Jumaat, 14 Januari 2022

Scan

 https://www.instagram.com/p/CYpuBjZKAUk/?utm_medium=copy_link


Ramai yang marah, anti vaksin ni pandai kritik je, tapi penyelesaian tak ada pun...


Nak keluar dari kemelut konspirasi Covid-19 ni mudah je sebenarnya, cuma ramai yang dah terperangkap, itu je...


Jadi nak keluar dari perangkap, kenalah ada pengorbanan, umpama kaki yang tersepit perangkap beruang, samada nak selamatkan kaki atau nyawa, maka kaki terpaksa dipotong jika mahu terus hidup...


Begitulah juga dalam kes konspirasi Covid-19, apa yang membuatkan ramai terperangkap adalah sebenarnya datang dari aplikasi MySejahtera je...


Kalau sanggup buang MySejahtera tu, selesai segala masalah, dengan izin Allah, selamatlah dari risiko mati atau sakit akibat dos ketiga dan keempat nanti... 


Selagi masih taksub kepada MySejahtera, walhal banyak lagi premis yang masih membenarkan menulis nama, dan tak wajibkan imbas MySejahtera, seperti Pejabat Pos dan sebagainya... 


Selagi itulah "plandemic" Covid-19 tidak akan berkesudahan, apatah lagi jika anda kaji asal usul aplikasi MySejahtera sebenarnya adalah sejenis program GPS untuk memantau pergerakan manusia... 


Mungkin ada satu atau dua jabatan kerajaan seperti JPJ yang bukan sahaja mewajibkan imbasan MySejahtera, tetapi mesti divaksin lengkap untuk berurusan...


Tapi itu bukan alasan untuk menggadaikan nyawa anda, semata-mata untuk berurusan dengan kerajaan, makan di restoran, merentas negeri, mengerjakan umrah dan sebagainya...


Malah penguatkuasaan di lebuh raya, kedai makan, pusat beli belah dan sebagainya adalah sangat lemah, permulaannya sahaja yang nampak gah, untuk menakutkan rakyat supaya mengambil vaksin...


Ramai warga emas yang mengambil vaksin semata-mata untuk mengerjakan Haji atau Umrah yang kemudiannya dibatalkan akibat varian baharu dan sebagainya...


Janganlah tertipu sekali lagi apabila kerajaan Saudi pasti akan memberi syarat baru untuk mengambil dos ketiga jika mahu ke Mekah, kononnya untuk varian Omicron...


Kuncinya hanyalah satu, iaitu sebuah aplikasi yang sebenarnya tidak ada fungsi lain, dari hanya alat untuk memaksa penerima vaksin terpaksa mengambil vaksin sehingga dos keempat dan seterusnya...


Selagi anda bergantung kepada MySejahtera, selagi itu masalah anda tidak akan selesai, kerana status vaksinisasi anda boleh diubah walaupun anda telah mengambil dos keempat sekalipun... 


Pilihan sebenarnya di tangan anda, ingatlah untuk melepaskan kaki anda yang tersepit, bersedialah untuk hidup tanpa kaki, jika masih mahu melihat isteri, ibu bapa dan anak-anak...


Melainkan jika anda jenis yang tak kisah ditipu berulang kali, sehingga mati pun masih redha kononnya takdir, walhal sebelum berlakunya takdir, manusia diberi pilihan untuk berfikir dan bertindak... 


Kerana itu Allah laknat Abu Jahal, Abu Lahab serta Firaun ke neraka, supaya menjadi pengajaran berguna untuk manusia lain yang masih mampu membuat pilihan yang lebih bijak... 


Namun apa sahaja pilihan manusia, Allah terlebih dahulu mengetahuinya, kerana itulah kebesaran takdir Allah yang tidak akan mudah difahami manusia biasa seperti kita... 


Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.


#MalayanCyberForces #kobidkonspirasi

@MalayanCyberForces

Rabu, 12 Januari 2022

Murid

 DENGAR DENGAN HATI 

Seorang guru bertanya kepada pelajarnya yang berusia tujuh tahun ‘jika ckgu bagi kamu 1 biji epal, 1 biji epal dan 1 biji epal lagi, berapa biji epal yang kamu dapat?’ sepantas kilat pelajar itu menjawab dengan yakin, ‘empat’. 


Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan  kerana mengharapkan jawapan yang diberikan ialah 3. guru tersebut mengulangi soalan yang sama dan menyuruh anak muridnya mendengar dengan teliti. Tetapi jawapan yang diberikan tetap empat


Guru itu sedikit kecewa. Maka dia menukar perkataan epal dengan strawberi, dan pelajarnya dengan yakin menjawab ’tiga’. Kali ini jawapannya tepat. ’bagus, tepat sekali jawapan kamu itu. 


Jadi sekarang cikgu bagi kamu sebiji epal, bagi 1 biji epal dan 1 biji lagi. berapa biji epal yang kamu dapat?’soalan diulangi lagi buat kali ke3, namun jawapan pelajar itu tetap 4. 


Kali ini si guru sudah hilang sabar. Disoalnya murid itu dgn marah, ’macammana kamu dapat jawapan 4?’ dengan suara perlahan dan teragak-agak, murid itu menjawab ’sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya cikgu’.  


Pengajaran

Mungkin kita memahami sesuatu dari sudut yang berbeza, tetapi jangan sekali-sekali mendengar dengan satu tanggapan yang sudah dijangka. jadi, dengarlah dengan mata hati, Malah jika berbeza pendapat tidak bermakna 1 pihak betul dan 1 pihak lagi salah. Boleh jadi kedua-dua pihak betul atau kedua-dua salah. 

 

Angguk Geleng 

#hadiahuntuksahabatedisi124

Tauladan

 Jerman mengucapkan perpisahan kepada Angela Merkel (Iktibar kepada para pemimpin kita)

 https://bebasnews.my/2021/12/27/jerman-mengucapkan-perpisahan-kepada-angela-merkel-iktibar-kepada-para-pemimpin-kita/


🇩🇪

*JERMAN MENGUCAPKAN PERPISAHAN KEPADA ANGELA MERKEL*


Dengan enam minit tepukan hangat, di jalanan, balkoni, tingkap, seluruh Negara bertepuk tangan selama 6 minit - contoh hebat kepimpinan dan pertahanan kemanusiaan, chaapeaux!


Orang Jerman memilihnya untuk memimpin mereka, dan dia memimpin 80 juta orang Jerman selama 18 tahun dengan *kecekapan, kemahiran, dedikasi dan keikhlasan.  Dia tidak bercakap yang bukan-bukan. Dia tidak muncul di lorong-lorong Berlin untuk bergambar.  Dia digelar "The Lady of the World" dan disifatkan sebagai setara dengan enam juta lelaki.*


Dalam tempoh lapan belas tahun kepimpinannya yang berkuasa di Negaranya, tiada pelanggaran direkodkan terhadapnya.  Dia tidak menugaskan mana-mana saudara maranya ke jawatan kerajaan. Dia tidak mendakwa bahawa dia adalah pencipta kemuliaan. Dia tidak mendapat bayaran berjuta-juta, tidak ada yang menceriakan persembahannya, dia tidak menerima piagam dan ikrar, dia tidak melawan mereka yang mendahuluinya.


Semalam, Merkel meninggalkan jawatan kepimpinan parti dan menyerahkannya kepada mereka selepasnya, dan Jerman dan rakyat Jerman berada dalam keadaan terbaik.


Reaksi orang Jerman tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah Negara. *Seluruh penduduk keluar ke balkoni rumah mereka dan bertepuk tangan untuknya secara spontan selama 6 minit berterusan. Tepukan gemuruh di seluruh negara*.


Jerman berdiri sebagai satu badan mengucapkan selamat tinggal kepada ketua mereka, seorang ahli fizik kimia yang *tidak tergoda dengan fesyen atau lampu dan tidak membeli hartanah, kereta, kapal layar dan pesawat persendirian*, kerana mengetahui bahawa dia berasal dari bekas Jerman Timur.


Dia meninggalkan jawatannya selepas meninggalkan Jerman di bahagian atas. Dia pergi dan saudara-maranya tidak menuntut kelebihan. Lapan belas tahun dan dia tidak pernah menukar almari pakaiannya.


Pada sidang akhbar, seorang Wartawan wanita bertanya kepada Merkel: *Kami mendapati anda memakai sut yang sama, bukankah anda mempunyai pakaian lain?  Dia menjawab: "Saya kakitangan kerajaan dan bukan model*"


Pada sidang media lain, mereka bertanya kepadanya: *Adakah anda mempunyai pembantu rumah yang membersihkan rumah anda, menyediakan makanan anda dan sebagainya?  Jawapannya: "Tidak, saya tidak mempunyai pelayan dan saya tidak memerlukan mereka. Saya dan suami saya melakukan kerja ini di rumah setiap hari.*


Kemudian wartawan lain bertanya: *Siapa yang membasuh pakaian, anda atau suami anda?  Jawapannya: "Saya menyusun pakaian, dan suami saya yang mengendalikan mesin basuh, dan selalunya pada waktu malam, kerana elektrik tersedia dan tidak ada tekanan ke atasnya, dan perkara yang paling penting ialah mengambil kira kemungkinan kesulitan untuk jiran, syukurlah dinding yang memisahkan apartmen kami dengan jiran itu tebal. Dia berkata kepada mereka, "Saya menjangkakan anda bertanya kepada saya tentang kejayaan dan kegagalan dalam kerja kami dalam kerajaan??"*


Puan Merkel tinggal di pangsapuri biasa seperti warganegara lain. *Dia tinggal di pangsapuri ini sebelum dipilih sebagai Canselor Jerman. Dia tidak meninggalkannya dan tidak memiliki vila, pelayan, kolam renang atau taman.*


Merkel, kini bekas Canselor Jerman, ekonomi terbesar di Eropah !!


 🇩🇪

Mohon Share untuk menyedarkan dan mendidik anak bangsa.


Hebat.👏👏 Ini adalah jenis pemimpin yang diperlukan oleh negara kita. Bolehkah salah seorang Ahli Politik kita mendakwa berada di mana-mana berhampirannya?

Selasa, 11 Januari 2022

Jeruk pak ali

 KISAH JERUK PAK ALI


Kilang Jeruk Pak Ali

Simpang Empat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang


Taklimat oleh Ybhg Dato Hj Ilias 

( pemilik Jeruk Pak Ali ) 


Pak Ali ialah ayah kpd Ybhg Dato Ilias


Tok Wan Ybhg Dato Ilias bnama Omar seorg yg baik dgn Boon Siew 


Boon Siew mahu letak nama Omar Honda pd jenama motornya tp Tok Wan Ybhg Dato Ilias letak nama Boon Siew Honda 


Nama Boon Siew Honda kekal sampai skrg


Atas jasa Tok Wan Ybhg Dato Ilias itu Boon Siew beri percuma syer dlm syarikat Boon Siew Honda kpd Pak Ali.


Pak Ali bgtahu kpd anak2nya iaitu “syer Boon Siew itu bukan rezeki utk kita skeluarga

Ampa jgn ambil syer itu & belanja drpd untung tahunan drps syer itu tp guna dgn mberi sedekah derma”. 


Sampai skrg keluarga kami tdk pernah ambil keuntungan tahunan drpd syer Boon Siew itu


Kelulusan SM Vakasional ( elektrik ) & tdk pernah bekerja makan gaji.


Sebaik tamat sekolah berniaga dlm pasar malam selama 20 tahun dgn pelbagai perniagaan spt jual kain baju, ikan hiasan, burung, sate, roti canai, kain, buger, nasi kandar dll


Bila tamat belajar, tunjuk sijil kpd ayahnya.

Ayah ambil & koyak sijil tu. Ayah kata aku hantar hang pi mengaji bukan krn sijilnya


Ayah dia yg sakit ( sbelum mninggal ) duduk atas kerusi roda, ayah dia panggil & kata kpdnya 


“Ayah dia kata hang ingat dak aku koyak sijil hang dulu. Kalau aku tdk koyak sijil hang hari itu, hang tdk akan berjaya dlm berniaga hingga mampu buka kilang spt sekarang”


“Hang nak berniaga jgn cari bank & bhutang. 

Ada seringgit berniaga cara seringgit. Ada lima ringgit berniaga cara lima ringgit. Bila hang berjaya berniaga nanti, bank akan cari hang”


Kata ayah saya itu terbukti betul. Sebut saja Jeruk Pak Ali, mcam mcam bank mai nak bg loan


Ayah ( Pak Ali ) saya seorg buta huruf tp menguasai lima bahasa & mampu memguasai komputer


Satu hari beritahu kpd ayahnya iaitu hendak buat & berniaga jeruk krn melihat d mana2 org suka makan jeruk. Ayah dia izin dgn beri beberapa nasihat


Berbekal RM 30 000.00 hasil jual barang kemas isteri utk djadi modal utk membuka perniagaan Jeruk Pak Ali


Skrg mempunyai pekerja tetap 120 org 


Gaji pekerja potong buah RM 3 xxx.xx


Skrg lbh 300 keluarga bekerja d rumah utk mengopek buah yg berpendapatan tidak kurang RM 1 xxx.xx sebulan 


Pengeluaran jeruk skrg ini ialah 300 tan sebulan


Kebanyakan bahan mentah iaitu buah diimport  dr luar negara


Sehari perlu masak 3 tan gula utk buat jeruk


Satu satunya syarikat yg menjadi pembayar zakat perniagaan terbesar kpd Kerajaan Pulau Pinang


Dberi nama “jeruk madu” Pak Ali krn jeruk itu diadun dgn madu 


Jeruk Pak Ali mengeluar 60 jenis barang


Sebelum berjaya dgn Jeruk Pak Ali, pernah menceburi berbelas jenis perniagaan spt jual ikan hiasan, burung, sate, roti canai, kain dll


Kaedah memperkenal produk Jeruk Pak Ali selama bertahun-tahun utk blh Jeruk Pak Ali jd spt hri ini :


- Beri org makan secara percuma 

- Letak d masjid utk diambil & dmakan oleh jemaah dgn meletak nama kita sebagai pengeluar

- Letak percuma d tempat kenduri dgn meletak nama kita sebagai pengeluar

- Dsebabkan pejabat kerajaan ada dtulis “DILARANG PENIAGA MASUK BERNIAGA, dberi percuma kpd kaki tangan pejabat dgn meletak nama kita sebagai pengeluar. Sesiapa yg nak beli blh mai beli d kereta @ tel utk mai hantar


Kaedah nak tahu jenis jeruk blh makan @ tdk :


Sebelum makan jeruk hidu terlebih dulu 

Bila hidu, hidung jd pedih / tengit

Jeruk ini jgn makan

Jeruk begini banyak mengandungi bahan “telarang”


Jeruk Pak Ali :

Cepat dhurung oleh lalat & semut 

Bila hidu hidung tdk pedih / tdk tengit


Antara ganjaran kpd pekerja :


Dlm setahun antara 10 - 15 org pkerja dhantar utk tunai umrah 


Ada pekerja mdpt tawaran menunai haji, Jeruk Pak Ali akan membiayai kos tunai haji


Setiap tahun bawa sekumpulan pekerja melancong luar negara terutama ke tempat tempat yg ada kaitan dgn aktiviti Jeruk Pak Ali


Saya sedia memberi motivasi & ceramah pengalaman berjaya kpd mna2 pihak & d mana sahja scara percuma. Saya tdk mahu bayaran krn ALLAH telah beri bayaran kpd saya melalui Jeruk Pak Ali