Jumaat, 14 Januari 2022

Scan

 https://www.instagram.com/p/CYpuBjZKAUk/?utm_medium=copy_link


Ramai yang marah, anti vaksin ni pandai kritik je, tapi penyelesaian tak ada pun...


Nak keluar dari kemelut konspirasi Covid-19 ni mudah je sebenarnya, cuma ramai yang dah terperangkap, itu je...


Jadi nak keluar dari perangkap, kenalah ada pengorbanan, umpama kaki yang tersepit perangkap beruang, samada nak selamatkan kaki atau nyawa, maka kaki terpaksa dipotong jika mahu terus hidup...


Begitulah juga dalam kes konspirasi Covid-19, apa yang membuatkan ramai terperangkap adalah sebenarnya datang dari aplikasi MySejahtera je...


Kalau sanggup buang MySejahtera tu, selesai segala masalah, dengan izin Allah, selamatlah dari risiko mati atau sakit akibat dos ketiga dan keempat nanti... 


Selagi masih taksub kepada MySejahtera, walhal banyak lagi premis yang masih membenarkan menulis nama, dan tak wajibkan imbas MySejahtera, seperti Pejabat Pos dan sebagainya... 


Selagi itulah "plandemic" Covid-19 tidak akan berkesudahan, apatah lagi jika anda kaji asal usul aplikasi MySejahtera sebenarnya adalah sejenis program GPS untuk memantau pergerakan manusia... 


Mungkin ada satu atau dua jabatan kerajaan seperti JPJ yang bukan sahaja mewajibkan imbasan MySejahtera, tetapi mesti divaksin lengkap untuk berurusan...


Tapi itu bukan alasan untuk menggadaikan nyawa anda, semata-mata untuk berurusan dengan kerajaan, makan di restoran, merentas negeri, mengerjakan umrah dan sebagainya...


Malah penguatkuasaan di lebuh raya, kedai makan, pusat beli belah dan sebagainya adalah sangat lemah, permulaannya sahaja yang nampak gah, untuk menakutkan rakyat supaya mengambil vaksin...


Ramai warga emas yang mengambil vaksin semata-mata untuk mengerjakan Haji atau Umrah yang kemudiannya dibatalkan akibat varian baharu dan sebagainya...


Janganlah tertipu sekali lagi apabila kerajaan Saudi pasti akan memberi syarat baru untuk mengambil dos ketiga jika mahu ke Mekah, kononnya untuk varian Omicron...


Kuncinya hanyalah satu, iaitu sebuah aplikasi yang sebenarnya tidak ada fungsi lain, dari hanya alat untuk memaksa penerima vaksin terpaksa mengambil vaksin sehingga dos keempat dan seterusnya...


Selagi anda bergantung kepada MySejahtera, selagi itu masalah anda tidak akan selesai, kerana status vaksinisasi anda boleh diubah walaupun anda telah mengambil dos keempat sekalipun... 


Pilihan sebenarnya di tangan anda, ingatlah untuk melepaskan kaki anda yang tersepit, bersedialah untuk hidup tanpa kaki, jika masih mahu melihat isteri, ibu bapa dan anak-anak...


Melainkan jika anda jenis yang tak kisah ditipu berulang kali, sehingga mati pun masih redha kononnya takdir, walhal sebelum berlakunya takdir, manusia diberi pilihan untuk berfikir dan bertindak... 


Kerana itu Allah laknat Abu Jahal, Abu Lahab serta Firaun ke neraka, supaya menjadi pengajaran berguna untuk manusia lain yang masih mampu membuat pilihan yang lebih bijak... 


Namun apa sahaja pilihan manusia, Allah terlebih dahulu mengetahuinya, kerana itulah kebesaran takdir Allah yang tidak akan mudah difahami manusia biasa seperti kita... 


Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.


#MalayanCyberForces #kobidkonspirasi

@MalayanCyberForces

Tiada ulasan:

Catat Ulasan