Ahad, 7 Ogos 2022

Tips ekjem

 Tips utk budak2 nak UPS :

1. Solat subuh berjemaah

2. Jangan tiru tutor

3. Jangan main dlm lab

4. Tak paham jumpa lecturer

5. Jangan bergantung dengan soalan ramalan

6. Cari kawan yg jenis ada matlamat bukan yg nak main-main

7. Jangan bercouple

8.Belajar bukan hanya 3k (Kelas, kafe, katil)

9.jangan main handphone dalam kuliah 

10. Jangan kutuk lecturer          blkng2x

11.kutuk lecturer dpn2 pon x bole

12. Elak last minit preparation

13. Jangan tido pleasee

14. Nampak hala tuju ( target kita)/ tujuan kita bljr sbb apa. Nak guna apa yg kita belajar utk apa.Baru lah mudah utk kita faham

15. Jangan tiru lab

16. Belanja pensyarah

17. Selalu btanya khabar pensyarah

18. Ziarah ke rumah psyarah

19. Mdoakan kesejahteraan psyarah

Sabtu, 6 Ogos 2022

Fuad

 4 LAPISAN AKAL MANUSIA 


1. Sadr

2. Qolbu

3. Fuad

4. Lubb.


Sadr menjadi lapisan pertama akal tempat kita menyemai pengetahuan, menyimpan pengalaman serta memahat ingatan dan nasihat.


Bila wujud nya sesuatu urusan, Qolbu yang menjadi lapisan kedua akal, menimbang berasaskan pengetahuan, pengalaman serta nasihat yang tersimpan tadi. Qolbu tidak dapat mengolah menggunakan sesuatu pengetahuan yang tidak wujud di Sadr. Ini disebut batas pengetahuan sesaorang. 


Fuad menjadi lapisan ketiga akal. Ia adalah otak bagi otak. Setelah Qalbu puas menimbang, Fuadlah yang membuat keputusan.


Lubb menjadi lapisan paling dalam akal. Jika Allah pegang Lubb sesaorang, tidak ada makhluk yang dapat menyesatkannya.

Pengetahuan di Sadr setinggi mana pun tetaplah akal akalan, sangka sangkaan serta hasil klon dan doktrin.

Sedang jika Allah buka pintu Lubb, ilmunya tiada batas berasas sebab dan musabab.

Disitulah tercurahnya ilmu Alam Malakut,  Jabarut dan Lahut 


Al Faqir Ibnu Bahlul Ibnu Sina 

Crystalliser of AHA Cyder Technology 

013 4041505 

011 35142611

Jumaat, 5 Ogos 2022

Siam

 Nama tempat dalam Bahasa Melayu di Thailand:


Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.

Thalang (Tanjung Salang)

Yala (Jala)

Betong (Betung)

Bannang Sata (Benang Setar)

Raman (Reman)

Kabang (Kabae / Kabe)

Krong Pinang (Kampung Pinang)

Narathiwat (Menara)

Tak Bai (Tabal)

Rueso (Rusa)

Su-ngai Kolok (Sungai Golok)

Su-ngai Padi (Sungai Padi)

Tanyongmat (Tanjung Mas)

Buketa (Bukit Tar)

Pattani (Pantai Ini)

Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)

Yaring (Jaring)

Krue Sae (Gersik)

Panare (Penarik)

Yarang (Jarang @ Binjai Lima)

Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’

Chana (Chenok)

Na Thawi (Nawi)

Thepha (Tiba)

Saba Yoi (Sebayu)

Ranot (Renut)

Sadao (Sendawa)

Samila Beach (Pantai Bismillah)

Satun (Setul)

Khuan Don (Dusun)

Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama ‘Kuala Bunga’.

Ko Similan (Pulau Sembilan)

Ko Panyee (Pulau Panji)

Ko Phi Phi (Pulau Pi Ah Pi)

Takua Pa (Kupa)

Phattalung (Bedalong / Merdelong)

Trang (Terang)

Ranong (Rundung)

Krabi (Ghraibi)

Chaiya (Cahaya)

Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja/Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah 'Tambralingga/Ligor'.



KPPA


Kepimpinan melalui tauladan
Jangan jadi ketam berjalan lurus
Selain di malaysia... dah lama letak jawatan sebagai tanda bermaruah

Insiden Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Menengking  dan Mengeluarkan Kata-Kata Kesat Terhadap Pegawai Kanan Imigresen di KLIA. 

 • Kejadian berlaku pada 3 Ogos 2022, antara jam 8.40 pagi ke 9.40 pagi di KLIA;

 • KPPA menaiki pesawat MH0752 ke Vietnam dan menggunakan Bilik Orang Kenamaan (VIP) KLIA;

 • Insiden bermula apabila tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP KLIA. Semangnya pegawai tidak ditempatkan di sini 24 jam kerana mereka bertugas di kaunter biasa. Pegawai akan datang setelah pemakluman dibuat;

 • Ketua Operasi Imigresen KLIA, Ketua Penolong Penguasa (KPP 48) James Lee telah dipanggil, ditengking, dan diminta supaya berdiri tegak di tengah khalayak ramai;

 • Antara kata- kata yang dikeluarkan oleh KPPA kepada  KPP James Lee yang memakai jaket Imigresen ialah:-

 1. “Kenapa sorok tangan, ada receive anything ke”;
 2. Do You Know Who am I? I am KPPA”;
But u r still slave of god... same as us
 3. “Berdiri Tegak, Stand Straight Now”;

 • Kata-kata di atas telah dilepaskn dalam nada menengking sehingga membuatkan Pegawai Imigresen yang berpakaian tugas rasmi berasa terhina di depan khalayak ramai dan menitiskan air mata;

 • KPP James Lee juga merasakan beliau telah dibuli dan dimalukan di hadapan orang ramai, apa tah lagi di hadapan pegawai-pegawai beliau sendiri;

 • Selaku Ketua Operasi, tugas KPP James Lee adalah memastikan urusan keluar masuk penumpang antarabangsa di KLAI berjalan lancar. Tugas ini telah dilaksanakan dengan berkesan;

 • Sikap pegawai kanan Kerajaan yang sombong dan angkuh seperti ini boleh menimbulkan kebencian rakyat marhaen

Salah tetap salah
Berani kerana benar

Khamis, 4 Ogos 2022

Chicken

 GAME OF CHICKEN


Perkembangan di Taiwan merisaukan tapi tak sama dengan kes Ukraine.


3 hari sebelum Rusia melancarkan serangan, Zelensky bukan saja tak beri jaminan Ukraine tak akan masuk NATO, malah memberi isyarat Ukraine akan kembali jadi negara pemilik senjata nuklear.


Dari perspektif Rusia, itu adalah hal hidup atau mati yang memerlukan tindak balas serta-merta. Sebab tu walaupun Rusia kena macam-macam sekatan, approval rate orang Rusia terhadap Putin sekarang adalah 80%.


Dalam kes Taiwan pula, lawatan Pelosi tak ubah apa-apa status quo pun.


Bukannya hari ini Pelosi datang, esok Tsai Ing-wen mengisytiharkan penubuhan Republik Taiwan dan buat pakatan ketenteraan dengan US. Normalisasi hubungan pun tak (US dah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan ROC di Taiwan sejak 1979). 


Lawatan Pelosi lebih kepada tujuan publisiti, nak lawan suara-suara dalam US yang kata kerajaan Biden dan Demokrat lemah, kurang zat telur.


Sebab Midterm Election dah nak dekat (November). Dengan masalah inflasi, approval rate Biden yang sekadar 38%, Trump sibuk buat comeback, memang nampak Demokrat tak selamat. 


Jadi Demokrat termasuk Pelosi memerlukan kontroversi. Isu Taiwan ni pulak adalah antara isu rare yang disokong sebulat suara oleh kedua-dua Demokrat dan Republikan. So bolehlah nak tunjuk "tough", dapat approval daripada rakyat dan media.


Pada masa yang sama, kewibawaan Xi pun banyak jatuh di kebelakangan ini. Dengan dasar Zero Cobid, ekonomi yang lemau, kedudukan Xi dalam parti pun mula tergugat.


Jadi kerajaan Xi pun kena tunjuk tough. Sebab kalau China tak buat apa-apa, Xi akan dilihat lemah, lagi tergugat. Tu yang bagi amaran "jangan main api" bagai.


Tapi warning macam mana pun, Pelosi tetap perlu meneruskan perjalanan. Sebab kalau dia "chicken" (jadi penakut), maka tak capai tujuan nak tunjuk tough, dan akan kena bahan oleh media pro-Republikan. Imej Demokrat makin tercalar.


Pelosi dah accomplish mission dia. So now, bak kata orang putih, "bola ada di gelanggang China".


China tak boleh "chicken". Kalau "chicken", lagi jatuh wibawa Xi. Taiwan dan negara-negara ASEAN akan jadi lebih berani, anggap warning China tu warning kosong.


Tapi serang dan takluk Taiwan tak menepati kepentingan China buat masa sekarang. Taiwan ni walaupun kecil tapi ada kelebihan sebagai pulau.


Nak takluk pulau ni tak sama macam nak cross sempadan Rusia-Ukraine. Perlu perancangan yang rapi, tak boleh ad-hoc nak serang gara-gara lawatan Pelosi.  


Keadaan ekonomi China sekarang tak dapat sustain "war economy". Dan China pun nampak kesan sekatan ekonomi pada Rusia.


Jadi walaupun lawatan Pelosi provokatif di mata China, tindak balas dalam bentuk perang adalah tak "proportionate" dengan provokasi.


Paling tough China boleh buat pun latihan ketenteraan mengepung Taiwan, buat sekatan, demonstrate kekuatan China, fly-over, tembak misil. 


Tindakan lebih daripada itu tak menepati kepentingan China, buat masa ini.


Tapi never underestimate kesan provokasi terhadap pihak yang berada dalam keadaan desperate.


Nak lebih memahami latar belakang isu Taiwan ini, boleh baca dalam Dunia Tanpa Tembok III (World Without Walls III), dan juga Kitab Tamadun Cina:


https://thepatriots.store/store/latest/world-without-walls-3/

https://thepatriots.store/store/latest/kitab-tamadun-cina/