Rabu, 27 Julai 2022

Hukum

 **ARAB BADWI INI TIDAK MENGHAFAL AL-QURAN,,

TETAPI NALURI SEMULA JADI

DAN KECERAHAN HATINYA


MENYEBABKAN IA DAPAT MENGESAN 

BAHAWA TERDAPAT KESALAHAN DIDALAM AYAT SUCI AL-QURAN YANG DIBACAKAN SECARA TIDAK DISENGAJAKAN**


(Jangan kita pukul sama rata dengan meletakkan  maha pengampunnya Allah itu pada semua tempat)


kisah seorang arab Badwi menegur 

imam Al Asma'ey rahimahullah


pernah satu ketika

Imam Al Asma'iy sedang mengajar dihadapan murid muridnya,,


sehinggalah sampai disatu bahagian yang beliau menggunakan dalil ayat dari Al Quran berkaitan hukum mencuri yang dipotong tangannya...


ayat yang dibacakan oleh beliau berbunyi begini


والسارق والسارقة فاقطعوا 

.. أيديهم جزاء بما كسبا نكلا من الله والله غفور رحيما


mendengarkan ayat ini dibacakan,,


seorang arab Badwi mencelah dan bertanya


wahai asma'iy!!!

kata-kata siapakah itu???


imam asmaiy menjawab

Kalamullah!!


kemudian

dengan penuh Yakin arab Badwi ini berkata dengan tegas,,

ini Bukan Kalamullah wahai Asma'iy!!!


maka

bila lihat perbalahan ini,,anak anak murid  imam asma'iy meminta Agar arab Badwi ini berhenti dari mempertikaikan apa yang dibacakan oleh guru mereka

mereka menuduh arab Badwi ini mengingkari Al Quran


tetapi Imam Al Asm'iy

Masih lagi mampu mengawal diri dan ia bertanya kepada arab Badwi ini,,,


adakah Kamu menghafaz  satu al Quran wahai saudaraku???


arab Badwi ini menjawab tidak


kemudian ia bertanya lagi

kalau begitu adakah kamu hafaz surah yang mengandungi ayat ini wahai saudaraku???


arab Badwi ini menjawab dengan penuh yakin

tidak!!!

dan dia menambah lagi 

dan ini bukan kalamullah  iaitu apa yang dibacakan oleh al asmaiy tadi


setelah perbalahan semakin panas

Imam al asma'iy pun membawa al quran dan membukanya 

diselak sampai ke ayat yang dibacakan tadi


kemudian apabila sampai pada surah al maidah ayat ke 38


beliau menyuruh agar arab badwi ini pasang telinga dan dengar baik baik


sebelum itu ditanya adakah arab ini beriman setiap apa yang turun kepada Baginda???


ia mengakuinya dan membenarkannya


kalau begitu Biarlah Al Quran yang menjelaskan isu ini


maka dibacakan lah ayat ini


(والسارق والسارقة فاقطعوا ايديهم 

.. جزاء بما كسبا نكالا من الله والله عزيز حكيم ) 


betapa terkejutnya Imam Al Asma'iy

rupanya Beliau tersalah tanpa sedar,,


yang awalnya dibaca 

والله غفور رحيما


tapi yang sebetulnya adalah 

والله عزيز حكيم


disinilah imam al asmaiy meminta maaf soal kesilapannya


tapi beliau tertanya tanya dan kagum dengan arab Badwi ini

bagaimana ia boleh mengesan  yang bacaannya salah??


lalu ia bertanya pada Arab ini

bagaimana ia boleh tahu


maka arab Badwi ini menjawab


wahai Asmaiy


Allah Maha Perkasa

dan beliau Memperkasakan Hukum yang diAturnya

dengan Tegas,,

maka  dipotonglah Tangan Pencuri itu


tetapi

kalau ayat ini ditutup dengan

Allah Maha pengampun lagi maha Mengasihani

maka takkan terpotonglah tangan pencuri itu


mendengarkan Penjelasan Arab Badwi ini

semua hadirin berasa Kagum,,,


ayat hukum potong tangan ini bukan untuk tempat  kemaafan atau Pengampunan 

ia adalah ketegasan dalam Mentaati dan menghidupkan  syariat Allah seperti mana yang Allah Mahukan didalam Al Quran dan Sunnah


kalau dengan penghina Allah Dan Rasul pun kita masih boleh berlembut dengan alasan tak boleh balas keburukan dengan ke keburukan,,,

kena memaafkan,,,kerana allah maha pengampun,,

nabi juga kasih dengan Ummatnya,,,

susahlah akan ramai lagi yang bakal buat hal yang sama...


masyaallah

Selasa, 26 Julai 2022

Homo sapiens

 MANUSIA: DARI MANA ASAL USUL KITA?


Cnp dengan izin dari ayah ku

psyarah kimi-A! teman di UMT


Kita semua sebagai “manusia moden” atau dari spesis Homo sapiens [Latin: Homo=manusia; sapiens = bijaksana] yang boleh membaca FB ini tentu tertanya-tanya dari mana asal usul kita. Adakah kita dari planet lain seperti Marikh (Mars) atau dari Bulan atau dari sistem bintang yang lain (bukan dari sistem solar) atau datang dari galaksi lain iaitu luar dari Galaksi Bima Sakti (Milky Way)..atau kita memang dijadikan di sini, di Bumi bertuah ini?


Yez..memang semua dapat menjawab dengan betul.Syabas! Yez..kita memang berasal dari Bumi ini..dihasilkan oleh Sang Pencipta menggunakan bahan-bahan mentah yang semuanya wujud di Bumi ini.


Pokok menggunakan segala bahan mentah yang ada di Bumi untuk menghasilkan bunga, buah, daun dan pelbagai sumber makanan yg tersedia untuk haiwan memakannya. Kita, manusia pula memakan segalanya..tumbuhan dan juga haiwan yang memakan tumbuhan tadi. Jadi, manusia memang berasal dari Bumi ini – di sinilah tanah tumpah darah kita manusia..bukan dari Marikh atau planet lain dalam sistem solar (Matahari) atau bukan dari ruang interstellar (ruang yang wujud di antara bintang-bintang). Selesai satu kes!


Soalan seterusnya adalah dari mana asal hidupan seperti tumbuhan, haiwan, bakteria dan virus pulok?


Mengikut teori evolusi, hidupan semuanya bermula dari benda-benda tidak hidup (abiotic) atau ringkasnya dari bahan-bahan kimia seperti asid amino (yang membentuk protein), nukleobes bersama gula ribos membentuk RNA (Ribonucleic acid) dan asid lemak/lipid yang membentuk lapisan luar atau membrane yang mengelilingi semua asid amino dan RNA tadi untuk membentuk satu sel primitive atau protosel.


Evolusi seterusnya membentuk sel hidupan yang lebih moden dan mempunyai DNA dan membrane yang lebih maju dari posfolipid. Dari satu sel menjadi dua sel..jutaan sel dan seterusnya membentuk haiwan atau tumbuhan yang lebih kompleks seperti yang kita lihat pada hari ini. Pada masa ini kita percaya Bumi mempunyai 8.7 juta spesies haiwan dan tumbuhan. Fuuhh..hebatkan Sang Pencipta!


Makhluk yg akhirnya menjadi seperti manusia dipercayai telah berevolusi sejak berjuta tahun dahulu dan berkembang pesat selepas tamatnya zaman dinosaur kira-kira 65 juta tahun dahulu iaitu pada penghujung Cretaceous Period.


Disebabkan manusia merupakan sejenis haiwan mamalia, maka kita dipercayai berasal dari haiwan yg dinamakan morganucodontids (Foto disertakan), seperti tikus yg hidup bersama dinosaur 210 juta tahun dahulu..ha ha..dan akhirnya berubah menjadi monyet, beruk, orang utan dan chimpanzi.


Evolusi seterusnya membentuk makluk yang boleh berdiri tegak, berjalan menggunakan dua kaki dan tangan bebas untuk memegang peralatan (tools). Pada masa tersebut, panjang anggota tangan  masih lagi melebihi panjang anggota kaki – seperti chimp la gitu. Tapi kita yang dipanggil manusia moden ini mempunyai panjang anggota tangan kurang dari panjang anggota kaki..cuba sukat tengok! Ha ha..Betoi tak?


Jadi makhluk tersebut yang wujud mulai 6 juta tahun dahulu yang diberikan pelbagai nama seperti Australopithecus dan Ardipithecus dipercayai adalah asal usul manusia yang sebelum itu berevolusi kepada Homo habilis, Homo erectus, Homo neanderthalensis, Homo denisova dan pelbagai lagi nama diberikan. Bukti kewujudan mereka adalah melalui fosil yang ditemui – bukan omong-omong kosong.


Satu perkara yang ramai orang keliru adalah istilah “human” dalam Bahasa Inggeris tu..jika kita translate ke Bahasa Melayunya dia jadi “Manusia”.  Sebabnya dalam sains jika makhluk yang wujud dari genus “Homo” itu dari Bahasa Latin yg dipanggil “Human being” dalam B Inggerisnya. Tetapi bagi kita “Manusia” adalah bermaksud “Manusia Moden” iaitu dari spesis “Homo sapiens” – seperti kita sekarang inilah. 


Untuk mendapatkan gelaran Homo tu dia mestilah boleh berdiri tegak di atas dua kaki (bipedal) dan mempunyai saiz ruang otak melebihi 600 cm padu (cm^3) serta gigi yg lebih kecil. Panjang anggota kaki perlu melebihi anggota tangan. 


Untuk makluman, manusia moden punyai purata saiz otak 1,350 cm padu iaitu kira-kira 2.2% dari berat badan kita. Manakala Ardipithecus yg hidup 5.6 – 5.8 juta tahun dahulu punyai saiz otak = 300 hingga 350 cm padu sahaja. Begitu juga Australopithecus yg hidup lebih kurang 3 juta tahun dahulu punyai saiz otak antara 400 hingga 550 cm padu sahaja. Sebab itu mereka berdua tidak dikelaskan dalam genus Homo..sbb saiz otak mereka kecil kurang dari 600 cm padu..hu hu.


Jika dilihat makhluk dalam genus Homo seperti Homo habilis (2.3 – 1.5 juta tahun dahulu), saiz otaknya 610 cm padu; Homo erectus (100,000 hingga 1.6 juta tahun dahulu), saiz otaknya 1,050 cm padu; Homo ergaster (1.5 – 1.9 juta tahun dahulu), saiz otaknya 860 cm padu; Homo heidelbergensis (300,000 – 600,000 tahun dahulu), saiz otaknya 1250 cm padu; dan yg paling terkini dan hampir dgn kita adalah Homo neanderthalensis yg hidup 28,000 – 300,000 tahun dahulu punyai saiz otak yg lebih besar dari manusia moden iaitu 1,500 cm padu. Manusia moden punyai purata saiz otak 1,350 cm padu!


Homo juga mesti mempunyai tangan yang bebas untuk menghasilkan dan menggunakan peralatan (tools).


SOALAN: Adakah makhluk homo yang awal itu boleh bercakap ayahku?


Setelah melakukan pelbagai pembacaan hasil penyelidikan lepas-lepas oleh saintis terkenal, ayahku percaya kesimpulannya mereka tidak boleh menggunakan Bahasa atau bercakap dengan baik seperti kita manusia moden. Buktinya? Didapati ruang lelangit (dalam mulut) fosil makhluk tersebut tu rata (flat) tidak melengkung seperti kita. 


Mereka mungkin boleh berbunyi “Huk Huk” gitu jer..tak boleh pun nak sebut “Nak Makan atau nak merempit dengan motor atau nak pi tengok movie Mat Kilau”..ha ha. Sehingga makhluk terakhir yang kita panggil “Neanderthals” pun masih flat lelangitnya walaupun punyai gene “FOXP2” dalam kromosom 7 – yang mempunyai peranan dalam pengucapan dan berbahasa.


Makhluk Neanderthals ini dipercayai telah berkahwin (tak perlu goncang tangan Tok Kadhi/Pak Imam pun) dengan kebanyakan manusia moden di Eropah sana..dan ada juga genenya kat penduduk Asia kita. 


Yang peliknya makhluk Neanderthals dan Denisovan ini pupus beberapa puluhan ribu tahun selepas wujudnya Manusia Moden. Kenapa?


Kenapa mereka pupus? Persoalan yg sering bermain difikiran saintis. 


Kemungkinan pertama mereka ini memang nak pupus pun..hanya tunggu masa jer Sang Pencipta nak pupuskan mereka ini. Nak ganti dengan manusia moden pulok. Kita la tuh!


Kemungkinan kedua: Mereka pupus sebab hasil perkahwinan campur dgn manusia moden. Banyak juga kajian ayahku dapati menunjukkan bahawa makluk tersebut kurang subur..maksudnya sukar nak dapat zuriat..terutamanya bila mereka berkahwin dengan manusia moden. Banyak kajian yg menunjukkan bahawa manusia moden skrg pun dah mula memadam gene yg berasal dari Neanderthals – sebabnya dia menyebabkan manusia moden jadi sukar nak dapat zuriat..jadi secara natural selection..kita akan padamkannya.


Kemungkinan ketiga: Saintis berpendapat bahawa Homo neanderthalensis ini sepatutnya mereka tak boleh kahwin dan dapat zuriat pun dengan spesis kita Homo sapiens. Sepatutnya berlainan spesis tak boleh dapat zuriat..contohnya LEMBU tak boleh kawin dengan KAMBING dan dapat anak LEMBING..ha ha. Tapi itu yg peliknya..depa boleh dapat zuriat juga tetapi ramai jadi mandul agaknya selepas itu..itu yg pupus tuh.


Kemungkinan keempat: Disebabkan makhluk lelaki depa dulu ni suka huk huk kat sana dapat anak sorang..huk huk kat sini dapat anak sorang lagi..jadi mereka pupus sebab manusia moden yg datang dari Afrika ni mungin membawa pelbagai penyakit yg depa ni tak tahan..kena wabak dan pupus..agaknya macam Covid ni la kot atau penyakit kelamin lain..hu hu.


Teori Evolusi yang dibawa oleh Charles Darwin melalui bukunya “On the origin of species” yg diterbitkan pada tahun 1859. Terserah kepada kita samada nak percaya atau tidak..tiada paksaan. Kita boleh mempercayai Teori Evolusi dengan syarat bahawa setiap evolusi yg berlaku itu semuanya atas kehendak Allah, Sang Pencipta. Selesai kes Evolusi.


SOALAN: Mengikut Al-Quran, Allah SWT menyatakan bahawa manusia dijadikan dari tanah. Kemudian ditiupkan roh untuk menjadi manusia yang akan menjadi Khalifah di muka Bumi ini. Apa pandangan ayahku?


Ayahku ni bukan la seorang ustaz untuk menjawab secara terperinci dari segi agama..takut nanti tersasar dan boleh memesongkan aqidah pulok.


Bagi ayahku, Allah SWT boleh buat apa sahaja atas hajat atau kehendakNya..Allah memang Maha dalam segala hal. Allah boleh mencipta manusia moden dari tanah atau berdasarkan segala bahan mentah dari tanah pong..tiada masalah. Kun fayakun! 


Dan ayahku dapati Bahasa Arab dalam Al-Quran juga menggunakan pelbagai istilah seperti Tanah (turab), Tanah Liat (Thin), Tanah Hitam yang diperap (hama’in masnun), Tanah Liat kering (shalshal) seperti tembikar(fakh-khar) yg digunakan Allah SWT untuk ciptakan manusia. Ada pendapat yg mengatakan bahawa itu adalah langkah-langkah diambil untuk menghasilkan seorang manusia moden. 


Maksudnya apabila tanah dicampur air kemudiannya menjadi tanah liat..tanah liat apabila diperap lama menjadi hitam dan berbau..tanah liat tadi jika dibiarkan maka menjadi tanah liat kering seperti tembikar yg tidak dibakar. Dibentukkan jasad manusia dan akhirnya Allah meniupkan rohnya untuk menjadi seorang Manusia Moden yang dipanggil Adam. Wallahu a’lam. Hanya Allah yg Maha Mengetahui ciptaannya.


Kajian terhadap meteorit juga terutama kondrit berkarbon (carbonaceous chondrites) menunjukkan bahawa komponen-komponen atau bahan-bahan mentah untuk membentuk hidupan seperti asid amino (bahan asas dalam membentuk protein), gula ribose & nucleobases (seperti Adenin, Guanine, Thymine/Uracil, Cytosine – yg membentuk RNA dan kemudiannya DNA) serta  asid lemak (Fatty acid)/lipid telah pun wujud sejak berbillion tahun dahulu lagi bersama kejadian Bumi dan Sistem Solar. 


Bahan-bahan tersebut juga iaitu seperti asid amino dan nucleobases tersebut juga boleh dihasilkan di dalam makmal seperti yg ditunjukkan oleh Eksperimen Miller-Urey Tahun 1953 dulu. Mereka menggunakan spark elektrik untuk menggantikan Petir dari alam semulajadi. Pada asalnya mereka juga tidak sedar yg eksperimen mereka itu berjaya disebabkan adanya mangkin/catalyst dari bekas kaca yg mereka gunakan iaitu kaca borosilikat – dimana silika bertindak sebagai mangkin mencepatkan proses sintesis tersebut. Tanah mempunyai kandungan silikat yg tinggi. Adeih!


SOALAN: Jika bahan-bahan asas yg membentuk hidupan itu seperti asid amino atau gula ribose ditemui dalam meteorit – bagaimana mereka pastikan bahawa itu bukan bahan-bahan yg berasal dari Bumi?


Sebenarnya hidupan di Bumi memang telah melakukan pemilihan yg tepat. Boleh dikatakan semua asid amino yg terbentuk di angkasa lepas iaitu semasa pembentukan sistem solar kita 4.6 billion tahun dahulu  atau yg kita hasilkan di dalam makmal semuanya adalah merupakan rasemik iaitu campuran L- dan D-enantiomer (bagi molekul kiral). Jika asid amino itu dari protein hidupan di Bumi, boleh dikatakan semuanya adalah L-enantiomer…kecuali Glycine – sebab ia bukan molekul kiral.


Begitu juga dengan gula ribose..jika dari angkasa lepas, ia merupakan campuran D dan L..sedangkan RNA hidupan di Bumi adalah gula D-ribose. Hebat kan!


Satu lagi panduan yang saintis gunakan adalah nisbah isotop C-12 kepada C-13. Jika ianya disintesis oleh hidupan di Bumi..kandungan C-13 berkurang sebab proses fotosintesis lebih gemar menggunakan karbon dioksida CO2  isotop C-12 berbanding dengan C-13. Ini dipengaruhi oleh kadar peresapan gas CO2 melalui stomata..dimana seperti yg kita ketahui kadar resapan gas adalah berkadar songsang kepada punca kuasa dua berat molekulnya (Hukum Graham-Kimia Fizik nih). Jadi CO2 dari isotop C-12 lebih cepat memasuki stomata pada daun tumbuhan…maka ia dipilih. Bye bye untuk CO2 dari C-13..he he!


Jika bahan organic dari tumbuhan atau haiwan di Bumi, nisbah C-12/C-13 adalah sekitar 88-93 berbanding dari bahan dalam meteorit yg mempunyai nisbah yg lebih rendah..mungkin sekitar 40 atau lebih rendah. Ini disebabkan oleh perubahan karbon kepada nitrogen di luar sana.


Jadinya, pada pandangan ayahku, Allah menjadikan manusia serta segala hidupan lain menggunakan bahan mentah dari tanah di Bumi – sebab tanah mempunyai kandungan silika/silikat yg tinggi serta pelbagai mineral yg diperlukan oleh hidupan, selain dari air, asid amino, nucleobases, gula ribos dan lipid – yg saintis percaya dihantar oleh meteorit/asteroid atau komet ke Bumi selepas Bumi telah menjadi sejuk – sesuai untuk kehidupan.


Pada pandangan ayahku juga, Allah boleh saja memilih mana-mana makhluk primitive seperti Neanderthal atau Denisovan (yg pupus sejak 40,000 tahun dahulu) atau mana-mana individu atas pilihanNya dan ditiupkan rohnya untuk menjadi manusia moden yg kita panggil Adam. Wallahu a’lam. Kemudian Allah menjadikan pasangan hidup Adam yg kita panggil Hawa. Sebenarnya ayahku tidak menemui istilah “Hawa” digunakan dalam Al-Quran.


Al-Quran juga tidak pernah menyebut bahawa sudah ada “makhluk primitive seperti manusia” atau pun tidak sebelum penciptaan Adam. Tidak pernah dinyatakan! Jadi, pada pandangan ayahku adalah tidak salah untuk kita mempercayai bahawa telah wujud “makhluk primitive yg hampir menyerupai manusia” di Bumi bertuah ini sebelum penciptaan Adam – manusia moden. Al-Quran juga tidak menyatakan bahawa Nabi Adam pernah bertemu atau tidak dgn makhluk seperti manusia tersebut.


Kejadian dan rahsia roh itu sendiri pun kita tidak tahu..itu semua rahsia Allah. Mungkin juga makhluk primitif tersebut tidak mempunyai “roh insani” seperti kita manusia moden..mungkin juga mereka mempunyai “roh haiwani”..pun kita tak tahu. Sebab itu mereka tidak boleh bercakap seperti kita. Wallahu a’lam.


Tapi yang ayahku pastinya anak cucu atau keturunan Nabi Adam memang “manusia moden” yg bijak..berakal..ada jiwa..ada rohani..sangat bijak dengan IQ purata 100. Mungkin juga roh insani (walaupun non-material) tadi berupaya menukarkan komponen-komponen dalam DNA (material) kita menjadikan kita lebih berakal, memahami perkara abstrak, boleh merancang, boleh bercakap dgn pelbagai bahasa dan dialek, lebih bersahsiah dan mempunyai kemampuan untuk mentadbir, menguruskan dan menjaga alam ini sebaiknya termasuk semua makhluk yang ada di dalamnya – seperti yg dikehendaki oleh Allah SWT menjadikan manusia sebagai “Khalifah” di muka Bumi ini.


Itulah tanggungjawab yg diberikan kepada kita manusia moden tetapi tidak diberikan kepada makhluk-makhluk yg awal daripada kita. Wallahu a’lam.


SOALAN: Ada tak dari kajian Sains tentang bila Adam dan Hawa yang merupakan asal usul kita wujud?


Yez my dear. Memang ada! Tapi hasilnya masih belum tepat lagi – mungkin ada beberapa perkara yg masih boleh diperbaiki.


Seperti yang kita ketahui, manusia mempunyai 23 pasang kromosom dimana 22 pasang dipanggil autosom dan sepasang lagi yg baki dinamakan kromosom seks/jantina. 


Manusia perempuan akan mempunyai kromosom jantina “XX”, manakala lelaki akan punyai kromosom jantina “XY”. DNA juga ada 2 jenis: satu dinamakan DNA nukleas dan satu lagi dinamakan DNA mitokondria (MtDNA). Kromosom Y akan diturunkan oleh Adam kepada anak lelakinya..kemudian kepada cucu lelakinya..kemudian kepada cicit..piut..miut..piat lelaki..semua lelaki akan membawa kromosom Y dari Adam tadi. Tetapi Y akan terputus warisannya jika si ayah tiada mempunyai anak lelaki – jadi putus benih la my dear..adeih.


Manakala MtDNA pulok akan diturunkan oleh ibu kepada anak lelaki dan anak pompuannya. Anak pompuannya akan turunkan kepada cucu lelaki dan cucu pompuannya..pastu cucu pompuan akan terus turunkan kpd cicit lelaki dan cicit pompuannya. Cicit pompuan akan turunkan kepada piut lelaki dan pompuannya..begitulah seterusnya.


Jadi hasil kajian saintis terhadap genetic menggunakan Gene Y dan MtDNA terhadap manusia moden adalah diringkaskan seperti berikut:


Hasil kajian Kromosom-Y, Adam nenek moyang kita adalah wujud sejak 125,000 – 156,000 tahun dahulu.


Hasil kajian MtDNA pulok memberikan Hawa wujud sejak 99,000 – 148,000 tahun dahulu.


Jadi pada pandangan ayahku terdapat pertindihan yg nyata iaitu 125,000 hingga 148,000 tahun dahulu. Itulah jangkaan umur Nabi Adam dan Hawa dari kajian genetic. Wallahu a’lam. Tapi ayahku percaya dalam 10-20 tahun akan datang, nilai perkiraan akan menjadi lebih tepat dan kita akan tahu bila sebenarnya Manusia Moden seperti kita ini wujud. Yang pastinya semua hominid/hominin sebelum kita pupus sejak 40,000 tahun dahulu hasil interaksi dengan kita Manusia Moden. Kemungkinan sebab kepupusan mereka sudah ayahku nyatakan di atas tadi. Wallahu a’lam.


Ayahku juga selalu terfikir kenapa saudara kita “Orang Asal” yang berada di Semenanjung seperti Negrito, Senoi dan Melayu-Asli (Proto-Malay) ramai diantara mereka masih tidak mahu menerima kemajuan sedangkan DNA mereka hampir sama dengan DNA kita Orang Melayu atau penghuni Benua Sunda (Sundaland) ini – adakah pengalaman pahit sejarah dalam kehidupan mereka sebelum ini menyebabkan mereka bersikap demikian? Pada pandangan ayahku, mereka tidak akan mencari kemajuan..kita sebagai Khalifah yg perlu membawakan kemajuan itu kepada mereka! Wallahu a’lam.


SOALAN: Adakah kita boleh mempercayai Evolusi sedangkan kita tidak dapat menemui fosil segala transisi yang berlaku seperti bagaimana Chimp bertukar kepada Homo sapiens?


Sebenarnya, masa dan ruang adalah kekangan kita..tetapi sekarang kita telah banyak menemui fosil yg menyokong Teori Evolusi tersebut.


Analoginya begini: Jika kita tinggal di Sanglang Perlis hari ini Julai 25 Tahun 2022. Kita buka tingkap umah kita..keriuuk..keriuuk..(seram sikek la)..tunggu 5-6 jam tapi takde pulok nampak zirafah melintas..akhirnya kita laporkan..”Zirafah tidak wujud sebenarnya”..Tetapi jika rumah kita di Tanzania, Kenya atau Uganda sudah pasti berpuluh ekor melintas kat umah kita! Itu dipanggil tersalah tempat. 


Kemudian pagi esoknya kita buka tingkap lagi..tunggu 5-6 jam lagi sampai terlelap..dan akhirnya kita laporkan “Harimau tidak wujud” sbb kita tak nampak juga Pak Belang melintas di situ. Tapi jika kita buka tingkap tu 200 tahun dahulu kat Sanglang..mungkin kita dah jadi salah satu menu breakfast Pak Belang dah kan..emm..itu dipanggil tersalah masa.


Satu lagi analogi yg ayahku nak berikan adalah jika kita ditanya, bilakah kita menjadi remaja..jika kita berjaya mengambil setiap saat foto kita sejak dari lahir hingga berusia 66 tahun? Boleh tak kita tentukan di saat mana kita mula menjadi remaja (bila saat n dan n+1 tuh)…sudah pasti kita tak dapat tentukan di saat mana kita berubahkan. Begitulah evolusi, ia berlaku secara sangat perlahan tanpa kita sedari..itulah evolusi! Selesai!


Samada kita nak mempercayai Teori Evolusi atau tidak, terserah kepada kita. Yang pentingnya kita perlu sematkan di hati kita bahawa setiap apa perubahan yang berlaku – dari makhluk satu sel kepada banyak sel..kepada haiwan/tumbuhan..makhluk chimp..Australopithecus, Ardipithecus, homo habilis, homo erectus, Neanderthals atau Denisovan atau pelbagai hominid lagi atau pun Manusia moden – semuanya atas kehendak Sang Pencipta yang Maha Bijaksana iaitu Allah SWT. Dialah perancang segalanya. Kita manusia membuat penyelidikan adalah untuk mencari kebenaran. Tetapi apa yg manusia temui bukan semestinya kebenaran yg mutlak tetapi semuanya relative. Setiap penemuan baru adalah lebih menghampiri kepada kebenaran. Insyaallah.


Pada pandangan ayahku, adalah tidak wajar kita menggunakan Al-Quran untuk menyokong sesuatu penemuan Sains. Sebabnya, penemuan Sains tidak pernah lengkap dan kekal. Apa yang ada di dalam Al-Quran sentiasa benar – kadang-kadang kita tersalah faham apa yg dimaksudkan. Wallahu a’lam.


Ayahku rasa cukup dulu buat masa ini..nanti ramai yang tumbang pulok musim-musim demam ILI nih. Ayahku pun lama tertangguh nak menulis artikel ini sebab kena dugaan ILI ni – demam dan batuk. Tapi, alhamdulillah, berkat doa semua..ayahku dah beransur pulih – dah tak demam lagi dan batuk pun sekali sahaja jer..dan dah boleh menulis ni..he he. Terima kasih semua.


Ayahku doakan semua rakan FB ayahku serta keluarga sentiasa dalam rahmat Allah.


Terima kasih kerna sentiasa menyokong penulisan Ayahku yg tak sepertinya ini.


Pohon maaf jika apa yg ayahku tulis ini bertentangan dengan pendapat masing-masing. Apa yg ayahku tulis adalah berdasarkan fahaman ayahku sebagai seorang ahli Sains.


#ayahkumenulis

Imam sotjo

 PELINDUNG MUSLIMAH AKHIR ZAMAN !*



Selepas kejatuhannya Empayar Turki Uthmaniyyah dan kemasukannya orang-orang Perancis ke Turkiye Selatan. 


Pada saat itu kesemua Para Muslimah mereka masih lagi mengekalkan pemakaian Tudung (Hijab), walaupun idealogi Liberalisme dan Sekularisme sedang giat berkembang.


Jeneral Perancis yang memerintah ketika itu sedang berjalan-jalan dan ternampak adanya seorang Muslimah yang Bertudung (Hijab).


Maka Jeneral Perancis itu pun menghampirinya dan dia pun berkata kepada Muslimah itu;


"Negeri kamu telah tiada dan kamu sekarang berada dibawah pemerintahan Barat. Sekarang buka Tudung kamu !." 


Muslimah itupun menolak dengan keras permintaannya demi menjaga Maruah dan Syariat Islam !


Lalu Jeneral Perancis itu pun menghulurkan tangannya untuk membuka Tudung Muslimah tersebut.


Berdekatan disitu adanya seorang lelaki Turkiye yang sedang menjual susu. Namanya ialah Imam Sotjo. 


Oleh kerana semangat Keislamannya yang rela berkorban demi melindungi Para Muslimah daripada dianiaya oleh orang-orang Kafir dan tidak sanggup pula membiarkan Maruah Islam dipijak-pijak.


Maka, beliau telah datang bergegas kearah Jeneral Perancis itu dan menarik Pistol yang berada dipinggangnya dan terus menembak dikepalanya.


Maka dengan kisah yang berlaku itu, sebuah patung (Tugu) dan sebuah universiti telahpun dibina diatas nama Pahlawan Pemberani itu. 


Dan kisah Pahlawan Pemberani itu masih lagi diceritakan di sekolah-sekolah Turkiye sehinggalah ke hari ini, bagi mengenang Pengorbanan beliau didalam melindungi Syariat Islam dan Para Muslimah. 


Selepas daripada kejadian itu, Revolusi Perancis pun tercetus yang akhirnya membawa kepada pemecatan orang-orang Perancis...


* NOTA.


Inilah yang dikatakan Umat Islam yang Bertauhid Sejati !


Tidak adanya Penyakit Al-Wahn' didalam Hatinya dan tidak pula sesekali tunduk dan takut kepada orang-orang Kafir yang Zalim !!!


Sesungguhnya PERJUANGAN beliau itu adalah untuk melindungi Syariat Islam dan melindungi Para Muslimah daripada Kezaliman dan Kekejaman orang-orang Kafir.


"HIDUP MULIA MATI SYAHID..."


Umat Islam yang Bertauhid Sejati itu adalah yang Mencintai Akhirat lebih daripada Duniawi ini, dan mereka tidak pula bersedih hati dan kecewa diduniawi palsu yang sementara ini. 


Sebaliknya, disetiap hari mereka hanyalah merindui dan tidak sabar menunggu waktunya untuk kembali semula ke Kampung Halamannya (Negeri Akhirat) yang kekal abadi.


"Berjuanglah untuk Menengakkan Kebenaran dan Keadilan sehingga Allah SWT memenangkan Agama Tauhid-Nya, atau kita yang hancur kerana Kelalaian, Ketakutan dan Kejahilan kita..."


Kredit dari Syeh Haqqtullah

Sabtu, 23 Julai 2022

Syirik

 Betapa SYIRIK nya kita


1. Belajar pandai pandai, nanti dah besar pangkat tinggi , gaji besar hidup senang. SYIRIK


2. Lepas belajar apply kerja gomen, senang dan cerah masa depan. SYIRIK


3. Kalau hafal quran , besar nak jadi apa? SYIRIK


4. Kerja gomen senang beli rumah SYIRIK


5. Uishhh kalau tak makan ubat ni, mati kena sakit jantung. SYIRIK! 


Dan banyak lagi kesyirikkan yang selalu kita ungkapkan tanpa sedar. Seolah olah nasib dan masa depan kita bergantung kepada Tingginya pelajaran, tinggi nya kedudukan


Kita lupa, setiap yg hidup Allah dah tuliskan rezekinya tersendiri. Allah dah siap kan semua. Kita hanya lalui dgn YAKIN! 


Yakin ke kita, esok masih ada kerja? 

Yakin ke kita, esok masih ada pelanggan? 

Yakin ke kita, esok company kita masih ‘bernyawa’?


Kenapa sibuk sangat nak jadi ahli nujum, meneka masa depan sampai membelakangkan tugas Allah?


Hati-hati kawan(saya juga pesan pada hati)

Kadangkala, kita ni zahir  nampak taat, batin belum tentu. Kenapa? Sebab yakin kita pada Allah sangat lah sedikit. Banyak bersangka buruk pada takdir Allah.


Bila tak kena dgn plan kita, sibuklah kata ‘kalaulah’….

Tak sedar lagi ke, semua itu adalah takdir Allah

Siapa yg tulis dan susun takdir kita?

ALLAH! 

Allah tu apa sifat nya? 

Maha berkuasa, Maha  bijaksana, Maha pengasih

Jadi kenapa nak prasangka lagi dengan takdir Allah???????


Kenapa nak meletakkan masa depan kita, anak anak kita pada tingginya belajar hidup akan senang? 

Yakin sangat ke kita, belajar tinggi tu hidup senang lenang? 


Kenapa nak letakkan nyawa kita tu dibawah pegangan ubat? Yang sembuhkan tu ubah ke Allah? 


Kenapa overthinking bila sales tak de? Yang bagi sales tu manusia ke Allah? 


Kenapa kalau keje gomen katanya bole beli rumah, yang bagi kebolehan beli rumah tu gomen ke Allah? 


Kenapa sampai sanggup kata, isshhhh tak bole takde laptop ni, ni lah ‘nyawa’ utk buat kerja. Takde ni, habis kena marah dgn bos! Yg bagi kerja tu boss ke Allah? 


Ya Allah….

Banyak sungguh kita ‘Mensyirikkan’ Allah dgn sesuatu kan. Sedar atau tidak, ini lah kita dan perangai kita. 


Sedangkan kita tahu, dosa mensyirikkan Allah itu adalah dosa YANG PALING BESAR


Jom sahabat. Kita kembali ke pangkal jalan, kita buang kesyirikkan tanpa sedar kita, kita jaga lidah kita drpd berkata yg sia sia, dari berkata sesuatu yg boleh jatuh akidah kita. 


Bila dengar usrah Ustaz Ahmad rizam , mmg rasa dia sgt dalam. Sebab ada antaranya memang saya masih buat😭


Bila duduk di depan beliau, rasa bagai disembur sembur , kenapa nak terasa begitu? Sbb mmg buat😭


Ya Allah, ampunkan kami yg byk sgt lemah 

Ya Allah, terimalah taubat kami yg berulang ulang buat salah

Ya Allah, pimpin lah hati dan jiwa kami yg selalu sgt goyah

Ya Allah, tanpa Mu kami pasti rebah


Bantu kami Ya Allah


Selamat pagi Ahad


A S S A L A M U A L A I K U M❤️


#CNP

Rabu, 20 Julai 2022

Mat kilau

 HUGH CLIFFORD 


Dalam Sejarah, nama Sir Hugh Clifford paling sinonim dgn sejarah Pahang terutama peranan beliau dlm Perang Inggeris-Pahang 1892-1895.


Beliau lahir dlm thn 1866 dan telah datang ke Tanah Melayu utk berkhidmat sbg pegawai kadet kpd Residen Inggeris di Perak Sir Hugh Low ketika berusia 17 tahun. 


Pada tahun 1887 beliau dikirimkan ke Pahang sbg ejen Inggeris utk memperdayakan Sultan Ahmad seterusnya membantu Inggeris menguasai Pahang. Sebelum ke Pahang, Clifford atau yg dikenali sbg Kalipat oleh Mat Kilau pernah tinggal di Siam dan belajar ilmu kebal di sana. Clifford juga fasih berbahasa Melayu dan sgt mengenali adat resam budaya Melayu dan pernah menjadi anak angkat kpd Tok Gajah.


Inggeris selepas berjaya menguasai Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Johor mula mengalih perhatian mereka kepada negeri Pahang. Pada mulanya mereka menghantar William Cameron (Cameron Highlands mengambil sempena nama beliau) dgn menggunakan tipu muslihat utk mendapatkan kebenaran Sultan Ahmad utk menjelajah negeri Pahang kononnya bg tujuan melihat keindahan negeri Pahang. Sebaliknya Cameron mengembara ke seluruh negeri Pahang utk melihat sumber asli yg ada di negeri Pahang dan beliau mendapati Pahang kaya dgn bijih dan emas urai. Beliau kemudiannya melaporkan perkara ini kpd Gabenor British di Singapura. Gabenor British kemudiannya memutuskan mereka perlu masuk ke negeri Pahang yg kaya dgn hasil bumi itu.


Pahang ketika itu baru tamat dr Perang Saudara dan sedang menikmati kemakmuran di bawah pemerintahan Bendahara Tun Ahmad. Tetapi anak2 Bendahara Tun Mutahir tidak berpuas hati dan terus melancarkan penentangan demi penentangan. Mereka meminta bantuan drpd Raja Mahadi yg dibantu mereka dlm Perang Kelang utk merebut semula Pahang tetapi Tok Gajah berjaya memadamkan pemberontakan mereka. Kemudiannya mereka meminta bantuan Tengku Kudin sbg balasan kerana membantu baginda mengalahkan Raja Mahadi. Malangnya Tengku Kudin mungkiri janji utk membantu mereka memandangkan keadaan beliau di Kuala Selangor belum kukuh dan saki baki orang2 Raja Mahadi masih menentang mereka. Sebaliknya Tengku Kudin menasihatkan mereka supaya kembali ke Pahang dan menghentikan sengketa. Bendahara Tun Ahmad kemudiannya mengampunkan anak2 saudara baginda sekaligus menamatkan Perang Saudara Pahang.


Memandangkan Sultan Linggi masih mahu menuntut takhta Pahang, akhirnya pembesar2 Pahang mengangkat Bendahara Tun Ahmad sbg Sultan Pahang.


Berbalik kpd Hugh Clifford, beliau menjadi pembantu kpd Residen Inggeris pertama Pahang, JP Rodger slps Menteri Besar Johor menggunakan muslihat utk mempengaruhi Sultan Ahmad supaya menerima Residen Inggeris itu. Menteri Besar Johor telah mengadap Sultan Ahmad dan memujuk baginda supaya menerima Residen Inggeris utk memajukan negeri Pahang spt Selangor dan Perak. Inggeris menggunakan pembunuhan saudagar Cina di Pekan yg berhutang dgn baginda utk mendesak Sultan Ahmad supaya menerima seorang penasihat Inggeris. Sultan Ahmad akhirnya terpaksa menerima Residen Inggeris kerana terpaksa.


Sultan Ahmad menganggap negeri Pahang sbg sebuah negeri yg miskin dan melihat peranan Inggeris utk membangunkann negeri Pahang yg sebenarnya hanya mahu menguasai bijih dan emas yg ada di negeri Pahang.


Selepas JP Rodger, Hugh Low dilantik menjadi Residen Inggeris di Pahang. Beliau mengatur rancangan utk menghasut Sultan Ahmad supaya mengikut rancangan Inggeris yg diatur beliau.


Antaranya memindahkan pusat pentadbiran dr Pulau Tawar ke Pekan utk menjauhkan Sultan Ahmad dgn Tok Gajah, Orang Kaya Pulau Tawar yg sgt dihormati dan disayangi baginda.


Ketika di Pekan, Hugh Clifford menggunakan tipu muslihat yg dahsyat utk menipu Sultan hingga baginda melucutkan jawatan Orang Kaya Semantan yg dipegang oleh Datuk Bahaman. Taktik ini adalah utk merenggangkan hubungan Sultan dgn pembesar2 kepercayaan baginda dan pembesar2 ini tidak dibenarkan mengadap Sultan oleh Clifford. 


Hugh Clifford mula merancang dgn mengarahkan Sultan supaya melantik pegawai daerah dan jg melarang rakyat membawa senjata. Rakyat jg perlu membayar hasil cukai kpd pemungut cukai yg dilantik oleh Inggeris dan rakyat perlu mendapatkan kebenaran drpd pegawai Inggeris utk masuk ke hutan bg mengutip hasil hutan.


Ini menimbulkan kemarahan pembesar2 Pahang.


Perkara inilah yg mencetuskan Perang Semantan. Penentangan hebat yg dilakukan oleh Datuk Bahaman telah menyebabkan pihak Inggeris mengalami kekalahan demi kekalahan dan kerugian yg besar.


Inggeris menggunakan hasil yg mereka kutip di negeri Pahang utk membiayai peperangan menentang pahlawan2 negeri Pahang.


Kemenangan yg diraih oleh Datuk Bahaman telah menaikkan semangat org Melayu Pahang utk melawan pendudukan Inggeris ini. Mat Kilau, Orang Kaya Budu menentang Inggeris di Raub. Hugh Clifford membuat laporan palsu kpd Sultan sedangkan mereka sewenang2nya merampas tanah2 org Melayu utk melombong emas. Mereka mengatakan tanah diserahkan Sultan kpd mereka sdgkan Sultan Ahmad tidak tahu menahu tentang perkara ini. 


Hugh Clifford juga mempengaruhi Sultan Ahmad supaya melucutkan jawatan Datuk Bahaman dan Mat Kilau serta mengisytiharkan mereka menderhaka kpd Sultan.


Clifford juga memfitnah pahlawan2 Melayu Pahang ini membunuh, memperkosa dan membakar rmh penduduk kampung bg menaikkan kemurkaan Sultan sehingga baginda mengisytiharkan pahlawan2 Melayu ini sbg menderhaka kpd baginda.


Tidak cukup dgn itu, Clifford membawa masuk lbh byk tentera Sikh ke Pahang dan membentuk sepasukan polis dr klgn org Melayu utk memadamkan pemberontakan yg dilakukan oleh Datuk Bahaman dan Mat Kilau. Clifford jg mengupah pahlawan2 Melayu utk menangkap Datuk Bahaman dan Mat Kilau. 


Clifford membina balai2 polis di kawasan strategik di tepi Sg Pahang serta melantik majistret utk menghukum rakyat Pahang yg melanggar undang2 Inggeris.


Datuk Bahaman dan Mat Kilau berjaya memusnahkan kedudukan2 penting Inggeris di Pahang dan membunuh ramai pegawai Inggeris. Perkara  ini menimbulkan kemarahan Clifford dan beliau menghasut Sultan Ahmad supaya membantu mereka mengalahkan Datuk Bahaman dan Mat Kilau termasuk meminta Sultan Ahmad supaya memerintahkan Tok Gajah supaya menangkap Datuk Bahaman dan anak beliau sendiri, Mat Kilau.


Dipendekkan cerita, Clifford akhirnya berjaya mempengaruhi Sultan Ahmad supaya mengeluarkan perisytiharan derhaka kpd Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau serta sesiapa yg membantu perjuangan mereka dianggap sbg menderhaka kpd Sultan. Lanjutan drpd itu, perjuangan pahlawan2 Melayu Pahang terpukul dan mereka terpaksa berundur ke Kuala Antok, pintu masuk ke negeri Kelantan dan Trengganu dr Pahang. Menyedari Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan saki baki pahlawan Pahang berundur ke sana, Hugh Clifford mengumpulkan ketombokan tentera yg terdiri drpd tentera Sikh, polis2 Melayu dan juga pahlawan2 Melayu yg setia dgn Sultan Ahmad utk menghapuskan penentangan. Sultan Ahmad sendiri mengetuai serangan tersebut.


Pahlawan2 Melayu Pahang ini bila sahaja mereka mengetahui Sultan Ahmad sendiri mengetuai pasukan utk menyerang mereka, akhirnya Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau membuat kptsn membubarkan pasukan kerana tidak mahu berperang dgn Sultan Ahmad dan mengarahkan pahlawan2 Pahang yg lain yg tidak dicop sbg penderhaka supaya pulang ke pangkuan keluarga masing2 dan mereka bertiga kemudiannya mengundur ke Trengganu, Kelantan dan kemudiannya ke Pattani.


Hugh Clifford yg masih berdendam dgn Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau terus memburu mereka termasuk menggunakan askar upahan dan juga bantuan drpd Raja Siam. 


Hugh Clifford kemudiannya ditamatkan perkhidmatan sbg Residen Inggeris di Pahang pada tahun 1903 dan kemudiannya dilantik sbg Setiausaha Jajahan Trinidad kemudiannya Gabenor di Ceylon, Gold Coast dan Nigeria.


Pada tahun 1929 beliau dipanggil pulang ke England dan meninggal pd tahun 1941. Tetapi hingga tamat perkhidmatannya sbg Residen Inggeris, beliau gagal menangkap dan membunuh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. 



Datuk Bahaman yg kemudiannya dikenali sbg Tok Peramu meninggal dunia pd tahun 1977 ketika berusia 138 tahun manakala Mat Kilau meninggal pd tahun 1970 ketika berusia 123 tahun beberapa bulan slps mengisytiharkan diri beliau sbg Mat Kilau di Masjid Pulau Tawar, Jerantut.


Tetapi peranan Hugh Clifford yg zalim dan kejam menguasai bumi Pahang ini perlu diingati oleh semua marga dan nama mereka tidak perlu diabadikan di negara kita.


Sama2 kita sedekahkan Al Fatihah buat semua pejuang2 yg menentang pendudukan Inggeris ini dlm satu perang jihad yg besar.