APAKAH MELAYU?
cnp dari ayahku
Bila kita sebut sahaja perkataan “Melayu”, biasanya kita terbayang dua perkara iaitu Bangsa Melayu serta Bahasa Melayu. Adakah itu tepat?
Adakah “Melayu” itu satu puak, bangsa, rumpun bangsa, Bahasa, rumpun Bahasa, cara hidup, tradisi, kebudayaan, adat resam, tanah atau nama Kepulauan Melayu iaitu Malay Archipelago, penduduk Pentas Sunda/Sundaland?
Mana satu yang anda rasa betul?
Emm..jawapannya mudah kan..”Semua seperti di atas!” Ha ha..semua orang dapat menjawabnya dengan betul. Syabas! Anda semua memang hebat..”Melayu” adalah segalanya. Tidak boleh dipisahkan!
Melayu, Jawa, Banjar, Bugis, Rawa, Kedayan, Minang, Batak, Aceh, Riau adalah puak-puak yang membentuk Rumpun Melayu.
Bila ayahku tanya rakan-rakan ayahku masa sekolah dulu..ada tak sesiapa yang memang berketurunan Melayu Asli..emm..tak ade seorang pun yang mengatakan mereka berketurunan Melayu Asli – tapi mereka semuanya “Bangsa Melayu”..ada yang kata berketurunan Banjar, Jawa, Bugis, Siam..dan pelbagai lagi keturunan Rumpun Melayu.
Ayahku? Emm..hu hu.
SOALAN: Jadi, siapakah sebenarnya orang Melayu itu?
Pada pandangan peribadi ayahku, orang Melayu sebenarnya adalah Orang Asal yang menghuni di sini sejak 60,000 hingga 70,000 tahun dahulu..mereka mungkin dari Puak Negrito, Senoi atau Melayu-Proto. Melayu sekarang adalah Melayu-Deutro? Emm..kita semua adalah hasil hybrid secara perkahwinan Orang Asal (penduduk setempat Tanah Melayu) dengan orang-orang dari Pulau Jawa, Sumatera, Riau, Borneo, Sulawesi, Filipina dan penduduk Malay Archipelago lain..serta dengan pedagang lain seperti Siam, Arab, China, India dan lain-lain.
Itulah Bangsa Melayu! Selesai!
SOALAN: Bagaimana Bahasa Melayu pulok Ayahku?
Yez..jawapannya sangat mudah my dear. Disebabkan Bangsa Melayu wujud hasil dari perkahwinan campur dengan penduduk Melayu Asal, maka Bahasa Melayu serta adat resamnya pun adalah dibina dari campuran Bahasa Melayu Asal campur Jawa, Banjar, Bugis, Rawa, Minang, Kedayan, Aceh, Riau, Filipina, Arab, Cina, India, Siam serta Bahasa penjajah – Inggeris, Portugis & Belanda serta Bahasa Sanskrit/Bahasa India Kuno.
SOALAN: Ada tak kajian saintifik yang menunjukkan bahawa kita (penduduk Sundaland) adalah bersaudara?
Yez my dear..ada banyak kajian saintifik dilakukan. Yang menariknya, sudah ada dilakukan oleh orang Malaysia sendiri. Banyak kajian telah dilakukan oleh penyelidik dari USM iaitu Profesor Zafarina Binti Zainuddin – Pakar Molecular Genetics/DNA profiling serta kumpulan penyelidiknya.
Ada satu paper yang ayahku ingin kongsikan di sini dan ayahku rasa lebih mudah difahami adalah bertajuk “Molecular blood group typing in Banjar, Jawa, Mandailing and Kelantan Malays in Peninsular Malaysia” oleh Rahayu Abd Gani et al (2015).
Dalam kajian ini, mereka menggunakan kumpulan darah untuk melihat hubungan keturunan Melayu seperti Banjar, Jawa, Mandailing, Kelantan dan menggabungkan dengan data dari kajian penyelidik lain untuk kumpulan darah dari beberapa penduduk Sundaland (Rumpun Melayu) yang lain.
Cuba lihat Rajah 1 plot PCA yg ditunjukkan – untuk mendapat gambaran yang jelas tentang hubungan darah Bangsa Melayu, Kelantan dan bangsa serumpun kita.
Di sini ayahku ringkaskan hasil analisis ayahku sendiri terhadap Plot PCA tersebut:
1) Semua kelompok rumpun Melayu terletak di bahagian Kanan-Atas.
2) Orang Melayu hampir kepada orang Filipina Luzon, Orang Cina dan Orang Bunun. Orang Bunun adalah salah satu keturunan orang asal di Taiwan.
3) Pertalian darah antara Orang Melayu dengan Orang Cina lebih hampir berbanding Orang Melayu dengan Orang Kelantan…pelik kan..tapi itu adalah kebenarannya. Sebab itu kot, ramai Orang Cina bercakap Bahasa Cina dengan ayahku..he he.
4) Orang Kelantan hampir kepada Orang Atayal, Taroko, Kedayan, Toba dan Melanau. Orang Atayal dan Taroko adalah orang asal Taiwan. Orang Toba adalah orang Batak Toba. Melanau adalah penduduk asal Sarawak. Kedayan ramai tinggal di Labuan, Brunei, Sabah dan Sarawak. Orang Kedayan katanya mempunyai susur galur dari Orang Banjar.
5) Orang Kelantan lebih hampir kepada Orang Jawa berbanding dgn Orang Melayu kepada orang Jawa. Agaknya itulah sebabnya di Jawa Tengah juga ada Kabupaten bernama KLATEN. Jgn terkejut di Jawa Tengah juga ada Kabupaten bernama TRENGGALEK..dan jarak Trenggalek ke Klaten juga sama seperti jarak Kuala Terengganu ke Kota Bharu iaitu sekitar 140 km – 2 ½ jam perjalanan..ha ha. Pelik kan?
6) Orang Mandailing iaitu Batak Mendeleng agak jauh ke kiri dari rumpun Melayu – Ayahku tak faham kenapa jadi begitu.
Cuba lihat wajah-wajah yg ayahku sertakan itu..nampak wajah mereka lebih menghampiri Orang Kelantan dan juga Melayu.
Hmm..ayahku rasa cukup dulu kot. Nanti ramai yang mengeluh panjang sangat pulok…ha ha.
Sebenarnya banyak yang misteri tentang Orang Melayu itu sendiri. Orang-orang yang memerintah Sriwijaya juga dikatakan Orang Melayu. Mereka bercakap Bahasa Melayu tetapi mengamalkan ajaran Hindu-Buddha atau animisme – sebelum kedatangan Islam. Pakar-pakar pembina Borobudur juga Orang Melayu. Pedagang dan pelayar terkenal pada masa silam juga Orang Melayu.
Di Terengganu sendiri pun masih misteri bagi ayahku. Orang Cina dan Vietnam pernah tinggal di Kuala Berang – akhirnya menjadi warga Kuala Berang..itu sebabnya orang Kuala Berang putih-putih dan comey belaka. Elok jika ada kajian menyeluruh tentang orang Terengganu – adakah mereka juga mempunyai darah dari Cina, Vietnam, Taiwan, Borneo, Filipina atau Sulawesi.
Adakah Orang Terengganu juga punyai hubungan yang rapat dgn Orang Taiwan (Bunun, Atayal, Taroko), Kedayan, Toba dan Melanau – seperti Orang Kelantan juga..amat menarik hasilnya! Adakah Teori “Out-of-Taiwan” itu ada kebenarannya?
Nama pahlawan silam Terengganu seperti Megat Panji Alam juga masih menjadi misteri kepada ayahku. Adakah Megat Panji Alam merupakan anak kepada Raja Tun Telanai? Untuk makluman, Megat Panji Alam adalah tunang Tun Teja yg dilarikan oleh Hang Tuah sbg memenuhi permintaan Sultan Melaka.
Adakah betul Megat Panji Alam ditikam curi oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi semasa di Kota Inderapura (Pekan, Pahang)?
Nama-nama pemerintah hebat Terengganu seperti Tun Telanai masih misteri bagi ayahku w/pun ada nama sekolah Tun Telanai. Adakah Tun Telanai nama seorang wakil pemerintah di Terengganu seperti Raja pada zaman silam. Mengikut sejarahnya “Telanai” adalah nama jawatan wakil pemerintah sesebuah negeri di bawah Empayar Melaka. Jika itu jawatan, kenapa pulok ada gelaran “Tun” di depannya.
Ayahku percaya “Tun Telanai” adalah nama seorang Raja di Terengganu ini sbbnya raja di Terengganu sendiri adalah dari keturunan Tun..misalnya Tun Zainal Abidin adalah nama asal Sultan Zainal Abidin I.
Nama seperti Raja Mandulika atau Mandalika dalam tulisan pada Batu Bersurat masih lagi misteri bagi ayahku. Katanya "Mandulika" bukan nama orang tetapi jawatan seperti menteri besar yang mentadbir sesebuah negeri – Mandulika adalah wakil pemerintah dari sebuah empayar yg besar..seperti Melaka, Majapahit atau Sriwijaya atau Siam? Masih misteri bagi ayahku.
Ringkasnya: Melayu itu adalah segalanya - satu puak, bangsa, rumpun bangsa, Bahasa, rumpun Bahasa, cara hidup, tradisi, kebudayaan, adat resam, tanah, nama Kepulauan serta Sejarahnya. Wallahu a’lam.
Ayahku juga tidak pelik jika 100 tahun lagi, orang berketurunan Cina dan orang berketurunan India yang tinggal di Malaysia juga akan dipanggil “Orang Melayu”. InsyaAllah.
Terima kasih semua. Harap ada manfaatnya.
#ayahkumenulis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan