CnP Fb:
Apa yang bestnya bila aku baca pasal macam mana Barat tulis pasal pertempuran-pertempuran Islam, kita akan baca bagaimana deme buat analisis strategi pertempuran berbanding dengan penulisan Islam, yang hanya fokus pada divinity side.
Ya, dalam Badar kita wajib percaya bahawa ALLAH turunkan para malaikat terbaiknya membantu tentera Islam sampaikan para sahabat nampak tentera berkuda berpakaian putih datang entah dari mana.
TETAPI, tidak sesekali Rasulullah S.A.W mengabaikan aspek taktikal perangnya. Rasulullah S.A.W memastikan bahawa setiap sumber air perigi disekitar Badar telah ditimbus pasair dan tentera Islam sempat membawa pulang sumber air ini. Kenapa? Sebab betapa pentingnya air bagi keperluan logistik kalau berperang di padang pasir.
Kedua, pemilihan medan perang yang strategik. Sehari sebelum pertempuran berlaku, hujan turun lebat. Tetapi Rasulullah memilih kem tentera Islam di atas gunungan pasir kerana betapa nanti tempat ini akan cepat kering berbanding tentera Quraisy yang berada dibawah lembah, dan pada keesokan harinya, mereka kena berhadapan lecak, lumpur, padang pasir yang baru ditimpa hujan.
Juga, Rasulullah sedar bahawa jumlah tentera Quraisy melebihi tentera Islam, 1000 vs 300, jadi medan pertempuran juga harus dipilih dengan teliti. Justeru, sebuah laluan sempit yang akan membataskan kelebihan tentera Quraisy menjadi pilihan baginda di laluan sempit ini.
Tak guna bawa 10, 000 tentera sekalipun, kalau tentera yang sedikit sahaja boleh digunakan kerana tak muat, maka kelebihan numerical itu akan terbatal. Siap dalam analisis mereka, mereka sempat kira laluan paling sempit yang hanya sepanjang 200 meter dipilih di lembah Badar oleh baginda rasul.
Juga, dicatatkan formasi tentera yang digunakan oleh Rasulullah, tentang bagaimana formasi yang menyerupai formasi phalanx di mana bahagian paling hadapan menggunakan senjata seperti perisai dan lembing.
Juga, Rasulullah menyusun tenteranya dalam baris 3 layer. Ini formasi paling power infantry, yang merupakan majoriti tentera baginda, yang nak lawan tentera yang memiliki kelebihan tentera berkuda macam Quraisy.
Benda macam ni kau tak akan dapat dalam kebanyakan buku Bahasa Melayu, atau dengar dari ceramah yang dilontarkan pak ustaz kita. Ini juga menunjukkan Rasulullah S.A.W tak pernah mengabaikan aspek dunia, aspek ketenteraan walau baginda mendapat jaminan TUHAN dan bantuan malaikat.
Jadi, bilamana penceritaan tidak seimbang antara sisi divinity dan sisi keduniaan dan kemanusiaan baginda nabi, maka orang kita hari ini memiliki stigma yang buruk pada apa-apa aspek ilmu duniawi, berbeza dengan yang diamalkan oleh baginda nabi.
Melihatkan ketelitian sarjana barat mengkaji aspek taktikal, perang, kemanusian, kepimpinan baginda nabi, tak hairan kenapa kita ketinggalan beribu batu daripada mereka hari ini.
Kita lebih suka dengar benda ajaib, daripada belajar perkara yang berpijak atas realiti kita sebagai manusia, bukan seorang nabi dan utusan ALLAH.
Makanya, kita jadi umat paling pasrah, menerima sahaja apa takdir dan keajaiban di akhir zaman. Hanya tahu berbicara mengenai akhir zaman, Imam Mahadi, dan Dajjal, tanpa terdetik nak bangunkan aspek peradaban duniawi seolah-olah kita dah menyerah awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan