Saya _____________________ (K.P: 888888-88-8888 ) yang beralamat di ____________________________, negeri Sarawak adalah penjawat awam yang berkhidmat sebagai guru di __________________________.
Bermula pada awal JANUARI 2022 sehingga hari ini, disebabkan saya belum mengambil vaksin Covid-19 (ujikaji), maka pihak pentadbiran sekolah saya; Guru Besar dan Guru Penolong Kanan telah tidak membenarkan saya masuk ke bilik kerja saya dan mereka mengarahkan saya agar duduk di bilik khas yang sangat tidak sesuai untuk saya menjalankan tugas harian dan menyekat pergerakan saya.
Saya juga tidak dibenarkan dan dilarang dalam perkara-perkara yang berikut:
1. Dilarang berada di bangunan yang ada murid atau warga sekolah.
2. Dilarang masuk ke bilik guru.
3. Dilarang berjumpa atau bersemuka dengan murid atau warga sekolah.
4. Dilarang masuk ke pejabat untuk melaporkan dan merekodkan kehadiran kerja.
5. Dilarang mengajar secara bersemuka.
Pihak pentadbir sekolah memberi amaran akan mengambil tindakan tatatertib terhadap saya sekiranya saya tidak mematuhi larangan tersebut. Saya berpendapat amaran ini adalah suatu ugutan dan menakut-nakutkan saya.
Berikut adalah akibat-akibat daripada larangan-larangan dan amaran-amaran tersebut maka;
1. Saya berasa tertekan dan tidak ada kebebasan untuk menjalankan tugas sebagai guru di sekolah. Kesan mental dan psikologi ini mengganggu fikiran dan kesihatan saya.
2. Saya berasa pihak pentadbiran sekolah telah menghukum saya dan dengan berniat jahat boleh menimbulkan persepsi negatif kepada warga sekolah, murid-murid, dan masyarakat umum seolah-olah saya melakukan kesalahan dan saya adalah pembawa virus atau penyebar virus Covid-19.
Saya membuat laporan ini sebagai bukti bahawa telah didiskriminasi oleh pihak berkenaan dan untuk tindakan saya selanjutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan