Isnin, 1 Ogos 2022

Sains

 


cnp

credit

issey

Antara sebab pelajar tidak mahu sambung dalam aliran Sains ialah:


Mereka tak nak ambil Add Math, tak sanggup dan takut untuk ambil.


Kenapa?


Sebab basic Math mereka teruk sejak sekolah rendah lagi.


Kualiti pelajar dalam subjek Math semakin merudum. Basic Algebra semasa form 1-3 pun ramai yang tak kuasai.


That's why mereka tak nak ambil Add Math. Menjahanamkan mereka lagi ada kalau basic Math biasa pun teruk.


Isu yang semakin memburuk sekarang ini ialah, semakin ramai pelajar tidak minat Matematik sejak sekolah rendah. Matematik dah jadi subjek yang susah bagi ramai pelajar sejak tahap 1 sekolah rendah.


Matematik dah tak jadi subjek yang menyeronokkan.


Suatu ketika dulu, math sekolah rendah ialah subjek yang ramai pelajar suka. That's why bila masuk sekolah menengah pun, mereka terus minat dan terus perform.


Ambil Add Math suatu ketika dulu bukanlah suatu yang menggerunkan, tetapi suatu "excitement".


Ramai pelajar rasa excited nak ambil Add Math, walaupun mereka tahu subjek itu bukan senang.


Sebab itu juga keterujaan untuk ambil aliran Sains suatu ketika dulu adalah tinggi.


Tapi sekarang, keterujaan tu dah bertukar menjadi ketakutan. Awal2 lagi pelajar angkat tangan, tak nak terseksa. Biar lah tak ambil pun dari menderita alibat Add Math, dan subjek Sains yang lain.


Sebab itu lah kena reformasi kembali silibus Matematik terutamanya sekolah rendah.


Kembalikan keseronokan belajar anak-anak dalam subjek Matematik. Angkat rasa kesusahan kepada rasa keterujaan kembali.


Kembali kepada penekanan asas yang mantap di peringkat sekolah rendah. Buang lah kegilaan untuk menyumbat silibus supaya nampak hebat, padahal realitinya hampeh.


Back to basic now!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan