


Kau minta derma untuk buat rumah asnaf, duit dah dapat. Kau lantik kawan kau jadi kontraktor. NGO kau bayar dia, dia kasi kau 10%!


4. BUAT PROGRAM BISNES.


Kau guna NGO kau buat program waqaf sambil berbisnes.


Dia kumpul orang, collect sorang RM1000 untuk beli ayam serama, jadi return 50/50. 50% ke asnaf, 50% ke pelabur. Kalau fail, dia akan return 50%. Beramai-ramailah masuk sebab nak tolong asnaf. Dia tak buat pun bisnes tu. Dia ambil 50%, dia return 50% seperti dalam agreement.


5. 100% KEUNTUNGAN UNTUK INFAQ!


Kau declare yang 100% keuntungan bisnes kau, akan kau infaq ke NGO kau.


Jadi beramai-ramailah orang membeli di kedainya. Walhal dia dah set gaji dia berpuluh ribu. Cover semua cost dah. Untung RM10, bagi semua RM10 pun kira 100% juga.


6. INVESTMENT UNTUK ASNAF.


Kau collect derma untuk NGO kau, kata kau akan invest dalam business. Nanti pulangan, boleh bagi dekat asnaf di bawah NGO.


Dia invest dekat company dia sendiri, or kroni-kroni dia. Bila rugi, dia cakaplah, investment mana ada janji untung. Itu riba. Ada yang lagi hampeh, dia buat main saham.


7. BELI HARTA UNTUK NGO.


Kau collect derma atau infaq untuk NGO kau, kau beli harta kau sendiri untuk cashout.


Kau ada van buruk. Kau sesak nak duit. So, kau collect derma untuk beli van kau yang kalau kau jual sendiri, takda siapa nak beli. Jadi kau guna power kau untuk NGO kau beli van buruk kau. Kautim!


8. LANTIK SYARIKAT SENDIRI.


Kau sebagai founder NGO kau, kau lantik kedai runcit kau jadi food bank orang miskin.


Siapa bayar kedai runcit tu? NGO tula bayar. Kau jangan pelik, walaupun kedai runcit tu kosong, tak meriah. Tapi nanti sales dia berpuluh juta! Semua salea itu dari NGO yang dibayar dengan duit derma  atau infaq korang.



Setakat ni 8 style ni la yang aku kesan. Kalau ada lagi, korang tambahlah. Sebab itu korang jangan pelik puak ni sanggup ni buat team publisiti ramai-ramai, dengan cameraman, soundman, content writer, video editor, designer. Siapa bayar semua tu? The more donation coming in, the merrier the NGO pocket.


Kalau dapat RM100,000, RM30,000 kau boleh enjoy as operation. Kalau kau dapat collect RM1,000,000, RM300,000 kau ambil. Kalau kau dapat collect RM100,000,000, RM30,000,000 kau boleh enjoy dengan NGO kau.


Ia legal dan tak salah di sisi undang-undang. Sebab itu makin ramai buat. Kerja senang bro. Bukan duit kau. Orang bayar kau untuk kau buat baik. Kau dapat duit, kau nampak baik. 


Cuma aku tertanya-tanya, masa kau buat derma atau infaq tu, kau memang dah redha ke RM100 kau nak bagi dekat asnaf tu, hanya sampai RM70? RM1,000 kau tu sampai kat asnaf RM700 je. Ke korang tak tau?


Kau jangan terkejut orang yang run NGO kaya ni, dia jadi kaya raya rasanya sebab duit derma tu je. Ada yang sampai kahwin 2,3. Entah berapalah gaji dia set dekat diri dia. Kita tak boleh lepas ke situ. Unless MA (management account) dia terbocor lah.


Ada yang lebih traditional, door to door kutip derma, tunggu dekat bank, mall. Korang ingat diorang fi sabi lillah? Tidak. Ada komisen diorang nanti. 30% ma, pandai-pandailah bedak-bedak nanti. Setiap orang orang ada bahagian masing-masing.


Jadi, kau jangan pelik boss-boss NGO ni rilex je full time dengan NGO. Hidup steady, kereta steady, berjalan oversea. Sebab semuanya sudah ditanggung. Mereka dibayar untuk buat perkara yang mereka suka.


Siapa yang tak suka hulur derma tapi dapat gaji? Kau pun nampak baik..


😜


Kredit: Aliff Ahmad III

Jumaat, 14 Mei 2021

Bantuan الله

 *Kenapa Allah tak tolong orang Palestin?*


Ada kisahnya..


Satu hari, sewaktu Nabi Muhammad SAW sewaktu melihat Sahabat di seksa akibat masuk islam, Nabi yang ketika itu tak mampu buat apa apa, sebab belum ada kekuatan tentera dan sebagainya, telah berkata:


“Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”


Maka ucapan yang sama kita ucapkan: “Bersabarlah Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”


Balik kepada Palestin, anak Tanya, Kenapa Allah tak tolong orang Palestin?


Maka wahai anakku - rujuk kisah Sumayyah.


Adakah Allah tak tolong Sumayyah? Salah tafsir pertolongan Allah dalam bentuk matrial atau fizikal semata mata, pertolongan adalah bila Allah teguhkan Iman Summayah hingga mati syahid dan di janjikan Syurga.


Sebab tu Nabi pesan perkara yang sama, teguhkan iman itu penting! Jangan terkena penyakit Wahan (cintakan dunia, takut mati). Mati kena seksa bukan kegagalan, mati tak beriman itu lah kerugian yang besar.


Secara hakikatnya, negara merdeka bukan kejayaan. Negara perang bukan kegagalan, tapi mati beriman dalam negara merdeka atau perang.. itulah kejayaan.


JIka mati tak beriman, dalam negara merdeka pun rugi, perang apatah lagi?!


Jadi bantuan yang sebenar adalah bila Allah teguhkan keimanan kita hingga mampu mati dalam islam! Itulah bantuan sebenar!


Sebab ada kisah Nabi terdahulu yang di pancung, di gergaji, dibunuh, semua itu bukan bermakna Allah tak bantu, tapi teguhnya keimanan mereka sewaktu menjelang ajal, itulah bantuan terbesar!


Jadi kita doakan, orang palestin dikuatkan Keimaman, dan mendapat bantuan fizikal serta rohani.., amin Ya Rabbil Alamin..


Bab mati perang ni, Nabi dah tahu, satu masa sahabat akan berperang sesama sendiri, Aisyah akan berperang dengan Ali, Cucunya akan dibunuh, semua Nabi tahu, dan Nabi tak mampu ubah semua takdir Allah dalam bab ujian terhadap umat islam, tapi Nabi doa agar keimanan kita semua kuat dan kukuh waktu hadapai ujian. Sebab masalah besar, bukan bagaimana kita mati? Tapi ADAKAH KITA MATI BERIMAN ATAU TIDAK? Itu yang besar!


Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.


Tuan puan, kita tengok cina non muslim mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?


Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!


Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.


Uztaz Ebit lew cerita kisah betapa syukurnya emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.


Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.


Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.


Sabda nabi ﷺ maksudnya,


الدُّعَاءُ مُخُّ الْعِبَادَةِ

“Doa adalah otak Ibadah.”


Maka di Pelestin, orang yahudi mati masuk neraka, dan Orang islam yang beriman mati masuk syurga! Doakan Iman mereka terus teguh dan kita bantulah apa yang mampu.


Mereka sedang di uji dengan perang, doakan mereka wahai anak, agar sentiasa kuat Iman di dada dan Dibantu Allah dunia akhirat.


“Bersabarlah Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”


*Bab perang pula..*


Al kisahnya, awal islam, Nabi Muhammad SAW yang tak mampu tolong umat islam di seksa teruskan berdakwah cari pengikut, hingga Nabi sendiri di ancam bunuh, lalu Nabi Hijrah ke Madinah atas perintah Allah untuk usaha atas kenabian.


Pendek cerita, Perang Badar berlaku, seribu kafir Mekah datang nak serang Madinah, tapi kalah apabila umat islam bertawajuh pada Allah, bersama bantuan dari langit telah datang.


Kemudian berlaku perang Ahzab, gabungan semua orang kafir nak serang madinah, Nabi guna strategi Salman Al Farisi, dengan menggali parit, buatkan musuh terhenti di tepi parit, dan pasukan Nabi sukar di serang sebab sudah kuasai bukit dan perigi. Nabi Juga kaedah melaga lagakan musuh hingga mereka bergaduh sama sendiri, Juga bantuan Ribut kencang, maka musuh telah pun kalah.


Akhirnya Nabi dan tentera masuk Mekah secara rombongan macam perarakan Maal Hijrah, lalu semua orang kafir menyerah, dan Mekah di kuasai oleh orang Islam selamanya sampai hari ini.


Maka untuk menang perang, Rasulullah SAW telah tunjukkan, jika kekuatan tak sama tidak ada masalah, namun strategi perang itu penting, dan tawajuh pada Allah jangan tinggalkan, InsyaAllah akan mampu beri kemenangan. Namun jika kalah perang pun tetap menang kerana kejayaan adalah mati dalam agama islam.


"Ya Allah kau bantulah semua umat islam di seluruh dunia, sungguh antara kami ada yang ditindas, Kau bantulah, antara kami ada yang sakit, kau sembuhkanlah, antara kami ada yang bergaduh, Kau damaikanlah, antara kami ada yang diliputi beban beban, Kau ringanlah, antara kami ada yang berhutang, kau permudahkanlah, antara kami ada yang rosak iman, Kau Baikilah, antara kami ada yang tidak membantu, Kau Gerak gerakkanlah"..


Mereka Merancang, dan Kau Juga merangcang, dan Kaulah sebaik baik perancang, Tiada daya upaya melainkan dengan IzinMu.


Jika tiada dalam takdirMU akan bantuan Fizikal, cukuplah bantu Rohani kami agar teguh Keimanan sampai mati, asal Kau Redha!


Amin Ya Rabiil Alamin! 🤲

Palestin

 Ramai yang meminta saya mengulas mengenai isu di Palestin.


Disebabkan ramai yang dah ulas dari satu sudut. Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi dari satu sudut pandang berbeza pula tentang Palestin.


...

1. Serangan tentera IDF ke atas Palestin tahun ini bukan kali pertama berlaku dalam bulan Ramadhan. Perkara ini sentiasa berulang-ulang setiap tahun.


2. Saban tahun, memang tentera Isreal akan menggunakan kekerasan terhadap umat Islam di Palestin setiap kali tibanya HARI JUMAAT TERAKHIR dalam bulan Ramadhan.


3. Mengapa hari Jumaat terakhir? Kerana pada hari tersebut disambutnya HARI AL-QUDS sedunia oleh para negara MUQAWAMAH. Tak tahu apa itu Muqawamah? Boleh tekan google cari siapakah mereka.


4. Hari Al-Quds disambut 2x setahun. Pertama iaitu pada hari Jumaat terakhir setiap bulan Ramadhan. Kedua, iaitu pada tanggal 21 Ogos setiap tahun. Kedua-duanya mempunyai simbolik tertentu pada isu Palestin dan diraikan bersama diserata dunia.


5. Tentera Isreal akan mulakan keganasan dan kekerasan mereka dengan menyerang warga Palestin yang beribadah di Al-Aqsa pada tarikh berdekatan dengan hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan.


6. Korang boleh check bila yahudi zionis tu mula serang penduduk Palestin setiap kali bulan Ramadhan dan korang akan jumpa jawapannya. Tarikhnya pasti berdekatan dengan hari Jumaat terakhir Ramadhan setiap tahun.


7. Mengapa serang umat Islam pada tarikh tersebut? Ia sebagai simbolik satu kejayaan besar bagi orang yahudi zionis kerana dapat mengganggu ibadah umat Islam sekaligus menganjing umat Islam disaat umat Islam menyambut hari Al-Quds sedunia.


8. Biasanya setelah keganasan bermula, pasti ada tindak balas dari penduduk Palestin sendiri. Di Jerussalem, rakyat Palestin menyerang tentera yahudi dengan batu. Manakala di Gaza, berlaku serangan balas menggunakan roket.


9. Menurut kepercayaan karut yahudi, jika mereka terkena lemparan batu dari umat Islam, hidup mereka umpama telah terkena badi. Kerana itu rakyat awam Palestin walaupun hanya menggunakan batu kerikil, begitu berani menyerang tentera yahudi yang lengkap bersenjata. 


10. Walaupun beberapa hari sebelum Eid Fitr disambut diseluruh dunia, tentera yahudi masih mengasari penduduk Palestin dan menyerbu Al-Aqsa. Bagi umat Islam, menyambut Eid Fitr adalah satu kejayaan setelah sebulan berpuasa. Bagi yahudi zionis, mengasari umat Islam adalah kejayaan mereka dan pahala buat mereka.


11. Apa yang berlaku ini sama sekali tidak akan memadamkan semangat beribadah dalam kalangan penduduk Palestin. Sehari sehelum Eid mereka diserang, tapi malam tadi (waktu Malaysia) mereka dengan berani tetap berkumpul di Al-Aqsa untuk menunaikan solat hari raya Eid Fitr.


12. Manakala di Gaza pula, terdapat kumpulan bersenjata Hamas yang memiliki roket yang disupply oleh negara Muqawamah kepada mereka sebagai bekalan untuk melindungi penduduk dan melancarkan serangan balas terhadap IDF. Kumpulan ini digelar Murobbitoun dan sebahagian lainnya adalah Briged Izzuddin Al-Qassam.


13. Selain Hamas, masih ada banyak paksi perjuangan rakyat Palestin antaranya Liwa Al-Quds, Jihad Islam Palestin, dll. Kebanyakan mereka telah dilatih oleh tentera dari negara Muqawamah dan mendapat kelengkapan persenjataan dari negara tersebut.


14. Sehingga kini, rakyat Palestin berjuang atas kemampuan dan kapasiti yang mereka ada dengan bantuan dana dan persenjataan negara Muqawamah tersebut.


15. Negara Turki TIDAK termasuk dalam kalangan Muqawamah bahkan Turki itu sendiri adalah kawan baik kepada negara haram Isreal. Turki merupakan negara Islam PERTAMA yang menormalisasikan hubungan dua hala dengan Isreal.


16. Semua video yang tersebar kononnya tentera Turki sudah sampai di Palestin adalah TIDAK BENAR. Itu adalah video yang di edit dari video tentera Turki yang menceroboh di Syria dan video di Ukraine.


17. Gambar tentera Turki yang kononnya sudah tiba di depan Al-Aqsa juga adalah PALSU dan diedit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Di Al-Aqsa, penduduk Palestin masih boleh beribadah dengan bebas dan mereka juga bersolat Eid beramai-ramai pada malam tadi (waktu Malaysia). Boleh tonton video sebagai tatapan bukti.


18. Eid Al-Fitr disambut meriah di Al-Aqsa dengan kehadiran beribu-ribu umat Islam yang menunaikan solat hari raya beramai-ramai. TIADA lagi penjarakan sosial ketika mereka beribadah, TIADA lagi pemakaian face mask dan TIADA lagi SOP WHO yang karut di Al-Aqsa. Jauh berbeza daripada kita di Malaysia yang tiada zionis di negara ini, namun masih berpegang teguh dengan sunnah WHO yang tiada kejayaan ini.


19. Selain itu, negara Malaysia juga TIDAK pernah menghantar bantuan persenjataan atau ketenteraan kepada rakyat Palestin. Malaysia juga secara sulit sebenarnya telah memperakui Isreal sebagai sebuah negara seperti termaktub dalam passport kita semua.


20. Gambar tentera Al-Qassam yang memakai pakaian celoreng mirip ATM itu diimport dari negara tertentu yang mana Malaysia juga mengimportnya dari sana. Kebetulan designnya hampir sama kerana pengeluar boleh sahaja menirunya seakan-akan sama.


21. Realitinya, negara kita tidak terlibat dalam bantuan persenjataan dan ketenteraan di Palestin. Sebaliknya negara kita memang banyak menyumbang dari segi kewangan untuk pembangunan setempat bagi rakyat Palestin dan bekalan makanan sahaja. Di Gaza misalnya, banyak kebun moden, kolam ternakan ikan dan kilang roti yang dibangunkan hasil dana rakyat Malaysia.


21. Walaubagaimanapun, 90% dana yang disalurkan oleh rakyat Malaysia melalui NGO yang mengatasnamakan Al-Aqsa, TIDAK pernah sampai ke Al-Aqsa sebaliknya banyak yang hilang ditengah jalan. Pengakuan ini dibuat sendiri oleh Menteri Waqaf Palestin pada tahun lepas dalam satu sidang media.


22. Namun, saya tidak menafikan sebahagian besar sumbangan rakyat kita memang sampai ke Gaza untuk tujuan pembangunan Gaza dan bekalan makanan disana. Namun, untuk Al-Aqsa ianya tidak sampai.


23. Hari ini terlalu ramai orang mengambil kesempatan atas isu Palestin sama ada untuk mencari pengaruh, mengutip wang dan lain-lain kepentingan tertentu organisasi mereka.


24. Hari ini kita semua telah membaca kononnya negara Turki sedang giat dalam usaha untuk membantu Palestin. Erdogan dilihat mengambil kesempatan untuk meraih populariti agar dipandang tinggi oleh masyarakat Islam dunia.


25. Hakikat sebenar Erdogan dalam diam berkawan rapat dengan musuh-musuh umat Islam. Kedutaan Isreal bebas dibuka di Turki. Kedutaan Turki juga ada di Tel Aviv. Berpuluh penerbangan terus ke Tel Aviv telah terbang setiap hari dari Ankara. Bertan-tan bekalan pembangunan Isreal juga diimport dari Turki saban tahun. Hubungan diplomatik dan ekonomi dua hala antara Turki - Isreal telah lama wujud. Amat janggal apabila melihat Erdogan kononnya ingin menghancurlumatkan Isreal yang menindas Palestin.


26. Selain berkawan baik dengan Isreal, Turki juga merupakan antara punca utama ketidakstabilan negara umat Islam di Syria. Turki merupakan hab pengganas seluruh dunia yang ingin masuk 'berjihad' di Syria. Turki juga telah menceroboh negara berdaulat Syria sejak akhir 2017 yang lalu. Jika hendak diceritakan, banyak lagi yang tidak baik mengenai Turki moden ini. Jauh panggang dari bara api jika kita percaya Erdogan hendak menjadi pembela umat Islam diseluruh dunia.


27. Jadi jangan terpedaya dengan berita palsu pihak Turki yang hanya mahukan merit populariti disaat umat Islam saudara kita di Palestin dibom oleh yahudi zionis. Sesungguhnya malapetaka besar di Palestin yang sedang berlaku ini, hakikatnya Turki merupakan antara penyumbang utamanya. Tak percaya? Sila google...


28. Dalam kesempatan yang ada, saya ingin mengajak semua agar tidak lagi tertipu dengan pihak-pihak yang mengambil kesempatan atas kesengsaraan umat Islam di Palestin. Hentikan penyebaran berita khayalan pihak-pihak yang mengambil kesempatan atas kesengsaraan umat Islam Palestin. Sebarkan berita yang benar dan sahih sahaja.


29. Saya menyokong penuh perjuangan pembebasan Palestin dan doa saya telah saya titipkan bersama umat Islam saudara segama kita di sana. Namun, saya sama sekali TIDAK akan bersetuju dengan pihak-pihak yang terang-terang menipu demi kepentingan organisasi mereka dan mengatasnamakan Palestin.


30. Alangkah malang apabila kita umat Islam tidak mengenali manakah musuh manakah kawan dan lawan kita. Jangan terpedaya dengan kisah sensasi, sebaliknya carilah kebenaran disebalik setiap realiti yang berlaku.


Moga ada manfaat....


---

ALLAHumma Solli ala Muhammad wa Aali Muhammad. ALLAHummansuril Islama wal Musliminal Mustadhafiina fi Filastin. ALLAHummansur Ikhwananal Mustadhafiina fi Filastin. ALLAHumma Asyghilil Yahuudi biz Zholimin wa Akhrij Ikhwananal Muslimiinal Mustadhafiina mim Bainihim Saalimin. WasallALLAHu ala Muhammad wa Aali Muhammad.


----

*Video berikut ini saya sertakan buat tatapan semua betapa indahnya ibadah umat Islam di Masjid Al-Aqsa dalam rangka menunaikan Solat Sunat Eid Fitr dan menyambut 1 Syawal 1442H. Kredit video kepada instagram Masjidil Aqsa.


Bersaksilah, bahawa ini sebagai sebahagian dari solidariti saya untuk saudara seagama kita di Palestin. Menyampaikan kebenaran walaupun pahit.


Sekian dan terima kasih.


.

#AlAqsa

#Palestin 

#EidMubarak 


.

-Muhammad Mamzah

2 Syawal 1442H

14 Mei 2021M

Isnin, 10 Mei 2021

HB

 hydrogen bond, 


is "hydrogen bond what causes adhesive and cohesive forces" or " hydrogen is an example of adhesive and cohesive forces"?


Cadangan Jawapan: 


COHESION (LEKITAN) DAN ADHESION (LEKATAN):


Ringkasan


COHESION VS ADHESION:


Cohesion:

“Co” bermakna “bersama” dan “haerere” bermaksud “melekat”.

Dalam Bahasa Melayu, Cohesion dipanggil “Lekitan”.


Adhesion:

“Ad” bermaksud “terhadap” dan “haerere” bermaksud “melekat”.

Dalam Bahasa Melayu, Adhesion dipanggil “Lekatan”.


Dalam perbincangan ini, kita mengambil contoh air (water) dan bekas kaca (glass).


Cohesion:

Cohesion forces adalah hasil gabungan ikatan hidrogen dan daya van der Waals yg menyebabkan cecair saperti air tidak tercerai.


Adhesion:

Adhesion pula adalah hasil dari gabungan daya mekanikal dan daya elektrostatik yg dikenakan terhadap dua bahan yg berbeza. Contohnya air boleh melekat pada dinding bikar kaca dan membentuk dinding bekas. Contoh lain adalah tindakan capillary spt air di dalam tube kaca..air naik di dalam tube kaca.


Fenomena:

Katakan kita titiskan air ke atas satu permukaan pepejal, cohesion akan menyebabkan air berbentuk titisan (drop) manakala adhesion akan menyebabkan ia melekat di permukaan pepejal tersebut dan tidak bergerak ke tempat lain. Surface tension (ketegangan permukaan) yg menyebabkan bentuknya hampir sfera


Cohesion di antara molekul air sebenarnya yg menghasilkan “surface tension” di mana air dan udara bertemu!


Jadi bentuk titisan cecair merupakan satu ilustrasi hubungan atau perkaitan di antara cohesion dan adhesion. Jika cohesion terlalu kuat berbanding dgn adhesion, maka bentuk titisan cecair tersebut menjadi hampir sfera. Keadaan sebaiknya jika adhesion pula tersangat kuat berbanding cohesion, maka titisan cecair tadi menjadi hampir rata (flat).


Graviti juga bertindak terhadap cohesion dan adhesion…menjadikan titisan air hampir flat.


Air merupakan cecair bukan-logam yg punyai nilai cohesion tertinggi.


Cohesion melibatkan tindakbalas kimia dan elektrik. 


Ikatan hydrogen boleh terbentuk dalam sebatian kovalen yg terbentuk di antara atom hydrogen dan 

atom-atom lain saperti oksigen (saperti H2O), atau nitrogen (NH3) atau juga florine (spt gas HF).


Ikatan hydrogen bukan ikatan sebenar saperti ikatan kovalen atau ikatan ionic. Ikatan hydrogen adalah merupakan hanya tarikan daya elektrostatik yg disebabkan kewujudan cas separa positif hydrogen dan cas separa negative oksigen.


Molekul air bersifat dipolar iaitu ada hujung yg bercas separa positif (hujung hydrogen) dan satu hujung lagi bercas separa negative (hujung oksigen). Setiap satu molekul air boleh membentuk 4 ikatan hydrogen dgn 4 molekul air yg lain. Ikatan hydrogen ini lebih lemah berbanding ikatan kovalen atau ikatan ionic.


TINDAKAN RERAMBUT:


Tindakan Rerambut (capillary action) ditakrifkan sebagai pergerakan air di dalam ruang suatu bahan porous akibat dari daya-daya yg bertindak saperti cohesion, adhesion dan surface tension.


Capillary action berlaku bila adhesion sesuatu cecair kpd dinding lebih kuat dari daya cohesion sesame molekul dalam cecair tersebut.


Ketinggian kenaikan cecair di dalam rerambut bergantung kepada surface tension dan gravity. Cuba kita tengok formula pengiraan ketinggian kenaikan cecair di dalam suatu rerambut:


Ketinggian, h = (2 x Gamma x Cos Q)/(rho x g x r)

Di mana, Gamma = surface tension (liquid-air); Q=theta = contact angle; rho = fluid density; g = gravitational field; r = radius  of the capillary. Semua mesti dalam SI unit.


Contoh nilai contact angle: water-glass = 0 degree; mercury-glass = 140; water-silver = 90; Ethanol-glass = 0; kerosene-glass = 26; water-paraffin = 107.


Satu petua: Jika nilai theta kurang dari 90 degree, maka cecair akan naik di dalam rerambut. Jika kurang dari 90, maka ia akan turun ke bawah…sebab Cos Q akan memberi nilai negative jika theta melebihi 90 degree. Boleh cuba!


KESIMPULANNYA:

Bagi kes air, cohesion adalah akibat pembentukan ikatan hydrogen sesame molekul air itu sendiri sbb air adalah molekul dipolar/dwikutub. Air akan membentuk cohesion dgn dinding kaca (glass) disebabkan dalam kaca ada kumpulan silanol yg akan membentuk ikatan hydrogen dgn molekul air. Ketinggian air dalam rerambut (capillary) bergantung kpd surface tension dan gravity. Manakala surface tension itu sendiri bergantung kpd cohesion dan adhesion. Terima kasih.


Ikatan hidrogen yg terbentuk yg menyebabkan kewujudan cohesion dan adhesion tu.


Cohesion: Dalam titisan air, ikatan hidrogen lah yg menyebabkan molekul air itu mempunyai suface tension (ketegangan permukaan)


Adhesion: Misalnya antara air dan pemukaan kaca...maka ikatan hidrogen lah yg wujud di antara air dan kumpulan silanol dalam kaca tersebut.


Jika bahan tu atau cecair tu tak polar, maka hanya wujud suatu ikatan lemah shj yg kita panggil dipersion forces.


Tapi jika molekul tu bersaiz besar, kadang-kadang van der Waals forces tu lebih kuat dari ikatan hidrogen...


Secara ringkasnya: Ikatan hidrogen lah yg membentuk sifat cohesion dan adhesion tu jika melibatkan molekul yg polar spt air.

seperti fatty acids...


Molekul besar di mana terdapat hampir 100 atoms.


adhesion force = daya lekatan; cohesion force=daya lekitan


Kredit Ku Halim Ku Bulat 

Mohon halal ilmu 


Prof Muhamad Samudi Yasir 

Arek nambah?