Rabu, 5 Januari 2022

Agro

 Tahun 2025 krisis kebuluran dunia, Apakah persediaan awal kita?


Baru-baru ni banjir besar.  Apa yang kita belajar dari apa yang berlaku?.  Banyak rumah rosak disebabkan banjir besar.  Tapi jarang yang menyingkap kisah penderitaan petani dan pekebun.  Saya minta maaf sebab saya ambil gambar-gambar ni dalam google je.  Sedih bila lihat kebun mereka musnah hanya dengan sekelip mata.  


Saya nak cerita sikit.  


Kalau yang faham sikit sebanyak tentang ekonomi mungkin mereka akan faham.  Saya  jangkakan tahun-tahun mendatang ni barang akan meningkat naik.  


Latarbelakangnya dari US.  Terkesan dengan #covid19 yang lepas kerajaan US telah mencetak duit baru. Berratus juta.  Kenapa mereka buat macam tu.  Sebab orang yang ada duit mengambil sikap untuk berjimat. Maka duit kurang bergerak.  Jadinya duit cash dipasaran berkurang berpusing.  


Bila #covid19 kilang banyak tutup,  ladang - ladang banyak menghentikan operasi.  Barang tak cukup,  ramai tak kerja maka barang harian jadi mahal.  Banyak permintaan, barang kurang.  Maka formulanya barang naik harga.  


Kereta tak naik harga

Rumah tak naik harga 

Barangan elektric tak naik harga

Malah semua tu nampak trend menurun. 


Apa yang naik harga?  Barangan makanan.  


USA antara negara pengexport terbesar barang makanan ke negara luar.  Kerajaan mula menghadkan makanan mereka keluar.  Mereka mengfokuskan untuk penduduk US terlebih dahulu.  


Ianya berlaku dibanyak negara termasuk india,  thailand,  china, UK dan Eropah.  Bila bahan mentah jadi problem.  Barangan lain juga jadi mahal.  Asas makanan dedak jadi mahal. Bila dedak mahal,  daging jadi mahal.   Asas makanan lain mahal dan harga end-product jadi mahal.  


Sebab itu nasi kandar naik harga alasannya bawang mahal.. Kenapa bawang jadi mahal sebab kat india banjir.  


Baru ni ayam mahal.  Kalau dah ayam mahal,  semua produk berasaskan ayam akan jadi mahal.  Sekejap lagi orang yang ada duit sahaja yang mampu memberi sesetengah barang.  Lebih teruk bila barang itu adalah barang asas.  


Baiklah saya beri contoh.  Di pakistan, makanan asas mereka adalah roti dan capati.  Sekarang barang paling mahal dan bernilai adalah tepung.  Seguni tepung dikatakan sudah mencecah RM400. Tepung dan minyak menjadi barang yang direbut.  Ada yang sanggup mati mencuri tepung. Jenayah akan melonjak.  


Belajar dari pengalaman.  


Di Malaysia masih terkawal.  Di Malaysia, kalau air bah mungkin seminggu kering.  Di Bangladesh, dikampung-kampung kalau banjir air bah memakan masa berbulan-bulan nak kering.  Negara mereka tanah rendah dan lebih rendah. Kelemahan pada saliran,  kawasan lembah dan kemiskinan menyebabkan keadaan itu tidak berubah bertahun-tahun.  


Mengapa saya tahu ini semua kerana pekerja saya international. Ada dari Indonesia, Banglaw dan Pakistan.  Saya juga sudah berberapa kali kesana.  Mereka berkata mengapa ianya terjadi adalah kerana pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita terjadi seperti disana.  


Apa yang saya cuba sampaikan? 


Kebergantungan Malaysia dengan negara lain sudah sampai penamatnya. Baiklah, jika rezeki kita melimpah ruah.  Kita ada petronas,  kita jumpa emas sekalipun. Kita kaya. Tapi apa gunanya jika barang asas yang kita nak makan jadi mahal.  


Kalau ada orang nak jual mungkin ok lagi.  Bila orang tak nak jual macam mana?  


Tulisan saya ini bukanlah terlalu penting.  Saya hanyalah seorang pekebun kecil yang tinggal dihujung kampung.  Tapi saya nak sampaikan kepada mereka yang punya kuasa hari ini.  Berhentilah hanya bergambar-gambar dan bersuka ria.  Berhentilah dari hanya mengira dan mengumpul harta.  


Rakyat ini akan kebuluran. Banjir,  kemarau dan perubahan cuaca yang mendadak menyebabkan negara akan dijajah.  Barang yang hari ini kita beli dengan harga seringgit mungkin tahun depan perlu dibeli dengan harga RM4. 


Harapan. 


Utamakan agro menjadi agenda utama negara.  Galakan rakyat menyediakan makanan mereka sendiri.  Cari thesis-thesis di Universiti dan turun kebawah membantu petani mendapatkan hasil dua kali ganda.  Sediakan jentera,  sediakan teknologi dan bajet untuk kearah pertanian moden.  


- Daging boleh disejukbekukan

- Sayur boleh dibuat produk dan disimpan dengan lebih lama.  

- Ikan boleh disimpan untuk makanan masa depan.  


Saya tak salahkan sesiapa.  Saya tak kata saya betul.  Tapi jangan sampai terlambat.  Hentikan orang tengah yang selama ini mengambil untung berlipatkaliganda.  


#CoachBahar

#BertaniBukanUntukKaya

#BerkebunUntukHidup


Korang baca dan faham ke?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan