Sabtu, 15 Januari 2022

Nilai dan skor

 Apa salahnya anugerah akademik kepada murid ?


1. Wah, ada cikgu sudah marah. Dia kata kalau sekolah / guru besar / pengetua buat acara anugerah akademik apa masalahnya ? Sekolah juga buat anugerah sukan. Kenapa tak komen anugerah sukan. Apa bezanya ? 


2. Ini petanda baik... kerana ada reaksi tanda minda kita masih berfungsi, wpun cikgu tak mampu nak buat perbandingan dan tak boleh melihat dari perspektif pendidikan, malah dari hasrat FPN sendiri.


3. Situasi yang aku nak tulis sekian lama tiada di sini, ia amalan pendidikan di obersi, salah satu elemen murni utk difahami. Tiada cemburu atau kecil hati kepada murid di sana sebab dari awal persekolahan mereka disantuni .. yg gifted / advantages / SES tinggi dan yg ada LD / disadvantages / SES rendah dilayan secara inklusif. Bagi murid yang ada LD.. ada guru yg akan take care, malah murid berkerusi roda belajar bersama yang normal...


4. Sementara itu, murid yg pandai / gifted / advantages akan membantu yg kurang / slow / at risk / disadvantages. Tiada competition dan perbandingan gred dan skor dari awal persekolahan sepanjang sekolah rendah. Yang ada adalah penghargaan kepada setiap perlakuan positif,  tak kira apa dan kepada siapa. Kesemuanya dihargai terus dalam kelas. Malah acara rasmi anugerah sekolah dalam akademik mahupun sukan pun tak ada. Jika adapun ia dilakukan dalam konteks keluarga, bukan sekolah.


5. Murid diajar begitu... hormat kelebihan rakan dan bantu yg kekurangan. Ini sbb murid2 gembira ke sekolah, dan tiada rasa terasing. Semuanya dapat dilakukan dengan sistem yang flexible, silibus yang juga flexible, subjek yang sedikit dan kemudahan yang banyak.... dan jiwa2 besar.


6. Disini pula, tadika lagi dah berlomba2 nk tunjuk anak dapat A... anak siapa paling cepat dapat membaca, anak siapa boleh speaking London dan tak kisahlah anak orang lain nak jadi apa. 


7. Murid disini ada yang mula tersisih seawal Tahun 1 dan semakin ketara bila meningkat tahun. Bukan salah guru, sebab itulah sistem yang disediakan utk mereka, sehingga tak nampak ada sistem lain yang lebih murni dan lebih dekat dengan makna pendidikan serta FPN.


8. Jika dulu dan masih lagi wujud sekarang, skor dan gred inilah yang mewakili 'maruah diri', 'maruah ibubapa' malah 'maruah sekolah'. Menjadi amalan lazim, murid tanpa As bukan harapan sekolah. Ada sekolah menamakan murid pandai sebagai murid kumpulan PERMATA dan MUTIARA.  Sekolah nak jaga 'maruah' maka murid2 ini diberikan perhatian dan ditonjolkan utk menambah merit sekolah. 


9. Ketahuilah, akademik dan koko tidak sama. Murid yang hebat koko dan mewakili sekolah atau kebangsaan, tidak mewakili maruah diri dan maruah keluarga. Murid yang mewakili sekolah atau negara akan menjadi kebanggaan semua, sebab ia mewakili maruah sekolah atau maruah negara. Jangan samakan dengan skor atau gred, umpama LCW kalau kalah dgn Lin Dan,  bermakna Malaysia kalah ditangan China, dan rakyat Msia akan bersedih. Kemenangan LCW pula bermakna kemenangan semua rakyat Msia, bukan kemenangan mutlak milik LCW, kerana dia mewakili negara, bukan dirinya sendiri. Sebab itu anugerah sukan tidak sama dengan anugerah akademik. Pun begitu, tiada juga anugerah sukan kepada individu murid dilakukan sebagai acara rasmi di obersi.


10. Bukalah horizon pemikiran kerana pendidikan terlalu murni utk wujudnya diskriminasi secara halus walau sedikit dan atas nama dan sebab apa sekalipun... apatah lagi atas nama gred dan skor... dan sedar tidak sedar kesan 'keegoaan' ini menjadi sebahagian pemikiran sehingga menginjak dewasa..


OT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan