Ahad, 26 Disember 2021

Ibrah banjir

 Satu lagi pelajaran berharga.


Ada rumah barangnya penuh segenap sudut. Ada rumah ringkas saja isinya, cukup2 utk kegunaan harian saja.


Apabila disapu bah dan disalut lumpur, rumah yg isinya ringkas itu mudah dan cepat diuruskan. Manakala rumah yg isinya penuh, memerlukan berpuluh tenaga kerja, mengambil masa sampai berhari2 utk diselesaikan.


Di masa itu, pemilik rumah yg ringkas itu pasti berasa sgt2 bersyukur kerana dimudahkan urusan walau dlm musibah.


Begitulah AKHIRAT nanti. Mereka yg hidup sekadarnya amat mudah dan ringan hisabnya dihadapan Allah. Manakala yg mengumpul harta dan berlumba2 mengejar dunia, hisabnya AMAT BERAT (seperti beratnya lumpur), lambat dan siksa sekali kerana memakan masa ribuan tahun kerana setiap butir harta dan masa kita akan dihitung, apa tujuan harta itu dan bagaimana ia dimanfaatkan.


Bersediakah kita dgn jawapan? Kerana yg memberi jawapan di hadapan Allah itu nanti hanyalah KEBENARAN. Mustahil lagi berlaku tipu helah.


Sama2 kita dalami dan mentadabbur surah At-Takathur.


At-Takathur: 1

أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -


At-Takathur: 2

حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ

Sehingga kamu masuk kubur.


Fahamilah hingga akhir ayat.


Ujian dunia ini adalah nikmat. Kerana mereka yg beriman akan benar2 diuji. Dan mereka yg beriman, ganjarannya SYURGA YG KEKAL ABADI.

Bomba

 ⛱️⛱️⛱️

*LUAHAN ANGGOTA PENYELAMAT KETIKA BERLAKUNYA BANJIR DI SELANGOR.*


Pasukan Keselamatan, Pasukan Penyelamat Bukan Hamba Abdi!!! Luahan abang Bomba. Asyik menghentam Pasukan Keselamatan & Penyelamat.


Oleh: Ahmad Rijal


-“Kami bertugas di Balai, keanggotaan setiap balai adalah anggaran 7 hingga 12 orang bagi setiap shif. Bila ada panggilan kecemasan banjir, kami semua akan bergegas ke lokasi panggilan yang pertama dahulu. 


Bila berlakunya bencana, panggilan kecemasan yang masuk kebiasaannya akan bertalu-talu dan tanpa henti. Tak termasuk lagi panggilan direct ke handphone anggota dan pegawai. Persoalannya, bagaimana kami nak hadir 10 tempat berbeza dalam masa yang sama?


Kami bertugas mengikut SOP dan KPI yang ditetapkan. Amalan kami sama seperti agensi lain, iaitu safety first. Kami bukan boleh sebarangan melakukan tugas menyelamat tanpa ambil kira soal risiko pada diri sendiri mahupun rakan sepasukan. 


Apa yang dah jadi pada kami pada tahun 2018 cukup terkesan pada diri kami hingga hari ini. 6 sahabat seperjuangan kami pergi meninggalkan kami serentak. Hanya Allah yang tahu hati kami.


Kami sedaya upaya membantu mengeluarkan mangsa banjir.. Dengan segala apa yang kami ada. Kalau tiada bot, kami guna sampan. Kalau tiada sampan, kami sanggup dukung dan pikul mangsa sehingga ke tempat selamat. 


Kami Tiada Masa Untuk Merakam Video Atau Mengambil Gambar Ketika Bekerja kerana kami Sememangnya Tiada Masa Untuk Berbuat Demikian. Ada kala, bencana yang berlaku sangat luar biasa hingga membataskan tindakan menyelamat kami. 


Ketika itu, masa dan peluang adalah amat terhad untuk kami bertindak. Namun apakan daya, kami tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang.


Cukup sedih bila ada yang sewenangnya Melemparkan Tohmahan Dan Cacian kepada kami hanya kerana geram kami lambat tiba atau langsung tidak kunjung tiba di tempat anda. 


Wahai saudara, Bilangan Kami Terhad, Aset Kami Terhad. 1 pasukan penyelamat terpaksa respon Berpuluh malahan Beratus panggilan. Dalam masa itu, kami akan utamakan kes yang boleh kami respon bergantung kepada tahap bahaya dan risiko yang bakal kami hadapi. 


Persoalan lagi, bila air naik, apa yang anda lakukan? Mengapa Tidak Bersiap Untuk Berpindah? Mengapa Tidak Turut Bersama Memberi Amaran Kepada Yang Lain Untuk Berpindah? 


Adakah kami Ibarat Hamba Abdi Anda Untuk Menurut Segala Perintah Anda? Ingat, kami Tidak Terkecuali Membayar Cukai Seperti Anda Juga.


Ada masanya, kami sanggup mengambil risiko tinggi demi menyelamatkan nyawa yang bahaya. Hingga ada kala nyawa kami ibarat di hujung tanduk ketika menyelamatkan anda. 


Risiko Lemas, Hanyut, Dijangkiti Kuman Merbahaya dan Ditimpa atau Dilanggar Objek dalam banjir sanggup kami hadapi untuk anda. Tetapi ada kalanya setelah kami menggadai nyawa, rupanya anda tidak langsung berada dalam bahaya. 


Cuma yang berlaku hanyalah terputus bekalan air atau elektrik, atau lapar kerana tiada makanan. Kami Bukan Petugas Penghantar Makanan, dan kami juga Bukan Pemandu Peribadi Anda Untuk Menghantar Anda Sesuka Hati Anda. 


Bahkan, KAMI SENDIRI KELAPARAN, KESEJUKAN dan KELETIHAN MENTAL SERTA EMOSI. Tapi DEMI ANDA, kami tolak tepi untuk tetap membantu.


Berbalik kepada anggota yang bekerja 12 jam sehari mengikut shif, apabila berlakunya bencana, kami Tidak Tamatkan Shif kami dengan balik tepat pada masa. Kami sanggup bekerja lebih masa tanpa mendapat apa-apa bayaran overtime demi keselamatan nyawa dan harta-benda anda. 


Ada kala, apabila kami muncul membantu, TIADA LANGSUNG SIKAP MENGHARGAI WALAU DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH. Ada lebih teruk, pengorbanan kami dibalas dengan cercaan LAMBAT, LEMBAP, MAKAN GAJI BUTA, dan MACAM MACAM LAGI. 


Kepada diri saya sendiri, saya bertugas di pejabat Bomba mengikut waktu pejabat. Akan tetapi, apabila terima panggilan kecemasan, saya perlu hadir ke lokasi tidak kira waktu dan masa. 


Tengah malam, Pagi buta, Hari cuti dan Waktu rehat pon tetap akan saya hadir demi tugas. Bila berlakunya bencana, tugas selaku pegawai kanan sedikit berbeza dengan anggota shif. Pegawai Kanan tiada shif. 


Mereka perlu bertugas Merancang, Mengkoordinasi dan Mengawal tindakan operasi sehingga keadaan selesai. Kadang kala, memakan masa hingga lebih 48 jam lamanya. 


Kami terpaksa melupakan WAKTU REHAT. Kami terpaksa MELUPAKAN SAAT BERSAMA ANAK & ISTERI. Kami terpaksa melupakan penat jerih kami di pejabat kerana kami tahu, tugas kami masih belum berakhir.


Akhir kata, fahamilah kami juga. Kami juga manusia. Kami juga ada keluarga. Kami juga ada batas kemampuan. Dan kami juga ada hati dan perasaan. Fikirlah dahulu sebelum berkata-kata.-“


Admin pun ada dengar keluhan daripada kalangan anggota Pasukan Keselamatan & Penyelamat. Ada segelintir mangsa banjir ambil kesempatan dalam kesulitan. 


Ada yang bila pasukan dah tiba. Mereka enggan di selamatkan dan enggan berpindah. Mereka cuma mintak bekalan makanan dan pakaian. Bila paras air naik laju di kediaman mereka. Mereka tuduh dan maki pasukan kenapa tak datang dan selamatkan mereka. 


Banyak lagi tugasan lain yang perlu diuruskan. Mangsa banjir tersangat ramai. Kawasan terjejas banyak. Aset dan kekuatan tak cukup. Kena kerah kudrat hingga ke tahap maksima. 


Ada pula bila diberi bantuan bekalan makanan. Ada yang DEMAND nak rokok bagai. PASUKAN BUKAN HAMBA ABDI arau RUNNER MAKANAN sehingga kena turuti permintaan sampai sedemikian rupa. 


Ada pulak segelintir mangsa yang ambil kesempatan. Dah terima bekalan makanan. Cakap belum terima lagi. Suruh ambil makanan tak nak. Nak suruh dihantar depan pintu rumah. Suruh berpindah tak nak. Lepas tu bersorak macam pesta air. 


Permudahkanlah urusan dan proses menyelamat. Jangan rumitkan keadaan lagi. Kesian sama kepada anggota Pasukan Keselamatan & Pasukan Penyelamat. Mereka jugak manusia. Mereka juga ada rasa kelaparan, keletihan. Mereka jugak ada keluarga. Sama sama kita bertimbang rasa.


Mintak tolong SHARE supaya Luahan anggota Pasukan Keselamatan Dan Pasukan Penyelamat sampai kepada semua.

Kencing tikus

 Peringatan Untuk Semua ;


Tragedi Lubuk Yu, Maran 2010 wajar kita jadikan iktibar.Misi mencari mangsa lemas bertukar jadi tragedi menyayat hati buat anggota2 penyelamat.Satu persatu anggota penyelamat tumbang selepas pulang ke rumah.Akhirnya 7 orang anggota penyelamat menemui ajal.Pada mulanya ramai mengaitkan dengan kejadian mistik.


Namun misteri terlerai apabila kesemua anggota penyelamat yang meninggal disahkan menghidap jangkitan Leptospirosis ( Penyakit Air Kencing Tikus) & Meliodosis.


21 orang yang lain lebih bernasib baik.Berjaya dirawat sebelum melarat.


Bahkan ketika banjir besar 2014 di Kelantan ada juga sukarelawan yang dilaporkan meninggal akibat jangkitan Leptosirosis.


Untuk pengetahuan kuman2 ini banyak 'membiak' ditempat2 tanah berlumpur & air yang tercemar.Yang menakutkan kuman Leptospirosis ini boleh menjangkiti manusia dengan menembusi kulit.


Oleh sebab itu adalah dinasihatkan agar para sukarelawan yang turun membantu mangsa banjir mengenakan pakaian yang lebih selamat.Jangan pakai selipar sandal semata2.Sekurang2nya pakailah but (bukan high heel ya😑).


Selain itu sukarelawan & mangsa banjir untuk digalakkan untuk mengambil antibiotik ie Doxycycline sebagai langkah pencegahan.Hanya seminggu sekali untuk kurangkan risiko jangkitan Leptospirosis.Yang mengalami demam perlu segera bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.


#cegahsebelumparah

#rawatsebelumterlewat

Sabtu, 25 Disember 2021

JWST

 The James Webb Space Telescope (JWST) iaitu teleskop angkasa generasi terkini berjaya dilancarkan ke angkasa semalam. 


🚀 Projek yang memakan masa lebih 25 tahun ini adalah kerjasama dari NASA, ESA (Agensi Angkasa Eropah) dan CSA (Agensi Angkasa Kanada) dilancarkan dengan menggunakan roket Ariane 5 di Pusat Angkasa Guiana, French Guiana, Amerika Selatan. 


🚀 JWST ini bakal menggantikan teleskop angkasa yang terkenal sebelum ini iaitu Hubble Space Telescope (HST) yang telah menghasilkan gambar-gambar galaksi, nebula, bintang yang sangat cantik. 


🚀 JWST masih dalam perjalanan ke posisi untuk teleskop ini berfungsi iaitu kira-kira 1.5 juta kilometer dari Bumi iaitu di titik Lagrange 2 (L2) - ambil masa 30 hari untuk ke sini. 


✅ Tidak sabar untuk melihat gambar cerapan yang dibuat oleh JWST ini. Pasti dapat meneroka banyak lagi keindahan alam ciptaan Tuhan di angkasa lepas. 


📷: NASA


#TerokaSains #JWST


Banjir

 #TabungDiri 


APA KITA BELAJAR DARI BANJIR INI?


Beberapa pengajaran kita dapat untuk insafi diri dari bencana banjir ini sebagai panduan.


1. Bencana banjir dan alam ini bukan lagi dikawasan terpilih, dimana sahaja boleh berlaku. bersedialah kawan kawan.


2. Rumah flat kita tak tenggelam, tetapi kenderaan banyak yang tenggelam. Lihat dimana kawasan tinggi dikawasan perumahan kita dan kenal pasti.


3. Sumber elektrik akan putus, maka apa persiapan kita jika tak keluar rumah. Saya mula beli power bank kuasa tinggi dan power bank solar panel sebagai persiapan. Generator elektrik mungkin lebih membantu.


4. Sumber air bersih. Dimana kita boleh simpan dan ada sumber air bersih buat kediaman jika terputus bekalan air nanti. 


5. Pertimbangkan untuk ambil insuran/ takaful yang cover banjir bagi harta kita mulai sekarang.


6. Di rumah sebaiknya ada bekalan makanan kering yang tahan lama untuk kita bertahan. Ada makanan kering yang tahan sampai 2023 pun ada, lalu dengan tidak sahaja tekak kita. 


7. Mulai sekarang, semua amaran cuaca dan Jabatan Meteorologi Malaysia, kita perlu cakna dan ambil perhatian serius. Kita rasa, "alah kita tak akan kena punya". Saya juga anggap begitu selama ini.


8. Cepat buat keputusan, kita kena cepat buat keputusan nak bertahan dalam rumah atau keluar cepat cepat. Lambat buat keputusan kita dalam bahaya.


9. Perlu ada lampu tambahan dalam rumah tanpa elektrik. Ia membantu kita diwaktu kegelapan dan mencari sesuatu.


10. Jika mampu buat tempahan bilik hotel dikawasan yang selamat untuk kita segera berpindah. Saya bantu buat tempahan buat adik saya yang rumahnya tengelam di Shah Alam. Cari hotel tinggi dan selamat.


11. Beberapa sahabat saya mula beli boat kecil dan jekat keselamatan bercahaya untuk simpanan kecemasan mereka. Saya belum ada ruang nak simpan jika beli.


12. Sediakan kipas Rechargeable Portable 48H yang boleh bertahan tanpa elektrik sebagai persiapan. 


13. Setiap keluarga, wajib ada satu bag kecemasan yang saya senaraikan dalam pos lepas . Kita sama sama buat dan sediakan. Jadi apa apa, kita capai itu dulu.


14. Sediakan Tunai secukupnya. Waktu bencana ATM mesin adakalanya tidak berfungsi. Barang susah dapat dan mungkin mahal sedikit. Sediakan duit untuk kita belanja secara tunai.


15. Jangan harapkan bantuan sesiapa, kita usaha dan rancang dari sekarang setakat kita mampu sebagai persiapan. Kerajaan, pasukan keselamatan mungkin lambat beri bantuan. Kita yang sediakan 'sampan kehidupan' kita.


Kawan kawan, 


Sebab itu ada orang kaya boleh sewa helicopter untuk selamatnya keluarganya dulu. Sebab dia kaya dan dia ada pilihan. 


Kita tak perlu salahkan sesiapa, kita juga mungkin lakukan benda yang sama jika ditempatnya. Keluarga lebih utama.


Marilah kita bina, 'sampan kehidupan' kita mulai sekarang dari harapkan bantuan 'sampan dari kerajaan' kerana kita tak pasti bila akan sampai. 


Doakan buat sahabat kita yang ditimpa bencana agar kekal tabah dan Tuhan muliakan mereka ini. 


Kami sedang belajar ya Allah.

Azizul Azli Ahmad