DENGAR DENGAN HATI
Seorang guru bertanya kepada pelajarnya yang berusia tujuh tahun ‘jika ckgu bagi kamu 1 biji epal, 1 biji epal dan 1 biji epal lagi, berapa biji epal yang kamu dapat?’ sepantas kilat pelajar itu menjawab dengan yakin, ‘empat’.
Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana mengharapkan jawapan yang diberikan ialah 3. guru tersebut mengulangi soalan yang sama dan menyuruh anak muridnya mendengar dengan teliti. Tetapi jawapan yang diberikan tetap empat
Guru itu sedikit kecewa. Maka dia menukar perkataan epal dengan strawberi, dan pelajarnya dengan yakin menjawab ’tiga’. Kali ini jawapannya tepat. ’bagus, tepat sekali jawapan kamu itu.
Jadi sekarang cikgu bagi kamu sebiji epal, bagi 1 biji epal dan 1 biji lagi. berapa biji epal yang kamu dapat?’soalan diulangi lagi buat kali ke3, namun jawapan pelajar itu tetap 4.
Kali ini si guru sudah hilang sabar. Disoalnya murid itu dgn marah, ’macammana kamu dapat jawapan 4?’ dengan suara perlahan dan teragak-agak, murid itu menjawab ’sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya cikgu’.
Pengajaran
Mungkin kita memahami sesuatu dari sudut yang berbeza, tetapi jangan sekali-sekali mendengar dengan satu tanggapan yang sudah dijangka. jadi, dengarlah dengan mata hati, Malah jika berbeza pendapat tidak bermakna 1 pihak betul dan 1 pihak lagi salah. Boleh jadi kedua-dua pihak betul atau kedua-dua salah.
Angguk Geleng
#hadiahuntuksahabatedisi124
Tiada ulasan:
Catat Ulasan