Sabtu, 5 Februari 2022

CTG

 Kamaludin Endol:

*Mari Lawan Penjenayah Negara!*


Salam semua.


Siapakah mereka yang dipanggil penjenayah negara? 


Siapa lagi kalau bukan mereka. 


Mereka adalah orang-orang yang dulunya orang  biasa-biasa saja, tetapi telah menjadi  penjenayah luar biasa kerana tinggi kelas sosialnya, sangat berkuasa dan kebal undang-undang yang menggunakan kuasa dan kedudukan untuk berbuat apa apa saja.


Mereka adalah  penjenayah luar biasa kerana  secara luar biasa  bebas menjarah kekayaan negara, bebas wewenang membuat peraturan, arahan dan undang-undang yang menimbulkan bencana dan  kesusahan kepada rakyat.


Mereka dipilih oleh rakyat kerana rakyat  tidak lagi dapat mengenali dan membezakan siapa kawan siapa lawan, siapa orang yang ikhlas dan siapa pengkhianat. 


Oleh itu  terpilihlah  orang orang yang paling hina dalam kaumnya menjadi pemimpin kaumnya. Demikian Nabi SAW menjelaskan.


 Rakyat menaikkan mereka kerana kejahilan dalam agama, maka sekarang rakyat wajiblah pula menurunkan mereka dengan kebijaksanaan agama setelah sedar bahawa Allah SWT melarang melantik orang-orang kafir, fasik, munafik dan orang-orang zalim sebagai pemimpin.


Rakyat perlu melawan mereka sehingga mereka terpaksa *meletakkan  jawatan terutama  sekali PM DSISY sendiri yang jelas dilantik oleh para penjenayah untuk menjadi kuda tunggangan supaya para penjenayah dan perosak negara ini terus berkuasa dan menjahanamkan negara.*


Melalui ucapan penggerak utama ARM Dato Dr Ramalan dalam program Kebangkitan Anak Melayu semalam, beliau  telah  *mencadangkan supaya dilawani mereka dengan cara yang sangat bersopan iaitu Gerakan Civil Disobedience.*


GCD adalah satu tindakan bersama di seluruh negara oleh rakyat dan kakitangan awam dan swasta dengan cara *tidak lagi mematuhi sebarang arahan daripada para pemimpin penjenayah ini.*


Dalam keadaan negara dan rakyat menderita  kelemasan ini,  mereka para pemimpin penjenayah ini *masih juga sibuk merancang  dan mengatur strategi untuk terus kekal  berkuasa selepas PRU 15. Masa mereka, jiwa, dan  otak mereka masih  terus fokus siang dan malam kepada perebutan kuasa politik.* Mereka tidak sedikit pun fokus kepada *solusi bagaimana mahu menyelesaikan masalah rakyat yang sangat kelemasan ini oleh kehilangan sumber pendapatan, harga barang yang melambung tinggi,  wabak covid-19, ketiadaan pelaboran asing membuat pelaboran bagi merancakkan perkembangan ekonomi negara dll.


Jadi dalam keadaan negara  dan rakyat yang menderita ini mereka masih juga tidak langsung peduli kepada nasib, rayuan dan rintihan rakyat, lalu *apa perlunya rakyat membiarkan mereka berkuasa lagi?*


Jadi tanggungjawab bersama sekarang ialah *lawani mereka iaitu pemimpin pseudo demokrasi melalui cara yang dibenarkan oleh undang-undang iaitu GCD sehingga kerajaan penjenayah ini  jatuh.*


Jangan lagi bekerjasama untuk memilih mereka melalui demokrasi. Bahkan *pergi jahanam dengan demokrasi dan dan PRU 15 yang hanya akan menyambung hayat mereka untuk terus rakus dengan kuasa, harta dan wanita dan membiarkan sampai kiamat negara ini berada dalam kancah perebutan kuasa dan perpecahan*


Rakyat boleh menamatkan kuasa para penjenayah ini melalui cadangan yang ARM ajukan iaitu  *membentuk Care Taker Government.*


 *Rakyat perlu memohon bahkan mendesak supaya  kuasa pemerintahan dipulangkan kembali  kepada YDPA.*


*PDRM dan ATM perlu bersama rakyat untuk proses ini.*


*PDRM dan ATM tidak lagi perlu memberikan ketaatan dan kesetiaan mempertahankan kerajaan penjenayah ini.*


*Kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi  hanyalah kepada pemerintahan YDPA dan RRM.*


 Inilah ketaatan yang wajib di dalam Islam. 


Bukan kepada kerajaan ciptaan politik demokrasi Yahudi Illuminati. Apatah lagi sekarang kerajaan pseudo demokrasi ini jelas adalah perosak negara yang kalau dibiarkan mereka  terus berkuasa, *negara ini lambat laun akan menjadi Republik Malaysia.*


Trend ke arah ini sudah tersangat jelas!


*Republik Malaysia akan menghapuskan sistem beraja dan agama Islam. Percayalah kalimat sakti "tak Melayu hilang di dunia" akan hanya menjadi kenang-kenangan buat selama-lamanya apabila NWO memerintah seluruh dunia nanti.*


PDRM dan ATM perlu membantu rakyat untuk menamatkan kerajaan politik ini dan dalam masa yang sama, *membantu perjuangan ARM  yang telah sangat tegas dengan ikrar dan janji untuk mengunggulkan kembali dengan seutuhnya pemerintahan Kesultanan Melayu.*


Apabila YDPA menubuhkan CTG, maka jika dengan kehendak Allah, akan *muncullah para pemimpin yang baik-baik dan soleh,  pemimpin yang berpegang teguh dengan agama,  berakhlak mulia dan berintegriti* bagi memakmurkan Malaysia dengan kehidupan beragama, memacu bangsa Melayu dan negara ke taraf peradaban yang tinggi dan mulia.


InsyaAllah. Biiznillah.


Kamaludin Endol @ ARM

6 Februari 2022

Ahad, 30 Januari 2022

Bekap

 https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2022/01/27/budaya-bekap-di-pejabat/



Budaya bekap di pejabat



Faisal Tehrani


 -January 27, 2022 






Tuan-tuan, ada satu budaya di pejabat yang mencengangkan kita. Budaya itu kita namakan ia sebagai ‘Budaya Bekap’. Bekap adalah kata yang diMelayukan dari bahasa Inggeris – back up – iaitu menolongkan seseorang, yang sebenarnya jangan sekali-kali ditolong.


Budaya Bekap ini sukar untuk saya definisikan. Akan tetapi boleh saya ketengahkan satu dua contoh yang bila dibaca dan dihayati, akan segera difahami maknanya.



Sebagai contoh, apabila seorang pegawai (katakan gred 44 dan namanya Hajjah Lina) itu tidak reti membuat kerjanya, dan serba-serbi tidak kesampaian lantaran tidak mahu belajar atau enggan dinasihati; pejabat pun menjadi porak-peranda dek Lina ini. Apabila ada seorang dua staf dalam kalangan minoriti yang waras, menegurkan kepincangan ini; akan ada pula sekumpulan staf lain yang berlarian mengerjakan kerja-kerja Lina ini.


Kenapa? Kerana Lina adalah bosku. Walaupun Lina salah, dia tetap bosku.



Oleh sebab staf yang menolongkan kerja Lina si tidak efisyen dan cekatan ini, Hajjah Lina ternampak tahu dan terlihat cekap. Padahal tidak. Kerjanya semua disudahkan orang. Esok lusa, dek sebab orang atas yang atas-atas percaya kononnya kecemerlangan itu titik peluh Lina, maka Hajjah Lina itu pun naiklah pangkatnya. Katakanlah ia menjadi gred 48, atau silap haribulan naik terus jadi Ketua Jabatan. Padahal ya ampun ‘tak dapek nak ditolong an’ sang Lina ini.


Tetapi barang diingat Hajjah Lina ini tidak reti bekerja. Hal yang sama berlaku di tempat baharunya. Di tempat baharu, orang yang cepat sedar si Lina ini membongak dan sebenarnya tak tahu kerjanya, akan menasihati. Tetapi mereka yang menasihat, mereka yang akan disudutkan. Terus ada staf rendah yang kasihan akan menolongkan kerja bosnya, si Lina. Yang menegur akan dimarahi oleh orang atas yang atas-atas. Kerana disangka Lina itu memang perform kerjanya. Padahal tidak. Maka si Lina pun naik lemak. Santannya terapung mengolesterol, menyumbat segala pembuluh kerja pejabat. Makan tahun, jantung pejabat macet dan roboh. Lepas beberapa tahun dia naik pangkat lagi. Mungkin menjadi pengarah-pengarah. Padahal dia tak tahu kerjanya, malah memang bengap tak bekerja.


Bila dia jadi pengarah-pengarah yang tidak tahu bekerja, dia menjadi ketua yang tidak kreatif. Waktu ini Hajjah Lina sudah menjadi Datuk Lina, atau Tan Sri Lina. Padahal kreativiti penting untuk memberi solusi kalau ada masalah timbul. Pengarah-pengarah seperti ini mengharapkan bantuan orang bawah untuk menolongkan mereka dari kelemasan dan kekaraman.


Inilah yang berlaku bila anggota masyarakat berurusan dengan penjawat awam. Kalau tuan-tuan kehairanan kenapa kadang-kala penjawat awam yang tuan-tuan hubungi itu serba-serbi macam celaka, ketahuilah hal yang kita babadkan ini.



Soalan yang sering diajukan kepada kita ialah – kenapa ya akan ada staf membekapkan – orang-orang sebegini?


Ada dua hal kenapa ini berlaku.


Mudahnya ialah kerana sistem di negara ini pelik lagi ajaib. Si Datuk Hajjah Lina yang tak reti bekerja itulah yang memberikan markah KPI staf bawahnya. Padahal dia itu serba-serbinya tidak tahu dan mengharapkan orang bawahnya. Di hujung tahun, prestasi kerja staf-staf bawah si Lina yang bengap ini akan dinilai oleh si Lina yang berwenang. Jadi ada dua tahap Lina di sini. Lina bengap, tapi Lina ada kuasa. Kerana takutkan markahnya rendah, maka staf Lina akan membekapkan Lina. Padahal Lina ini nihil. Lina ini hampa. Lina ini kosong. Lina ini sifar.


Lingkaran yang tidak betul ini berterusan bagai tidak sudah. Ia juga berlaku dalam pentadbiran negara misalnya. Kalau ada menteri kadang nampak semenggah, belum tentu sebetulnya menteri itu yang elok. Boleh jadi yang senonoh ialah orang keliling menteri itu. Si menteri itu kadang memang, saya ulang nihil. Malah boleh jadi ia ular. Yang menolong atau membekapkannya adalah stafnya yang membuatkan kerjanya dengan bagus.



Sebab kedua budaya bekap ini ada dalam jabatan kerajaan (mungkin juga ada dalam privat atau swasta) ialah kerana tiadanya nilai logik penjarakan kuasa.


Hal kedua ini saya kupaskan dari segi sosiologi. Sila tuan-tuan baca dengan sabar.


Ada satu indeks yang dinamai Power Distance Index (PDI) yang merujuk kepada tahap ketidaksetaraan yang wujud dalam masyarakat – dan bagaimana ia diterima atau ditolak ansur – antara manusia yang tiada wewenang dan kuasa; dengan mereka yang berwenang dan berkuasa. Skor PDI yang tinggi bermakna masyarakat itu boleh menerima ketidaksetaraan, pengagihan kuasa yang tidak adil, dan menjadi petanda mereka menerima hakikat bahawasanya diri mereka itu tiada tempat dalam sistem.


Maka kalau ditindas pun mereka akan mengatakan, “Nak buat macam mana, kita kan orang bawah?”


Pada 2012, dengan menggunakan skala PDI kelolaan Geert Hofstede, Malaysia mencatat skor tinggi iaitu 104. Skor tinggi ini bermakna masyarakat Malaysia dengan tingginya; menerima, menyerah, pasrah, bertolak ansur, membekap mereka yang berkuasa dan berwenangan.


Tuan-tuan, kerana apa? Untuk kes Malaysia, kerana masalah sistem feudal sedia ada dan juga kerana adanya beban psikologi penjajah.


Untuk sesetengah orang yang akan memodalkan dan menyanjung tinggi budaya bekap ini, mereka tidak akan menerima indikator ini, dan menganggap PDI ini satu kerja orang yang tidak suka Budaya Bekap. Yang bijak sedikit akan menghujahkan PDI ini sekadar satu petunjuk kepada nilai budaya. Mereka akan mengatakan sistem feudal itu tetaplah bagus. Bahawa Datuk Lina itu gegak-gamat. Atau mereka akan menanyakan kita kembali, apa salahnya Budaya Bekap?


Power Distance Index (PDI) sebetulnya menjelaskan kepada kita di manakah, dan mengapakah ketidakadilan dan ketidaksetaraan telah diterima, dan diinstitusikan sehingga masyarakatnya tidak dapat keluar dari lingkaran setan ini. Malaysia malangnya mendakap ketidakadilan dengan penuh mesra, malah menyediakan pelbagai wajaran untuk itu. Contoh, Datuk Lina.


Salah satu bentuk penginstitusian dan normalisasi ketidakadilan dan ketidaksetaraan ini adalah kerana adanya Budaya Bekap tadi.


Kita berharap tulisan kecil ini dapat menjelaskan mengapa masyarakat menadah dan menerima sahaja ketidakcekapan sesebuah pejabat awam, atau menteri, atau pentadbiran kerajaan; tanpa sedikit pun mempersoalkan. Ia dapat menjelaskan mengapa masyarakat tidak apa digadai kuasa. Ia menerangkan mengapa pengundi mudah terpesona bila pilihan raya. Ini kerana budaya mempersoalkan itu tiada. Tidak pernah ada. Masyarakat kita tidak terjarak dari kuasa. Mereka melihat kuasa sekecil-kecil di pejabat sehinggalah sebesar-besarnya perlu disembah. Bayang-bayang Tuhan malah. Padahal untuk orang Islam, Tuhan mereka telah meminta jangan berlaku syirik.


Nah kembali kepada Budaya Bekap di ofis. Ia satu gejala yang harus diperangi. Budaya Bekap ini membuka jalan kepada korupsi, ketidakcekapan, dan kezaliman. Untuk melawan Budaya Bekap ini saya tidak pasti apakah tradisi keagamaan yang ada di negara ini membekap ketidakadilan. Pada saya, seharusnya Islam yang murni dan tulen tidak membekap Budaya Bekap ini. Akan tetapi apa yang dapat kita katakan kalau ulama pun menunggang agama dan membekap penyamunan, pengkhianatan, dan kesialan.


Oh ya, Datuk Hajjah Lina sudah bersara awal dan bertanding dalam PRu 15?

Sabtu, 29 Januari 2022

Silat gayung

 SEBAB APA DATO MEOR TAK MENGAKU KALAHKAN BRUCE LEE DULU?


Dalam sebuah dokumentari berjudul 'Pusaka Kita Maruah Kita',

salah seorang saksi yang masih hidup dan pernah mendengar kisah ini secara langsung dari mulut Dato Meor Abdul Rahman menceritakan detik-detik pertarungan di lapangan terbang itu.


Ia terjadi ketika Dato Meor dalam perjalanan ke Jepun.

Sewaktu beliau transit di Hong Kong, iaitu 45 minit sebelum meneruskan penerbangan, tiga orang lelaki telah datang menemui beliau di sebuah Coffee House.

Salah seorang daripada lelaki itu mengenakan jubah China.

Lelaki itu bertanya kepada Dato Meor, "Betulkah kamu ini (ahli) seni mempertahankan diri orang Melayu yang paling hebat?"

Dato Meor membalas, "Ya, saya." Jawapan Dato Meor ini diberikan kerana beliau menganggap sebagai orang Melayu, beliau perlu menjaga maruah bangsa.


Disebabkan lokasi yang tidak sesuai ketika itu, maka Dato Meor meminta supaya pihak Bruce Lee memilih tarikh dan lokasi yang lebih sesuai. Selain itu, Dato Meor juga telah meminta supaya pihak Bruce Lee menandatangani surat perjanjian agar kedua-dua pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.


Menurut Dato Meor, dalam sedang dia bercakap ketika itu, Bruce Lee telah menghayunkan tendangannya. Waris kepada Dato Meor berkata kelajuan pergerakan itu ibarat sekelip mata.

Gambaran yang sama juga diberikan oleh seorang saksi yang mendengar kisah ini dari Dato Meor.

Kata beliau, tendangan Bruce Lee itu tidak terkira walaupun dalam sesaat. Namun, Dato Meor menegaskan Silat Gayong memiliki kehebatan tersendiri.


Setelah Bruce Lee melakukan tendangan itu, Dato Meor berjaya menepis semua serangannya. Pertarungan ini berakhir dalam waktu tidak sampai seminit apabila Dato Meor menumbuk bahagian pinggang kiri Bruce Lee.

Akibat tumbukan 'Kipas Nanduung' Dato Meor itu, Bruce Lee terpaksa dipapah oleh dua orang pengiringnya pergi.


Dua minggu selepas pertarungan itu, dunia dikejutkan dengan kematian Bruce Lee.


Kisah ini adalah kisah benar.

Namun, telah dinafikan oleh golongan skeptikal Melayu.

Antara persoalan yang dibangkitkan adalah;


Jika pertarungan itu benar-benar berlaku di lapangan terbang seperti yang dikatakan, mengapa tidak ada rakaman CCTV hingga ke hari ini? Sedangkan HK sudah memiliki teknologi itu?


✓ Pertarungan ini melibatkan seorang Raja Kung fu dan bintang Hollywood terkemuka dengan seorang lelaki Melayu Muslim yang kurang dikenali di peringkat antarabangsa.

Apakah anda terlalu bebal untuk percaya kerajaan British (yang menguasai HK ketika itu) dan ahli perniagaan seperti penerbit filem dari Hong Kong dan Hollywood akan biarkan jenama Bruce Lee tercalar? Apa akan terjadi pada legasi Bruce Lee dan imej Kung fu di mata dunia? Lebih buruk lagi, apa akan terjadi pada industri filem Hong Kong yang seperti kita tahu berjaya menguasai dunia selama beberapa dekad selepas pertarungan tersebut?


✓ Lagipun, sudah tentulah keluarga, sahabat dan krew Bruce Lee sendiri tidak mahu mendedahkan hal yang sebenar kerana kekalahan itu akan mencalarkan maruah.


✓ Pihak Bruce Lee sendiri tidak memiliki bukti bahawa kematian itu disebabkan kecederaan ketika pertarungan dengan Dato Meor. Sebarang tuntutan bukan sahaja akan memalukan pihak Bruce Lee sendiri, bahkan tidak akan membuahkan hasil.


✓ Berdasarkan cerita di atas, pihak Bruce Lee sebenarnya yang menimbulkan provokasi. Sekiranya pertarungan itu di bawa ke mahkamah, pihak Bruce Lee yang mungkin dipersalahkan.


Jadi tindakan terbaik dalam kes ini adalah dengan menguburkan kisahnya.


Tahukah anda ketika Dato Meor ditanya wartawan mengapa beliau berdiam diri ketika timbul banyak dakwaan yang mengatakan kematian Bruce Lee itu disebabkan pertarung lain,

Dato Meor menjawab, "Adakah kita harus memberitahu kita telah membunuh orang?"

Dan ketika beliau ditanya pula, "Mengapa sekarang dia mengakui hal itu?"

Dato Meor membalas, "Sekarang saya dah tua."


Melayu Hebat

Tektikal badar

 CnP Fb:


Apa yang bestnya bila aku baca pasal macam mana Barat tulis pasal pertempuran-pertempuran Islam, kita akan baca bagaimana deme buat analisis strategi pertempuran berbanding dengan penulisan Islam, yang hanya fokus pada divinity side. 


Ya, dalam Badar kita wajib percaya bahawa ALLAH turunkan para malaikat terbaiknya membantu tentera Islam sampaikan para sahabat nampak tentera berkuda berpakaian putih datang entah dari mana. 


TETAPI, tidak sesekali Rasulullah S.A.W mengabaikan aspek taktikal perangnya. Rasulullah S.A.W memastikan bahawa setiap sumber air perigi disekitar Badar telah ditimbus pasair dan tentera Islam sempat membawa pulang sumber air ini. Kenapa? Sebab betapa pentingnya air bagi keperluan logistik kalau berperang di padang pasir. 


Kedua, pemilihan medan perang yang strategik. Sehari sebelum pertempuran berlaku, hujan turun lebat. Tetapi Rasulullah memilih kem tentera Islam di atas gunungan pasir kerana betapa nanti tempat ini akan cepat kering berbanding tentera Quraisy yang berada dibawah lembah, dan pada keesokan harinya, mereka kena berhadapan lecak, lumpur, padang pasir yang baru ditimpa hujan. 


Juga, Rasulullah sedar bahawa jumlah tentera Quraisy melebihi tentera Islam, 1000 vs 300, jadi medan pertempuran juga harus dipilih dengan teliti. Justeru, sebuah laluan sempit yang akan membataskan kelebihan tentera Quraisy menjadi pilihan baginda di laluan sempit ini. 


Tak guna bawa 10, 000 tentera sekalipun, kalau tentera yang sedikit sahaja boleh digunakan kerana tak muat, maka kelebihan numerical itu akan terbatal. Siap dalam analisis mereka, mereka sempat kira laluan paling sempit yang hanya sepanjang 200 meter dipilih di lembah Badar oleh baginda rasul. 


Juga, dicatatkan formasi tentera yang digunakan oleh Rasulullah, tentang bagaimana formasi yang menyerupai formasi phalanx di mana bahagian paling hadapan menggunakan senjata seperti perisai dan lembing. 


Juga, Rasulullah menyusun tenteranya dalam baris 3 layer. Ini formasi paling power infantry, yang merupakan majoriti tentera baginda, yang nak lawan tentera yang memiliki kelebihan tentera berkuda macam Quraisy. 


Benda macam ni kau tak akan dapat dalam kebanyakan buku Bahasa Melayu, atau dengar dari ceramah yang dilontarkan pak ustaz kita. Ini juga menunjukkan Rasulullah S.A.W tak pernah mengabaikan aspek dunia, aspek ketenteraan walau baginda mendapat jaminan TUHAN dan bantuan malaikat. 


Jadi, bilamana penceritaan tidak seimbang antara sisi divinity dan sisi keduniaan dan kemanusiaan baginda nabi, maka orang kita hari ini memiliki stigma yang buruk pada apa-apa aspek ilmu duniawi, berbeza dengan yang diamalkan oleh baginda nabi. 


Melihatkan ketelitian sarjana barat mengkaji aspek taktikal, perang, kemanusian, kepimpinan baginda nabi, tak hairan kenapa kita ketinggalan beribu batu daripada mereka hari ini. 


Kita lebih suka dengar benda ajaib, daripada belajar perkara yang berpijak atas realiti kita sebagai manusia, bukan seorang nabi dan utusan ALLAH. 


Makanya, kita jadi umat paling pasrah, menerima sahaja apa takdir dan keajaiban di akhir zaman. Hanya tahu berbicara mengenai akhir zaman, Imam Mahadi, dan Dajjal, tanpa terdetik nak bangunkan aspek peradaban duniawi seolah-olah kita dah menyerah awal.

Khamis, 27 Januari 2022

Konspirator

 APAKAH KONSPIRASI SEBENARNYA WUJUD :


. Sejak berlakunya penderhakaan di langit, Iblis bersumpah untuk terus menerus melancarkan rencana demi mengheret umat manusia ke neraka melalui kerjasama syaitan manusia dan Jin.


. Yakjuj makjuj yang telah lolos keluar tembok Zulkarnain adalah manusia yang bernafsu lebih ganas dari Jin akan sentiasa merancang kejahatan demi menggengam kuasa dunia melalui restu Iblis dan Dajjal laknatullah.


. Mereka adalah manusia terganas anti Tuhan dan penyembah syaitan, merancang melalui rencana Lucifer dengan menghidupkan kembali polisi2 kerajaan Namrud dan Firaun. Menghidupkan kembali upacara dan tradisi paganism serta sihir.

Menubuhkan pelbagai kumpulan, ada yang gelap haram dan ada yang zahir seperti kebajikan sosial seperti Illuminati, Freemason, Knight Templar dll 


. Mereka menyusup masuk ke dalam Yahudi sebagai  Askenanzi. Membunuh Yahudi asal Bani Israel suku 12 dalam peristiwa Holocaust.  Berkomplot dengan Kristian murtad menjadi Zionist. Mereka berkonspirasi melalui konspirator Theodore Herzl untuk merampas Jerusalem dalam tempoh 50 tahun.


. Mereka merancang tiga fasa peralihan untuk menguasai dunia iaitu Pax Brittanica, Pax Americana dan kini menuju Pax Judaica. Mereka merancang peralihan sistem ekonomi melalui mentor Karl Marx dari Kapitalis kepada Komunis. Mereka merancang tiga perang dunia untuk mencapai kemuncak konspirasi mereka.


. Mereka memulakan kempen konspirasi mereka dengan menguasai Bank of England, seterusnya Federal Reserve dan akhirnya bank2 negara2 lain. Seterusnya mereka mengawal semua sektor2 dunia di bawah badan2 Dunia. Sebagai contoh, mereka berjaya menubuhkan Israel di bawah PBB.


. Apa sahaja dilarang Alquran itu yang menjadi agenda utama dan polisi2 mereka. Apa sahaja yang diperintah Alquran itulah yang diselewengkan mereka. Apabila Alquran membawa ajaran Tauhid mereka mempelbagaikan agama, doktrin dan ajaran sesat. Apabila Alquran memproklamasi bahawa manusia berasal dari Adam as yang diciptakan di syurga, mereka mencipta teori manusia berasal dari beruk.  Apabila Alquran melarang dosa dan maksiat mereka pelbagaikan segala jenis hiburan dan permainan. Apabila Alquran melarang Zina, mereka berzina dengan beribu pasangan wanita sehingga menghasilkan jutaan keturunan. Apabila Alquran melarang riba dengan ancaman perang, mereka hidupkan sistem riba Kapitalis. Apabila Alquran memerintah kan sistem zakat mereka kuat kuasakan sistem cukai yang menguntungkan para elit. Apabila Alquran mahukan sistem kewangan berasaskan emas dan perak, mereka hidupkan sistem Wang Fiat.


. Pada surah AlBaqarah  , Alquran merakamkan mereka tidak akan berhenti memerangi kita sehingga kita keluar murtad dari agama Tauhid. Mereka tidak akan berjaya selagi kita menolong agama Allah swt. Tetapi jika berpaling kita akan dibiarkan bersama syaitan. Alquran mengguna kan perkataan 'makar' untuk konspirasi.