Isnin, 27 Disember 2021

Melayu

 Pandangan Frank Swettenhem Tentang Orang Melayu



Sir Frank Athelstane Swettenham (1850-1946) merupakan merupakan Residen-Jeneral pertama untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk *Malay Sketches* yang diterjemahkan sebagai *Perihal Orang Melayu* berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun beliau di Tanah Melayu. 


Sebagai seorang pegawai, beliau masak benar dengan perangai orang Melayu dan semua perangai orang Melayu samada baik atau buruk ditulis oleh beliau di dalam buku ini. 


Oleh itu, buku ini merupakan rujukan utama kita untuk mengetahui perangai orang Melayu pada waktu silam. 

            

Frank Swettenhem menggambarkan orang Melayu sebagai seorang yang  mempunyai susuk badan yang rendah tapi sasa, berambut hitam dan lurus dengan kulit yang berwarna sawo matang serta berhidung kembang dengan bibir yang tebal. Orang Melayu juga dikatakan  mempunyai mata yang terang.

            

Orang Melayu juga mempunyai sifat yang baik seperti bersopan santun, beradab serta peramah. Namun begitu, orang Melayu tidak sewenangnya mempercayai orang asing, malah mereka ini bijak menyembunyikan kesangsian mereka dengan perawakan yang ramah.


Ini merupakan perkara biasa dalam kalangan orang Melayu, mereka memang akan menggunakan keramahan mereka itu untuk menutup rasa sangsi kepada orang lain bukan sahaja kepada orang asing bahkan kepada orang yang tidak dikenalinya. 


Frank Swettenham juga turut menggambarkan orang Melayu sebagai bijak berbicara, susun kata mereka disulami dengan jenaka malah amat gemar berseloroh. 


Orang Melayu sangat cermat dan terang hati dalam menerima pelajaran. Malah jika ditambah dengan usaha dan keazaman yang tinggi, orang Melayu mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka pelajari. 


Namun malangnya, kebolehan ini disia-siakan oleh orang Melayu dengan sifat malas dan lebih teruk sekarang ini orang Melayu lebih suka dengan budaya hedonism sehingga mengabaikan aspek-aspek keilmuan.

            

Selain itu, Frank Swettehem turut menulis bahawa orang Melayu mempunyai bakat dalam bersukan malah binatang sebesar gajah pun bisa ditangkap dan dijinakkan.


Sebagai nelayan pula, orang Melayu sangat berkemahiran sehingga sanggup bermalam di atas bot dan ia sudah menjadi kelaziman bagi mereka. Orang Melayu juga sangat menjaga kebersihan diri dan kebanyakkan mereka mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan suka berhias serta berpakaian kemas. 


Orang Melayu juga mempunyai sikap di mana mereka tidak boleh bertolak ansur jika difitnah, malah mereka sanggup bertumpahan darah demi menentang fitnah tersebut.


Dan orang Melayu sanggup melakukan amuk untuk menegakkan hak mereka. Orang Melayu sangat memuliakan tetamu bahkan mereka sanggup menghidangkan makanan mereka untuk tetamu.

            

Orang Melayu juga merupakan Muslim yang taat, malah sanggup disiksa demi mempertahankan kesucian agamanya. Walau pun begitu, orang Melayu dilihat tidak terlalu taksub dalam beragama.


Mereka tidak minum minuman keras serta jarang sangat terlibat dengan aktiviti menghisap ganja, walau pun pada zaman itu, perbuatan menghisap ganja adalah sesuatu yang biasa di kalangan masyarakat biasa dan para pemimpin. 


Walau pun taat pada agama, namun orang Melayu pada waktu itu suka berjudi dan percaya kepada perkara khurafat. Orang Melayu ini sangat taat dalam beragama sehingga menyebabkan kebanyakkan mubaligh Kristian berputus ada dalam usaha mengkristiankan mereka pada zaman itu.

         

Lelaki yang kaya pula sering menggunakan kemampuan mereka dari segi kekayaan mahu pun kekuasaan sebagai alasan untuk berkahwin lebih dari seorang. Walau pun mereka tidak mampu berlaku adil. 


Menurut Swettenham lagi, orang Melayu sangat bijak dalam berfalsafah dalam soal hal ehwal rumahtangga. Wanita Melayu pula digambarkan sebagai seorang yang bijak bertutur, pandai mengambil hati serta kuat berahsia. Wanita Melayu juga peramah, walau pun adakalanya kuat cemburu. Tatkala mencapai usia 40 tahun, mereka mula memperlihatkan kecenderungan meminati barangan kemas dan pakaian yang cantik.


Wanita Melayu yang dewasa turut suka kepada barangan mewah seperti kuda. Yang paling penting, orang Melayu sangat bangga dan sayangkan negeri dan bangsa mereka. Orang Melayu juga sangat memelihara adat dan budaya mereka. Orang Melayu juga sangat taatkan raja dan pemimpin. Adat memberi hadiah, sama ada dari raja kepada rakyat atau rakyat kepada pemerintah sudah menjadi budaya. 


Walau pun begitu, secara adil, Frank Swettenhem turut menggambarkan beberapa sifat buruk orang Melayu seperti: 


1. Liat untuk membayar balik hutang.


2. Suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga aka mengumpat.


3. Percaya kepada karut marut.


4. Suka berjudi, bersabung ayam, lembu dan perkara yang seumpamanya.


5. Tidak mudah menerima sebarang perubahan.


6. Malas sehingga perkara yang rutin pun turut dilalaikan.


7. Tidak menghargai masa.


8. Rumah dilihat tidak kemas, malah kotor.


9. Orang Melayu zaman itu suka berdendam dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.


10. Orang Melayu suka mengamuk.


11. Walau pun orang Melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.


12. Orang Melayu suka berpuak-puak.


13. Orang Melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal perkahwinan.


14. Orang Melayu pantang menerima sebarang penghinaan, padanya hal ini harus dihapuskan sekali pun dengan pertumpahan darah. Jika dia merasa maruahnya dicemarkan, samada hal itu betul atau tidak, dia menyimpan perasaan itu dalam hatinya sehingga dia betul-betul dihantui dengan niat untuk menuntut bela.


15. Wanita Melayu kuat cemburu.

Banjir

 "As I see it"


Ada beberapa masalah yang berkaitan banjir yang mungkin kurang dibincangkan. Berikut adalah perkara yang saya fahami yang mungkin kurang tepat dan terperinci tetapi mudah untuk memahami fenomena banjir. 


Perkara pertama dari segi perancangan penempatan/perbandaran, perlu ada membuat penilaian alam sekitar (termasuk sistem saliran) untuk kawasan yang hendak dibangunkan penempatan. Dengan teknologi yang ada hari ini, ketinggian setiap kawasan kecil di atas muka bumi boleh ditentukan dengan tepat, jadi kawasan tinggi dan kawasan rendah boleh dipetakan untuk setiap daerah atau negeri dengan anggaran kecerunan muka buminya juga. Jadi  simulasi impak hujan yang turun dengan kuantiti (mm hujan) dan masa tertentu juga boleh meramalkan kawasan mana yang akan banjir, kelajuan/kadar pergerakan air dan berapa lama masa diperlukan untuk air banjir itu surut. 


Perkara yang kedua: jika muka bumi mempunyai bilangan pokok hutan dewasa yang tinggi, apabila air hujan turun, sebahagian besar air itu mempunyai masa yang mencukupi untuk diserap masuk ke dalam bumi, mengurangkan kuantiti air yang akan mengalir di permukaan bumi. Sebaliknya, jika banyak pokok² telah ditebang dijadikan kayu balak, permukaan bumi menjadi gondol yang menyebabkan apabila hujan turun, kuantiti air hujan yang diserap masuk ke dalam bumi berkurang dan kuantiti air hujan yang mengalir di atas permukaan bumi bertambah dan akan bergerak daripada tempat lebih tinggi ke tempat yang lebih rendah. Jika tidak wujud sistem saliran, atau sistem saliran tidak dirancang dengan baik, maka banjir akan berlaku di sesuatu kawasan lebih rendah kerana kadar kuantiti air yang memasuki kawasan itu melebihi kadar kuantiti air yang dialirkan keluar daripada kawasan itu. 


Sebagai contoh, kalau kadar aliran air memasuki suatu kawasan adalah 300 m³/min, sedangkan kadar aliran air yang keluar hanya 100 m³/min, maka dalam 1 min, kawasan itu akan mempunyai lebihan air 200 m³, dan kalau aliran air berlaku dalam satu jam (60 min), maka kawasan itu akan mendapat lebihan air 200 m³/min × 60 min = 12,000 m³. Jika kawasan itu adalah sebuah kawasan lapang berukuran 100 m × 100 m, ia akan ditenggelami air sedalam 1.2 m dalam masa 60 min. Jika selepas 60 minit itu aliran air masuk tiba² terhenti, maka masa yang diperlukan untuk semua 12,000 m³ air itu surut menjadi sifar adalah 12,000 m³ ÷ 100 m³/min = 120 min = 2 jam (masa air surut). 


Bolehkah anda bayangkan perkara-perkara di atas?


Cnp megat ali

10 bill


 *"NYAWA BERNILAI 10 DOLLAR JE"*


Pada tahun 1986 ,sebuah pesawat penerbangan sedang berlepas daripada lapangan terbang antarabangsa Sverdlovsk di Kazakhstan ketika musim sejuk , pada 28 haribulan .


Pesawat penerbangan komersial tersebut adalah pesawat Aeroflot Flight 6502 itu berada di atas ruang udara dengan cuaca ribut salji yang turun dengan sangat lebat dalam perjalanan sedang menuju ke lapangan terbang antarabangsa Grozny yang terletak Chechnya. 


Ketika sedang berada di ruang udara pada ketinggian 10 ribu kaki dari permukaan bumi ,seorang juruterbang yang bertanggungjawab sedang memandu pesawat tersebut berborak dengan rakan sekerjanya yang berpangkat Co-Pilot (pembantu juruterbang) , bahawa dia sangat yakin dengan pengalaman dan kecekapan didalam tugasnya selama ini dia merasakan  dirinta layak sebagai seorang pakar juruterbang sudah pun Senior .


Kerana dirinya sudah pun bertahun tahun mengendalikan pesawat penerbangan sehingga berasakan sangat masak sangat masak dengan pengendalian didalam ruang kokpit pesawat dan bersesuaian dengan berpangkat Kapten  ,juruterbang bernama Kapten Alexander Kliuyev itu mendapat idea untuk membuktikan kepada rakan sekerjanya bahawa dia ingin membuat satu pertaruhan .


Samada tidak menyedari ,tidak berasa peka dengan keselamatan para penumpang sedang berada didalam pesawat ketika itu atau pun sememangnya Kapten ini berfikiran bodoh ,terdapat 94 nyawa orang penumpang sedang berada didalam pesawat lebih tergamak lagi adalah mereka langsung tidak tahu menahu pekara tersebut yang membuatkan nyawa masing masing menjadi pertaruhan tanpa sedar. 


Pertaruhan yang dilakukan oleh Kapten Alexander ketika itu adalah, dia ingin melakukan pendaratan pesawat Aerosoft 6502 itu turun ke landasan dengan cara menutup cermin ruang kokpit pesawat dengan memejamkan matanya tanpa melihat. 


Yang lebih teruk lagi, keyakinannya untuk melakukan perkara tersebut hanya dengan cara manual sama sekali berasa yakin tanpa menggunakan kaedah "Auto Pilot".


Hanya dengan bertaruh 10 dollar sahaja untuk pertaruhan gila itu dan ribut salji sangat kuat melanda di ruang udara ketika itu, Juruterbang berpangkat Kapten itu sudah bersedia untuk mendaratkan pesawat tersebut sedang memejamkan kedua dua matanya dengan kaedah pendaratan yang manual.


Bergerak dengan kelajuan 280 kilometer sejam  ,hanya dengan jarak beberapa kaki sahaja tayar kapalterbang hendak mencecah pada permukaan jalan landasan, pembantu kapal terbangnya telah meminta untuk menghentikan pertaruhan gila yang dilakukan oleh Kapten tersebut meminta agar kembali membukakan matanya semula namun sudah terlambat kerana pesawat tersebut telah jauh tersasar dari landasan pesawat sedang berada diatas permukaan tanah yang tidak rata. 


Akhirnya pesawat Aerosoft 6502 itu telah terhempas dan terbakar serta merta siren dibunyikan untuk melakukan kecemasan oleh pihak lapangan terbang Grozny datang menyelamat pesawat nahas itu bersama dengan pihak bomba dan polis serta merta. 


Sebanyak 70 orang daripada jumlah 94 orang penumpang yang sedang berada dalam pesawat telah mati terbunuh serta merta manakala baki penumpang mengalami kecederaan parah dikejarkan hospital. 


Pertaruhan gila hanya yang bernilai sekadar 10 dollar itu tidak dimenangi oleh Kapten atau pembantunya kerana kedua dua mereka terbunuh serta merta ketika berlaku nahas kejadian.


Pandangan yang mampu dirumuskan daripada nahas kejadian ini adalah ,Kapten  , Co-Pilot dan 70 orang penumpang ini nyawa mereka hanya sekadar 10 dollar sahaja.

Feri sewol

 KopiPasta dari group lain:


MENGAPA BANTUAN TIDAK BOLEH LAMBAT!

- BELAJAR DARI TRAGEDI FERI SEWOL

Walaupun insiden yang berlaku pada 16 April 2014 ini tidak sama sekali berkenaan banjir besar, namun kelewatan bantuan dan arahan pihak atasan adalah punca utama kematian 304 penumpang termasuk 250 pelajar sekolah menengah.

Pagi 16 April, Feri Sewol yang dalam perjalanan menuju ke Jeju dari Incheon, tiba-tiba senget dan mulai tenggelam; dipercayai berpunca daripada lebihan muatan. 

Di dalamnya ada seramai 476 penumpang, termasuk 325 pelajar Danwon High School yang sedang dalam program lawatan sekolah.

8.50 pagi: Feri Sewol mulai tenggelam.

8.52 pagi: Terima panggilan kecemasan daripada salah seorang penumpang dipercayai budak lelaki (bukan kapten / krew kapal) - sumber CNN

Bot nelayan dan orang persendirian datang bagi menyelamatkan mangsa, 40 minit sebelum Korea Coast Guard (KCG) datang.

Sudahlah lewat, kerja-kerja menyelamat tidak giat dijalankan kerana menunggu arahan Presiden.

.

👉 Siapa Presiden Korea Selatan ketika itu?

Park Geun-hay, wanita pertama yang dipilih sebagai Presiden Korea Selatan.

👉 Di mana dia ketika kejadian berlaku?

Dia berada di bilik tidur. Entah buat apa.

Ada juga versi dia ke salun buat rambut. Isk.

Kejadian jam 8.50 pagi, jam 10.20 pagi baru nak buat taklimat di pejabat sedangkan mesej terakhir daripada salah seorang mangsa menerusi Kakaotalk adalah pada 10.17 pagi.

👉 Jam berapa Park Geun-hay tiba di lokasi?

TUJUH JAM KEMUDIAN. 5.15 PETANG.

Sepanjang kehilangan Presiden Park yang hingga kini disifatkan sebagai misteri, kerja-kerja menyelamat dibuat sekadarnya kerana tiada arahan yang lengkap dari pihak atasan.

👉 Apa cerita Park Geun-hay sekarang?

Sedang menjalani 25 tahun penjara akibat rasuah dan salah guna kuasa pada April 2018.

.

Itu belum cukup menyesakkan dada kita.

👉 Kenapa para mangsa tidak keluar dari feri?

Waktu feri sudah senget dan mulai tenggelam, Kapten Feri Sewol, Lee Joon-Seok, dan krew kapal telah mengeluarkan arahan, 

"Duduk di tempat anda. Jangan ke mana-mana."

Atas kepercayaan kepada pihak feri, lebih 300 penumpang akur dan duduk menanti bantuan yang tidak kunjung tiba.

Rakaman video para mangsa yang rata-rata pelajar sekolah Danwon, dapat ditonton di Youtube.

Sangat menyedihkan melihat mereka ketakutan, namun pada masa sama, ada yang tetap cuba menghiburkan rakan-rakan bagi meredakan ketegangan. Mereka benar-benar sangka ada yang akan datang menyelamatkan mereka semua.

👉 Di mana Kapten Feri Sewol?

Lee Joon-Seok, Kapten Feri Sewol, menjadi nama bedebah yang tidak habis dimaki oleh rakyat Korea mahupun sesiapa saja yang mengikuti tragedi Feri Sewol kerana menjadi ORANG PERTAMA yang keluar dari feri demi menyelamatkan diri sendiri.

Lee menyamar sebagai salah seorang penumpang dan menaiki bot penyelamat namun kantoi selepas tersebar gambarnya yang diambil oleh KCG.

Kini Lee Joon-Seok selaku kapten jahat telah disabitkan kesalahan kerana pengabaian dan dihukum penjara 36 tahun.

.

Daripada 172 mangsa yang terselamat, hanya 75 dari Danwon High School. Mereka ini antara penumpang yang merasakan arahan kapten adalah meragukan lalu mereka keluar ke permukaan.

Hanya mereka yang sempat diselamatkan.

.

👉 Berapa lama Feri Sewol di permukaan laut sebelum benar-benar tenggelam?

DUA JAM SETENGAH.

.

*Lihat impak tindakan dan arahan lambat, selain pengurusan tidak cekap dan selfish. Mereka sudah belajar.*

*Kita juga perlu belajar!*

*Perasmian, potong kek, bunga api - can wait. Keselamatan mangsa yang ketakutan, kesejukan, lapar, dan letih yang harus kita utamakan.*

.

#HusnaAdnan 🎗️

Ahad, 26 Disember 2021

Ibrah banjir

 Satu lagi pelajaran berharga.


Ada rumah barangnya penuh segenap sudut. Ada rumah ringkas saja isinya, cukup2 utk kegunaan harian saja.


Apabila disapu bah dan disalut lumpur, rumah yg isinya ringkas itu mudah dan cepat diuruskan. Manakala rumah yg isinya penuh, memerlukan berpuluh tenaga kerja, mengambil masa sampai berhari2 utk diselesaikan.


Di masa itu, pemilik rumah yg ringkas itu pasti berasa sgt2 bersyukur kerana dimudahkan urusan walau dlm musibah.


Begitulah AKHIRAT nanti. Mereka yg hidup sekadarnya amat mudah dan ringan hisabnya dihadapan Allah. Manakala yg mengumpul harta dan berlumba2 mengejar dunia, hisabnya AMAT BERAT (seperti beratnya lumpur), lambat dan siksa sekali kerana memakan masa ribuan tahun kerana setiap butir harta dan masa kita akan dihitung, apa tujuan harta itu dan bagaimana ia dimanfaatkan.


Bersediakah kita dgn jawapan? Kerana yg memberi jawapan di hadapan Allah itu nanti hanyalah KEBENARAN. Mustahil lagi berlaku tipu helah.


Sama2 kita dalami dan mentadabbur surah At-Takathur.


At-Takathur: 1

أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -


At-Takathur: 2

حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ

Sehingga kamu masuk kubur.


Fahamilah hingga akhir ayat.


Ujian dunia ini adalah nikmat. Kerana mereka yg beriman akan benar2 diuji. Dan mereka yg beriman, ganjarannya SYURGA YG KEKAL ABADI.