Rabu, 26 Januari 2022

Konsepsi

 *Salam kepada semua rakyat  Malaysia yang saya kasihi,*

*25 perkara yang saya belajar ( atau sahkan) tentang kemanusiaan semasa 'pandemik' ini:*



1. Kebanyakan orang lebih suka bersama majoriti dari berada di pihak yang benar. 


2. Sekurang-kurangnya 30% dari populasi mempunyai sifat ke arah authoritarian, apabila keadaan  yang ideal diberi kepada mereka. 


3. Ketakutan untuk mati hanya ditetang oleh ketakutan ketidaksetjuan social, dimana ketakutan ketidaksetjuan social mungkin lebih diketakuti. 


4. Kerja-kerja propaganda sangat berhasil sekarang seperti ianya berhasil 100 tahun dahulu. Kemampuan untuk  mendapat maklumat yang tidak terhad, tidak membuat orang sederhana menjadi bijak. 


5. Apa sahaja dan segala-galanya  boleh  dan akan di politikkan oleh media, kerajaan  dan semua yang bergantung kepadanya. 


6. Ramai ahli politik dan badan korporat yang besar sanggup mengadaikan nyawa manusia jika ianya mempunyai kepentingan politik atau  keuntungan. 


7.  Ramai majoriti percaya tindakan kerajaan adalah untuk kebaikan rakyat. Walaupun ramai memberi kritik yang sangat vokal. 


8. Apabila mereka yakin terhadap sesuatu, rakyat  lebih rela untuk  berkompromi terhadapnya dari mahu mengaku yang mereka adalah salah. 


9. Apabila mereka sudah mencapai ketahap Ketakutan, rakyat  bukan sahaja menerima authoritarianisme tapi menuntut akan nya. 


10. Manusia boleh dididik dan dilatih dengan mudah  untuk  mengubah tingkahlaku mereka- untuk  menjadi  baik  atau  lebih  teruk. 


11. Mereka yang di tolak dan di katalogkan sebagai "teori konspirasi" jarang sekali di senaraikan sebagai orang yang terdahulu dalam naratif yang di terima umum. 


12. Manusia menghargai keselamatan lebih daripada kebebasan. Walaupun jika  dibuktikan kepada mereka bahawa "keselamatan" tersebut adalah satu illusi. 


13. Adaptasi sentiasa bergerak dalam dua hala, dan jika sudah mula bergerak,  ianya sangat  sukar untuk mengubah manusia balik  kekeadan "biasa". 


14. Peratusan yang besar dari populasi  suka di kuasai. 


15. Sains telah bergolak kepada agama palsu yang sekular yang mempunyai ber million  pengikutnya di negara-negara barat. Agama ini tidak ada kena mengena dengan sains. 


16. Manusia lebih prihatin dengan  dilihat yang mereka sedang  melakukan perkara yang betul dari sebenarnya melakukan yang betul. 


17. Ahli politik,  media dan industri kesihatan semuanya korup, di peringkat tertentu. Para Saintis dan doktor boleh  di beli semudah seperti ahli politik. 


18. Jika  Manusia merasakan hidup  mereka  selesa, mereka  tidak akan memerontak. Anda boleh simpan berjuta orang yang sabar/patuh dengan mengambil hak mereka dengan memberi mereka wang, makanan dan hiburan. 


19. Manusia selalu puashati dan kurang berwaspada tentang penyalahgunaan kuasa kerajaan. 


20. Adalah sangat  mudah untuk  menipu seseorang  dari hendak memberi tahu mereka yang mereka telah di tipu. 


21. Kebanyakan orang adalah penyayang yang ikhlas dan bersikap baik sangka - ini adalah  sesuatu yang baik. 


22. Kebanyakan  umat Islam suka taksub  kepada ulama dan guru agama pilihan  mereka sendiri. Terlalu ramai ulama dan guru agama  komersil yang membawa ideologi politik  kerajaan demi keuntungan mereka. Tidak ramai umat Islam  yang rajin menkaji makna ayat Al Quran dan hadist. Pada mereka apa ulama mereka kata atau cerita itu adalah benar  belaka dan tidak ada sikit khilaf pun. 


23. Kebanyakan umat Islam percaya bahawa fatwa itu adalah hukum Islam. Sebenarnya tidak. Fatwa hanyalah pendapat perundangan Islam. Ianya boleh di ubah bila bila masa dan tidak kekal. 


24. Ramai yang keliru diantara Undang-undang yang di buat di parlimen dengan SOP-SOP yang di buat  oleh menteri-menteri. SOP yang melebihi dari kuasa yang ada pada Akta, or Perlembagaan atau yang tidak di gazette di parlimen adalah tidak sah. 


25. Perdana Menteri,  Ahli Kabinet bukannya kebal dari tindakan undang-undang. Mereka semua adala penjawat awam. Ramai orang merasa takut terhadap mereka seolah-olah mereka mempunyai kuasa mutlak. Anggapan ini adalah salah, mereka boleh  di dakwa keatas kesalahan jenayah atau di saman sivil atas kesalahan  Mal Misfeasance. Penguatkuasa undang-undang harus fahami in juga. 


Hasilnya, ramai orang mempunyai kesukaran untuk memahami dan menerima bahawa mungkin  terdapat  niat jahat oleh  orang lain, termasuk "pemimpin-pemimpin" kita - ini adalah sesuatu  yang sangat buruk. 


Wassalam 


*Mej Mior Rosli TUDM (Bersara)*

Ungku omar

 UNGKU OMAR..DOKTOR GENIUS MELAYU YANG TIADA GALANG GANTINYA! 


BARU- BARU ini aku lalu di depan Politeknik Ungku Omar di Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh, Perak. Aku berani 'bet', ramai yg pernah dengar nama dia namun tak ramai, terutama generasi muda, yg tahu siapakah insan ini.


Tahukah anda, beliau meninggal dunia waktu usianya baru mencecah 38 tahun, namun jasa beliau TERLALU BESAR dalam dunia sains, perubatan dan pendidikan negara hingga pernah digelar GENIUS MELAYU ketika di zamannya.


Ungku Omar atau nama penuhnya Datuk Dr. Ungku Omar Ahmad belajar di MCKK kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Singapura dan mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1957. 


Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya dan mendapat Diploma di bidang Pathologi di Royal College of Physician London dan di Royal College of Surgeon, England pada tahun 1962. Dua tahun kemudian beliau telah dianugerahkan Fellowship of Royal Pathology dan juga telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran di bidang Clinical Chemistry dari Universiti London.


Ungku Omar juga adalah anak Melayu yang pertama menyandang jawatan Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan sejak tahun 1965


Ketika keadaan kesihatan rakyat, terutama di luar bandar masih belum terbela beliau mengunjungi kampung-kampung untuk memberikan ceramah dan bimbingan kepada penduduk tentang kesihatan, terutama sakit malaria.


Beliau juga banyak kali mewakili Malaysia dalam persidangan Perubatan antarabangsa dan memberi sumbangan dalam bentuk ceramah dan pidato umum di Australia, Indonesia, Amerika Syarikat, Filipina, China dan Singapura.


Ungku Omar telah menghasilkan lebih daripada 40 kertas kerja dan prosiding tentang perubatan dan ditanggapi dengan baik oleh pengamal-pengamal perubatan di Asia Tenggara khuusnya, dan dunia amnya


Tesis Ph.Dnya bertajuk “Electrolytes in Isolated Human Leucocytes.” menjadi bahan rujukan utama buat mahasiswa jurusan perubatan.


Menurut maklumat yang aku baca dari Arkib Negara, selain dari bidang perubatan, beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah Yayasan Tunku Abdul Rahman, Dewan Bahasa dan Pustaka, anggota Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan Universiti Kebangsaan dan Pengerusi Majlis Kolej Islam, Petaling Jaya.


Namun Allah lebih menyayanginya, dalam usia baru mencecah 38 tahun, beliau telah meninggal dunia kerana serangan jantung di rumahnya pada tahun 1969.


Sayang sekali, generasi baru ramai yang tidak mengenali insan istimewa bernama Ungku Omar ini...


Innalilahiwainalilahirojiun.

SYAHRIL A.KADIR

Selasa, 25 Januari 2022

Petani

 BAGUS UNTUK DIHADAM


*KENAPA SAYA KELUAR DARI DUNIA CEO JADI PETANI LEPAS BALIK DARI SWITZERLAND?*

.

Saya orang yang geli dengan sampah dari kecil lagi. Suruh berdiri tengah panas 5 jam lebih baik dari kena tugas punggah sampah dapur dan bawa ke tong besar. Bau dia boleh buat muntah. Hari ini, hari-hari saya main sampah sisa dapur untuk dikitar menjadi kompos pertanian. Tukar sistem, asingkan sampah antara protein haiwan dengan sampah sisa tumbuhan dan sayuran. Ekosistem yang sempurna pasti tidak menghasilkan sampah buangan. Sisa protein haiwan diolah jadi makanan ternakan dan macam-macam lagi. Senang cakap, achievement unlocked untuk orang yang geli sampah.

Balik dari Swiss trip RareTV, saya rasa dah sampai masa untuk saya main tanah semula. Dulu dibesarkan di Felda memang main tanah. Kemudian masuk dunia universiti dan jadi pensyarah kemudiannya sebelum menjadi usahawan yang didendangkan. Jauh dah dari tanah. 

Mengembara ke hampir separuh dunia selama ini buka mata saya. 

Negara maju biasanya meletakkan pertanian sebagai industri utama. 

Bukannya tanaman komoditi mahupun barangan elektronik. 

Saya akan cerita dalam perenggan-perenggan seterusnya kenapa.

Semasa saya di Switzerland, 1 perkara terjadi serentak. 

Pertama, harga barangan di Malaysia melonjak sampai ada yang berkali-kali ganda. 

Kedua, seorang rakyat Malaysia yang pernah bekerja dalam sektor mewah oil & gas 

keluar dari kemewahan itu dan bertani di sebuah kampung Gruyere Switzerland. 

Tak besar tapaknya, bermula dari kira-kira 2-3 ribu kaki persegi 

sekarang sudah menjadi beberapa ekar. 

Hidup beliau makan apa yang ditanam 

dan sekampung itu juga makan sayuran yang beliau tanam secara organik. 

Hidup bukan mewah tapi kalau beli kereta boleh lah beli tunai, 

dan pendapatan tahunan melebih CHF100k juga. 

Tapi beliau sekeluarga tak risau currency nak jatuh atau nak melambung. 

Mereka tahu, 

ikut celah manapun, 

mereka tak akan lapar. 

Di Malaysia pula ketika itu harga barang mendadak naik. 

Kartel ayam melambungkan harga ayam dengan cara menyekat stok dalam pasaran. 


Bila barang tak ada, 

harga pun melambung tinggi. 

Orang tengah yang kaya 

tapi peladang dapat harga sama. 


Solusi bijaksanasini kerajaan ialah mengimport ayam. 

Bijak tak? 

Nanti dulu. 

Saya explain lagi untuk kita sama fikir.

Dalam dunia hari ini, 

kita tak boleh nak salahkan kerajaan 

seolah-olah kuasa merubah tidak ada di tangan kita sendiri. 

Kita tak boleh ubah kerajaan, 

maka kita ubah diri sendiri dahulu. 

Flashback sikit beberapa tahun sudah di Kementerian Pertanian, 

bila saya bertanya kepada seorang pegawai tingginya dalam sebuah majlis berbuka puasa. 

Kebetulan saya salah seorang jemputan diraikan ketika itu, 

berpeluang duduk sama semeja dengan pembuat dasar dalam kementerian. 


Soalan saya

.

“Negeri Pahang hampir sama besar dengan Netherland tapi bagaimana Malaysia masih import makanan dari luar negara dan Netherland siap jadi pengeksport ke-2 terbesar dunia dalam pertanian?”

Jawapan bijaksanasini ketika itu yang saya terima ialah 

“Saiful Nang, *beli lagi murah dari tanam sendiri…baik kita beli”.*

Kemudian saya kembali fokus pada makanan saya yang lazat-lazat 

yang saya percaya sebahagiannya juga diimport dari luar negara. 

Sehinggalah majlis berakhir 

dan kami bersalaman berpamitan. 

Ketika itu saya rasa saya perlu cakap apa yang saya perlu cakap

.

“Datuk, fikir semula…dalam perang, 

bila semua negara taknak jual makanan pada kita, 

adakah rakyat Malaysia cukup 

dengan minum susu getah dan makan kelapa sawit?”

.

Ini bukan soal makanan sahaja tapi keselamatan negara. 

Jika disekat makanan yang kita beli dari orang, 

jet pejuang canggih macam mana pun akan kalah 

kalau rakyat dengan pilot-pilot jet tu pun tak makan.

.

Cerita itu berlalu begitu sahaja. 

Saya cuma seorang warga negara biasa 

tanpa kuasa, pangkat dan gelaran profesor atau doktor. 

Pandangan itu jadi sepi sahaja. 


*Bila harga bawang naik berganda pun, apa pilihan kita ada?* 

*Ikut sahaja, beli sahaja kerana kita tiada pilihan yang banyak.* 

Balik dari Switzerland saya ke Turki. 

Pada ketika Turki Lira jatuh dibuli oleh kewangan dunia. 

Terakhir saya ke Turki sebelum itu bila 1 Lira bersamaan RM1. 

Tapi bulan lepas saya di sana, 

1 lira bersamaan 30 sen Malaysia sahaja. 

Tetapi hairan, selamba sahaja mereka ubahnilai harga dalam sektor pelancongan 

dari 1 lira jadi 3 lira. 

Kita terpaksa bayar juga. 

Tapi rakyat mereka masih cukup makan 

kerana Turki sebuah negara yang layak angkuh dengan dunia 

kerana tidak kisah jika berlaku embargo sekalipun. 


Mereka cukup makan dan minum dari apa yang ditanam dalam negara sendiri. 

Bila Qatar dikenakan sekatan ekonomi, 

Turki bangkit dengan berani untuk mencukupkan keperluan Qatar. 

Bukan sekadar makanan, 

banyak teknologi juga dikeluarkan di Turki datang dari Turki sendiri. 

Bijak tak jika kita masih bergantung pada makanan import?

Kita bukan Singapura yang tiada tanah untuk pertanian dan penternakan. 

Tanah besar-besar kita bagi mudah pada sejenis bangsa 

untuk tanam musang king yang kita export ke luar negara 

dan bukan digunakan untuk pertanian makanan yang mencukupkan apa yang kita perlu. 

Masa di Switzerland, 

saya bertanya dengan orang di sana, 

jika mereka makan apa yang mereka tanam dan ternak, 

apa jadi kalau mereka mahu makanan laut? 

Switzerland mana ada laut. 

Selamba dijawab *“Kita ajar anak-anak kita makan apa yang kita hasilkan,*

*yang mana kita tiada penghasilan kita tak ajarkan anak-anak makan”.*

Soal mereka nak makan di restoran itu lain cerita 

tapi kalau berperang pun, 

anak-anak mereka tak mati kelaparan 

tak dapat makan Norwegian Salmon ataupun ikan siakap. 

Balik ke Malaysia, saya mula terfikir. 

Ini masanya. 

Syarikat-syarikat yang saya terajui juga 

sudah sampai masa telah ada pengganti-pengganti yang boleh memangku jawatan CEO. 

Ini masanya, saya serahkan pemanduan kepada generasi muda 

dan saya sarung boot kuning dan topi mengkuang. 

Kita main tanah. 

Buat duit juta-juta pakai tali leher dan berkereta Mercedes

tapi masih beli buah dari China 

yang gunakan racun perosak secara tak terpantau, 

tak ada gunanya. 

Kita nak makan buah dan sayuran untuk jadi sihat, 

rupanya lagi cepat kena cancer. 


Maka, berbaloi untuk pilih masanya, 

meletakkan kualiti hidup dengan pertanian. 

Lahan kami pun ada banyak belum diusahakan. 

Sekarang ramai Melayu jual tanah murah-murah 

atau pajak tanah pada Bangla 

dan Indonesia yang rajin mengusahakan. 


Anak tuan tanah selesa bertali leher 

dengan gaji RM3000 miskin bandar 

sedangkan Abah ada tanah 10 ekar 

yang anak tak minat usahakan 

akhirnya dipajak dek Bangla.

.

Why not ini masanya. 

Kenapa tidak sekarang? 

Kenapa mahu tunggu lagi ke depan. 

Healthcare sebenar kita ialah MAKANAN YANG KITA MAKAN. 


Ataupun, beli insuran yang boleh cover kemoterapi kita nanti. 

.

Tak semua orang boleh buat begini, 

tapi saya yakin kita semua boleh mulakan 

walaupun di balkoni rumah flat. 


Nenek atuk kita dulu, 

hisap rokok bersambung sambung 

tapi hidup sampai 100 tahun lebih.

 

Bila nak makan 

dia petik pucuk manis, daun geti, ulam raja, cekur, lengkuas 

semua keliling rumah. 


Pagi keluar memancing, 

dapat 2-3 ekor limbat dah cukup makan sehari dua. 

Sekali sekala cucu balik 

baru dibelikan ayam dari pasar. 

Itupun sebab cucu sudah tidak betah makan ayam kampung. 

Kalau ikut atuk nenek, 

ayam kampung tu juga yang dimasak. 

Hari ini, 

RPWP dah mulakan langkah ini semenjak selepas PKP1 dahulu. 

Masanya untuk kita bina masa hadapan agro. 

Bukan untuk kaya kalau jadi petani, 

tapi untuk sihat dan gembira 

bila kita makan apa yang kita tanam 

dan apa yang kita ternak. 

Sampah makanan kita pun dikembalikan 

dalam kitaran makanan yang berimbang ekosistemnya. 

Biarlah comot, 

dari CEO pakai kemeja dengan cufflink, 

jadi petani comot bergelumang najis lembu 

dan sampah yang mahu dikompos. 

Hidup kena gembira. 

Status sosial bagaimana?

Ada apa dengan status sosial? 

Bila kita kaya pun 

orang cakap “alaa…tu semua eksyen jer lebih”


Bila kita tak tunjuk kaya 

“Dah nak lingkup lah tu…”


So, 

buat apa nak hidup untuk persepsi orang lain. 

Kita hidup dalam dunia yang kita sendiri gembira. 

.

Kita bukan orang miskin yang terpaksa bertani. 

Tapi kita orang yang memilih untuk bertani. 

Kenapa?

Untuk tingkatkan kualiti hidup dalam ekosistem yang seimbang untuk alam dan untuk manusia.

*Sebenarnya saya cerita apa ni?*

*Inilah FOOD SECURITY.* 

*Inilah namanya EKOSISTEM.*


Seruan kepada yang dalam kerajaan dan memimpin kerajaan. 

Paculah pertanian

 sekurang-kurangnya untuk mencukupkan keperluan makanan kita dalam negara. 

Kita ni orang Malaysia, 

satu lauk sampai 20 bahan 

tak macam orang Eropah, 

satu lauk bahannya cuma garam, blackpepper dan rosemary pun dah cukup. 

.

Sekalipun kita ada 19 pencakar langit macam Burj Khalifa 

tapi tetap kira negara miskin 

jika kita sendiri tak mampu sediakan makanan sendiri. 


Kalau susah nak faham, 

bayangkan sebuah rumahtangga 

yang ada dapur dan petisejuk juga tanah besar 

tapi bila nak makan 

semua call Grab Food. 

.

Soal moral, bini kau tak pandai masak ke Leman?

Soal kesihatan, 

kau percaya sangat apa orang masukkan dalam makanan?


Jadi suami, 

takkan kau nak jawab 

*“Beli lagi murah dari masak sendiri”.*

Selebihnya, 

cuba kau fikir sendiri apa aku nak cakap.

Gitu…

Sebagai pengembara, 

ada satu matawang yang tidak pernah 

dan tidak akan jatuh. 


Kau simpan USD pun USD jatuh. 

Kau simpan emas pun boleh menyusut, 

kau simpan hartanah pun boleh burst. 

Kau ada bitcoin pun dia boleh flop. 

*Satu matawang yang tak mungkin akan jatuh harga ialah MAKANAN.* 

.

Dulu arwah emak selalu pesan, 

belajar rajin-rajin 

nanti kerja senang tak jadi petani 

susah macam mak ayah. 


Hari ini, 

saya dah buat semuanya. 

Belajar rajin-rajin sudah, 

kerja sampai jadi orang senang juga sudah 

dan sekarang saya nak jadi petani yang tak susah pula.

Dengan itu, 

saya bangga…SAYA SEORANG PETANI. 

Post ini halal dikongsikan.

.

SAIFUL NANG 

Petani bekas CEO Syarikat

(Syarikat semua hidup cergas lagi walaupun CEO jadi petani)


*Inilah yang MAQIB cuba ajukan dan didikan rakyat Melayu sejak 2012 lagi.*

Keputusan

 KEPUTUSAN DAN KEHIDUPAN?


Jadi, dalam membuat keputusan, terdapat beberapa langkah yang kita perlu lakukan supaya keputusan yang kita buat itu lebih baik – dan mungkin juga bukan yg terbaik. Adeih!


Langkah 1: Kenal pasti masalah yg perlu diselesaikan

Langkah 2: Sediakan beberapa pilihan penyelesaian. Lebih banyak pilihan lagi bagus.

Langkah 3: Dapatkan sebanyak maklumat bagi setiap pilihan penyelesaian.

Langkah 4: Selepas membuat kajian dan pencarian maklumat tadi, mungkin kita temui beberapa pilihan lagi – tambahkan!

Langkah 5: Berdasarkan maklumat yg diperolehi, cuba berikan pemberat kpd setiap pilihan.

Langkah 6: Pertimbangkan dan buat pemilihan.

Langkah 7: Ambil tindakan!

Langkah 8: Selepas beberapa hari atau beberapa bulan atau tahun, kaji balik (review) keberkesanan tindakan yg kita ambil tadi. 


Selepas melakukan kajian semula tadi, kita mungkin perlu berpatah balik ke mana-mana langkah atau pilihan yg kita ada tadi. 


Jika kita telah mengambil keputusan yg salah sebelum ini, jangan takut untuk berpatah balik

Jumaat, 21 Januari 2022

Cat drop

 “OPERATION CAT DROP”, BARIO, SARAWAK 1960


mungkin ramai yang berfikiran sinis apabila melihat kepada teaser yang menjadi penghias artikel daripada Borneo Oracle kali ini. Sudah semestinya ramai yang mengatakan bahawa ini hanya cerita kartun semata-mata kerana mana mungkin seekor binatang seperti kucing menjadi penerjun professional. Teaser itu hanya penghias artikel namun untuk kesekian kalinya Borneo Oracle akan memaparkan satu sejarah yang tidak pernah dilakukan pada mana-mana tempat di dunia ini melainkan sejarah pelik tapi benar ini berlaku di bumi Sarawak iaitu di Bario, Miri, Sarawak. Sejarah ini berkait secara langsung dengan anggota pasukan beruniform di Sarawak sekitar tahun 1960 yang mana ketika itu Sarawak masih lagi menjadi jajahan Koloni British Borneo.


Sejarah “Operation Cat Drop” ini merupakan satu sejarah yang sudah semestinya tidak diketahui oleh ramai rakyat Sarawak sekarang kerana ianya adalah satu sejarah yang pelik kerana ianya belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemerintah di dunia sehingga sekarang. Ianya dikenali sebagai “Operation Cat Drop” kerana melibatkan sekumpulan kucing-kucing yang dijatuhkan di bumi Bario, Sarawak dengan hanya menggunakan payung terjun dari sebuah pesawat tentera. Operasi pelik tapi benar ini berlaku sekitar tahun 1960 dan ianya dikaitkan secara langsung dengan Angkatan Tentera Udara British dan juga pihak Bomba Kuching.


Umum mengetahui bahawa Bario merupakan satu-satunya daerah di Sarawak yang terletak di kawasan tanah tinggi iaitu kira-kira 1,150 meter dari aras laut di kawasan timur laut Sarawak. Dengan dikelilingi oleh hutan tebal serta faktor muka bumi yang bergunung-ganang seperti Gunung Murud yang merupakan puncak tertinggi di Sarawak menyebabkan Bario beriklim sejuk sederhana dengan suhunya sekitar 16 hingga 25 darjah Celcius. Kerana lokasinya yang terletak di tanah tinggi maka satu-satunya penghubung ke daerah Bario yang paling cepat adalah dengan menggunakan khidmat pesawat Twin Otter yang boleh diambil dari Miri atau Marudi. Tempoh penerbangan adalah kira-kira 50 minit dari Miri atau 40 minit dari Marudi. Walau bagaimanapun Bario juga boleh dihubungi dengan jalan darat namun begitu jarak perjalanan darat ini adalah jauh dan mengambil masa yang agak lama.


Sekitar tahun 1959, Bario telah dilanda dengan wabak malaria yang teruk sekali sehingga menyebabkan kematian penduduk-penduduk di Bario. Wabak malaria sudah tentunya satu wabak yang amat digeruni sehingga sekarang kerana amatlah susah untuk menyembuhkannya lebih-lebih lagi pada masa dahulu yang mana Sarawak masih lagi kekurangan di dalam semua aspek. Pihak pemerintah British Borneo yang menjadi pemerintah Sarawak pada masa itu begitu khuatir dengan wabak malaria yang melanda Bario sehingga meminta pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk berganding bahu menyelesai epidermik ini dari terus berlaku.


Melalui hubungan yang akrab antara Kerajaan Mahkota British dan WHO pada masa itu sekitar Jun 1959 maka pihak WHO telahpun dihantar ke bumi Bario untuk membasmi malaria daripada terus menular. Pada ketika itu, pihak WHO telah menggunakan kaedah semburan racun serangga DDT ke atas semua ceruk rumah panjang masyarakat Kelabit juga bangsal-bangsal tempat menyimpan hasil padi mereka. Semburan racun serangga DDT ini adalah semburan yang paling berkesan di dalam membunuh nyamuk pembawa malaria yang mempunyai parasit Plasmodium Malaria. Hasil daripada tindakan yang segera ini akhirnya epedemik malaria di Bario berjaya dihentikan.


Namun begitu tanpa diketahui oleh pihak WHO bahawa apabila semburan DDT ini dilakukan maka akan terjadi satu lagi fenomena iaitu selepas semburan itu yang mana ianya hanya kelihatan 6 bulan selepas semburan iaitu partikel-partikel halus semburan itu akan tepu dan mengering di segenap pelusuk tempat-tempat yang disembur. Ini boleh terjadi kerana faktor iklim di Bario yang bercuaca sejuk tidak “mesra alam” dengan penggunaan semburan DDT. Natijahnya setiap serangga dan juga binatang yang tersentuh kepada semburan yang mengering ini akan mati. Diceritakan ketika itu hampir 99% kucing-kucing peliharaan mahupun gelandangan yang berada di Bario menjadi korban kerana semburan yang mengering tersentuh kepada bulu mereka dan sudah menjadi sifat kepada kucing untuk menjilat bulu-bulu mereka. Aktiviti rutin kucing-kucing di Bario ini menjadi satu faktor kepada kepupusan mereka kerana kucing-kucing ini akan sakit beberapa hari dan akhirnya menemui ajal.


Kematian kucing-kucing di Bario yang di dalam skala besar telah menggusarkan penduduk-penduduk di Bario kerana keberadaan kucing di Bario amat diperlukan memandangkan penduduk-penduduk di Bario bergantung kepada hasil penanaman padi Bario iaitu sejenis padi yang bermutu tinggi dan hanya ada di Bario dari dahulu sehingga sekarang. Dengan adanya kucing-kucing sudah tentu tikus-tikus dan juga makhluk perosak yang lain tidak berani hampir dengan bangsal-bangsal menyimpan padi dan juga rumah-rumah penduduk di Bario. Maka timbullah pula satu lagi masalah di Bario apabila tikus sudah naik junjung dan keberadaan mereka terlalu banyak sehingga menyebabkan laku musnah yang amat merugikan kepada penduduk-penduduk di Bario. Terdapat satu cerita yang dicatitkan di dalam sebuah buku berjudul “Fairland of Sarawak” karangan Alastair Morrison iaitu ada satu ketika seorang penjawat awam pentadbiran Koloni British Borneo yang bertugas di Bario iaitu Malcolm MacSporran yang ketika itu sedang nyenyak tidur di rumahnya tiba-tiba menjerit ketakutan sehingga seluruh bumi Bario bangun dibuatnya. Rupa-rupanya Malcom MacSporran yang sedang lena dibuai mimpi siaga disebabkan tikus-tikus telah menjadikan bantal tidurnya sebagai sarang untuk pembiakan.


Bertitiktolak daripada ini, Malcom MacSporran sendiri yang memanjangkan peristiwa tikus-tikus bermaharajalela ini kepada pemerintah Koloni British Borneo di ibukota Kuching, Sarawak. Bertindak daripada laporan ini, pihak pemerintah Koloni British Borneo di Kuching telah mengarahkan pihak Bomba Kuching pada ketika itu untuk mengumpulkan sejumlah kucing-kucing untuk dihantar ke bumi Bario. Inilah sahaja cara penyelesaiannya daripada membiarkan penduduk Bario dan hasil tanaman mereka hancur musnah. Setelah kerja-kerja pengumpulan kucing-kucing dilakukan oleh pihak Bomba Kuching maka kucing-kucing ini diserahkan kepada unit Tentera Udara British yang dijadualkan untuk menerbangkan kucing-kucing tersebut ke bumi Bario.


Setelah segalanya menurut prosedur akhirnya pada tanggal 17hb Mac 1960 satu operasi ketenteraan yang dikenali sebagai Operation Cat Drop telah dijalankan di bumi Bario. Menurut jadual asalnya seharusnya 25 ekor kucing yang diletakkan di dalam bakul rotan yang besar ini dihantar ke Bario dengan menggunakan pengangkutan udara tentera namun begitu ketika penerbangan itu cuaca amat buruk sekali sehingga tiada cara bagi pesawat untuk mendarat di bumi Bario. Akhirnya penerbangan itu beralih ke Jesselton, North Borneo untuk mengisi minyak kerana cuaca amat buruk sekali. Dijadikan cerita di sepanjang perjalanan itu, anggota tentera udara yang bertugas di dalam pesawat ada yang calar-balar dicakar oleh kucing-kucing yang ketakutan dan itulah antara penyebab mereka harus ke Jesselton untuk mendapatkan rawatan.


Sekali lagi pada keesokan harinya, pesawat tentera udara British telah cuba untuk mendarat ke bumi Bario namun sekali lagi cuaca juga menjadi rintangan bagi mereka. Akhirnya pihak pentadbiran British Borneo memberi arahan kepada pesawat tentera ini untuk mengikat bakul berisi 25 ekor kucing pada payung terjun dan kemudian dijatuhkan di bumi Bario pada hari itu. Patuh pada arahan akhirnya Operation Cat Drop berjaya dilakukan maka jadilah 25 ekor kucing ini antara penerjun payung terjun professional di bumi Sarawak. Tidaklah diketahui berapa banyak kucing yang hidup di dalam operasi itu namun begitu keberadaan kucing-kucing “hadiah” daripada rakyat Kuching, Sarawak ini adalah antara penyelamat daripada tanaman padi di bumi Bario daripada hancur musnah. Dan dikatakan bahawa kucing-kucing yang berada di Bario sekarang adalah baka-baka daripada 25 ekor kucing yang dijatuhkan di bumi Bario suatu waktu dahulu.


Inilah sekelumit cerita sejarah pelik tapi benar yang pernah berlaku di bumi Sarawak iaitu di Bario suatu waktu dahulu. Peristiwanya seakan-akan lucu tetapi di dalam kelucuan ianya adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa dan ekonomi bangsa Sarawak pada waktu itu. Operation Cat Drop, Bario 1960 kekal sebagai satu sejarah yang unik kerana sehingga sekarang tiada lagi operasi bersejarah yang sebegitu rupa pernah di lakukan di dunia ini. Ianya hanya terjadi di Sarawak Bumi Kenyalang suatu waktu dahulu.


sumber: Borneo Oracle