*_Aidiladha: Cara betul simpan daging korban dalam peti sejuk_*
1️⃣ *Jangan Basuh*
Sebelum disimpan, daging tidak perlu dibasuh kerana jika dibasuh guna air paip, kuman boleh masuk dan tinggal dalam pori-pori daging.
Basuh daging bila kita mahu masak daging tersebut.
2️⃣ *Simpan Dalam Ukuran Kecil*
Potong daging berukuran lebih kecil dan simpan di dalam plastik lebih kurang 1/2 kg atau 1 kg se plastik.
Jika mahu masak, ambil satu plastik atau jumlah kilogram yang hendak dimasak saja.
3️⃣ *Jangan Terus Dibekukan*
Sebelum simpan di freezer, simpan daging dalam peti sejuk selama 4-5 jam. Setelah sejuk baru masuk ke dalam freezer.
4️⃣ *Cara Menyah Beku*
Jangan cairkan daging beku menggunakan air panas.
Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di dalam air biasa.
Buka plastik, basuh daging hingga bersih dan potong lalu siap dimasak.
5️⃣ *Tip Tambahan*
Jangan guna plastik hitam kerana ia adalah hasil kitar semula iaitu mengandungi cadmium yang merangsang kepada sel kanser.
Artikel asal : Nona.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan