ILMU TUJUH LANGIT, TUJUH BUMI, TUJUH JASAD DAN TUJUH DIRI
Angka 7 adalah angka yang sangat berpengaruh berbanding dengan angka-angka lain dan pengaruhnya terdapat dalam pelbagai sistem kepercayaan termasuk agama sejak ribuan tahun dahulu. Kenapa? Sebab angka 7 adalah angka TUNGGAL yang tidak dapat digandakan atau dibahagikan dalam kumpulan angka 1 hingga 10. Contoh : Jari ada 10. Angka 1,2,3,4,5 jika digandakan pasangannya ialah 2,4,6,8,10. Manakala 9 boleh dibahagikan 3. Semua angka dari 1 hingga 10 ini ada pasangan darab dan bahaginya, melainkan angka 7 yang tidak ada pasangan. Ia angka tunggal yang misteri.
LANGIT DAN BUMI
Langit di katakan ada TUJUH lapisan. Sains menamakannya sebagai; 1.Biosphere 2.Hydrosphere 3.Trofosphere 4.Stratosphere, 5.Mesosphere 6.Thermosphere 7.Exosphere.
Tujuh pasangan langit ialah tujuh lapisan bumi iaitu : 1.Crust 2.Upper mantle, 3.Transition region 4.Lower mantle 5.Lithosphere 6.Outer core 7.Inner core
Bumi ialah hal tanah. Tanah adalah hal jasad. Jasad adalah hal protein yang membentuk jasad manusia. Terdapat tujuh jenis protien : 1.Antibodies 2.Contractile 3.Enzymes 4.Harmonal 5.Structural 6.Storage 7.Transport
JASAD DAN DIRI
Jasad adalah tubuh yang membalut diri. Diri manusia mempunyai 7 lapisan :
1. Causal 2. Celestial 3. Etheric template 4. Astral 5. Mental 6. Emotional 7. Etheric
Segala anggota jasad ditutupi oleh kulit. Kulit terbina dari tujuh lapisan iaitu : 1.Stratum corneum 2.Stratum lucidum 3.Stratum granulosum 4.Stratum spinosum 5.Stratum basale 6.Dermis 7.Hypodermis
Kulit ialah lapisan luar jasad yang menutup diri. Kulit dan seluruh anggota jasad perlukan ZAT untuk hidup. Zat terdapat dalam makanan. Manusia, binatang dan tumbuhan perlukan makanan yang ada ZAT untuk hidup. Makanan tumbuhan ialah CAHAYA (NUR). Dari cahaya inilah makhluk mendapat ZAT. Zat inilah yang menzahirkan DIRINYA melalui NUR.
Nur atau Cahaya inilah yang dibungkus oleh jasad yang dipanggil DIRI. Diri ada warnanya. Warna diri ini dipanggil juga sebagai “warna cakra” atau “aura”. Warna diri dan warna pelangi adalah terdiri dari tujuh warna yang sama iaitu : 1. Merah 2. Jingga 3. Kuning 4. Hijau 5. Biru 6. Indigo 7. Violet
KESIMPULAN
Sebab itu dalam pengajian OCCULT ada ungkapan popular iaitu “ As above, so below”. “Sebagaimana yang di atas, begitulah yang di bawah” dan hal TUJUH perkara ini banyak dituliskan dalam pelbagai kitab samada kita agama atau kitab bukan agama.
CODE TO DECODE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan