*BEZA NEGARA KAYA VS MISKIN*
“Perbezaan antara negara miskin dan kaya bukanlah kerana berapa awalnya tamadun negara tersebut.”
Kalau tidak pasti India dan Mesir, yang tamadunnya lebih 2000 tahun dah jadi kaya.
Sebaliknya, Kanada, Australia dan New Zealand, yang baru berumur 150 tahun, hari ini adalah negara maju dan kaya.
Perbezaan antara negara miskin dan kaya juga tidak bergantung kepada sumber asli yang ada.
Jepun mempunyai wilayah yang terhad, 80% bergunung-ganang, tidak sesuai untuk pertanian merupakan antara ekonomi terbesar dunia. Negara ini umpama sebuah kilang terapung yang besar, mengimport bahan mentah dari seluruh dunia dan mengeksport produk perkilangan. Korea Selatan juga begitu. Malaysia pula berbeza kerana ia punya sumber alam yang pelbagai.
Contoh lain ialah Switzerland, ia tidak menanam koko tetapi menghasilkan coklat terbaik di dunia. Di wilayah kecilnya ia menternak haiwan dan mengusahakan tanah itu hanya selama empat bulan dalam setahun, namun mengeluarkan produk susu terbaik. Sebuah negara kecil yang merupakan imej keselamatan yang telah menjadikannya sebagai bank dunia terkuat.
Pemimpin dari negara kaya yang berinteraksi dengan rakan sejawatan mereka dari negara miskin tidak menunjukkan perbezaan intelek yang ketara.
Faktor kaum atau warna juga tidak menunjukkan kepentingan: Pendatang asing yang bermalas-malasan di negara asal mereka secara terpaksa menjadi produktif di negara Eropah yang kaya.
Apakah perbezaannya?
Bezanya ialah SIKAP rakyat, yang dibentuk selama bertahun-tahun oleh pendidikan dan budaya.
Apabila kita menganalisis tingkah laku rakyat dari negara kaya dan maju, diperhatikan bahawa majoriti mematuhi prinsip kehidupan berikut:
1. Etika, sebagai prinsip asas.
2. Integriti.
3. Amanah dan bertanggungjawab.
4. Hormat kepada undang-undang dan Peraturan.
5. Penghormatan daripada hak majoriti rakyat.
6. Rajin bekerja dan berniaga.
7. Gigih menyimpan dan melabur.
8. Kemahuan untuk menjadi produktif.
9. Menghargai dan menepati masa.
10. Bersikap patriotik
Di negara miskin hanya sebilangan kecil minoriti mengikuti prinsip asas ini dalam kehidupan seharian mereka. Majoriti TIDAK memegang prinsip di atas ini.
Kita bukan miskin kerana kekurangan sumber asli atau kerana alam kejam terhadap kita.
Kita miskin kerana kita ada masalah SIKAP. Kami tidak mempunyai keinginan untuk mengikuti dan menerapkan prinsip pegangan masyarakat kaya dan maju ini.
*KITA BERADA DALAM KEADAAN INI KERANA KITA AMBIL KESEMPATAN ATAS SEMUA PERKARA DAN SEMUA ORANG.*
*KITA BERADA DALAM KEADAAN INI KERANA KAMI MELIHAT SESUATU YANG SALAH TAPI KITA KATA - "BIARLAH. MALAYSIA MASIH AMAN…”*
*KITA KENA BERUBAH!*
*BARULAH KITA DAPAT MENGUBAH KEADAAN KITA SEKARANG.*
*Firman Allah SWT - Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya…*
Jika anda menyayangi anda
NEGARA ini, edarkanlah mesej ini supaya ramai orang dapat memikirkannya.
*SALAM KEMERDEKAAN!*
*Teguh bersama!*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan