Isnin, 29 Ogos 2022

Bahasa

 Jerman pernah MUNDUR. Nak tahu sebab apa?


(‼️Rakyat Malaysia yang baca confirm akan sentap) 


Kita tahu sekarang Jerman antara salah sebuah negara yang maju. Tapi sebenarnya Jerman dulu pernah mundur. Nak tahu kenapa?


Pada abad ke 17, masa tu negara eropah seperti Perancis, Itali, Inggeris adalah negara maju, industri mereka sedang berkembang.


Tapi ketika itu Jerman mundur sampai pemimpin2 Jerman pun pelik kenapa Jerman mundur.


Padahal ilmuan Jerman ramai dan orang Jerman rajin bekerja. Sumber alam dari Jerman juga banyak berbanding negara eropah yang lain. 


Universiti dan sekolah Jerman pun menggunakan bahasa Perancis dan Latin yang ketika itu bahasa yang dianggap maju sebab menggunakan bahasa negara yang maju.


Oleh sebab itu, seorang ahli falsafah dan Matematik iaitu Gottfried Willhem Leibniz cuba mengakaji kenapa masalah ini boleh berlaku, akhirnya Leibniz sedar rupanya inilah yang menyebabkan negara Jerman mundur.


Jerman mengamalkan bahasa perancis dan latin dalam mengajarkan ilmu di sekolah dan univerisiti. Bahasa perancis menjadi komunikasi perdagangan. 


Jurnal dan buku2 semua dalam bahasa perancis dan latin. Jika ada perbentangan kertas kerja perlu menggunakan bahasa perancis.


Mereka memandang rendah terhadap bahasa Jerman sehingga orang intelektual dan atasan menganggap bahasa Jerman sebagai bahasa kampung dan tidak layak untuk bahasa perdagangan.


Mereka sibuk mengatakan bahasa Perancis lah yang mengandungi ilmu, bahasa antarabangsa, bahasa yang boleh membawa kemajuan. 


Orang atasan dan intelektual dengan rakyat Jerman seperti ada tembok pemisah. Orang atasan menggunakan bahasa Perancis manakala rakyat Jerman menggunakan bahasa Jerman dan buku2 semua ditulis dalam bahasa Perancis kerana orang intelektual menggunakan bahasa Perancis.


Kesannya, rakyat Jerman kurang berpendidikan dan ilmu sebab mereka tidak memahami bahasa yang di dalam buku2 dan jurnal yang ditulis.


Apabila bahasa sendiri diketepikan bahasa asing didewakan kesannya rakyat Jerman kehilangan keyakinan pada diri, dan bila sesuatu bangsa tidak yakin pada diri, maka negara tersebut tidak akan maju.


Oleh sebab itu, Leibniz cuba mengkaji negara maju seperti Cina, Jepun, Perancis, rupanya semua maju dari segi ekonomi dan ilmu pengetahuan disebabkan mereka menggunakan bahasa dan tulisan mereka sendiri.


Leibniz berusaha meyakinkan golongan atasan dan intelek dengan mengatakan apabila mereka menggunakan bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar pendidikan dan pentadbiran negara, maka mereka akan semakin beruntung. 


Sebab?


Lebih ramai rakyat yang mendapat pendidikan, maka lebih berilmulah bangsa Jerman itu, dan lebih majulah negara mereka, dan lebih makmurlah kehidupan mereka semua. Oleh sebab itu, Leibniz mengusulkan kepada kerajaan Jerman supaya:


1. Membakukan bahasa Jerman dengan menyusun tatabahasa dan istilahnya

2. Menyebarkan bahasa Jerman kepada seluruh rakyat Jerman

3. Menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti

4. Menggunakan bahasa Jerman sebagai bahasa pentadbiran negara

5. Menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa perniagaan, dan;

6. Menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa komunikasi umum dalam semua bidang dan peringkat.


Perjuangannya disokong oleh orang-orang Jerman yang percaya kepada perjuangannya. Pada sekitar 1750-an terbitlah sebuah tatabahasa Jerman ditulis oleh Johan Christoph Gottsched berjudul Dasar Tatabahasa Bahasa Jerman. Sambutan rakyat dan golongan intelektual terhadap buku tatabahasa ini luar biasa.  


Bermula dari tarikh perubahan itu bahasa Jerman terus membangun dan digunakan dalam bidang-bidang yang diusulkan oleh Leibniz. Itulah saat yang merupakan permulaan kebangkitan Jerman sebagai salah satu negara maju di dunia.


Sekarang mereka sangat memartabatkan bahasa Jerman. 


Nak tahu?


Kalau nak mohon visa ke sana sekarang pun perlu ada certificate bahasa Jerman dulu.


Dan kalau nak tahu lagi, dekat Jerman semua barang2 dekat supermarket dalam bahasa Jerman termasuk ingredient dia. Walaupun produk tu bukan dari Jerman.


Kalau saya masuk supermarket dia dua jam jugak lah nak translate.


Walaupun dari Arab ke, Cina ke Rusia ke kalau datang Jerman kebanyakkannya akan cakap bahasa Jerman. 


Jadi kita Malaysia macam mana? fikir fikirkanlah 


Tidak salah untuk belajar bahasa asing tetapi jangan sampai mengetepikan dan merendahkan bahasa ibunda sendiri. 


Kadang dekat negara sendiri pun kene cakap bahasa asing, rasa seperti tiada negara.


Adakah benar dengan sebab bahasa bekas penjajah kita, iaitu Inggeris itu maju, maka kita boleh turut maju dengan meminjam bahasa bekas penjajah tersebut.


Namun, sejarah membuktikan sebaliknya. India telah menggunakan bahasa Inggeris selama 300 tahun, dan Filipina selama 60 tahun. Begitu jugalah beberapa negara Afrika seperti Nigeria, Ghana, Kenya, Uganda. Bahasa Portugis dan Sepanyol pula dipinjam oleh negara-negara Amerika Latin. Negara-negara ini masih terus terumbang-ambing. Tidak usahkan maju, ada sesetengahnya yang melepasi paras kemiskinan pun belum mampu.


Tanah Melayu pernah menjadi pusat perdagangan utama pada suatu ketika dahulu dan bahasa melayu pernah menjadi lingua franca iaitu bahasa perhubung antarabangsa. Tetapi kini bahasa melayu semakin diketepikan.


kata Ibn Khaldum di dalam “Muqadddimah”-nya :


“Bangsa yang dikalahkan lazimnya akan meniru pakaian, simbol-simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang mengalahkan mereka. Tingkah laku ini disebabkan sifat manusia yang lazimnya menyangka bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah bangsa yang sempurna. Tingkah laku itu mungkin berpunca daripada rasa kagum terhadap bangsa yang menakluki mereka, sehingga mereka menganggap bangsa penakluk itu adalah bangsa yang sempurna, ataupun disebabkan bangsa yang kalah itu tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor biasa sahaja. Akibatnya mereka percaya mereka kalah akibat keagungan bangsa yang menakluki mereka. Apabila sangkaan ini berpanjangan, maka sangkaan itu bertukar menjadi keyakinan, sehingga akibatnya keyakinan itu mendorong mereka mengubah semua ciri-ciri asli mereka.


Sempena menyambut kemerdekaan ini semoga kita dapat bebas dari pengaruh barat dalam setiap sudut dan bangunkan negara kita dengan acuan kita sendiri.


Ayuh kita martabatkan semula bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu! Inilah identiti bangsa Malaysia


*Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 65🇲🇾*


Hajar Burhannuddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan