Pelbagai kisah Billie Eilish nak ku sampaikan
TRAGEDI ANAK MELAYU SERTA YG BERKOPIAH
Pelbagai cerita mengenai konsert Billie Eilish ingin ku sampaikan di pagi minggu yg santai ini. Aku kenal penyanyi ini menerusi lagunya Lovely yg dimainkan anak di dlm kereta.
Baiklah aku terbuka mengenai kehadiran Billie. Apapun utk aku sudah tentu tidak akn pergi kerana ia bukan jiwa aku utk menontonnya ( lagu tak sesuai dgn jiwa atau usia ) tetapi utk anak muda sebaliknya.
Aku terlihat di Tik Tok seorang anak muda menceritakan dia keluar rumah dari jam 4 pagi ke Stadium Bukit Jalil… what? Konsert mula jam 9 malam kau hadirkan diri jam 4 pagi.
Kalau org pergi masjid jam 4 pagi sdgkan solat Subuh 6 pagi pun kena tuduh ekstrim. Begitulah masyarakat kita utk artis dipanggil ‘die hard fan’ tetapi utk tujuan agama dipanggil ‘ekstrim.’ Kesian org agama kan😀
Okay selesai bab itu. Aku nak sentuh tentang penganjur pula. Aku rasa kelakar bila melihat cara penganjur ini menyediakan set pentas. Aku rasa penonton terpaksa bawa teropong utk konsert tersebut. Penonton bayar tiket dkt harga RM 500 utk tgk rumput je la… punya jauh.
Okay next… aku ada terlihat aksi Nabil yg berkopiah dan berjubah menzahirkan kekesalan atau kesedihan apabila lupa tarikh konsert tersebut. Dia beritahu kerugian RM 2,500 apabila sudah membeli tiket tersebut utk keluarganya.
Kenapa Nabil beraksi begitu dan selepas itu beritahu tidak kesal. Sdgkan aksinya menunjukkan dia bersedih sgt. Aksinya dgn berkopiah dan berjubah berbuat demikian mendapat kecaman netizen…sebenar tak perlu Nabil berbuat demikian. Apa dia nak show off byk duit atau trending ?
Yg terakhir paling tragedi mengenai PAS. Masihkah kita ingat di zaman BN dan PH memerintah setiap kali muncul artis2 luar negara… anak2 muda parti ini lah yg keluar demontrasi membantah.
Malah Billie yg dikaitkan pro LGBT menerusi singlenya ‘Wish You Were Gay’ dan aksinya dlm sebuah klip video dgn kaum sejenis langsung tidak mendapat bantahan awal. Bila dah habis atas kepentingan politik baru lah ada mamat ini bersuara bantah.
Sdgkan Menteri Agamanya dari PAS hingga skg diam membisu. Sgt hipokrit dan jelas memperdagangkan agama utk tujuan peribadi. Bila org lain ingin berbuat demikian dikatakan tidak Islamik, Islam Liberal, Islam Terancam, subahat, tunduk pada Cina, Jgn Terlibat dgn konsert haram dan bermacam mcm lagi.
Tak apa lebai masih ada byk konsert lagi utk anda berdemontrasi. Lepas ini ada konsert Dewa19, Fourtwnty, Boys Like Girls, Justin Bieber, Calum Scott dan beberapa artis lagi. Jika tidak silap Calum Scott pernah mengaku dirinya gay. Kita harap Menteri "al fulus fi dunia wal mampus fil akhirat” bersuara… Islam terancam skg ini… tak akan nak biar LGBT berkembang🫣
Tiada ulasan:
Catat Ulasan