Jumaat, 5 Ogos 2022

KPPA


Kepimpinan melalui tauladan
Jangan jadi ketam berjalan lurus
Selain di malaysia... dah lama letak jawatan sebagai tanda bermaruah

Insiden Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Menengking  dan Mengeluarkan Kata-Kata Kesat Terhadap Pegawai Kanan Imigresen di KLIA. 

 • Kejadian berlaku pada 3 Ogos 2022, antara jam 8.40 pagi ke 9.40 pagi di KLIA;

 • KPPA menaiki pesawat MH0752 ke Vietnam dan menggunakan Bilik Orang Kenamaan (VIP) KLIA;

 • Insiden bermula apabila tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP KLIA. Semangnya pegawai tidak ditempatkan di sini 24 jam kerana mereka bertugas di kaunter biasa. Pegawai akan datang setelah pemakluman dibuat;

 • Ketua Operasi Imigresen KLIA, Ketua Penolong Penguasa (KPP 48) James Lee telah dipanggil, ditengking, dan diminta supaya berdiri tegak di tengah khalayak ramai;

 • Antara kata- kata yang dikeluarkan oleh KPPA kepada  KPP James Lee yang memakai jaket Imigresen ialah:-

 1. “Kenapa sorok tangan, ada receive anything ke”;
 2. Do You Know Who am I? I am KPPA”;
But u r still slave of god... same as us
 3. “Berdiri Tegak, Stand Straight Now”;

 • Kata-kata di atas telah dilepaskn dalam nada menengking sehingga membuatkan Pegawai Imigresen yang berpakaian tugas rasmi berasa terhina di depan khalayak ramai dan menitiskan air mata;

 • KPP James Lee juga merasakan beliau telah dibuli dan dimalukan di hadapan orang ramai, apa tah lagi di hadapan pegawai-pegawai beliau sendiri;

 • Selaku Ketua Operasi, tugas KPP James Lee adalah memastikan urusan keluar masuk penumpang antarabangsa di KLAI berjalan lancar. Tugas ini telah dilaksanakan dengan berkesan;

 • Sikap pegawai kanan Kerajaan yang sombong dan angkuh seperti ini boleh menimbulkan kebencian rakyat marhaen

Salah tetap salah
Berani kerana benar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan