Kredit:
Cikgu Noraliza bt. Mohd Ali (Bekas guru: SMK Triang Hilir, Spg Durian, Jelebu)
*Genting Peras Survivor*
Kronologi tanah runtuh 18 Disember 2021 - 20 Disember 2021.
Bermula 18 Disember 2021 (Sabtu)
1. Dalam pukul 8.15 malam, dalam keadaan hujan yang kejap renyai, kejap lebat kereta kami dah lepas sempadan N.9/Selangor. Dalam 2KM kehadapan berada dalam kawasan selangor, perjalanan kami dari Jelebu ke Hulu Langat pada awalnya terhalang disebabkan oleh satu pokok balak besar yang tumbang dan menghalang keseluruhan jalan. 😢Sebelum jumpa pokok balak besar ni, dah jumpa 4 pokok tumbang, tapi semua pokok kecik2 dan kereta masih boleh lepas. Lepas jumpa balak besar tumbang, kami decide untuk berpatah balik ke arah Jelebu sebabnya ada beberapa buah lori dan kereta dari arah bertentangan juga patah balik.
2. Bila kereta kami dah patah balik ke arah jelebu, dalam 50 meter dari pokok tumbang rupa-rupanya dah ada pulak tanah runtuh yang menutup keseluruhan jalan. Kejadian tanah runtuh tu berlaku sangat sekejap. Dalam 5 minit saja. Kami bersyukur gila bukit tu runtuh bukan semasa kami lalu. 🤲
3. Time tu dah start panik, takut, risau semua ada. Tapi suami sempat ambik gambar pokok tumbang, call abang dia untuk pick up kitorang dekat genting peras. Lepastu call 999 berkali2 tapi tak berangkat, kami cuba pula call bomba dan polis berdekatan memaklumkan kami terkandas dekat sini. Alhamdulillah ada jawapan dan cakap akan cuba sedaya upaya untuk keluarkan kami sekeluarga. Mommy ingat malam tu jugak dapat keluar, tapi rupa-rupanya sangkaan mommy meleset jauh!
4. Dalam pukul 9.00 malam, line henfon tiba2 langsung hilang 😭. Bertambah risau, panik, takut, marah semua ada! Marah??? Sebab dah warning siap2 dekat husband jalan genting peras mesti banyak pokok tumbang sebab hujan, tapi dia insisted nak ikut jalan tu jugak. Pandang muka anak2, minta diorang semua tenang, doa banyak2 supaya kami semua selamat. Hujan pulak macam tahu je perasaan kami masa tu, hujan turun bertambah lebat. First of all, tenangkan diri sendiri dulu. Lupakan semua perasaan yang ada, minta suami park kereta dekat kawasan yang selamat. Time tu paksa suami tengok keadaan sekeliling, pastikan tak duduk dekat kawasan pokok2 besar dan tebing2 tinggi. Sebabnya, risau sangat kalau ada lagi siri runtuhan tanah dan pokok tumbang. Masa ni, hilang rasa takut dengan hantu jembalang ke apa! 😅
5. Masa ni jugak la tak henti doa supaya hujan berhenti. Tapi hujan tetap tak berhenti, ada masa hujan makin lebat. Air lumpur start mengalir dekat kereta kami masa tu. Mommy pulak kejap2 bukak tingkap kereta, tengok dekat kawasan bukit kalau ada pergerakan tanah. Dah ready nak bawak anak2 keluar dari kereta. Suami pulak keluar dari kereta dan berjalan ke arah depan. Rupanya lepas pokok balak besar yang tumbang tadi tu, ada jugak 4 buah lori dan 2 buah kereta yang terkandas jugak. Hati mula rasa lega sikit sebab at least kami tak keseorangan dekat genting peras ni. Cuma kereta kami terpisah dengan group tersebut disebabkan pokok balak besar tumbang tadi tu.
6. At one time, bila hujan makin lebat, mommy dah bertambah risau. Suami decided keluar dari kereta dan join dengan group terkandas satu lagi. Kebetulan ada satu keluarga offer kami masuk dalam kenderaan diorang. Suami dukung anak yang kecik, mommy cuma bawa handbag je keluar. Masa jalan keluar dari kereta, hujan sangat lebat, terpaksa redah kawasan berlumpur yang sedalam buku lali, panjat balak yang tumbang tadi. Sampai dekat lori ayam, anak driver lori beralah dan bagi mommy and anak2 duduk dalam lori. Anak driver lori dan husband pulak duduk dekat belakang bersama ayam2 yang lain.🥺 diorang berdua tido dalam keadaan berhujan malam tu. Terima kasih dekat adik tu yang bagi mommy dan anak2 berteduh dalam lori.😭
7. Dalam lori, anak2 dan mommy menggigil kesejukan. Anak2 tak boleh tido sebab pakaian diorang habis basah dan berlumpur. Memang masing2 asik menggaru kegatalan dan menggigil kesejukan. Sedih gila hati mommy, then cakap dengan husband by hook or by crook dia kena patah semula dekat kereta dan ambik pakaian untuk anak2 tukar. Sekali lagi husband turun dari lori ditemani adik kelindan lori tu pergi ke kereta dan ambik beg pakaian kami.
8. Satu lagi kejadian yang membuatkan kami tak tido lena malam pertama tu sebab masa tengah sibuk tukar pakaian anak2, tiba2 ada satu lagi pokok tumbang betul2 belakang lori ayam yang kami berteduh tu. Terasa angin dia weiiii masa pokok tu jatuh. Apa lagi, semua lari lintang pukang keluar dari kenderaan masing2. Tapi Alhamdulillah, pokok tu tak tumbang atas kenderaan yang ada. Tapi lepas kejadian tu, semua tak boleh tido kecuali anak2. Anak2 dah selesa, driver lori pun bagi anak tido dekat seat belakang tempat driver lori tu tido. Siap berdengkur2 lagi kakak tido. Mommy still tak boleh tido lena sebab baju mommy basah. Tapi rupa-rupanya tempat kami stranded tu dekat juga dengan perkampungan orang asli. Cuba minta bantuan orang asli tu untuk tebang pokok balak yang tumbang tu, orang asli tu pun bersetuju untuk bantu. Tapi bila sampai dekat pokok tumbang, diorang tak berani nak tebang pokok tumbang sebab masih ada pergerakan tanah yang berlaku di lereng bukit. Jadinya tak dapat nak ambik kereta kitorang untuk sama2 berkumpul dengan kenderaan lain.
9. Dalam pukul 4 pagi, mommy dah tak tahan nak terkencing pulak. Cakap dengan husband nak pergi buang air. Buang air belakang lori je, 😩 lepastu tak dapat nak cebok. Sebab masa tu gelap gila, tak nampak mana2 punca air. Kami stranded pun dalam keadaan langsung takde bekalan air minuman. Nasib baik ada tisu dalam handbag, lap je la guna tisu!
10. Dalam pukul 6.30 pagi bila keadaan dah cerah, hujan juga dah berhenti, semua keluar dari kenderaan. Tinjau2 kawasan, tengok ada kemungkinan tak lagi pokok tumbang or tanah runtuh. Semua yang terkandas beberapa kali bergerak ke depan dan kebelakang untuk carik jalan keluar. Tapi hampa. Sebenarnya bukan 1 sahaja tanah runtuh, tapi ada berbelas lokasi tanah runtuh sepanjang jalan dari tempat kami terkandas sampai la ke simpang untuk ke hulu langat.🤦♀️. Pagi2 tu husband panggil semula orang asli tu untuk tebang semula pokok balak tumbang yang memisahkan kenderaan mommy dengan kenderaan lain. Lepas pujuk2 orang asli, mereka setuju nak tolong. Akhirnya berjaya jugak bawak kereta kami turun dan berkumpul bersama kenderaan yang lain. Kemudian, baru la mommy ada rasa nak tukar baju. Mommy ambik baju kering, berjalan dalam 1KM ke perkampungan orang asli untuk tumpang rumah diorang sebab nak tukar baju. Dah tukar baju, baru la rasa selesa sikit dan otak rasa macam makin berfungsi.😜
11. Nak jadikan cerita betapa bertuahnya kami, ada jugak kedai runcit dekat kampung tu. Tapi semua bekalan habis. Dapat la beli sebungkus megi, sepapan telur untuk kami 22 orang makan. Penduduk orang asli tu jugak dengan baik hatinya bagi kami pinjam kuali untuk kami memasak. Tapi yang jadi masalahnya, kayu untuk kami hidupkan api semua basah. Berpeluh ketiak nak masak megi sebungkus tu. Tapi akhirnya berjaya jugak siap megi goreng. Makan la kami sorang sikit megi tersebut. Kebetulan juga mommy nak balik kampung ada order kek. Bawak keluar kek tersebut dan makan jugak beramai2 dengan mangsa yang lain. Kongsi makan jugak dengan orang2 asli yang ada dengan kami masa tu. Air??? Memang langsung tiada bekalan air. Perkampungan orang asli pun terputus bekalan air dan elektrik. Mereka pun ambik air hujan yang mengalir. Jadi, kami pun ambik je air hujan yang mengalir dalam longkang. Minum je la air longkang tu terus. Takde masak2 pun air tu sebabnya nak hidupkan api kemain payah.
12. Lepas isi perut, yang kaum lelaki ni cuba juga cari jalan keluar. Minta tolong orang asli riki jalan. Tapi mereka pun tak nampak jalan penyelesaian. Menurut orang asli, diorang tak nampak lagi mana2 pasukan penyelamat. Kami risau. Tapi cuba bertenang. Akhirnya, sekumpulan 5 orang lelaki ambik keputusan untuk keluar dari kawasan tersebut untuk cari bantuan. Diorang dah cakap, kalau mereka berjaya turun, mereka takkan naik lagi. Pukul 3 petang kami nekad jugak untuk keluar dari kawasan kami terkandas, tapi dihalang oleh orang asli yang ada. Penduduk disitu cakap tak selamat nak redah kawasan tanah runtuh dengan anak2 kecik kerana paras lumpur sangat tinggi. Bahaya nak bawak anak2 kecik. Bila bincang2 semula, kami ambil keputusan untuk keluar pagi esok harinya iaitu pada hari ketiga (20/12/2021-isnin). Petang tu jugak suruh anak2 mandi dalam air longkang tu supaya diorang selesa dan tak meragam. Kebetulan nak balik kampung, semua kelengkapan cukup untuk diorang.
13. Untuk isi perut kami semua malam tu, mommy keluarkan keropok lekor yang mommy bawak untuk bagi mak mertua dan goreng. Kemudian, brader lori ayam suruh ambik 3 ekor ayam. Tapi yang kelakarnya, semua yang ada tak berani nak sembelih ayam tu. Lastly, husband volunteer untuk sembelih ayam walaupun dia tak pernah buat and tak berapa pandai. Dalam keadaan darurat ni, belasah je la. Husband berjaya sembelih ayam, basuh guna air longkang dan mommy tukang goreng. Brader2 yang lain tolong hidupkan api dan kipas api sebab api tak nak hidup. Kayu basah! Bayangkan menggoreng ayam start pukul 6 petang, sampai pukul 10malam baru siap. Itupun 3/4 je ayam dapat goreng. Yang lain tak larat nak habiskan dah. Tapi yang penting bagi 5 orang anak2 kecik ni makan dulu. Taknak diorang meragam bila kelaparan. Bila anak2 dah kenyang, kami semua dah alas perut dengan ayam goreng, kami pun masuk dalam kenderaan masing2 untuk tido. Alhamdulillah, malam kedua ni mommy sekeluarga dapat tido dalam keadaan selesa dalam kereta sendiri.
14. Dalam pukul 1 pagi, brader yang naik kereta honda ketuk kereta minta ubat demam. Malam tu anak brader tu demam pulak. Lepas dah bagi ubat, kami sambung tido semula. Tapi dalam pukul 2.15 pagi, sekali lagi kereta kami diketuk. Mommy dalam keadaan terpinga-pinga sebab masa bukak mata silau dengan cahaya lampu yang tertumpu ke dalam kereta. Rupa-rupanya, pagi tu bomba berjaya sampai ke tempat kami terkandas. Syukur Alhamdulillah. Masa tu, tuhan saja yang tahu betapa leganya hati bila nampak bantuan dah sampai. Bila pasukan bomba sampai, soalan pertama yang diorang tanya ialah, puan dah makan ke belum? Ada anak sekali ke? Anak2 semua lapar tak? Nak minum? Kami ada bawak roti dan air kotak! 😅
15. Selesai menjamah roti, minum air mineral. Bomba minta kami semua get ready untuk dibawa turun (berjalan kaki @ hiking)Bomba dah pesan siap2, bawak beg duit dan henfon je! Tapi biasa la, kami kan typical malaysian! Nak jugak angkut semua barang. Kalau boleh beg baju pun nak bawak sekali. Bomba gelak je, lepastu nasihatkan lagi sekali bawak beg duit je. Itupun masukkan dalam beg pack bomba tu. Kenapa??? Bomba cakap kita akan berjalan turun dalam 6KM tapi mengharung tanah runtuh yang berlumpur separuh pinggang! Jadi mommy pun insaf, bawak wallet n henfon sahaja. P/s—> sempat jugak selamatkan sikit2 skincare mommy untuk bawak turun.🤭 Tapi mummy carry sendiri semua barang2 mommy dalam beg. Tak susahkan abang bomba bawak hokey!
16. Bomba dah buat headcount, kami pun ready untuk bergerak turun. This is the hardest part. 😭. Rupa-rupanya memang berbelas runtuhan tanah berlaku sepanjang jalan turun ke tempat selamat, lengkap dengan lumpur yang ada kalanya sampai ke paras pinggang. Kami semua terpaksa berkaki ayam. Kalau pakai selipar pun, confirm akan putus atau tertinggal dalam lumpur. Kalau nasib tak baik, masa kaki terperosok dalam lumpur, kaki akan termasuk sekali dalam celahan-celahan batu. Nak keluarkan kaki dari celahan batu tu, 😭😭😭😭😭. Tuhan je tahu sakit oiiiii. Belum kira lagi terpijak duri pokok, tercucuk kayu, terpijak batu tajam. Pecah kaki, berdarah2 kaki. Tu yang mental gila masa redah berbelas tanah runtuh tu. Tapi nasib baik anak masa ni semua bomba yang handle. Time ni, memang nak handle diri sendiri pun payah. Itupun banyak bomba yang tolong sepanjang perjalanan mengharung tanah runtuh. Bukan je risiko tanah akan runtuh lagi, kami juga terpaksa meniti atas pokok2 tumbang yang mana sebelahnya adalah gaung. Tersalah langkah @ tergelincir akan mendedahkan diri kami masuk dalam gaung pulak. 😖. Dan disebabkan itu kami tak pegang pun anak. Semua bomba/ PGA yang mendukung anak dari awal sampai akhir. Diorang gelar diri diorang GRAB! Sebab mengangkut budak2 kecik. Kitorang yang dewasa ni nak bawak diri sendiri pun masa tu mampu tak mampu je! Korang namakan, apa skill yang kitorang tak bawak keluar masa redah lumpur? Berjalan, mendaki, merangkak, berenang dalam lumpur semua ada. Yang menangis pun ada bila tersalah pijak, tenggelam dalam lumpur paras dada. Maun tak panik. 10 minit abang bomba n PGA ambik masa nak tarik keluar.
17. Selepas meredah berbelas tanah runtuh, beberapa kali jugak kena kelentong dengan bomba🤣 (sebab kitorang asik tanya je, yang depan ni dah tak teruk macam yang ni kan? Tanya pulak, dah habis ke tanah runtuh? Pastu bomba jawab ada lagi 2 je puan. Bila dah lepas 2 tanah runtuh tanya lagi, dah habis ke tanah runtuh? Bomba jawab, ada 3 jer lagi puan! Aikkkk, makin bertambah?😂) Bomba pandai psiko jugak weiii! Akhirnya kami sampai dekat tempat satu port yang mana ada satu kereta 4x4 yang pick up kami dan bawa ke tempat berkumpul. Time ni jugak dengar mesin jentera JKR yang dibawa untuk clear kan tanah runtuh. Buat laluan khas untuk kenderaan pasukan penyelamat. Masa ni, tuhan jugak yang tahu betapa leganya hati kami. Lega selega leganya!
18. Sampai tempat berkumpul, kami boleh nampak beberapa khemah ada serta beberapa buah kenderaan bomba dan polis dah ready. Ada jugak lori bomba yang dah standby bawak air. Sampai2 je, pihak bomba semburkan je kami dengan pili air bomba. Buang semua lumpur2 yang dah salut badan kitorang. (Barulah ada rupa manusia balik kitorang masa tu). Dah bersih, mereka bagi kami makan. Masa ni memang dah tahap kebulur kot. Bihun yang diorang bagi rasa macam bihun kayangan! Sedap gila rasa. Sambil makan kami tunggu lagi beberapa orang lain yang terkandas untuk turun sampai la ke mangsa yang terakhir. Total masa perjalanan kitorang nak jalan sepanjang perjalanan 6KM tu = 8 Jam! 3 pagi-11pagi. 😫
19. Pihak polis ambik ic semua, ambik gambar bagi tujuan dokumentasi diorang. Then ada sesi bergambar, sesi ucapkan terima kasih kepada semua anggota penyelamat(Bomba, PGA (tiger) dan polis). Kami semua naik truck polis dan dibawa ke IPD Kajang. Sampai di IPD Kajang, kami dijemput oleh ahli keluarga kami dan bolehla kami semua balik ke rumah. Tapi mommy sempat singgah giant kejap beli sorang 2 pasang pakaian sebabnya pakaian kitorang semua tinggal dalam kereta. Then, mommy sekeluarga balik ke rumah MIL dekat wangsamaju.
20. Malam tu jugak, family mommy, mak2 dan pak sedara belah mommy terus datang wangsamaju jumpa kitorang sekeluarga. Sebabnya diorang macam orang gila dah carik kami, 3 hari terputus hubungan langsung tanpa khabar berita. Sampai siap nak sewa helikopter weh nak carik kami masa tu. Tapi in the end of the day, kami semua bersyukur kami semua selamat, sihat dengan sedikit cedera ringan je. Orang cakap hanya insan terpilih je dapat lalui pengalaman ni. Tapi mommy doa biarlah sekali je pengalaman ni. Tak sanggup lagi dah.
21. Lastly, shout out untuk semua pasukan penyelamat (ada dalam 60 orang anggota penyelamat yang terlibat) yang berusaha bersungguh untuk keluarkan kami. Tanpa diorang kami takkan berjaya nak redah tanah runtuh tu. Then, kepada semua ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan yang tak tidur malam berfikir cara untuk cari dan selamatkan kami. Terima kasih atas doa semua. Rakan2 yang bagi virtual hugs (sangat membantu hokey), yang offer nak ambik dekat IPD Kajang, yang offer tempat tinggal, makanan, yang bagi bantuan dari segi sumbangan bantuan dan sebagainya, semoga tuhan balas kebaikan korang dengan sebaik-baik kebaikan.❤️ Terima kasih jugak pada Bernama Radio sebab sudi bertanya khabar mengenai kisah kami di genting peras.
22. Last but not least, kalau nak travel mana2, terutama yang travel dengan anak2 kecik, korang prepare la apa yang patut dalam kereta. Makanan, minuman, ubat, susu, pampers, peralatan macam pisau, parang untuk survival kalau ditakdirkan kejadian yang tak diingini berlaku.
23. Kesimpulan dan pesanan terakhir, SILA DENGAR NASIHAT ISTERI! 😜
#gentingperassurvivor
#gentingperas
P/S: mommy izinkan kalau korang semua nak share. Kalau nak copy paste, jangan lupa bagi kredit ye. Penat mommy buat karangan. Stay safe everyone!❤️