Selasa, 4 Januari 2022

ا صحب الاحدود

 *MENYINGKAP ASHABUL UHDUD VERSI AKHIR ZAMAN*


Sains perubatan dan teknologi moden seperti vaksin dan dos penggalak pada masa sekarang telah dijadikan alat untuk menyihir manusia hatta ke atas setiap umat Islam sendiri. Pada awalnya adalah menjadi keharusan bagi menghindarkan jangkitan virus namun lama kelamaan telah terjadi sebaliknya.


Alat Sihir yang dimaksudkan di sini ialah manusia pada hari ini dirasakan akan terasa terancam rutin harian kehidupannya jika sekiranya mereka enggan atau menolak daripada mengambil dos vaksin penggalak dan sebagainya.


Ketika negara ini sedang menghadapi krisis ekonomi,  politik dan kesihatan terdapat pihak lain yang berkepentingan cuba mengambil kesempatan dengan menangguk air yang keruh disebalik rekayasa covid corona yang diciptakan sendiri oleh manusia dan pada masa sama cuba menawarkan penawar iaitu vaksin sebagai langkah pencegahan malangnya tahap keberkesanan vaksin tersebut mula menimbulkan pelbagai soalan dan amat meragukan sehingga orang ramai kini sudah mula merasakan dirinya telah tertipu atau diperdayakan. 


Bukan setakat itu sahaja malah pihak berkuasa cuba mengugut dengan memaksa supaya orang awam mengambil dos penggalak jikalau tidak sistem My Sejahtera akan ditukarkan daripada status fully vaksin akan kembali semula menjadi warna putih seperti orang lain yang belum lagi disuntik vaksin. 


Maka mereka tiada pilihan terpaksa menerima dalam keadaan terpaksa. Inilah yang dimaksudkan sihir dalam konteks perubatan atau rawatan sains moden. Apa yang berlaku ini adakah secara kebetulan atau sememangnya telah dirancang oleh pemikir Yahudi Zionis dan China Komunis untuk melemahkan umat Islam.


Impaknya kelapangan umat Islam untuk beribadat di masjid dan surau telah diganggu gugat malah sosio budaya dan cara hidup amalan sunah orang Melayu Islam perlahan-lahan akan ditinggalkan sedikit demi sedikit bahkan suatu masa nanti umat Islam akan memasuki ke lubang biawak mengikut jejak langkah Yahudi Laknatullah.


Mengutip intisari daripada kisah Ashabul Uhdud maka boleh difahami keadaan umat Islam pada hari akan dipaksa tunduk mengikut segala apa yang dimahukan oleh pihak pemerintah malah umat Islam akan terus ditekan dengan pelbagai ujian dan cabaran di mana setiap ujian dan cabaran tersebut benar-benar akan menguji kekuatan iman dan akidah umat Islam.


Dunia seterusnya akan terus mengalami kegelapan serta manusia pada ketika nanti juga akan menghadapi suasana yang amat mengelirukan kerana sudah tidak boleh lagi membezakan ajaran manakah yang sebenarnya menurut syariat Islam yang dibawakan oleh baginda SAW sebagai penyelamat umah.


Tegasnya jikalau mengikut hitung umur dunia ADAM dan Nabi Nuh bahawa tempoh jangka hayat hidup mereka selama 10 kurun bersamaan 100 tahun dan menyamai 1000 tahun mengikut kalender masehi.


Maka anggaran hitung kasar tempoh jangka dunia pada hari ini tidak kurang tinggal lagi berbaki 58 ke 70 tahun. Ini berdasarkan kiraan tempoh umat terdahulu serta bakal munculnya Imam Mahdi genap 40 tahun yang akan memerintah dunia ini selama 7 tahun sebelum turunnya Nabi Isa membunuh Dajjal.


Namun menjadi peringatan ke atas diri kita umat Islam apakah yang akan berlaku  nanti sementara menantikan  munculnya Imam Mahdi ke bumi ini yang akan bersama-sama sebahagian mereka yang dipilih oleh Allah SWT sebagai orang Mukmin.


Bayangkan Dajjal belum turun lagi ke bumi kita sudahpun mengaku kalah kerana terpaksa memilih untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa ada sebarang tekanan dan sekatan.


Sebagai contoh terdekat tidak mengambil vaksin segala kemudahan dan pergerakan ke premis atau destinasi menjadi sukar dan merumitkan. Maka dalam keadaan terpaksa yang dianggap bukan pilihan  akhirnya terpaksa akur dengan kehendak penguasa yang zalim.


Begitulah keadaan gambaran hidup umat Islam pada hari ini seumpama keadaan kisah Ashabul Uhdud di zaman Bani Israil yang menzalimi dan menindas rakyat bawahannya kerana tidak mahu tunduk menyembah Tuhan mereka. Namun mereka tetap kental dengan akidah mereka walaupun dihadapannya api yang menyala ditebing parit yang dibina oleh puak Ashabul Uhdud yang zalim.


Sekian,


Muzakkir Ibadurrahman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan