Pernah bertanya kepada Habib Ismail Jufri, apakah beza penuntut ilmu zaman Habib dulu, dengan kami zaman sekarang ni?
Habib cakap, dalam nada sedikit bergurau, "waktu saya dulu, ramai yang kurus-kurus. Waktu belajar ialah waktu susah, makanan tak banyak, tidur selalu lewat sebab muraja'ah kitab. Itu sebab kami semuanya kurus."
Habib pun menunjukkan beberapa keping gambar beliau semasa belajar.
"Cuba kamu tengok, semuanya kurus-kurus. Sekarang barulah gemuk sikit sebab dah kerja dan makan cukup," ujar Habib sambil gelak kecil.
"Tapi zaman kamu sekarang, zaman belajar dah gemuk-gemuk. Belajar sama banyak dengan makan. Kadang-kadang lagi banyak makan daripada belajar."
Tambah Habib lagi, "ada lagi satu yang pelik pada penuntut ilmu sekarang.
Semua benda kamu nak masukkan dalam media sosial. Belajar kitab kamu nak bagitahu orang, jumpa guru kamu nak bergambar sebab nak masukkan dalam Twitter ke FB ke. Tapi yang ni saya boleh sangka baik lagi. Mungkin mahu tunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.
Tapi, ada yang sampai peringkat, orang yang masuk bersuluk pun mahu 'update' dalam FB. Mujahadah nafsu pun mahu cerita dalam FB. Dia berzikir dengan bilangan sekian sekian, pun masuk dalam FB.
Kamu tak takut niat kamu terpesong?" soal Habib yang sangat menjentik hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan