Jumaat, 6 Mei 2022

Laju

 Kelajuan Itu Membunuh. 

 Mengapa had laju jalan persekutuan dan jalan negeri diturunkan daripada 90km/j kepada 80km/j ketika musim perayaan besar seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Tahun Baharu Cina?.  

1. Antara faktor diambilkira dalam rekabentuk kejuruteraan lalulintas adalah kepadatan kenderaan dan had laju. Oleh itu jika kepadatan tinggi maka had laju perlu diturunkan.  

2. Had laju yang tinggi mengakibatkan jarak membrek dan berhenti yang jauh jaraknya dan ini adalah risiko kepada kemalangan. 

  3. Kenderaan yang bertembung dalam had laju tinggi mendatangkan kesan kemalangan lebih teruk.  

4. Jalan persekutuan dan jalan negeri merupakan sistem terbuka. Jadi keluar masuk persimpangan adalah berisiko ketika isipadu kenderaan di jalanraya meningkat bilangannya dan bertambah risiko kemalangan jika had laju tinggi. Berbanding lebuhraya yang dikawal kenderaan keluar atau masuk.  

5. Jalan persekutuan dan jalan negeri mempunyai jarak penglihatan yang rendah berbanding lebuhraya. Sebab itu had lebuhraya kekal 110km/j

Selasa, 26 April 2022

ليلة القدر

 Aku pernah bertanya kpd guruku:


"Guru, sebenarnya bilakah Lailatulqadar?"


Guruku pun bertanya kembali kpdku:


"Malam yg mana tu?"


Aku pun menjawab:


"Malam pengampunan"


Lalu Guruku berkata:


"Adakah ada malam yg tiada pengampunan dariNya?"


Aku pun menambah lagi:


"Malam yg turunnya para Malaikat"


Jawab Guruku lg:


"Adakah terdapat malam yg Malaikat tidak turun?"


Aku pun terdiam, memikirkan jawapan Guruku... lalu Guruku pun menjelaskan (setelah melihat aku terdiam) :


"Wahai Anakku... Beginilah... Bagi seseorang ahli ibadah, sebenarnya SETIAP MALAMNYA adalah Lailatulqadar." 


Guruku sambung lagi:


"Kiranya seseorang itu tidak bertemu dgn Lailatulqadar, adakah dia patut berputus harapan dgn Allah?! Malah berfikir tunggulah lagi Ramadhan akan dtg mungkin berpeluang jumpa Lailatulqadar...itu pun jika masih hidup..."


... dan lagi (malah lebih menusuk):


"Dan sekiranya seseorang itu telah bertemu Lailatulqadar sekalipun, adakah pasti amalannya SUDAH CUKUP SETAKAT ITU dan dia boleh rehat dan berasa dirinya SEMPURNA???!" 


... Guruku merendah suaranya:


"Wahai Anakku... Mengejar, memburu dan beribadah pada Lailatulqadar itu tidak salah, tetapi ibadah itu tidak cuma khusus utk bulan Ramadhan shj, malah lebih utama utk terus ISTIQAMAH setelah tamat bulan Ramadhan, kerana..."


"Kita BUKAN menyembah Ramadhan (Ramadhaniyun) tetapi kita MENYEMBAH ALLAH SWT (Rabbaniyun)."


Aku merespon:


"SubhanaLlah 😭, benar wahai Guruku..."


"Org zaman dulu betapa sulitnya mrk mencari ilmu tapi mrk mudah mengamalkannya, sedangkan zaman skrg betapa mudahnya mencari ilmu tapi amat sukar mengamalkannya."


"Mudah2an Allah SWT membimbing kita utk mengamalkan ilmu dan menjadikan ilmu kita bermanfaat utk di dunia & di akhirat."


*Dlm ingatan Guru2ku 😢❤️


Dari FB Ammar Mohd Zain

Kelik kapung

 Sebelum balik kampung:


1. Cabut semua wayar kat dinding kecuali peti sejuk. 

2. Buang sampah yang dalam semua tong sampah.

3. Jangan biar baju tersidai diluar rumah serta di ampaian. 

4. Periksa ulangkali kipas dan lampu serta peralatan elektrik.. 

5. Kosongkan singki daripada segala yang busuk dan basah. 

6. Bawa kelengkapan alat mandian ke kampung, jangan harap orang punya.. 

7. Bubuh butang baju Melayu siap-siap, jangan kira nak rembat hak orang. 

8. Letak pin dibeg jangan kalut satgi dok terabuq dalam keta jenuh cari.

9. Sampin jangan lupa bawa, adat Melayu jangan dilupa walaupun kecik.

10. Bawa pengecaj telefon, powerbank jangan lupa bawa, penting sangat.

11. Duit & sampul raya boh la siap-siap dok boh depan orang kalut2 payah. 

12. Sebelum keluar baca al Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi. Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah sunat dan adat mulia setiap tahun. 

13. Niat nak buat jamak qasar memudahkan perjalanan tak gaduh berhenti. 

14. Jangan kelam kabut dan marah2 dan juga jangan seronok melampau. 

15. Lapang dada dan solat sunat sebelum mula keluar, baca doa musafir. 

16. Tinggalkan rumah denhan tawakkal Allah menjaganya, ikhtiar polis juga. 

17. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jangan tertinggal isteri/suami dan anak-anak di comel kesayangan, kira bagi cukup baru jalan.

18. Topup siap2 touch n go, no more tambah nilai lain-lain. Jangan baru nak.

19. Sentiasa kira cukup bilangan anak, terutamanya di RnR. Jadi kes hilang anak pula nanti dah nak raya, bukan senang nak cari dan patah balik. 

20. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

21. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

22. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

23. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

24. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL

25. DAH BAGI SIGNAL JANGAN LUPA TUTUP!


Selamat Pulang ke Kampung dengan Selamat! 

Selamat pulang anak perantauan negeri Pahang, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Key yel Dan Selangor

Bismillahi, tawakkaltu ’alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah..

Credit: anak perantauan

Isnin, 25 April 2022

Warden 2

 ELAUN WARDEN HANYA RM240 SEBULAN SEDANGKAN TERPAKSA BERTUGAS 24 JAM. 


Beberapa hari lepas, kecoh juga dengan kes mangsa buli menang kes dengan saman sebanyak RM616, 634.20.


Lebih kecoh keratan dari Sinar Harian yang menulis sindiran hakim pada warden yang bertugas semasa kejadian tersebut dan meminta warden tersebut meletak jawatan dan menjadi guru biasa sahaja.


Hakim tersebut mungkin terlepas pandang dan tak tahu, jawatan warden ni hampir semua guru menolaknya. Hampir SEMUA...


Yang ada menjadi warden biasanya kerana terpaksa sahaja.


Kenapa ramai guru menolak? Kerana tanggungjawab sangat berat. Sangat berat dan langsung tidak setimpal dengan elaun RM240 cuma itu.


Habis sahaja mengajar di sekolah, warden perlu berkejar ke asrama memastikan pelajar teratur dan berdisiplin di asrama. Memastikan tiada pelajar membuli, bermain bola, membuat huru hara, bergaduh, hisap rokok, memecahkan tingkap dan sebagainya.


Kena berlari ke dorm pula bila mengesyaki sesuatu tak kena. Asap vape dan asap rokok berkepul-kepul contohnya, raungan pelajar seolah didera, bunyi kecoh dan bising.


Dah la penat pulang dari sekolah belum hilang, dah kena settlekan macam-macam karenah.


Baru nak rehat sebelah malam, pengawas datang mengadu ada pelajar lompat pagar(fly atau runner istilah bdk²). Berlari mengejar pula. Penat mengejar, baru nak masuk, ada laporan kipas dorm rosak kena bola. Naik pula ke dorm siasat siapa punya angkara.main bola kompom cermin tingkap ke,cermin sliding door bilik prep ke ada yg teramat pasti pecah berkecai.


Jam 1 pagi tengah lena, pintu rumah warden diketuk bertalu-talu. Ada pelajar kena serangan asthma. Ada pula jatuh dalam bilik air nampak kelibat hantu katanya. Belum cerita yang histeria, yang menceroboh asrama wanita dan sebagainya lagi.


Semua itu tugas warden untuk mengawal semua sekali.


Apa warden itu Superman boleh buat semua dalam satu masa? Apa tenaga warden tak habis-habis nak selesaikan semua perkara?


Kadang anak isteri sendiri tak terlayan. Anak demam pun isteri je bawa ke klinik. Papa tak boleh teman, pelajar tengah merusuh. Ada kes buli sampai luka-luka.


Tak habis masalah di asrama ni. Macam-macam hal. Macam-macam kes. Yang tak masuk akal pun ada tau.


Contohnya loker pakaian kayu tu ada pelajar baling dari tingkat 4 ke bawah. Ada yang sengaja membakar tong sampah. Membaling mercun bola tu dah biasa sangat.


Dan saat ada kes buli di asrama, warden dipersalahkan seolah mereka ini diberi elaun RM24000 pula.


Seolah warden asrama ada 180 orang. Seolah warden asrama ini lahir di planet Krypton. Seolah warden ini sehebat Son Goku.


Sudahlah begitu, disindir-sindir pula bila ada kes buli dan seumpamanya di asrama. Seolahnya warden tak pernah bertugas dan tak pernah ada jasa.


Hati mana yang tak remuk tuan-tuan. Hati mana yang tak berkecil hati dan terasa. Mereka dah cuba sedaya upaya, mengorbankan segala masa dan tenaga.


Saat semua guru lain menolak, mereka dengan terpaksa menerima. Dan saat jawatan dibahu mereka, kejadian menimpa dan mereka yang menerima kesannya.


Sungguh aku simpati pada rakan sejawat ini. Sungguh!


Isu warden ni dah lama. Lama sangat dah. Hampir setiap tahun guru merungut. Aku sendiri tulis 4 tahun lepas mendapat lebih 1.3k like dari guru-guru.


Bahawa tugas warden tidak sepatutnya dibebankan dibahu guru. Patut diwujudkan satu pekerjaan khas dah. Biar bukan guru yang menjadi warden.


Gajikan saja bekasan komando ke, bekasan askar jadi warden. Biar berdisiplin sikit anak-anak kita.


Dan buat guru-guru yang disaman, semoga terus kuat dan tabah.


Orang tidak melihat sejuta jasa, orang hanya akan menghukum atas satu kecuaian kita sahaja.


Dan semoga KPM cepat-cepat membuat satu akta untuk melindungi para guru dari dianiaya dan dipersenda sesuka hati.


Sekian.


#MFS

- Cubit peha kiri, peha kanan turut terasa -

Sekolah pon dah nak bukak...nk daftar asrama,mak bapak ingat kita ni kuli batak ke nk bersihkan dorm ke,repair loker ke,repair toilet ke,repair kipas ke.... Mana anak² murid aku yg dlu yg kena REMBAT tu harap² faham lah yer....

Warden

 RM240 sebulan!


(1) Elaun yang langsung tak masuk akal untuk masakini. Tapi itulah harga sebuah pengorbanan warden asrama sekolah. Seperti langsung tak dipandang orang. 


Sebab itulah ramai guru tak mahu jadi warden asrama. 


(2) Akhirnya ada sekolah amalkan jadual giliran guru untuk jadi warden asrama. Kononnya ini cara paling adil. Alang-alang biar semua guru kena. Pengetua dan PK mungkin ikut giliran juga. Mungkin...


(3) Petang tadi saya diberikan link oleh seorang rakan guru tentang kisah seorang warden asrama yang menyampaikan suara hati beliau sebagai warden asrama. Boleh baca di sini https://bit.ly/3xMVEnA


(4) Dalam bahasa yang mudah, warden adalah 'penjaga' muurid-murid yang tinggal di asrama. Murid-murid ini terpaksa berjauhan dengan ibubapa dan keluarga semata-mata untuk mendapat pendidikan yang lebih baik dan terurus. 


(5) Duduk di asrama makan terjaga, solat terjaga, disiplin terjaga. Waktu belajar terjaga. Dekat pula jarak ke sekolah setiap hari. Saya sendiri telah lalui semua itu. Tujuh tahun lamanya saya tinggal di asrama sekolah harian di Sungai Petani Kedah, dari tingkatan satu hinggalah tingkatan enam atas. Semuanya tentang kehidupan di asrama telah saya lalui. Saya sudah lihat betapa besarnya pengorbanan warden asrama demi masa depan saya. 


(6) Sebab itu saya cukup sedih bila lihat warden asrama hanya di bayar elaun RM240. Maksudnya sehari dibayar hanya RM8. Bertugas 24 jam, termasuk hujung minggu. Maksudnya sejam dibayar  hanya 30 sen untuk jaga nyawa ratusan murid-murid di asrama. Siapa sanggup? 


(7) Tengah malam sedang tidur pun warden dalam keadaan bertugas juga sebenarnya. Tiba-tiba sahaja boleh kena kejut jika ada kecemasan di asrama.


(8) Sebagai penjaga murid-murid, warden asrama adalah tempat murid-murid menumpang kasih dan mendapat perhatian. Murid-murid ni remaja. Mereka sedang membesar dan sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian. Kalau di asrama, siapa lagi kalau bukan kepada warden. 


(9) Tapi kalau dibayar hanya RM8 sehari tapi kena bertugas 24 jam, kerja pula ada berbagai risiko dan berat  sekali tanggungjawabnya kepada murid-murid, guru mana yang sanggup bertahan lama jadi warden? Guru mana yang sanggup menjaga dan menjadi tempat murid-murid asrama mendapat kasih sayang. 


(10) KPM patut selesaikan isu bayaran elaun warden asrama ini segera. Janganlah RM240 lagi. Bayarlah elaun bersih RM700 sebulan. Kena ingat, warden menjaga keselamatan nyawa dan kebajikan murid-murid. 


(11) Bangla yang bertugas jaga bangunan dan pejabat kosong di malam hari pun di bayar jauh lebih tinggi berbanding warden asrama yang jaga nyawa dan keselamatan murid-murid. 


(12) Persatuan guru pun lantanglah sikit bersuara. Kamu sepatutnya di depan berjuang untuk menjaga kebajikan warden asrama. Bukankah warden itu guru juga? 


(13) Bila warden asrama sejahtera, kebaikannya akan sampai pada murid-murid yang tinggal di asrama juga. Warden sejahtera, murid-murid pun sejahtera.


Selamat bersahur...