Sabtu, 5 Februari 2022

CTG

 Kamaludin Endol:

*Mari Lawan Penjenayah Negara!*


Salam semua.


Siapakah mereka yang dipanggil penjenayah negara? 


Siapa lagi kalau bukan mereka. 


Mereka adalah orang-orang yang dulunya orang  biasa-biasa saja, tetapi telah menjadi  penjenayah luar biasa kerana tinggi kelas sosialnya, sangat berkuasa dan kebal undang-undang yang menggunakan kuasa dan kedudukan untuk berbuat apa apa saja.


Mereka adalah  penjenayah luar biasa kerana  secara luar biasa  bebas menjarah kekayaan negara, bebas wewenang membuat peraturan, arahan dan undang-undang yang menimbulkan bencana dan  kesusahan kepada rakyat.


Mereka dipilih oleh rakyat kerana rakyat  tidak lagi dapat mengenali dan membezakan siapa kawan siapa lawan, siapa orang yang ikhlas dan siapa pengkhianat. 


Oleh itu  terpilihlah  orang orang yang paling hina dalam kaumnya menjadi pemimpin kaumnya. Demikian Nabi SAW menjelaskan.


 Rakyat menaikkan mereka kerana kejahilan dalam agama, maka sekarang rakyat wajiblah pula menurunkan mereka dengan kebijaksanaan agama setelah sedar bahawa Allah SWT melarang melantik orang-orang kafir, fasik, munafik dan orang-orang zalim sebagai pemimpin.


Rakyat perlu melawan mereka sehingga mereka terpaksa *meletakkan  jawatan terutama  sekali PM DSISY sendiri yang jelas dilantik oleh para penjenayah untuk menjadi kuda tunggangan supaya para penjenayah dan perosak negara ini terus berkuasa dan menjahanamkan negara.*


Melalui ucapan penggerak utama ARM Dato Dr Ramalan dalam program Kebangkitan Anak Melayu semalam, beliau  telah  *mencadangkan supaya dilawani mereka dengan cara yang sangat bersopan iaitu Gerakan Civil Disobedience.*


GCD adalah satu tindakan bersama di seluruh negara oleh rakyat dan kakitangan awam dan swasta dengan cara *tidak lagi mematuhi sebarang arahan daripada para pemimpin penjenayah ini.*


Dalam keadaan negara dan rakyat menderita  kelemasan ini,  mereka para pemimpin penjenayah ini *masih juga sibuk merancang  dan mengatur strategi untuk terus kekal  berkuasa selepas PRU 15. Masa mereka, jiwa, dan  otak mereka masih  terus fokus siang dan malam kepada perebutan kuasa politik.* Mereka tidak sedikit pun fokus kepada *solusi bagaimana mahu menyelesaikan masalah rakyat yang sangat kelemasan ini oleh kehilangan sumber pendapatan, harga barang yang melambung tinggi,  wabak covid-19, ketiadaan pelaboran asing membuat pelaboran bagi merancakkan perkembangan ekonomi negara dll.


Jadi dalam keadaan negara  dan rakyat yang menderita ini mereka masih juga tidak langsung peduli kepada nasib, rayuan dan rintihan rakyat, lalu *apa perlunya rakyat membiarkan mereka berkuasa lagi?*


Jadi tanggungjawab bersama sekarang ialah *lawani mereka iaitu pemimpin pseudo demokrasi melalui cara yang dibenarkan oleh undang-undang iaitu GCD sehingga kerajaan penjenayah ini  jatuh.*


Jangan lagi bekerjasama untuk memilih mereka melalui demokrasi. Bahkan *pergi jahanam dengan demokrasi dan dan PRU 15 yang hanya akan menyambung hayat mereka untuk terus rakus dengan kuasa, harta dan wanita dan membiarkan sampai kiamat negara ini berada dalam kancah perebutan kuasa dan perpecahan*


Rakyat boleh menamatkan kuasa para penjenayah ini melalui cadangan yang ARM ajukan iaitu  *membentuk Care Taker Government.*


 *Rakyat perlu memohon bahkan mendesak supaya  kuasa pemerintahan dipulangkan kembali  kepada YDPA.*


*PDRM dan ATM perlu bersama rakyat untuk proses ini.*


*PDRM dan ATM tidak lagi perlu memberikan ketaatan dan kesetiaan mempertahankan kerajaan penjenayah ini.*


*Kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi  hanyalah kepada pemerintahan YDPA dan RRM.*


 Inilah ketaatan yang wajib di dalam Islam. 


Bukan kepada kerajaan ciptaan politik demokrasi Yahudi Illuminati. Apatah lagi sekarang kerajaan pseudo demokrasi ini jelas adalah perosak negara yang kalau dibiarkan mereka  terus berkuasa, *negara ini lambat laun akan menjadi Republik Malaysia.*


Trend ke arah ini sudah tersangat jelas!


*Republik Malaysia akan menghapuskan sistem beraja dan agama Islam. Percayalah kalimat sakti "tak Melayu hilang di dunia" akan hanya menjadi kenang-kenangan buat selama-lamanya apabila NWO memerintah seluruh dunia nanti.*


PDRM dan ATM perlu membantu rakyat untuk menamatkan kerajaan politik ini dan dalam masa yang sama, *membantu perjuangan ARM  yang telah sangat tegas dengan ikrar dan janji untuk mengunggulkan kembali dengan seutuhnya pemerintahan Kesultanan Melayu.*


Apabila YDPA menubuhkan CTG, maka jika dengan kehendak Allah, akan *muncullah para pemimpin yang baik-baik dan soleh,  pemimpin yang berpegang teguh dengan agama,  berakhlak mulia dan berintegriti* bagi memakmurkan Malaysia dengan kehidupan beragama, memacu bangsa Melayu dan negara ke taraf peradaban yang tinggi dan mulia.


InsyaAllah. Biiznillah.


Kamaludin Endol @ ARM

6 Februari 2022

Tiada ulasan:

Catat Ulasan