Sabtu, 12 Februari 2022

Guru

 (1) Banyak kajian ilmiah terkini membuktikan pembelajaran online atau PdPR secara dalam talian lebih berkesan mengikut tahap umur. 


(2) Secara mudahnya, murid sekolah menengah lebih berkesan belajar secara PdPR berbanding murid-murid sekolah rendah. 


(3) Pelajar di universiti pula lebih berkesan menggunakan PdPR berbanding murid-murid sekolah menengah. 


(4) Sebab itu pelaksanaan PdPR yang ditambah baik sepatutnya dikekalkan secara hibrid untuk murid-murid sekolah menengah di negara kita. 


(5) Kerajaan sediakan gajet dan modul pembelajaran PdPR secara dalam talian yang berkualiti tinggi untuk digunakan oleh murid-murid sekolah menengah. 


(6) Manakala bagi murid-murid sekolah rendah pula, kurangkan subjek dan silibus. Berikan lebih tumpuan kepada penguasaan asas 3M, kemahiran komunikasi dwibahasa serta pengukuhan pendidikan agama dan moral. 


(7) Apa yang penting untuk pembelajaran murid-murid sekolah rendah ialah lebihkan aktiviti dan tingkatkan keseronokan dalam pembelajaran. 


(8) Pastikan juga tidak ada ukuran dan label 'pandai', 'lemah'  'bodoh' atau 'cemerlang' untuk tahap pencapaian murid-murid sekolah rendah. 


(9) Masing-masing murid dibantu untuk belajar dengan tahap keupayaan dan minat yang berbeza-beza. 


(10) Sebab itulah bilangan murid-murid sekolah rendah di dalam bilik darjah mestilah ditetapkan had maksimum 25 orang sahaja. Sebab teras pembelajaran untuk murid-murid sekolah rendah adalah aktiviti. 


(11) Sudah 64 tahun merdeka dan kita menguruskan negara kita sendiri. Sistem pendidikan negara sepatutnya telah digubal untuk membina anak-anak kita yang lebih seronok, lebih bahagia dan lebih berminat dengan meneroka ilmu pengetahuan. 


(12) Bukan lagi satu sistem pendidikan yang sekadar mengikut sahaja amalan dan matlamat pendidikan yang diwarisi dari penjajah.


(13) Hari ini kesejahteraan murid-murid adalah keutamaan sistem pendidikan. Setiap murid tak kisah samada di sekolah elit, sekolah di kampung atau di pedalaman berhak mendapat kualiti pendidikan yang sama. 


(14) Dididik oleh guru guru yang positif, berkasih sayang dan gembira dengan kerjaya mereka. 


(15) Dipimpin oleh guru besar dan pengetua yang mempunyai empati, bervisi dan penghayatan falsafah pendidikan yang tinggi. 


(16) Sistem pendidikan negara tidak lagi boleh diuruskan lagi secara 'business as usual'. Kita mesti melakukan reformasi pendidikan. 


(17) Maaf cakap. Hanya mereka yang 'lemah fikiran' sahaja menganggap sistem pendidikan negara kita tidak perlukan perubahan.


fb  anuar ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan