Dalam buku Toyota Way yang ditulis Jeffrey K Liker...
Bila nak menurunkan kos production mereka, Toyota tak simply adopt cost cutting pada barang mereka. Sebab itu akan menjejaskan kualiti secara kolektif.
Toyota fokus kepada penambahbaikan process dan flow kerja.
Mereka akan identify proses atau flow yang tiada value. Value ini diukur melalui masa. Dan, mereka akan buat apa-apa utk buang yang tiada nilai itu.
Contohnya, pergerakan seorang pekerja untuk memasang tayar.
Jika seorang pekerja perlu membuat 4 pergerakan untuk memasang tayar;
Pusing badan ambil tayar - angkat tayar - pasang pada drum - ikat
Dan, katalah semua proses tu mengambil masa 40 sec iaitu secara purata 10 sec satu aktiviti.
Melalui pemerhatian, mereka identify yang memusingkan badan adalah aktiviti yang tiada nilai.
Mereka akan berinovasi atau kaizen untuk buang aktiviti tersebut.
Seterusnya, aktiviti memusingkan badan untuk ambil tayar tu, digantikan dengan meletakkan tayar disebelah kanan pekerja, di mana pekerja hanya perlu tarik dan aktiviti hanya mengambil masa 5 saat.
Maka, Proses tersebut telah menjadi pendek kepada 35 saat.
Pengurangan 5 saat adalah sangat bernilai kerana apabila ia melibatkan rantaian proses yang panjang, ia mungkin penjimatan ratus ribu sebulan.
So...
Di Toyota, setiap aktiviti kerja dalam rantaian proses mereka akan ada pemerhatian dibuat untuk penambahbaikan dari segi penjimatan masa berterusan.
Kerana, Toyota percaya, lagi banyak masa dapat dijimatkan, lagi banyak kereta boleh dikeluarkan, lagi cepat sale boleh dibuat, lagi banyak untung, lagi cepat model baru boleh keluar, lagi cepat mereka berkembang... Tanpa menjatuhkan kualiti.
Ini adalah sebahagian dari improvement culture mereka.
So...
Benda ni pun kita boleh apply dalam aktiviti atau kerja dan kehidupan harian.
Nota:
Saya apply knowledge ni dalam kerja saya dulu, sampai sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan