*Kisah Sufi Wali Allah*
*Ambillah HikmahNYA*
_Di kisahkan bahwa di Mesir ada seorang lelaki pedagang kurma bernama Athiyah bin Khalaf. Dia termasuk orang yang kaya raya. Oleh kerana suatu hal, dia menjadi miskin. Dia tidak punya apa-apa kecuali pakaian yang melekat di tubuhnya. Ketika hari Asyura, dia solat subuh di Masjid Amr bin Ash._
_Kebiasaan yang berlaku di masjid itu pada hari biasa adalah tidak diperkenankannya para wanita masuk kemasjid tersebut kecuali pada hari Asyura, untuk tujuan berdoa._
_Di masjid itu, 'Athiyah berdoa bersama orang ramai. Dia terpisah dari para wanita, tiba-tiba datang seorang wanita bersama anak-anak kecil._
_Wanita itu berkata : "Wahai tuan, aku mohon kepadamu, demi Allah, semoga tuan dapat meringankan kesulitanku dan sudi memberi sesuatu yang aku gunakan untuk memenuhi keperluan makan anak-anakku._
_Sementara ayah mereka telah mati dan tidak meninggalkan satu apapun untuk mereka._
_Aku tidak tahu kemana lagi aku akan mengadu. Aku jarang keluar rumah kecuali hari ini, itupun kerana darurat. Dan itu bukan merupakan kebiasanku._
_Athiyah pun berkata dalam hati: "Aku tidak memiliki sesuatu. Tidak ada milikku keculai baju ini. Jika aku lepas akan terbukalah tubuhku._
_Jika wanita ini aku tolak, alasan apakah yang akan aku kemukakan kepada Rasulullah saw. Akhirnya 'Athiyah berkata kepada wanita itu; "Mari ke rumahku. Aku akan memberimu sesuatu"._
_Maka wanita itu pun mengikuti 'Athiyah sampai di rumahnya. Wanita itu menunggu di depan rumahnya._
_Athiyah pun masuk ke rumah dan membuka bajunya. Dia mengenakan sarung lusuh yang ia punya. Diberikanlah baju tadi kepada wanita dari sisi pintunya._
_Lalu ia wanita itu mendoakan 'Athiyah: "Semoga Allah memberikan kepada tuan pakaian-pakaian syurga dan tuan tidak akan memerlukan orang lain sepanjang hidup tuan. Athiyah merasa senang dengan do'a wanita itu. Dia menutup pintu, masuk ke dalam lalu berzikir hingga larut malam._
_Kemudian Athiyah tidur. Ketika tidur, ia bermimpi melihat bidadari, belum pernah dia melihat wanita lebih cantik darinya._
_Di tangan wanita itu ada buah epal yang mengharumkan antara langit dan bumi. Buah epal itu diberikannya kepada Athiyah, ketika buah epal itu dibelah, dari belahan epal itu keluar pakaian dari pakaian syurga yang tidak terbanding dengan dunia seisinya. Pakaian itu lalu dipakainya._
_Athiyah lantas bertanya: "Siapa kamu ?"._
_”Aku adalah 'Asyura, istrimu di Syurga," jawab bidadari itu._
_”Bagaimana aku dapat memperoleh kemuliaan ini?" tanya 'Athiyah._
_Lalu bidadari itu menjawab: "Dengan seorang janda miskin, dan anak yatim yang kau berbuat baik kepada mereka”_
_Maka Athiyah terbangun, dan dia sangat senang dengan mimpinya. Semerbak bau wangi memenuhi ruangan rumahnya._
_Kemudian ia mengambil air wudhu, dan melaksanakan solat dua rakaat sebagai tanda syukur kepada-Nya._
_Kemudian Athiyah mengangkat pandangannya ke langit seraya berdoa : “Wahai Tuhanku. Apabila mimpi dalam tidurku itu benar dan bidadari dalam mimpiku itu adalah istriku di Syurga, maka matikanlah aku sekarang ini juga agar dapat bertemu dengan-Mu"._
_Belum selesai doa dipanjatkan, Allah swt menyegerakan ruh Athiyah ke Syurga Daarussalaam._
*_Kitab : Irsyadul Ibad, hal. 150_*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan