Selasa, 25 Januari 2022

Petani

 BAGUS UNTUK DIHADAM


*KENAPA SAYA KELUAR DARI DUNIA CEO JADI PETANI LEPAS BALIK DARI SWITZERLAND?*

.

Saya orang yang geli dengan sampah dari kecil lagi. Suruh berdiri tengah panas 5 jam lebih baik dari kena tugas punggah sampah dapur dan bawa ke tong besar. Bau dia boleh buat muntah. Hari ini, hari-hari saya main sampah sisa dapur untuk dikitar menjadi kompos pertanian. Tukar sistem, asingkan sampah antara protein haiwan dengan sampah sisa tumbuhan dan sayuran. Ekosistem yang sempurna pasti tidak menghasilkan sampah buangan. Sisa protein haiwan diolah jadi makanan ternakan dan macam-macam lagi. Senang cakap, achievement unlocked untuk orang yang geli sampah.

Balik dari Swiss trip RareTV, saya rasa dah sampai masa untuk saya main tanah semula. Dulu dibesarkan di Felda memang main tanah. Kemudian masuk dunia universiti dan jadi pensyarah kemudiannya sebelum menjadi usahawan yang didendangkan. Jauh dah dari tanah. 

Mengembara ke hampir separuh dunia selama ini buka mata saya. 

Negara maju biasanya meletakkan pertanian sebagai industri utama. 

Bukannya tanaman komoditi mahupun barangan elektronik. 

Saya akan cerita dalam perenggan-perenggan seterusnya kenapa.

Semasa saya di Switzerland, 1 perkara terjadi serentak. 

Pertama, harga barangan di Malaysia melonjak sampai ada yang berkali-kali ganda. 

Kedua, seorang rakyat Malaysia yang pernah bekerja dalam sektor mewah oil & gas 

keluar dari kemewahan itu dan bertani di sebuah kampung Gruyere Switzerland. 

Tak besar tapaknya, bermula dari kira-kira 2-3 ribu kaki persegi 

sekarang sudah menjadi beberapa ekar. 

Hidup beliau makan apa yang ditanam 

dan sekampung itu juga makan sayuran yang beliau tanam secara organik. 

Hidup bukan mewah tapi kalau beli kereta boleh lah beli tunai, 

dan pendapatan tahunan melebih CHF100k juga. 

Tapi beliau sekeluarga tak risau currency nak jatuh atau nak melambung. 

Mereka tahu, 

ikut celah manapun, 

mereka tak akan lapar. 

Di Malaysia pula ketika itu harga barang mendadak naik. 

Kartel ayam melambungkan harga ayam dengan cara menyekat stok dalam pasaran. 


Bila barang tak ada, 

harga pun melambung tinggi. 

Orang tengah yang kaya 

tapi peladang dapat harga sama. 


Solusi bijaksanasini kerajaan ialah mengimport ayam. 

Bijak tak? 

Nanti dulu. 

Saya explain lagi untuk kita sama fikir.

Dalam dunia hari ini, 

kita tak boleh nak salahkan kerajaan 

seolah-olah kuasa merubah tidak ada di tangan kita sendiri. 

Kita tak boleh ubah kerajaan, 

maka kita ubah diri sendiri dahulu. 

Flashback sikit beberapa tahun sudah di Kementerian Pertanian, 

bila saya bertanya kepada seorang pegawai tingginya dalam sebuah majlis berbuka puasa. 

Kebetulan saya salah seorang jemputan diraikan ketika itu, 

berpeluang duduk sama semeja dengan pembuat dasar dalam kementerian. 


Soalan saya

.

“Negeri Pahang hampir sama besar dengan Netherland tapi bagaimana Malaysia masih import makanan dari luar negara dan Netherland siap jadi pengeksport ke-2 terbesar dunia dalam pertanian?”

Jawapan bijaksanasini ketika itu yang saya terima ialah 

“Saiful Nang, *beli lagi murah dari tanam sendiri…baik kita beli”.*

Kemudian saya kembali fokus pada makanan saya yang lazat-lazat 

yang saya percaya sebahagiannya juga diimport dari luar negara. 

Sehinggalah majlis berakhir 

dan kami bersalaman berpamitan. 

Ketika itu saya rasa saya perlu cakap apa yang saya perlu cakap

.

“Datuk, fikir semula…dalam perang, 

bila semua negara taknak jual makanan pada kita, 

adakah rakyat Malaysia cukup 

dengan minum susu getah dan makan kelapa sawit?”

.

Ini bukan soal makanan sahaja tapi keselamatan negara. 

Jika disekat makanan yang kita beli dari orang, 

jet pejuang canggih macam mana pun akan kalah 

kalau rakyat dengan pilot-pilot jet tu pun tak makan.

.

Cerita itu berlalu begitu sahaja. 

Saya cuma seorang warga negara biasa 

tanpa kuasa, pangkat dan gelaran profesor atau doktor. 

Pandangan itu jadi sepi sahaja. 


*Bila harga bawang naik berganda pun, apa pilihan kita ada?* 

*Ikut sahaja, beli sahaja kerana kita tiada pilihan yang banyak.* 

Balik dari Switzerland saya ke Turki. 

Pada ketika Turki Lira jatuh dibuli oleh kewangan dunia. 

Terakhir saya ke Turki sebelum itu bila 1 Lira bersamaan RM1. 

Tapi bulan lepas saya di sana, 

1 lira bersamaan 30 sen Malaysia sahaja. 

Tetapi hairan, selamba sahaja mereka ubahnilai harga dalam sektor pelancongan 

dari 1 lira jadi 3 lira. 

Kita terpaksa bayar juga. 

Tapi rakyat mereka masih cukup makan 

kerana Turki sebuah negara yang layak angkuh dengan dunia 

kerana tidak kisah jika berlaku embargo sekalipun. 


Mereka cukup makan dan minum dari apa yang ditanam dalam negara sendiri. 

Bila Qatar dikenakan sekatan ekonomi, 

Turki bangkit dengan berani untuk mencukupkan keperluan Qatar. 

Bukan sekadar makanan, 

banyak teknologi juga dikeluarkan di Turki datang dari Turki sendiri. 

Bijak tak jika kita masih bergantung pada makanan import?

Kita bukan Singapura yang tiada tanah untuk pertanian dan penternakan. 

Tanah besar-besar kita bagi mudah pada sejenis bangsa 

untuk tanam musang king yang kita export ke luar negara 

dan bukan digunakan untuk pertanian makanan yang mencukupkan apa yang kita perlu. 

Masa di Switzerland, 

saya bertanya dengan orang di sana, 

jika mereka makan apa yang mereka tanam dan ternak, 

apa jadi kalau mereka mahu makanan laut? 

Switzerland mana ada laut. 

Selamba dijawab *“Kita ajar anak-anak kita makan apa yang kita hasilkan,*

*yang mana kita tiada penghasilan kita tak ajarkan anak-anak makan”.*

Soal mereka nak makan di restoran itu lain cerita 

tapi kalau berperang pun, 

anak-anak mereka tak mati kelaparan 

tak dapat makan Norwegian Salmon ataupun ikan siakap. 

Balik ke Malaysia, saya mula terfikir. 

Ini masanya. 

Syarikat-syarikat yang saya terajui juga 

sudah sampai masa telah ada pengganti-pengganti yang boleh memangku jawatan CEO. 

Ini masanya, saya serahkan pemanduan kepada generasi muda 

dan saya sarung boot kuning dan topi mengkuang. 

Kita main tanah. 

Buat duit juta-juta pakai tali leher dan berkereta Mercedes

tapi masih beli buah dari China 

yang gunakan racun perosak secara tak terpantau, 

tak ada gunanya. 

Kita nak makan buah dan sayuran untuk jadi sihat, 

rupanya lagi cepat kena cancer. 


Maka, berbaloi untuk pilih masanya, 

meletakkan kualiti hidup dengan pertanian. 

Lahan kami pun ada banyak belum diusahakan. 

Sekarang ramai Melayu jual tanah murah-murah 

atau pajak tanah pada Bangla 

dan Indonesia yang rajin mengusahakan. 


Anak tuan tanah selesa bertali leher 

dengan gaji RM3000 miskin bandar 

sedangkan Abah ada tanah 10 ekar 

yang anak tak minat usahakan 

akhirnya dipajak dek Bangla.

.

Why not ini masanya. 

Kenapa tidak sekarang? 

Kenapa mahu tunggu lagi ke depan. 

Healthcare sebenar kita ialah MAKANAN YANG KITA MAKAN. 


Ataupun, beli insuran yang boleh cover kemoterapi kita nanti. 

.

Tak semua orang boleh buat begini, 

tapi saya yakin kita semua boleh mulakan 

walaupun di balkoni rumah flat. 


Nenek atuk kita dulu, 

hisap rokok bersambung sambung 

tapi hidup sampai 100 tahun lebih.

 

Bila nak makan 

dia petik pucuk manis, daun geti, ulam raja, cekur, lengkuas 

semua keliling rumah. 


Pagi keluar memancing, 

dapat 2-3 ekor limbat dah cukup makan sehari dua. 

Sekali sekala cucu balik 

baru dibelikan ayam dari pasar. 

Itupun sebab cucu sudah tidak betah makan ayam kampung. 

Kalau ikut atuk nenek, 

ayam kampung tu juga yang dimasak. 

Hari ini, 

RPWP dah mulakan langkah ini semenjak selepas PKP1 dahulu. 

Masanya untuk kita bina masa hadapan agro. 

Bukan untuk kaya kalau jadi petani, 

tapi untuk sihat dan gembira 

bila kita makan apa yang kita tanam 

dan apa yang kita ternak. 

Sampah makanan kita pun dikembalikan 

dalam kitaran makanan yang berimbang ekosistemnya. 

Biarlah comot, 

dari CEO pakai kemeja dengan cufflink, 

jadi petani comot bergelumang najis lembu 

dan sampah yang mahu dikompos. 

Hidup kena gembira. 

Status sosial bagaimana?

Ada apa dengan status sosial? 

Bila kita kaya pun 

orang cakap “alaa…tu semua eksyen jer lebih”


Bila kita tak tunjuk kaya 

“Dah nak lingkup lah tu…”


So, 

buat apa nak hidup untuk persepsi orang lain. 

Kita hidup dalam dunia yang kita sendiri gembira. 

.

Kita bukan orang miskin yang terpaksa bertani. 

Tapi kita orang yang memilih untuk bertani. 

Kenapa?

Untuk tingkatkan kualiti hidup dalam ekosistem yang seimbang untuk alam dan untuk manusia.

*Sebenarnya saya cerita apa ni?*

*Inilah FOOD SECURITY.* 

*Inilah namanya EKOSISTEM.*


Seruan kepada yang dalam kerajaan dan memimpin kerajaan. 

Paculah pertanian

 sekurang-kurangnya untuk mencukupkan keperluan makanan kita dalam negara. 

Kita ni orang Malaysia, 

satu lauk sampai 20 bahan 

tak macam orang Eropah, 

satu lauk bahannya cuma garam, blackpepper dan rosemary pun dah cukup. 

.

Sekalipun kita ada 19 pencakar langit macam Burj Khalifa 

tapi tetap kira negara miskin 

jika kita sendiri tak mampu sediakan makanan sendiri. 


Kalau susah nak faham, 

bayangkan sebuah rumahtangga 

yang ada dapur dan petisejuk juga tanah besar 

tapi bila nak makan 

semua call Grab Food. 

.

Soal moral, bini kau tak pandai masak ke Leman?

Soal kesihatan, 

kau percaya sangat apa orang masukkan dalam makanan?


Jadi suami, 

takkan kau nak jawab 

*“Beli lagi murah dari masak sendiri”.*

Selebihnya, 

cuba kau fikir sendiri apa aku nak cakap.

Gitu…

Sebagai pengembara, 

ada satu matawang yang tidak pernah 

dan tidak akan jatuh. 


Kau simpan USD pun USD jatuh. 

Kau simpan emas pun boleh menyusut, 

kau simpan hartanah pun boleh burst. 

Kau ada bitcoin pun dia boleh flop. 

*Satu matawang yang tak mungkin akan jatuh harga ialah MAKANAN.* 

.

Dulu arwah emak selalu pesan, 

belajar rajin-rajin 

nanti kerja senang tak jadi petani 

susah macam mak ayah. 


Hari ini, 

saya dah buat semuanya. 

Belajar rajin-rajin sudah, 

kerja sampai jadi orang senang juga sudah 

dan sekarang saya nak jadi petani yang tak susah pula.

Dengan itu, 

saya bangga…SAYA SEORANG PETANI. 

Post ini halal dikongsikan.

.

SAIFUL NANG 

Petani bekas CEO Syarikat

(Syarikat semua hidup cergas lagi walaupun CEO jadi petani)


*Inilah yang MAQIB cuba ajukan dan didikan rakyat Melayu sejak 2012 lagi.*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan