Sajak APC
Tahniah utk rakan yang dapat APC..
APC..
Hari paling bahagia utk staf yang dapat.
Bergandalah bahagia bila ulang kali dapat..
Seluruh warga menabur tahniah.
Semangat makin membara kerana suntikan motivasi yang tak disangka.
Saguhati buat belanja rakan2 sekerja.
Syukur tak terhingga.
Sesetengah sambutan majlis didewan gah
Senyum sana sini
Flash kamera menyilau
Angkat selfie dan wefie
Sekeping sijil hiasan fail
Catatan buku perkhidmatan yg sering dijeling.
Dapat saguhati belanja rakan2.
Tp APC ..
Hari yang paling teruk bagi staff yg tak dapat.
Paling sakit hati utk staf yg tak pernah dapat sepanjang perkhidmatan.
Menelan perkataan 'bukan rezeki'.. 'tahun depan lah'..
Dilambak la segala kerja dgn alasan tingkatkan prestasi asal kerja ikhlas.
Kata ok walhal minda tak habis2 merenung diri..
Apa dan dimana lagi kurangnya diri.
Tatkala bila semua rakan sekeliling dan rakan junior dah dapat..
Tidak layakkah diri walau hanya sekali?..
Dimanakah nak meletak muka.
Senyapkan diri sahaja yang termampu..
Kerana takut burukkan keadaan..
Kerana takut dikata mempertikai urusan pentadbir atasan.
Ada pula extreme berpindah dan dipindah jabatan.
Ada diberi APC kerana ingin diberi motivasi
Ada dijanji kosong saja spy tak putus harapan.
Ada yang tak kisah APC sebab kenal benar percaturan.
Ada pula xambil tahu kerana sedar takat mana sahaja usaha dan masa yg dah dilebur dan difokuskan.
Wujudkah kipas atau diri sendiri tak pandai ambil hati?
Bagaimana markah tinggi masih tak APC?
Hanya syukur jua penyedap hati.
Sb Tuhan penilai hakiki.
Itulah APC.
APC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan