KHAZANAH PANTUN MELAYU YANG TERSIMPAN DI UNIVERSITI LEIDEN, BELANDA. MENGIKUT CATATAN, IA DITULIS PADA TAHUN 1848 DALAM TULISAN JAWI KLASIK.
Asap api embun berderai
Patah galah di dalam perahu
Niat hati tidak bercerai
Kehendak Allah siapakah tahu ?
Sugi damar jangan padam
Kuah di mangkuk jangan tumpah
Kalau tuan anak cucu Adam
Khabar sepatah jangan berubah.
Burung Aji terbang ke Aji
Terbang jauh terlalu penat
Barang siapa mungkirkan janji
Hidupnya tidak mendapat selamat.
Inderagiri kualanya empat
Empat-empat terus ke laut
Ke sana sini mencari tempat
Bagai ajal ditanda maut.
Galah sebatang dibelah-belah
Diikat-ikat rendam ke paya
Jikalau datang kehendak Allah
Siapakah cakap melarang Dia ?
Menjangat rotan ditarik-tarik
Jangan luka tangan sendiri
Ingat-ingat jaga badan baik-baik
Boleh terpelihara badan sendiri.
Kepinding disambar helang
Jatuh ke daera Inderagiri
Dagang terselat di kampung orang
Tahu rahu membawa diri.
Sengkuang kayu petati
Timbang tersasar di kayu kelat
Terbuanglah dagang sahaya ini
Bagai ikan di luar belat.
Cempadak tumbang condong
Dikerat orang dibuat takal
Jikalau tidak emas digendung
Sahabat kitapun tiada mengenal.
Kredit : Tarmizi Majid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan