Jumaat, 14 Mei 2021

Palestin

 Ramai yang meminta saya mengulas mengenai isu di Palestin.


Disebabkan ramai yang dah ulas dari satu sudut. Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi dari satu sudut pandang berbeza pula tentang Palestin.


...

1. Serangan tentera IDF ke atas Palestin tahun ini bukan kali pertama berlaku dalam bulan Ramadhan. Perkara ini sentiasa berulang-ulang setiap tahun.


2. Saban tahun, memang tentera Isreal akan menggunakan kekerasan terhadap umat Islam di Palestin setiap kali tibanya HARI JUMAAT TERAKHIR dalam bulan Ramadhan.


3. Mengapa hari Jumaat terakhir? Kerana pada hari tersebut disambutnya HARI AL-QUDS sedunia oleh para negara MUQAWAMAH. Tak tahu apa itu Muqawamah? Boleh tekan google cari siapakah mereka.


4. Hari Al-Quds disambut 2x setahun. Pertama iaitu pada hari Jumaat terakhir setiap bulan Ramadhan. Kedua, iaitu pada tanggal 21 Ogos setiap tahun. Kedua-duanya mempunyai simbolik tertentu pada isu Palestin dan diraikan bersama diserata dunia.


5. Tentera Isreal akan mulakan keganasan dan kekerasan mereka dengan menyerang warga Palestin yang beribadah di Al-Aqsa pada tarikh berdekatan dengan hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan.


6. Korang boleh check bila yahudi zionis tu mula serang penduduk Palestin setiap kali bulan Ramadhan dan korang akan jumpa jawapannya. Tarikhnya pasti berdekatan dengan hari Jumaat terakhir Ramadhan setiap tahun.


7. Mengapa serang umat Islam pada tarikh tersebut? Ia sebagai simbolik satu kejayaan besar bagi orang yahudi zionis kerana dapat mengganggu ibadah umat Islam sekaligus menganjing umat Islam disaat umat Islam menyambut hari Al-Quds sedunia.


8. Biasanya setelah keganasan bermula, pasti ada tindak balas dari penduduk Palestin sendiri. Di Jerussalem, rakyat Palestin menyerang tentera yahudi dengan batu. Manakala di Gaza, berlaku serangan balas menggunakan roket.


9. Menurut kepercayaan karut yahudi, jika mereka terkena lemparan batu dari umat Islam, hidup mereka umpama telah terkena badi. Kerana itu rakyat awam Palestin walaupun hanya menggunakan batu kerikil, begitu berani menyerang tentera yahudi yang lengkap bersenjata. 


10. Walaupun beberapa hari sebelum Eid Fitr disambut diseluruh dunia, tentera yahudi masih mengasari penduduk Palestin dan menyerbu Al-Aqsa. Bagi umat Islam, menyambut Eid Fitr adalah satu kejayaan setelah sebulan berpuasa. Bagi yahudi zionis, mengasari umat Islam adalah kejayaan mereka dan pahala buat mereka.


11. Apa yang berlaku ini sama sekali tidak akan memadamkan semangat beribadah dalam kalangan penduduk Palestin. Sehari sehelum Eid mereka diserang, tapi malam tadi (waktu Malaysia) mereka dengan berani tetap berkumpul di Al-Aqsa untuk menunaikan solat hari raya Eid Fitr.


12. Manakala di Gaza pula, terdapat kumpulan bersenjata Hamas yang memiliki roket yang disupply oleh negara Muqawamah kepada mereka sebagai bekalan untuk melindungi penduduk dan melancarkan serangan balas terhadap IDF. Kumpulan ini digelar Murobbitoun dan sebahagian lainnya adalah Briged Izzuddin Al-Qassam.


13. Selain Hamas, masih ada banyak paksi perjuangan rakyat Palestin antaranya Liwa Al-Quds, Jihad Islam Palestin, dll. Kebanyakan mereka telah dilatih oleh tentera dari negara Muqawamah dan mendapat kelengkapan persenjataan dari negara tersebut.


14. Sehingga kini, rakyat Palestin berjuang atas kemampuan dan kapasiti yang mereka ada dengan bantuan dana dan persenjataan negara Muqawamah tersebut.


15. Negara Turki TIDAK termasuk dalam kalangan Muqawamah bahkan Turki itu sendiri adalah kawan baik kepada negara haram Isreal. Turki merupakan negara Islam PERTAMA yang menormalisasikan hubungan dua hala dengan Isreal.


16. Semua video yang tersebar kononnya tentera Turki sudah sampai di Palestin adalah TIDAK BENAR. Itu adalah video yang di edit dari video tentera Turki yang menceroboh di Syria dan video di Ukraine.


17. Gambar tentera Turki yang kononnya sudah tiba di depan Al-Aqsa juga adalah PALSU dan diedit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Di Al-Aqsa, penduduk Palestin masih boleh beribadah dengan bebas dan mereka juga bersolat Eid beramai-ramai pada malam tadi (waktu Malaysia). Boleh tonton video sebagai tatapan bukti.


18. Eid Al-Fitr disambut meriah di Al-Aqsa dengan kehadiran beribu-ribu umat Islam yang menunaikan solat hari raya beramai-ramai. TIADA lagi penjarakan sosial ketika mereka beribadah, TIADA lagi pemakaian face mask dan TIADA lagi SOP WHO yang karut di Al-Aqsa. Jauh berbeza daripada kita di Malaysia yang tiada zionis di negara ini, namun masih berpegang teguh dengan sunnah WHO yang tiada kejayaan ini.


19. Selain itu, negara Malaysia juga TIDAK pernah menghantar bantuan persenjataan atau ketenteraan kepada rakyat Palestin. Malaysia juga secara sulit sebenarnya telah memperakui Isreal sebagai sebuah negara seperti termaktub dalam passport kita semua.


20. Gambar tentera Al-Qassam yang memakai pakaian celoreng mirip ATM itu diimport dari negara tertentu yang mana Malaysia juga mengimportnya dari sana. Kebetulan designnya hampir sama kerana pengeluar boleh sahaja menirunya seakan-akan sama.


21. Realitinya, negara kita tidak terlibat dalam bantuan persenjataan dan ketenteraan di Palestin. Sebaliknya negara kita memang banyak menyumbang dari segi kewangan untuk pembangunan setempat bagi rakyat Palestin dan bekalan makanan sahaja. Di Gaza misalnya, banyak kebun moden, kolam ternakan ikan dan kilang roti yang dibangunkan hasil dana rakyat Malaysia.


21. Walaubagaimanapun, 90% dana yang disalurkan oleh rakyat Malaysia melalui NGO yang mengatasnamakan Al-Aqsa, TIDAK pernah sampai ke Al-Aqsa sebaliknya banyak yang hilang ditengah jalan. Pengakuan ini dibuat sendiri oleh Menteri Waqaf Palestin pada tahun lepas dalam satu sidang media.


22. Namun, saya tidak menafikan sebahagian besar sumbangan rakyat kita memang sampai ke Gaza untuk tujuan pembangunan Gaza dan bekalan makanan disana. Namun, untuk Al-Aqsa ianya tidak sampai.


23. Hari ini terlalu ramai orang mengambil kesempatan atas isu Palestin sama ada untuk mencari pengaruh, mengutip wang dan lain-lain kepentingan tertentu organisasi mereka.


24. Hari ini kita semua telah membaca kononnya negara Turki sedang giat dalam usaha untuk membantu Palestin. Erdogan dilihat mengambil kesempatan untuk meraih populariti agar dipandang tinggi oleh masyarakat Islam dunia.


25. Hakikat sebenar Erdogan dalam diam berkawan rapat dengan musuh-musuh umat Islam. Kedutaan Isreal bebas dibuka di Turki. Kedutaan Turki juga ada di Tel Aviv. Berpuluh penerbangan terus ke Tel Aviv telah terbang setiap hari dari Ankara. Bertan-tan bekalan pembangunan Isreal juga diimport dari Turki saban tahun. Hubungan diplomatik dan ekonomi dua hala antara Turki - Isreal telah lama wujud. Amat janggal apabila melihat Erdogan kononnya ingin menghancurlumatkan Isreal yang menindas Palestin.


26. Selain berkawan baik dengan Isreal, Turki juga merupakan antara punca utama ketidakstabilan negara umat Islam di Syria. Turki merupakan hab pengganas seluruh dunia yang ingin masuk 'berjihad' di Syria. Turki juga telah menceroboh negara berdaulat Syria sejak akhir 2017 yang lalu. Jika hendak diceritakan, banyak lagi yang tidak baik mengenai Turki moden ini. Jauh panggang dari bara api jika kita percaya Erdogan hendak menjadi pembela umat Islam diseluruh dunia.


27. Jadi jangan terpedaya dengan berita palsu pihak Turki yang hanya mahukan merit populariti disaat umat Islam saudara kita di Palestin dibom oleh yahudi zionis. Sesungguhnya malapetaka besar di Palestin yang sedang berlaku ini, hakikatnya Turki merupakan antara penyumbang utamanya. Tak percaya? Sila google...


28. Dalam kesempatan yang ada, saya ingin mengajak semua agar tidak lagi tertipu dengan pihak-pihak yang mengambil kesempatan atas kesengsaraan umat Islam di Palestin. Hentikan penyebaran berita khayalan pihak-pihak yang mengambil kesempatan atas kesengsaraan umat Islam Palestin. Sebarkan berita yang benar dan sahih sahaja.


29. Saya menyokong penuh perjuangan pembebasan Palestin dan doa saya telah saya titipkan bersama umat Islam saudara segama kita di sana. Namun, saya sama sekali TIDAK akan bersetuju dengan pihak-pihak yang terang-terang menipu demi kepentingan organisasi mereka dan mengatasnamakan Palestin.


30. Alangkah malang apabila kita umat Islam tidak mengenali manakah musuh manakah kawan dan lawan kita. Jangan terpedaya dengan kisah sensasi, sebaliknya carilah kebenaran disebalik setiap realiti yang berlaku.


Moga ada manfaat....


---

ALLAHumma Solli ala Muhammad wa Aali Muhammad. ALLAHummansuril Islama wal Musliminal Mustadhafiina fi Filastin. ALLAHummansur Ikhwananal Mustadhafiina fi Filastin. ALLAHumma Asyghilil Yahuudi biz Zholimin wa Akhrij Ikhwananal Muslimiinal Mustadhafiina mim Bainihim Saalimin. WasallALLAHu ala Muhammad wa Aali Muhammad.


----

*Video berikut ini saya sertakan buat tatapan semua betapa indahnya ibadah umat Islam di Masjid Al-Aqsa dalam rangka menunaikan Solat Sunat Eid Fitr dan menyambut 1 Syawal 1442H. Kredit video kepada instagram Masjidil Aqsa.


Bersaksilah, bahawa ini sebagai sebahagian dari solidariti saya untuk saudara seagama kita di Palestin. Menyampaikan kebenaran walaupun pahit.


Sekian dan terima kasih.


.

#AlAqsa

#Palestin 

#EidMubarak 


.

-Muhammad Mamzah

2 Syawal 1442H

14 Mei 2021M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan