10 nasihat penting pada anak lelaki dan perempuan kita
1. Ibu takkan selama ada bersamamu. Anak lelaki tolong lindungi adik beradik perempuan dan anak perempuan tolong bantu adik beradik lelaki
2. Maruah adik beradik terutamanya adik beradik perempuan adalah maruah keluarga. Jika ternampak kesalahan, terus tegur dengan cara berhikmah. Jangan diamkan kerana diam pada perkara mungkar dan salah itu suatu kegagalan dalam hidup
3. Jangan jadikan harta sebagai berhala dalam hidup kita. Tanda harta menjadi berhala adalah apabila kita sanggup menikam dan berbalah sesama adik beradik hanya kerana harta dunia yang sementara
4. Jagalah lidah sesama adik beradik. Walaupun terkadang bertikam lidah tetapi setidaknya jangan sampai menghancurkan hati dan jiwa selumatnya hingga ia tak mampu lagi sembuh dengan sempurna
5. Ianya okay untuk sesekali bergaduh kecil cuma jangan sesekali untuk akhiri pergaduhan tersebut dendam kerana dendam itu sifatnya merosakkan dan menghancurkan
6. Lapangkanlah jiwa untuk memaafkan sesama adik beradik kerana hanya dengan kemaafan banyak isu perbalahan dalaman adik beradik dapat diselesaikan
7. Bersedekahlah sesama adik beradik melebihi sedekah kita pada mereka yang di luar sana kerana itu lebih utama
8. Bantulah sesama adik beradik ketika ayah dan ibu sudah tiada lagi di dunia ini. Yang susah doakan yang senang, yang senang bantu yang susah
9. Jangan putuskan tali persaudaraan sesama adik beradik hanya kerana sengketa yang sedikit kerana hubunganmu adalah hubungan darah yang takkan putus buat selama lamanya
10. Berpesanlah pada adik beradik untuk selalu mendoakan ayah dan ibu kerana di alam sana nanti ayah dan ibu sangat mengharapkan doa daripada kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan