Isnin, 11 Julai 2022

Thomas

Thomas Fuller, merupakan seorang lelaki yang berasal daripada Afrika telah dijual sebagai hamba pada tahun 1724 ketika dia berusia 14 tahun, telah dikenali sebagai "Kalkulator Virginia"


 Ini disebabkan  kebolehannya yang luar biasa dapat  menyelesaikan masalah pengiraan matematik yang agak kompleks hanya beradasarkan di dalam mindanya .


Fuller telah ditanya berapa jumlah keseluruhan waktu saat yang terdapat dalam setahun setengah, selepas dua kemudian dia menjawab jumlah keseluruhan Saat adalah 47,304,000.  


Sekali lagi ditanya kepadanya , berapa waktu saatkah yang dihitungkan berdasarkan tempoh usiseseorang lelaki yang telah hidup selama 70 tahun, 17 hari dan 12 jam?


kemudian Fuller  menjawab adalah

"2,210,500,800" dalam masa pengiraannya diambil hanya seminit  .


 Namun jawapannya telah dibangkang oleh salah seorang lelaki yang hendak menyelesaikan pengiraan soalan matematik itu di atas kertas, dan memaklumkan Fuller bahawa jawapan diberinya itu salah , 


Fuller dengan bersahaja mengatakan kepada lelaki itu bahawa, "'Atas masa, anda lupa mengira pada tahun lompat."


  Kemudiannya pengiraan diatas kertas dilakukan semula dengan penambahan pada tahun lompat

dan mendapati bahawa 

 jumlahnya sepadan yang diberikan oleh Fuller.


P/s :: not surprised to me if angka2 matematik terlahir daripada abjad Jawi dan Sanskreta ,maka pengiraan pula terlahir daripada suku kaum Orang Afrika sebab matematik dan astronomi kosmik sangat berkait rapat satu sama lain (rujuk budaya Suku Kaum Dogon di Mali)


 Kredit :: A.Y

 

Ahad, 10 Julai 2022

Simpan daging

 *_Aidiladha: Cara betul simpan daging korban dalam peti sejuk_*


1️⃣ *Jangan Basuh*


Sebelum disimpan, daging tidak perlu dibasuh kerana jika dibasuh guna air paip, kuman boleh masuk dan tinggal dalam pori-pori daging.

Basuh daging bila kita mahu masak daging tersebut.


2️⃣ *Simpan Dalam Ukuran Kecil*


Potong daging berukuran lebih kecil dan simpan di dalam plastik lebih kurang 1/2 kg atau 1 kg se plastik.


Jika mahu masak, ambil satu plastik atau jumlah kilogram yang hendak dimasak saja.


3️⃣ *Jangan Terus Dibekukan*


Sebelum simpan di freezer, simpan daging dalam peti sejuk selama 4-5 jam. Setelah sejuk baru masuk ke dalam freezer.


4️⃣ *Cara Menyah Beku*


Jangan cairkan daging beku menggunakan air panas.

Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di dalam air biasa. 

Buka plastik, basuh daging hingga bersih dan potong lalu siap dimasak.

  

5️⃣ *Tip Tambahan*


Jangan guna plastik hitam kerana ia adalah hasil kitar semula iaitu mengandungi cadmium yang merangsang kepada sel kanser.


Artikel asal : Nona.

Jumaat, 8 Julai 2022

Toyota

 Dalam buku Toyota Way yang ditulis Jeffrey K Liker...


Bila nak menurunkan kos production mereka, Toyota tak simply adopt cost cutting pada barang mereka. Sebab itu akan menjejaskan kualiti secara kolektif.


Toyota fokus kepada penambahbaikan process dan flow kerja.


Mereka akan identify proses atau flow yang tiada value. Value ini diukur melalui masa. Dan, mereka akan buat apa-apa utk buang yang tiada nilai itu.


Contohnya, pergerakan seorang pekerja untuk memasang tayar.


Jika seorang pekerja perlu membuat 4 pergerakan untuk memasang tayar;


Pusing badan ambil tayar - angkat tayar - pasang pada drum - ikat


Dan, katalah semua proses tu mengambil masa 40 sec iaitu secara purata 10 sec satu aktiviti.


Melalui pemerhatian, mereka identify yang memusingkan badan adalah aktiviti yang tiada nilai. 


Mereka akan berinovasi atau kaizen untuk buang aktiviti tersebut.


Seterusnya, aktiviti memusingkan badan untuk ambil tayar tu, digantikan dengan meletakkan tayar disebelah kanan pekerja, di mana pekerja hanya perlu tarik dan aktiviti hanya mengambil masa 5 saat. 


Maka, Proses tersebut telah menjadi pendek kepada 35 saat.


Pengurangan 5 saat adalah sangat bernilai kerana apabila ia melibatkan rantaian proses yang panjang, ia mungkin penjimatan ratus ribu sebulan.


So...


Di Toyota, setiap aktiviti kerja dalam rantaian proses mereka akan ada pemerhatian dibuat untuk penambahbaikan dari segi penjimatan masa berterusan.


Kerana, Toyota percaya, lagi banyak masa dapat dijimatkan, lagi banyak kereta boleh dikeluarkan, lagi cepat sale boleh dibuat, lagi banyak untung, lagi cepat model baru boleh keluar, lagi cepat mereka berkembang... Tanpa menjatuhkan kualiti.


Ini adalah sebahagian dari improvement culture mereka.


So... 


Benda ni pun kita boleh apply dalam aktiviti atau kerja dan kehidupan harian.


Nota:


Saya apply knowledge ni dalam kerja saya dulu, sampai sekarang.

Khamis, 7 Julai 2022

Niat korban

 *AKAD JUAL BELI, WAKIL SEMBELIH & NIAT KORBAN* 


 *1.Akad Beli* 

"Aku belilah lembu ini 1 bhg drpd 7 bhg dgn harga........"


***PENTING....Pastikan lembu yg mana nk akad jual beli


 *2.Wakil Sembelih* 

"Sy......wakilkan kpd ......utk sembelih lembu ini utk menghasilkan korbanku sunat krn Allah Taala"


 *3.Niat Korban* 

Niat sblm darah mengalir/ktika darah pertama mengalir :


"Inilah korbanku sunat krn Mu Ya Allah"


...kalu x sbut sunat ia akan jd nazar(x leh mkn daging trsbut


 *WAKIL* :


"Sy........wakilkan kpd.......utk mengurus bg menghasilkan korban sunat krn Allah Taala" 


 *a.Wakil beli:* 

"Aku belilah lembu ini bg pihak si pulan bin ibunya 1 bhg drpd 7 bhg dgn harga..."


 *b.Wakil sembelih:* 


"Sy......wakilkan kpd.....utk sembelih lembu ini utk menghasilkan korban sunat krn Allah Taala"


"Aku bg pihak si pulan bin ibunya wakilkan  kpd tuan...utk mnyembelih lembu ini utk menghasilkan korbannya sunat krn Allah Taala"


 *c.Wakil niat korban:* 


"Inilah korban si pulan bin ibunya wakil kpdku  korban sunat krn Mu Ya Allah"


"Inilah korban si pulan bin ibunya wakil kpdku utk mengurus bg menghasilkan korban sunat krn Mu Ya Allah"


 *BAHAGI DAGING* 

1/3 - org kaya

1/3 - org miskin

1/3 - diri sendiri

Isnin, 4 Julai 2022

Mat kilau

 Hari ni mari kita kupas tentang kisah PAHLAWAN LEGEN kita mat kilau.... SIAPA YG MEMBURU BELIAU DAN SIAPA YG MEMBERI RESTU KEPADA BRITISH untuk MEMBURU beliau... SEJARAH TAK BOLEH DIUBAH... sama sama kita renungkan... Cnp


TAHUKAH ANDA | Operasi Memburu Datuk Bahaman, Mat Kilau & Tok Gajah berlangsung dari 1895 hingga 1896.


Pegawai Penjajah British dengan restu pihak istana iaitu Hugh Clifford ditugaskan untuk memburu mereka.


Misi bermula dari Pahang merentasi Terengganu, Kelantan hingga ke sempadan Patani.


Berdasarkan catatan penjajah dan Hugh Clifford sendiri, operasi dibantu oleh


1. Dua pegawai Melayu iaitu

- Syed Husin 

- Syed Seman


2. R.W.Duff – Superintendent Polis Pahang

-  40 Anggota Dayak dan lapan Anggota Sikh

- Pasukan Bantuan 250 orang Melayu Pahang


3. Dr. A. B. Jesser Coope iaitu Residency Surgeon Pahang bertindak selaku Pegawai Perubatan dalam misi tersebut


4. Dua orang wakil Kerajaan Siam

- Luang Visudh Parihar (Luang Swat)

- Luang Sevasti Borirom


Ekspedisi bermula dari Kuala Tembeling hingga ke Pasir Rawa.di Tanah Merah, Kelantan.


Ia mengambil masa selama 3 bulan dengan belanja sekitar 5,000 ringgit.


Datuk Bahaman, Mat Kilau & Tok Gajah berundur bukanlah kerana takutkan British.


Sebaliknya mereka memilih hidup di tempat baharu dengan nama baharu kerana sedar wujudnya ramai pengkhianat bangsa Melayu yang gemar makan dedak pada masa itu.


Bukan sahaja British yang memburu mereka malah pihak istana turut menghantar orangnya juga.


Mat Kilau telah di’cop’ sebagai penderhaka oleh pihak Istana, British dan kuncu-kuncunya.


Beliau terpaksa mengasingkan dirinya sebelum menetap di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.


Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya beberapa kali dan akhirnya memakai nama Mat Siam.


Pada Disember 1969, Allah menggerakkan hati Mat Kilau untuk menzahirkan dirinya yang sebenar.


Ketika itu beliau memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dengan nama Mohamad Bin Ibrahim. 


Bagi mengelakkan publisiti, beliau bersetuju untuk mengumumkan di kampung kelahirannya iaitu di Kampung Masjid, Pulau Tawar.


Pahlawan Melayu ini pergi ke Masjid lama Kampung Tawar, Jerantut untuk bersolat Jumaat pada 26 Disember 1969. 


Usai solat, beliau membaca al Quran dan mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.


Pengisytiharan ini menggemparkan orang ramai sehinggalah kerajaan Pahang terpaksa menubuhkan sebuh jawatan kuasa untuk menyiasat.kesahihannya.


Jawatan kuasa ini dibentuk pada 8 Januari 1970 dan pelbagai mekanisma telah dilakukan termasuklah temuramah dengan beberapa individu yang berkaitan. 


Pada 6 Ogos 1970, jam 10.30 pagi, Mat Siam diisahkan sebagai Mat Kilau oleh kerajaan negeri.


Mat Kilai meninggal dunia empat hari kemudian pada usia 122 tahun kerana uzur.


Hakikatnya, keturunan tali barut dalam kalangan orang Melayu wujud sampai hari ini. 


Mereka bijak bermuka-muka termasuk berkeris dan bertanjak dengan menunggang agama dan bangsa.


Jadi berwaspadalah wahai Melayu.